Sunday 21 June 2009

PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat Umno

Harakahdaily Sat Jun 20, 09 12:13:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar.

Isu perpaduan terpulang pada Presiden - Ustaz Azizan

Izwan Abdul Halim Sat Jun 20, 09 12:21:24 pm MYT

"Kerajaan Perpaduan ni yang bercakap Presiden (PAS), biar dialah selesai, saya ni orang bawah saja. Saya tiada komitmen apa pun. Perpaduan baguslah... semua berpakat! Dengan DAP, PAS, Umno, Gerakan, MCA kita pakat dok sekali semua, perpaduanlah macam tu agaknya atau macam lain? Saya tak tahu, nak cakap macam mana?

"Kalau kita dah jelas konsep itu bolehlah beri komen. Mungkin perpaduan ni semua parti duduk bersama dan menggerakkan negeri bersama...mungkin! Perpaduan macam sekarang PAS, DAP, KeADILan itu perpaduan juga, kerajaan juga. Perpaduan peringkat BN macam MCA, MIC, Gerakan, Umno dan lain-lain, (itu) perpaduan juga.

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali

Harakahdaily Sat Jun 20, 09 12:40:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan. "Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Dahlia said...

Unity Goverment bukanlah bermakna PAS bergabung dengan UMNO, tapi PAS bersama menggerakkan kerajaan, Ini masih lagi di dalam perbincangan.. Jangan cepat melatah, berbincang dahulu, TGHA dan pimpinan pun tidak mengatakan kata putus lagi..Ust Nasha menjadi mangsa kerana beliau tidak banyak mengulas isu ini, bukan kerana beliau takut, tapi beliau wala' kepada pimpinan atas, dan tidak mahu keadaan menjadi lebih tegang. Sepatutnya MP PAS mestilah menunjukkan contoh yang baik di mana tidak termakan dengan Media semasa.. Jangan kerana ini kita bercakaran sesama ahli, kita hilang kepercayaaan kepada pimpinan yang baru dilantik, kita tunjukkan yang kita punyai kuasa untuk melawan Majlis Syura..

Salam,

Mana cik Dahlia tahu UG bukanlah bermakna PAS akan bergabung dengan UMNO ? Saya sebagai AJK Pusat seperti juga Us Ahmad Awang, YB Us Abd Halim yang juga Ahli Majlis Syura Ulama tidak tahu. Begitu juga Us Azizan sbb tu dia kata "Saya tak tahu, nak cakap macam mana?"

Siapa pula melawan Majlis Syura..? Kita sokong Tuan Guru Nik Abd Aziz yang merupakan Pengerusi Majlis Syura,bermakna KAMI SOKONG MAJLIS SYURA. Kami tidak melatah dan tidak termakan dengan media massa kerana tidak bawa benda baru HANYA MEMPERTEGASKAN KEPUTUSAN MUKTAMAR yg baru lalu. Bukan cakap besar tapi rasanya banyak perkara yang cik Dahlia tidak tahu tapi dalam pengetahuan kami. Sebahagiannya Cik Dahlia boleh rujuk kenyataan Us Ahmad Awang yang saya petik dari blog beliau http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html?showComment=1245449732521

J

Dr Lo'lo'

2 comments:

Anonymous said...

dr,
tolong la halang geng penyokong UG nih... mereka dah rosakkan pas, tapi ada hati menuduh orang lain sebabkan pas berpecah...

kumpulan yang buat kerja dalam kelambu supaya dapat jadi menteri ni sangat memalukan...

kalau betul nak bergabung ngan amnu... suruh amnu masuk Islam dulu...

pria malaya said...

[[ Harapnya, kenyataan Cikgu Pa ini adalah tegas, tetap dan tidak flip flop...jika sebelum ini, beliau ada menyatakan, apa sahaja yg berkaitan dgn isu "kerajaan perpaduan' sudah tidak releven, PAS ingin tumpu Manik Urai..tetapi selang beberapa hari selepas itu, beliau akhirnya tewas ditangan para wartawan...

Tidak dinafi, beliau mempunyai hak untuk menjawab segala pertanyaan pihak media berdasarkan jawatan yg beliau sandang, tetapi, jika berat untuk menjawab 'no komen', sekurangnya2 jawablah berdasarkan suara 'majoriti'..rasanya xperlu diulas apakah yg dimaksudkan dgn 'suara majoriti'..sudah terang lg jelas...

Begitulah juga teguran dan nasihat kpd kepimpinan yg lain..ini bukanlah mahu menafikan hak dna kebebasan bersuara setiap dr kita, tapi cuba untuk bertindak mengikut suasana dan ketika, itulah yg dipanggil berhikmah dan profesional..apatah lagi keadaan ketika ini agak 'panas' dan bergelora, jadi ada baiknya jika setiap dari kita (kepimpinan) 'berpuasa' dr menjawab pertanyaan pihak media berkaitan isu 'kerajaan perpaduan'...biarlah mereka yg 'berautoriti' dgn persetujuan 'majoriti' sahaja yg menjawab..itu penting selalu bertemu muka, bertentang mata dgn kepimpinan2 yg lain..itulah adat berjemaah, insyaallah ada barkah disebaliknya...

Pada puak 'sana' pulak, rasanya sudahlah merayu2 meminta simpati..perbetulkan diri anda dahulu...sudah bersediakan untuk mengubah matlamat/dasar dan perjuangan parti dgn meletakkan Quran n Sunnah ditempat tertinggi? sudah bersediakah untuk mendakwa dan menolak semua pemimpin2 yg korup/rasuah/skandal dan lain2? sudah sediakan untuk memperjuangkan agama lebih dari bangsa? sudah sediakah untuk mewajibkan para pemimpin wanitanya menutup aurat? sudah sediakah untuk memansuhkan ISA dan akta2 zalim yg lain? sudah sediakah untuk mengharamkan segala perkara yg diharamkan, menghalalkan segala yg dihalalkan? dan lain2...

Jika sudah sedia, tidak perlu lagi rundingan, tidak perlu lagi perbincangan..bak kata Tok Guru yg kami sayangi, jika Umno sudah berubah kearah itu, parti kami rela dimansuhkan dan akan bersama2 berjuangn Islam bersama kamu..fikir-fikirkan..

wallahua'lam...]]

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/pas-tidak-berminat-bincang-dengan-umno.html