Friday, 29 May 2009

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Saya suka betul baca sketsa yang dinukilkan peguam PAS yang bijaksana ni, jadi saya kongsikan disini. Kalau nak baca lebih lanjut sila ke

http://peguampas.blogspot.com/

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN

oleh :Mohamed Hanipa Maidin Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau. Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri. Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : " Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik". Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : " Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato' Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

2 comments:

The Revolution said...

Salam...

Setiap kata2 itu merupakan doa...
Sebagai ummat ISLAM kita tidak boleh mendoa perkara yang buruk berlaku kepada seseorang...

Tidak tahu la ISLAM PAS macam mana...
Mana la saya tahu kalau ISLAM pas benarkan orang doa keburukkan kepada orang lain...

Kalau itulah ISLAM pas, saya tidak tahu la kan....

salam...

Anonymous said...

sekarang saya semakin faham tentang perasaan Nizar.. Kesian dia...

Memang sketsa tersebut akan jadi realiti sekiranya PR mempunyai lebih dari 50 peratus kerusi....

Namun realiti sebenar, rupa-rupanya nak kautim dengan org BN satu kerusi pun payah.... Malah orang PR join BN lagi ada...

Mimpi siang hari rupanya...




paya