Saturday, 30 May 2009
Friday, 29 May 2009
Najib digesa batalkan lawatan sambut ulangtahun hubungan Malaysia-China - Kamarudin Jaffar |
Wan Nordin Wan Yaacob Fri May 29, 09 9:27:43 am MYT | |||||||||
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak digesa membatalkan lawatan ke China minggu depan sempena sambutan 35 tahun kerjasama Malaysia-China, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar.
Ini kerana ia 'bertentangan' dengan penegasan kerajaan Malaysia yang menghalang bekas tokoh komunis, Chin Peng dari kembali semula ke Malaysia, katanya. 'Dalam satu hal Malaysia menolak komunis, tetapi dalam satu hal pula seolah meraikan kerajaan (China) yang dikuasai komunis yang pernah membiayai pergerakan Komunis di negara ini, ini semua kita tahu," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Ini amat bertentangan, dan kerajaan Malaysia harus menyelesaikan pertentangan ini dengan segera membatalkan lawatan Perdana Menteri yang dijadualkan minggu depan ke China, kata Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat. Sementara itu sumber menyatakan, Wisma Putra telah mengarahkan kenyataan berhubung lawatan Najib ke China yang bermula 2 hingga 5 Jun ini tidak dilaporkan akhbar. |
SAYA SOKONG KENYATAAN DIATAS, BUAT APA LAWAT NEGARA KOMUNIS; JANGAN BENARKAN BEKAS KOMUNIS BALIK MALAYSIA. JANGAN SOKONG DAN LAWAT NEGARA KOMUNIS. BANYAK HATI2 YANG AKAN LUKA, MALAH KENA BUAT PERATURAN MELARANG RAKYAT MALAYSIA PERGI KE NEGARA CINA SEBAGAIMANA PERATURAN YANG MELARANG RAKYAT MSIA MELAWAT ISRAEL.
** Tapi di Negara Cina Komunis tu ada beratus juta Cina Muslim, lebih ramai dari seluruh rakyat Msia….macam mana nak daawah ni.
http://www.harakahdaily.net
MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN
Saya suka betul baca sketsa yang dinukilkan peguam PAS yang bijaksana ni, jadi saya kongsikan disini. Kalau nak baca lebih lanjut sila ke
http://peguampas.blogspot.com/
MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN
oleh :Mohamed Hanipa Maidin Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau. Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri. Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : " Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik". Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : " Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato' Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa
Wednesday, 27 May 2009
Tuesday, 26 May 2009
Monday, 25 May 2009
Soalan Parlimen
Soalan-soalan Parlimen Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] untuk Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Penggal ke-12
Soalan Lisan
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah pub dan kelab malam berlesen dan tidak berlesen yang dikenalpasti beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur sejak Januari 2008 dan adakah ada lesen dikeluarkan bagi tempat-tempat berkenaan untuk menawarkan khidmat GRO.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan dari program manakah Projek Puncak Baru diwujudkan sedangkan projek ini langsung tidak dinyatakan dalam Draf Pelan Pembangunan Kampung Bharu, apakah halatuju projek berkenaan, siapakah yang memegang hak milik ke atas projek itu dan apakah status isu tanah Lot 25 yang dituntut oleh peniaga asal yang masih belum selesai.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menjelaskan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai dan signifikasinya dalam pengecualian cukai terhadap arak, rokok dan judi dan adakah kajian dibuat sebagai perbandingan antara hasil pendapatan negara yang diraih berbanding kos yang terpaksa ditanggung kerajaan atas kesan sampingan arak, rokok dan judi kepada rakyat.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes yang diterima melalui projek cari-cari mengikut kategori dan negeri dan berapa pula telah mendapat bantuan yang sewajarnya, juga minta dinyatakan masa yang diambil untuk memproses satu-satu kes yang dilaporkan atau mengisi borang permohonan.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan adakah kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan peraturan bagi melarang anak-anak remaja dibawah umur 17 tahun dari keluar rumah selepas jam 12 malam sebagai langkah mengurangkan masalah jenayah remaja seperti mat rempit, lepak, dadah, bohsia, samun dan rogol yang dilaporkan kian meningkat kini.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menjelaskan kenapakah penjualan VCD dan DVD cetak rompak serta lucah masih berleluasa di pasar-pasar malam dan pusat beli-belah, juga langkah yang diambil bagi mengatasi lambakan barangan dan jenama tiruan dalam pasaran yang ada dijual di kawasan tarikan pelancong seperti Petaling Street, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Chow Kit.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik bagi bilangan kanak-kanak dibawah umur 13 tahun yang telah dilaporkan hilang dan diculik dan berapakah bilangan yang telah ditemui secara hidup dan mati serta bilangan yang masih gagal ditemui sejak 10 tahun lalu dan apakah perkembangan kes Nurin dan Sharlinie.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebabnya pengusaha-pengusaha Melayu Islam masih ketinggalan dalam melahirkan produk halal dan apakah usaha kementerian dalam mengatasinya juga apakah peranan HDC disini.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan peratus produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah memasuki pasaran hypermarket mengikut kategori juga nyatakan apakah masalah-masalah dan halangan yang dihadapi serta langkah-langkah mengatasinya.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peraturan-peraturan terkini kawalan tembakau dan hasil tembakau dan apakah strategi pemantauan yang efektif terutama di bangunan-bangunan kerajaan seperti di Parlimen.
Soalan Bertulis
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan kenapakah aktiviti 'maknyah' atau pondan dan pelacuran masih dibenarkan berleluasa di Jalan Hj. Taib sehingga ke hari ini dan apakah pelan strategi untuk mengatasi masalah yang mengaibkan ini.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan peratus kemasukan pelajar bumiputera dalam kursus-kursus profesional seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Para Medik, Jurutera Arkitek, Undang-undang dan lain-lain dari tahun 2004 hingga tahun 2009.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kementerian mempunyai dasar yang membenarkan penayangan filem-filem seperti Zonan, Valkyrie dan Defiance yang mempunyai mesej agenda perkauman global zionis-Israel ditayang di negara ini. Apa pula dasar kementerian dengan filem-filem yang lucah dan merosakkan yang ditayang TV swasta.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pembaikan yang telah dilakukan kementerian dalam menangani isu isteri atau suami rakyat Malaysia yang sukar mendapat kerakyatan atau taraf Penduduk Tetap (PR) walaupun sudah lebih 5 tahun berada di Malaysia.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan samada peraturan akan diwujudkan supaya pembantu rumah Islam bekerja hanya di rumah-rumah orang Islam untuk memastikan mereka boleh terus mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mugkin sepanjang bekerja dan apakah wujud satu sistem pemantauan untuk mengelakkan ekspoitasi seperti membekalkan mereka buku peraturan dan nombor 'hotline'.
Majlis Kenyataan Media atau PC di hujung lawatan dalam pasar. Dato Bandar, Menteri WP, Drs Sulaiman Ketua Bahagian UMNO dan KSU Kementerian WP. Bayangkan kalau saya tiada bermakna seolah-seolah saya tidak mengambil tahu isu yang begitu penting. Saya terpaksa berkejar balik dari program di PD bila dimaklumkan oleh seorang peniaga pasar Keramat sekarang sebab itulah saya berpakaian kasual/sukan, tambahan pula saya tidak langsung menjangkakan yang majlis ini begitu rasmi. Keramat Mall telah saya lawati sebelum jadi YB, masukkan dalam janji saya yang Projek ini akan siap dalam masa era saya jadi Wakil Rakyat. Selepas pikul amanah ini saya turun beberapa kali malah yang awal2 tu DBKL tidak mahu hantar wakil pun dan tidak mahu bagi kebenaran, tapi demi rakyat yang saya wakili saya turun juga dan mendapat penerangan dari Jurutera bertugas. Selepas itu isu Keramat Mall jadi satu kemestian saya bangkitkan termasuk isu Dewan Orang Ramai Dato Keramat, isu Taman Tasik Dato Keramat dan Jejambat Pejalan Kaki dari LRT Damai. Boleh semak tengok dalam Hansard Parlimen. Untuk kali ini saya akan masukkan dalam ucapan saya nanti.
Di Belakang kelihatan skrin dimana konsultan projek membuat pembentangan diawal majlis. Saya hanya sampai semasa setelah separuh pembentangan.
Dato, Dato sekarang adalah Menteri WP kepada semua orang termasuk saya dan semua penduduk WP. Saya pula Wakil Rakyat di Titiwangsa. Dato tidak boleh bawa mind-set Ketua Bahagian UMNO sekarang, kena berfikir, bercakap danbertindak sebagai seorang Menteri.
Berbicara dengan Dato Bandar. Saya pun tidak tau majlis ni jadi besar dan rasmi macam ni, kata Dato Bandar Dato Fuad. Nampaknya gitulah Dato, orang2 Dato pun terima arahan sahaja, takkan mereka pandai2 nak reka dan buat keputusan sendiri.
Walau macam mana pun yang penting KeramatMall sudah disiapkan, cuma saya minta DBKL belanja lagi beberapa juta untuk tambah loading-bay, luaskan lorong untuk tolak tong2 ikan, tambah lif barang yang lebih besar dan untuk heavy-usage, tambah parking, sediakan tempat sembelih ayam dalam kawasan Keramat Mall sendiri dan beberapa perkara yang munasabah. Peniaga pula kena bertolak ansur disana-sini. Persatuan jangan halang peniaga keriang, tukang jahit dan kedai emas , baju dll dari berpindah. InsyaAllah masalah boleh diatasi terutama jika tiada campur-tangan politik yg berlebihan.
Dr Lo'lo'
Terima-kasih kepada En Zakaria dan isteri Puan Hasni yang telah menjemput saya ke majlis tersebut yang berlangsung di Blok B3, Desa Pandan semalam Ahad 24hb Mei. Saya bersama2 meraikan majlis selepas menunaikan solat Isya berjemaah di Surau Al Ittifaqiyah Blok A Desa Pandan. Doa selamat dan tahlil diketuai oleh imam surau bersama2 dgn ahli2 jemaah surau.
En Zakaria tuan rumah yang berbaju dan bersongkok putih. Dia akan ke Tanah Suci dengan isteri dan ibu-bapa mertuanya pada Ahad depan 31 Mei dengan Pakej Andalusia. Selamat berangkat dan semoga mendapat Umrah yang Mabrur.
Yang disebelah kanan Ehsan adalah Amri Yahya Kapten Pasukan Bola Sepak Selangor.
Dr. Lo'lo'
Saturday, 23 May 2009
{.....وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ }
Yang Bermaksud:-
“…Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu; dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
( Surah Al-Baqarah:216 )