skip to main |
skip to sidebar
Kesimpulan tulisan YB Mahfuz dalam Harakah print:
BN nak buat UNDI TIDAK PERCAYA kepada siapa ? Tentu kepada Nizar. Bermakna BN memang akui Nizar MB yang sah. BN tidak akan buat UNDI TIDAK PERCAYA kepada yang tidak sah.
Ini membuktikan bahawa BN akui Nizar MB yang sah dan selaman ni Zambry memang MB haram. Semua tindakan Zambry dan exco-exconya adalah tidak sah. Lagipun bila Nizar dah jatuh dengan undi tidak percaya, Zambry kena angkat sumpah lain. Ini sudah tentu akan malukan Sultan. ALLAH MAHA KAYA! Tindakan Najib, Zambry, dan kuncu-kuncu umno/BN akhirnya jerat leher mereka sendiri. Padanlah Speaker Haram tak berani panggil sidang DUN tergempar.
18 comments:
Biasalah.. BN dan putar belitnya.. Akhirnya terbelit leher sendiri.. :)
wakakaka.... allah maha kuasa beb wa cakap lu...
Salam...
Salam Revolusi...
Tetapi,
Ini satu kesimpulan yang cukup kolot...
Ini satu kesimpulan daripada orang yang cetek pemikirannya...
Ini satu kesimpulan yang YB yang berfikiran lembab...
UNDI TIDAK PERCAYA dibuat kerana menghormati keputusan mahkamah...
UNDI TIDAK PERCAYA ini timbul selepas mahkamah tinggi membuat keputusan yang meyebelahi NIZAR...
Disebabkan menghormati keputusan ini, langkah selanjutnya dilakukan...
Ini menunjukkan BN menghormati keputusan mahkamah...
Kalau mahkamah rayuan membuat keputusan yang menyebelahi Nizar, kemungkinan UNDI TIDAK PERCAYA ini akan berlaku kerana mengikut mahkamah tinggi MB hanya dilucutkan dalam UNDI TIDAK PERCAYA...
BN akan menggunakan cara yang disahkan oleh mahkamah tinggi...
Bila keputusan mahkamah menyebelahi Nizar, BN terima dengan hati terbuka...
BN akan lakukan apa yang telah ditetapkan oleh mahkamah...
Tetapi,
BUKAN SEPERTI PR TERMASUK PAS...
Bukan seperti pemimpin PR termasuklah PAS...
Tidak menghormati keputusan mahkamah menjadi satu kemestian sekiranya tidak meyebelahi PR...
Bukan seperti PR termasuklah PAS yang hanya menghormati keputusan yang menyebelahi mereka...
SIAPA YANG YANG MEMUTARKAN KEADAAN???
TAK SEDAR DIRI LAGI KE???
Inilah dia pemikiran seorang yang kolot...
Inilah dia pemikiran seorang yang cetek...
Cukup-cukuplah menipu rakyat...
Kalau betul PAS terus dengan perjuangan ISLAMnya, berhentilah menipu rakyat untuk kepentingan politik termasuk kepentingan ANWAR...
Saya cukup hormat beberapa pemimpin dalam PAS yang berpegang dengan dasarnya...
Tetapi,
Saya cukup tidak suka dengan pemimpin yang cuba pecah-belahkan PAS dengan perbezaan politik dan perjuangan dasar mereka yang berbeza dalam PAS...
HORMATILAH KEPUTUSAN MAHKAMAH...
TERIMALAH HAKIKAT SEBENAR...
TERIMALAH TAKDIR ALLAH...
TERIMALAH QADA' DAN QADAR...
Terima Kasih...
SAlam...
Salam saudara Revolution...
Hehe.. Seronok menghentam nampak.. Sekali baca komen saudara ni nampak macam orang yang bijak.. Dua kali baca terperasan lak yang saudara ni pon KOLOT seKOLOT KOLOTnya dalam menilai sesuatu.. hehe.. Mengapa agaknya saya berkata begitu.. Mungkin memang sudah ditakdirkan mereka2 yang menyebelahi BN ni memang minda mereka TERTUTUP agaknya.. Tak tau nak menilai mana satu yang betul dan mana satu yang salah..
saudara ada meminta kerajaan PR supaya :
HORMATILAH KEPUTUSAN MAHKAMAH...
TERIMALAH HAKIKAT SEBENAR...
TERIMALAH TAKDIR ALLAH...
TERIMALAH QADA' DAN QADAR...
hehe.. sekarang saya minta ORANG2 BN dan KONCO-KONCONYA termasuk saudara pula yang mengamalkan apa yang saudara tulis diatas.. Mintalah BN supaya menghormati keputusan mahkamah.. Mintalah BN supaya menerima hakikat yang RAKYAT SUDAH MENOLAK BN, hanya dengan merampas kerajaan yang boleh membuatkan BN kembali berkuasa.. Mintalah BN menerima takdir ALLAH S.W.T yang mereka SUDAHPUN TEWAS di mahkamah.. Dan terimalah qada' dan qadar bahawa rakyat hari ini sudah cukup MUAK dan menyampah dengan cara kerajaan BN..
Nak cerita panjang pon tak guna.. Apa kata saudara buat kajian dan fikirkan mana satu betul mana satu yang salah.. Nanti saudara akan nampak ketelusan dan kebatilan..
Kalau BN benar2 telus, minta pemimpin2 BN supaya membubarkan DUN PERAK dan beri laluan kepada pilihanraya kecil DUN PERAK.. MAHKAMAH, UNDI TAK PERCAYA, HALAU SPEAKER KELUAR DAN SEGALA MACAM KEBUSUKAN LAGI bukan cara penyelesaian yang bijak.. RAKYATLAH PENENTU SEBENAR-SEBENARNYA..
Wallahuaklam.... :)
Salam...
Salam Revolusi...
Kepada Mr Saiko,
Pemikiran macam anda lah yang dikatakan dengan pemikiran kolot...
Pemikiran yang tidak tahu undang2 tetapi belagak sombong macam tahu...
Pemikiran yang macam inilah yang membuat PAS lemah...
Penyokong seperti anda lah yang membuat PAS nampak kolot...
Memang BN sudah kalah dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi...
Bn terima hakikat dan keputusan ini...
Tetapi,
Adakah mahkamah berakhir dengan mahkamah tinggi sahaja???
Jangan jadi kolot la saudara...
Kita kena ingat kerana setiap keputusan mahkamah boleh dibuat rayuan dalam Mahkamah Rayuan dan dimahkamah rayuan lah keputusan muktamat dilakukan...
Rakyat sudah menolak BN???
Memang rakyat sudah menolak BN tetapi hanya bukan MELAYU sahaja yang menolak BN terutamanya di Perak...
Ini sudah terbukti semasa PRK Bukit Gantang...
Undian Melayu terhadap PAS dan Nizar telah merosot semasa di Bukit Gantang...
Nizar menang dengan bantuan undi cina dan India...
Terima lah hakikat...
Tidak perlu bubar DUN...
Kalau betul Nizar dan PR telus dalam perjuangannya, sidang mesti diteruskan kerana majoriti milik BN...
tetapi PR tidak boleh terima hakikat...
Sebab itu dia mahu bubarkan DUN....
Terima lah hakikat yang PR sudah hilang majoriti dan bagi laluan untuk BN jalankan tanggungjawabnya...
Sebenarnya, PR yang tidak boleh terima hakikat...
Sebab itulah mereka katakan kepada mahkamah yang nizar tidak hilang majoriti dalam DUN...
tetapi sebaliknya bagaimana???
terima lah hakikat...
Sebenarnya, PR yang tidak boleh terima hakikat...
Sebab itu lah V. Sivakumar tolak usul undi tidak percaya kepada dia...
Sebab dia tahu dia akan dijatuhkan kerana PR tidak ada majoriti dalam DUN...
Tetapi,
Masih tidak boleh terima kenyataan...
terima lah hakihat...
Sebenarnya, PR yang tidak boleh terima hakikat...
Sebab itulah mereka buat sidang DUN bawah pokok (macam P. Ramlee tu)...
Walaupun tidak mendapat perkenan SULTAN, nak juga buat sidang DUN...
Tu yang buat bawah pokok tu...
terima lah hakikat...
Sebenarnya, PR yang tidak boleh terima hakikat,
Walaupun keputusan mahkamah persekutuan memihak BN dalam kes penggantungan DS Zambry & the geng, masih nak halau DS Zambry keluar dewan...
Terima hakihat ke macam tu??
Terima lah hakikat...
Banyak lagi kalau nak dikatakan...
Tetapi saya rasa tidak patut juga saya malukan penyokong PAS dalam blog PAS sendiri...
Saya bukan ingin kenakan sesiapa tetapi kita pada realitinya perlulah terima hakikat...
Kita sebagai ummat ISLAM dan orang MELAYU, sepatutnya tidak perlu bertengkar dan bergaduh seperti ini kerana pada akhirnya kita yang rugi...
Kita sepatutnya berbincang dan bersatu demi ISLAM dan MELAYU...
Itulah yang diajarkan dalam ISLAM...
Saya ingin minta maaflah sekiranya dalam tulisan saya ini, ada kata2 yang menguris hati rakan saya yang lain di sini...
SEMOGA UMMAT ISLAM AKAN TERUS BERSATU DEMI KEPENTINGAN DAN MARUAH ISLAM ITU SENDIRI...
terima Kasih...
Salam...
Salam saudaraku Revolution..
Salam REFORMASI..
Saya jangkakan yang saudara telah membuat kajian dan penelitian sebelum mengeluarkan komen sekali lagi disini. Ternyata tanggapan saya salah apabila saudara masih lagi kelihatan KOLOT malah lebih KOLOT dari tadi.
Inilah masalahnya apabila orang BN dan penyokong-penyokongnya seperti saudara cuba untuk menegakkan benang yang basah. Sedangkan kita semua tau yang masalah ini timbul disebabkan sikap angkuh BN. Kerana adanya orang yang macam saudaralah maka rakyat semakin benci dan kian membenci kepada BN dan sekutunya. Kutu-kutu seperti saudara inilah yang seharusnya BN matikan dulu sebelum BN mampu melangkah untuk memenangi hati rakyat seterusnya mula BELAJAR MENGIKUT PERATURAN.
Mungkin saudara tidak tau atau buat2 tak tau bahawa hakikat sebenarnya PR dan BN mempunyai kekuatan yang sama banyak iaitu 28 kerusi DUN setiap satu. Yang menjadikan BN mempunyai majoriti adalah kerana 3 ADUN bebas tersebut keluar PR dan mengistiharkan diri mereka menyokong BN. Disini sudah berlaku satu kesilapan besar yang telah dinafikan oleh BN malah SPR juga. Sepatutnya 3 kerusi ini sudah dianggap kosong kerana ketiga-tiga ADUN ini telah mengisi borang aku janji yang mengatakan bahawa jika mereka melompat parti, kerusi mereka dianggap VACANT atau kosong. Tetapi adakah perkara ini diterima BN. Diterimakah????..
Disini pun sudah kelihatan siapa yang tak tau peraturan kan. Saya tak mau sebut. Anda fikirlah sendiri. Kerana fikir itu pelita hati. Lebih banyak anda berfikir adalah lebih baik untuk kesihatan politik saudara. hehe..
Tentang speaker V.Sivakumar yang menolak usul undi tidak percaya. Mungkin saudara masih belum tau atau buat2 tak tau bahawa speaker mempunyai kuasa penuh pada tiap2 persidangan dewan. Speaker mengumumkan 3 kerusi adun yang melompat parti itu harus meninggalkan dewan, kemudian diikuti oleh MENTERI BESAR KEPALA ZAMRI dan 6 exconya. Nah!!!! sekarang sudara fikir adakah mereka menerima hakikat tersebut dengan meninggalkan dewan atau mereka terus menunjukkan betapa besarnya kepala mereka didalam dewan. Yang ni saya mintak saudara kaji. Kaji dulu baru komen.
Tentang speaker yang dijatuhkan melalui UNDI TIDAK PERCAYA. Sebenarnya kalau saudara mendapatkan pandangan pengamal perundangan, mereka akan kata bahawa persidangan tempoh hari tidak pernah bermula pon. Kenapa ya???? kerana speaker yang HALAL, masih tegap duduk dikerusinya telah diangkat secara paksa, dihalau keluar dengan kekerasan, oleh mereka2 yang TIDAK SEPATUTNYA MASUK ke dewan. Disini pun saudara masih mau mengatakan yang BN mengikut peraturan. Adakah BN menerima segala ketetapan dan peraturan dengan hati yang terbuka. Kalau jawapan saudara YA, maka ada SOMETHING WRONG lah dalam pemikiran saudara.
Banyak lagi kalau saya nak komen tentang kebusukan yang berlaku. Kalau BN benar2 menerima keputusan mahkamah tinggi, mengapa masih mahu merayu di mahkamah yang lebih tinggi. PR bukan gila kuasa saudara. Sebab itu bila menteri besar yang sah MB NIZAR mendapat mandat dari mahkamah sebagai menteri besar, beliau berhasrat mahu membubarkan dewan. Ini bertujuan untuk mengembalikan kreadibiliti dewan yang telah tercemar supaya rakyat yang menentukan siapakah kerajaan yang mereka pilih. Heran, orang2 BN bermatian mempertahankan supaya ADUN tidak dibubarkan.. TAKUTKAH!!!!
Kami orang PAS dan penyokong2 PR tidak pernah berasa malu samada dalam blog sendiri mahupun dimana jua. Selagi kami mengerti mana satu yang benar dan mana satu salah itu sudah cukup bagi kami. Kami akan berasa teramat malu jika kami menegakkan perkara yang TIDAK BENAR. Sekiranya kami silap, kami sedia belajar. Bukan dengan angkuh menutup kesilapan. Tak semua waktu kita betul saudara.
Saya juga ingin pohon maaf jika kata2 saya mengguris hati nurani saudara. Kadangkala perlu ada perdebatan untuk membetulkan yang HAK.. Marilah kita berfikir saudara. Kerana fikir itu pelita hati...... :)
Wallahuaklam.......
The revolution
Ada tak dlm ajaran islam atau dlm mana2 ajaran agama pun yang membolehkan BN / Najib/s culik 3 org ADUN selama seminggu, smpai peringkat tidak dpt dihubungi oleh isteri sendiri, kemudian keluar semula mengisytiharkan yg diorang dah sokong BN, besama2 ngn Najib the najis?
Ada tak mana2 ajaran pun yg mmbolehkan Umno Bn Celaka menggunakan POLIS utk kepentingan sndiri? (Merujuk kpd peristiwa 11 mei dlm Dewan)
Salam...
Salam Revolusi...
Saya melihat di sini ada orang yang memberi dengan menyatakan seseorang itu kolot tetapi dia tidak sedar commentnya itu lebih kolot...
Saya tidak mahu salahkan mereka kerana itulah merekA...
kITA KENA TERIMA HAKIKATNYA...
Ada orang bagi comment:"Saya cuba menegakkan benang yang basah."
Searkah anda siapa yang sebenarnya menegakkan benang yang basah...
Siapa yang tidak bawa kes MB ke mahkamah walaupun dia sudah hilang majoriti???
Jadi, siapa yang menegakkan benang yang basah???
Siapa yang membuat DEMONSTRASI DERHAKA KEPADA SULTAN walaupun SULATAN tidak mahu bubarkan DUN???
Siapa yang menegakkan benang yang basah???
Ada yang bagi comment:"speaker mempunyai kuasa penuh pada tiap2 persidangan dewan sehingga boleh menghalau sesiapa sahaja tanpa alasan."
Memang saya akui speaker ada kuasa dalam tiap2 persidangan...
Tetapi setiap kuasa yang digunakan mestilah berdasarkan peraturan dewan dan mestilah beralasan???
Apa alasan Siva dalam menhalau DS Zambry & the geng???
Sedangkan mahkamah persekutuan sudah membuat keputusan dalam kes ini...
Tetapi disebabkan ingin menegakkan benang yang basah, Siva menggunakan keputusan mereka semasa sidang bawah pokok yang haram...
Sidang itu tidak diperkenan SULTAN, maka segala resolusi tidak sah...
Jadi, tindakan Siva menghalau Bn juga tidak sah...
Ada yang bagi comment:"Nizar tidak gila kuasa sebab itu bila mendapat mandat daripada mahkamah, Nizar ingin bubarkan DUN"...
Nizar tidak gilakan kuasa???
Kalau betul nizar tidak gilakan kuasa kenapa tidak buat kecoh bila sudah hilang majoriti???
bagi sahaja jawatan itu kepada yang ada majoriti...
Disebabkan gila kuasa lah Nizar bawa kes ini ke Mahkamah...
Sebab gila kuasa lah Nizar ingin bubarkan DUN...
Nizar sudah hilang majoriti, maka Nizar tahu yang dia tidak dapat pertahankan KUASAnya itu dengan majoriti yang sedikit...
Bila bubarkan DUN, dia masih mempunyai harapan untuk duduk atas kerusi MB...
Ada yang bagi comment:"adakah ISLAM mengajar kita BN boleh culik 3 ADUN?"
Satu soalan yang cukup menarik...
Tetapi,
Adakah ISLAM mengajar kita supaya menyebarkan cerita tanpa bukti???
Adakah ISLAM mengajar kita untuk terus mebuat fitnah???
Sedangkan fitnah itu lebih teruk daripada membunuh...
Banyak lagi yang boleh dikupas dalam perdebatan ini...
Memang kita perlu berdebat untuk mencari yang HAK itu...
Tetapi adakah bagus perdebatan itu dengan kata2 yang kasar???
Adakah perdebatan itu bagus dengan fitnah2 yang dikeluarkan???
Adakah perdebatab itu bagus dengan menggunakan perkataan jijik???
Perkara ini boleh difikirkan oleh kita semua...
SEMOGA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI ISLAM DAN MELAYU...
SEMMOGA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI MEMARTABATKAN ISLAM...
Terima Kasih...
Salam...
Salam saudaraku Revolution..
Salam reformasi..
Sekali lagi anda melontarkan komen tanpa hala tuju dan tanpa kajian terperinci. Disini diperlihatkan dengan jelas kualiti warga penyokong BN yang suka menyokong membabi buta. Tak perlu kaji, tak perlu baca, tak perlu fakta, yang penting sokong sahaja. Inilah yang dimaksudkan dengan sokongan membawa rebah. Kesian BN, penyokongnya sendiri pun tak suka mengkaji. Patutlah sering ketandusan idea, akhirnya yang betul jadi tak betul. Yang tak betul jadi betul. hmm.....
Anda nafikan speaker dan mengutuk siva menggunakan ruang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Tapi dalam masa yang sama anda akui yang speaker punyai KUASA PENUH. Heran.... Tak faham tapi masih mahu komen... hmmm....
Komen anda diatas tentang ayat ini : "Nizar tidak gilakan kuasa???
Kalau betul nizar tidak gilakan kuasa kenapa tidak buat kecoh bila sudah hilang majoriti???...."
Cuba baca berulang kali. Hehe. Salah tulis ke. Memang benar Nizar tak buat kecoh. Nak buat apa buat kecoh. Ikut undang2 kan senang. Takkan Nizar mahu buat kecoh pula. BN yang suka buat kecoh. Samalah macam saudara bertanya "KENAPA TAK BUAT KECOH".. hehe.. Sebab itu Nizar ke mahkamah. Sebab tak mahu kecoh.
Yang lain2 tu tak perlulah saya komen. Kalau beri komen pun tak guna jika kajian datang dari pihak saya sahaja. Saya rasa bagus kalau saudara baca semua komen saudara berulang-ulang kali. Kemudian saudara senyum sendiri. Kerana saya tak nampak saudara tersenyum sipu malu depan PC. hehe.
Tak perlulah nak menegaskan berulang kali supaya saudara membaca FAKTA dan mengkaji. Yang rugi parti yang saudara sokong juga. BUKAN KAMI. Saudara teruskan dengan cara saudara. Biar saya berdiri melihat cara saudara sambil tersenyum simpul melihat gelagat penyokong BN.
Semoga saudara dan BN menemui cahaya dalam perjalanan pulang ke pangkalnya. Kalau perlukan cahaya, beri tahu kami. Kami sedia mennyuluh dengan lampu suluh sehingga ke pangkal jalan.
Wallahuaklam.. Semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T.... :)
Salam...
Salam Revolusi...
Hahahahah....
Terima Kasih atas pembetulan itu...
Saya akui saya ada kesilapan ketika menaip...
Tetapi,
Saya yakin yang saudara faham dengan maksud saya...
Sebab itu saudara cuba untuk membetulkan...
Dan saya juga yankin ramai faham dengan perkara ini...
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih..
Semoga saudara terus dengan perjuangan DAP di Perak...
Kami akan terus memerhatinya...
Semoga perjuangan saudara dan parti mampu memberi keuntungan kepada CINA, INDIA, DAP dan ANWAR...
SEMOGA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI ISLAM DAN MELAYU...
SEMOGA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI MEMARTABATKAN ISLAM...
Terima Kasih...
Salam...
Tidak ada yang lebih hina apabila membiarkan islam diperalatkan...
Hinanya pemimpin islam apabila dipermainkan oleh 7 orang cina..
Jangan pula nak kata cina tu mulia lak daripada orang Islam BN sebab orang Islam bn itu tak cukup islamnya...
Ingatlah kuasa penghukum bukan kat tangan manusia tapi pada tangan Allah s.w.t.... kalau nak hukum orang lihatlah diri dahul apakan anda tak pernah lepas dari dosa dan nista
Salam saudaraku Revolution..
Salam saudaraku Jedi Mastor..
Salam Reformasi...
Saudaraku Revolution. Tahniah kerana saudara akui kesilapan dalam menaip. Saya faham maksud saudara dan saya juga yakin dan percaya yang saudara juga telah faham atau memahami dengan sendirinya tentang politik semasa terutamanya isu kemelut politik Perak. Saya betulkan kesilapan saudara kerana tak mahu saudara terus melakukan kesilapan dalam penulisan dimasa akan datang. hehe.. Tegur menegur itu kan amalan kita sebagai orang ISLAM. Penulisan kita juga kadangkala menggambarkan cermin diri dan hati kita. Kadangkala personaliti juga akan kelihatan dari penulisan kita.
Tentang tanggapan saudara yang saya akan terus dengan perjuangan DAP di Perak adalah satu tanggapan yang SALAH. Biar saya betulkan. Saya dan kami semua akan sentiasa mendukung perjuangan parti yang berteraskan islam dan dalam masa yang sama kami akan menjalinkan kerjasama yang erat dengan parti DAP. Hanya dengan kerjasama yang baik akan menyebabkan mereka lebih menghormati kita dan seterusnya menerima dan menghormati dasar2 ISLAM. Percayalah saudara, hormat menghormati dengan bangsa lain akan menyebabkan kita hidup lebih berharmoni dan lebih aman. Politik PERKAUMAN hanya akan membawa kepada kehancuran dan perpecahan..
Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri kita yang hina lagi jahil.. Wallahhuaklam.... :)
Salam...
Salam Revolusi...
Seperti yang saya katakan,
SEMOGA ISLAM TERUS DIMARTABATKAN DI MALAYSIA...
SEMOGA KITA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI ISLAM DAN MELAYU...
SEMOGA KITA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI MEMARTABATKAN ISLAM...
Terima Kasih...
Salam...
Saya tidak menyebelah kepada mana-mana pihak tapi saya rasa saudara/i Revolution agak emosional dan tidak mengemukakan fakta yang kukuh dalam memberi komen.
Saya rasa agak menarik sekiranya kita dapat mendengar secra berfakta dan rasional daripada kedua-dua belah pihak agar kita dapat menimbang tara apa yang berlaku dengan lebih bijak.
Teruskan berbincang. Kepada saudara Revolution, tolong kurangkan emosi dan tingkatkan mutu perbahasan dan hujah anda. Pasti akan lebih menarik !
Salam...
Salam Revolusi...
Terima Kasih kepada IZAN atas teguran itu...
Memang anda katakan anda tidak menyebelahi sesiapa, tetapi sebaliknya kita TIDAK TAHU...
Biasalah, kita berada dalam blog PAS...
Jadi tidak mustahil untuk seseorang itu menghentam lawannya dengan berlakon yang konon nya tidak meyebelahi sesiapa....
Tetapi,
Tidak mustahil juga kalau anda berkata benar...
Saya harap teguran itu satu yang ikhlas daripada anda...
Teruskan dengan amalan anda dengan suka menegur itu..
Saya akan cuba mangambil teguran itu sebagai satu kata2 yang mampu mengubah saya...
Walau bagaimana pun, saya akan terus dengan cara saya...
SEMOGA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI MEMARTABATKAN ISLAM DAN MELAYU...
Terima Kasih...
Salam...
Semoga ummat Islam bersatu demi memartabatkan Islam di Malaysia untuk semua rakyat. Bukan Melayu sahaja. Islam bukan milik Melayu sahaja.
Bagi saya undang-undang dan perlembagaan itu jelas telah dilanggar oleh BN berdasarkan segala fakta yang saya baca.
Saya bersetuju dengan saudara Izan, saudara/i Revolution agak emosional dan tidak mengemukakan fakta yang kukuh dalam memberi komen.
Komen anda melambangkan ilmu anda.
Wallahualam.
Salam...
Salam revolusi...
Seperti yang saya katakan,
Di blog parti sendiri memang senang nak hentam orang lawan...
Tetapi dengan hanya cakap tidak buktikan, tidak guna juga...
Salam...
Post a Comment