Monday 11 May 2009

9 Mei 2009 Bantahan Perpindahan oleh Penduduk Indian Settlement ke PPR Muhibbah Puchong dan bantahan penguat-kuasaan DBKL untuk keluarkan penduduk Indian Settlement secara paksa pada Khamis 14 Mei ini .

Macam mana kami nak pindah...PPR Muhibbah Puchong 20Km jauhnya dari Kg Pandan; tiada kemudahan asas disana, tiada kenderaan awam dan jauh masuk kedalam. Kami kebanyakannya bekerja di Kelab Golf, di Pasar Pudu dan sekitar Pandan serta Ampang. Bagaimana kami nak 'survive' dengan gaji yang kecil iaitu antara RM 700-1500 seorang. Kami akan dibuang kerja atau terpaksa melepaskan kerja yang ada sebab kebanyakan kaum wanita berjalan kaki atau naik bas sahaja. Bagaimana pula anak-anak kami yang bersekolah di Sekolah Tamil Kg Pandan yang berada dalam kawasan Indian Settlement. Sekolah akan kehilangan murid2 kerana hampir seratus lebih murid2 yang terlibat dengan pemindahan. Mereka nak sekolah dimana. bagaimana nak buat urusan perpindahan sekolah ditengah penggal persekolahan. Anak2 akan sangat terganggu kerana dipaksa pindah. Apa kan berlaku???

Tolong kami YB, YB mesti tolong kami. Kami sudah tiada tempat mengadu. Saravanan Menteri berbangsa India pun tidak mahu tolong, malah halau kami keluar dari pejabat dia...

Mohon Tuan bagi masa untuk rakyat miskin untuk menyatakan kebimbangan dan kekecewaan mereka. Saya sebagai Wakil Rakyat bagi jaminan mereka tidak akan melakukan sebarang tindakan yang membahayakan keselamatan. Saya kenal mereka ini semua sebagai rakyat saya yang patuh pada undang2.

YB Sivarasah pun turut memberikan sokongan....

Mereka sangat risu dan hidup dalam ketakutan menanti 14 Mei.

Anak-anak pun tau slogan Rakyat di Utamakan hanya RETORIK

Ada juga yang masih berharap pada Najib..... ikutlah....

Muslimat PAS, YDP dan ramai AJK PAS Kawasan Titiwangsa turun beri sokongan dan mengongsi kesussahan dan kebimbangan rakyat.

Dr Lo'lo'

1 comment:

Anonymous said...

Syabas Dr Lo' Lo'...semoga Allah beri kekuatan untuk terus membela rakyat yg tertindas x kira agama dan bangsa.
Semangat 'sedia membantu' ( slogan KKM )tetap di hati Dr.

Syabas.