Monday, 15 June 2009

Soalan saya naik hari ini nombor 89 !!! Dr Lo'lo' bt Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai dan signifikasinya dalam pengecualian cukai terhadap arak, rokok dan judi dan adakah kajian dibuat sebagai perbandingan antara hasil pendapatan Negara yang diraih berbanding kos yang terpaksa ditanggung Kerajaan atas kesan sampingan arak, rokok dan judi kepada rakyat. Ini jawapan yang saya terima: Tuan Yang DiPertua, Untuk Makluman YB sebagai pulau bebas cukai, barang2 yg diimpot atau dibawa masuk ke Labuan dikecualikan drpd duti impot, cukai jualan dan duti eksais kecuali barang2 tertentu seperti produk petroleum. Dengan itu, pengimportan arak dan rokok tidak dikenakan cukai. Aktiviti judi tidak tertakluk kpd duti import, cukai jualan dan duti eksais dan dengan itu, tidak dberi apa2 pengecualian cukai. Layanan cukai di Labuan ini adalah selaras dengan konsep pulau bebas cukai negara lain seperti Hong Kong dan Mauritus. Pada masa ini tiada kajian cukai dibuat ke atas bandingan antara hasil dan kos Pulau Bebas Cukai Labuan. Dr Lo'lo'

1 comment:

mynameisnotimportant said...

kenapa menteri macam tak menjawab soalan je?