Thursday 23 July 2009

Kenyataan YB Dr. Lo’lo’ isu hukuman sebat ke atas pesalah minum arak untuk membetulkan kenyataan media.

Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23/07/2009 dengan tajuk-tajuk berikut “Outrage Over Caning For Model” dan “Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat’s Statement On Whipping Of Model” adalah dirujuk. Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut : a) Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. b) Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment. Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt. Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahn meminum arak. Saya telah memberikan komen saya dengan sucihati megikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain. Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada. Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud. Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan. Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walau pun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukaman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut. Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau. Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah. Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu. Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan. Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya. Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita. Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan. Saya merujuk kepada Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa. Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya. Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu UMNO/BN “merotan” Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut. Begitu juga perlu “disebat” pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg. Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut. Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA??...

18 comments:

Anonymous said...

err.. dr... sebenarnya, sebelum ini sudah ada hukuman sebat ni oleh mahkamah syariah kuantan..
lupa pulak bulan berapa, masa tu, seorang lelaki kena 6 sebatan, dan seorang perempuan kena 5 sebatan...

ini lah yang sepatutnya... kerana kita tidak mampu nak laksanakan hudhud hasil kekangan pemerintah, maka seharusnya hakim mahkamah syariah tidak menggunakan budi bicara melampau dengan cuma mengenakan denda, ada pula kadang tu memberikan 'diskaun' lagi...

hukuman sebat ini sekurang-kurangnya dapat menimbulkan rasa gerun dalam hati orang Islam yang lain yang terasa nak minum arak, berkhalwat...

saya sangat lah menyokong tindakan dari hakim mahkamah syariah kuantan yang tersebut! sungguh beliau sangat berani!!

kalau cuma denda... sedaplah bagi orang kaya yang tidak kisah setakat tiga pat ribu tuh...

dalam kes khalwat... selalunya cuma kena denda, diskaun pulak tu... jadi bila tertangkap... orang akan rasa... tak kisah la... denda saja... duit buleh cari... tu yang ramai yang tak takut tu... sekurangnnya bila kena sebat ni, ada kesan parut dua tiga bijik... tak nak demeh... :P

macam jugak mat rempit... elok la kena sebat macam pesalah rogol... nanti, sakit kat punggung tu... susah la nak bawak motor, apa lagi nak merempit... :P

Anonymous said...

jawapan perlulah jelas sama ada mengikut hukum Islam atau gerakan wwanita barat.jangan sekali secara kkabur.dengan wartawan pun kena hati-hati .

Anonymous said...

Menyesal hukuman tegas tak dijalankan dengan lebih awal. Sekarang ramai remaja 20-30an suka merempit, lepak, ragut, bohsia, arak, dadah, sek-bebas. Daripada mengkaji alam, memahami ilmu matematik, berazam memenangi Nobel Prize, kumpul duit untuk beli tanah dan usahakan sawit, berniaga, dan sebagainya. Cuba lihat perbezaan nyata ini, betapa ramai tapi betapa sedikit berkualiti. Hukuman yang sebegini harus selalu dijalankan, baru ada bisanya. Atau sekadar main-main saja agama Islam ini??

Anonymous said...

kenapa tak bubuh perenggan bang..

Anonymous said...

Salam YB Dr,

Alhamdulillah, kini paham lah saya akan situasi sebenar. Mulanya mmg agak terkejut bila baca berita tertulis yg menyatakan YB berpendapat demikian walaupun dlm hati ada rasa kurang percaya.

Jika tidak keterlaluan, ingin saya cadangkan dilain kali bahawa YB ulang semula kenyataan/pendapat bila ditanya pemberita atau disuruh pemberita ulang semula dan YB dengar apakah betul yg dipahami oleh pemberita2.

Anonymous said...

sudah la dr lo'lo'....nak putar belit kenyataan plak.
itu la...lain kali nak becakap tanya iman dulu bukan tanya DAP.

Anonymous said...

Penagih dadah apa pulak hukuman nya?

TAKADA Dalam syariah..sebab mas zaman nabi takada arak..Jadi dadah ok? Yang mana lebih teruk kalau menagih???

Anonymous said...

dia ni memag putar belit alam.. nama pun da pelik. orgnye lg la.. emm sudah2 la tuh geng2 ularmakkkkkk..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Naz said...

Kenapa baru sekarang..?

Hangat2 tahi ayam sahaja kerajaan ni.

Berapa banyak pulak Melayu yang terpaksa disebat nanti..

Anonymous said...

Salam YB DR,

saya juga terkejut baca berita tersebut pada mulanya. Setelah dijelaskan semula baru saya faham. Sebenarnya dengan wartawan ni kita kena berhati-hati, lain kita cakap, lain dia siar. Nak kat mika ni tak pandai... semuanya lepasan UNIVERSITI.

Oleh itu bagi mengelakkan perkara sebegini tak berulang kena berhati-hati dan perlu diberi keterangan yang sejelas-jelasnya kepada golongan ini.

Kalau kita bezakan rotan Syariah dengan rotan Sivil jauh beza dan tak boleh dibanding. Kalau rotan Sivil membawa kepada kecederaan, tetapi rotan Syariah lebih kepada pengajaran.

Cuma satu yang saya minta, boleh tak YB tolong usulkan di Dewan Rakyat agar hukuman yang dikenakan dilaksanakan di khalayak ramai seperti di hadapan masjid pada hari Jumaat atau di tempat-tempat yang menjadi tumpuan umum. Saya yakin dan percaya kalau perkara ini dapat dilakukan kadar jenayah di Malaysia dapat dikurangkan dari tahun ke tahun. Itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Agama Islam.

Nurhidayah Jaafar said...

Usaha mahkamah syariah kuantan ni sebagai perintis perlaksanaan hukum hudud di malaysia.

saya rasa, kalau semua hakim mahkamah syariah di malaysia ni melaksanakan hukuman seperti ini, sudah cukup mewujudkan 'gelombang hukum hudud' di malaysia.

Penguasa perlu belajar dr sirah rasulullah, bagaimana baginda menghukum seorang perempuan hamil yang mengaku berzina. Undang-undang islam itu adil dan penuh nilai kasih sayang.

Tiada diskriminasi wanita pun. sbnrnya penguasa yg melakukan driskriminasi terhadap diri sendiri dgn amanah yang tidak tertunai!

Takbir!

Anonymous said...

lo' lo' ada dlm al-quran maknanya pearl, bahasa melayunye mutiara.. yg x reti pasal nama tu xyahlah bising2.. nak ckp pandang2 la xde org kata awk tu jahil sgt

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

Saya kena perbetulkan tulisan yg mengatakan zaman Rasulullah saw wanita hamil pn dihukum adalah kurang tepat. Wanita hamil tsb sebenarnya mengaku berzina kpd Rasulullah sehingga mengandung luar nikah, namun hukuman keatasnya ditangguhkan sehingga dia melahirkan anak dan kemudian sehingga dia selesai menyusukan iaitu 2 tahun kemudiannya. Wallahua'lam. Dr Lo'lo'

Anonymous said...

for those who is just shouting out their opinion before thinking about it wisely, is d real stupid...why do u wanna argue about her name???then, you know nothing about it...just remember one thing, Allah's punishment is very2 hard...so, dont try to play around wif it..if u are very fanatic wif any political party, dont mix it around wif Allah's Law...u are just human.such as me n Dr Lo'lo'...if she or PAS has done any mistake, just focus on THAT particular issue, not on person or other issue especially when itis involving ISLAM...you better watch out...

Keylee Daud said...

saya juga amat mengahrapkan PAS dan PR dapat jalankan HUDUD KEPDA ISLAM DI MALAYSIA SEDIKIT MASA NANTI.ISYALH

Anonymous said...

Assalamualaikum wbh. Dr Lo Lo. Di akhirat nanti semua manusia akan disoal, masa itu lidah tidak dapat berhujah. Masa itu apa yang akan dijawab oleh anggota lain Dr tentang pendirian Dr?

Hukuman sebat adalah diputuskan oleh mahkamah syariah. Mahkamah syariah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.

Hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah kuantan yang kononnya Dr sokong adalah di bawah negeri yang diperintah BN. Mengapa negeri-negeri yang di bawah perintah PR tidak menguatkuasakannya?

Rumusannya Dr, ingatlah bahawa lidah kita boleh berkata apa sahaja, namun tindakan kitalah yang mencerminkan iman.

Bertindaklah mengikut hukum Allah, bukan ikut pengundi atau DAP atau PKR atau kebencian hasad dengki kepada puak lain. Dr berada di tampok kuasa, sedanglan hakim mahkamah syariah negeri pahang pun berupaya melakukannya, apatah lagi pemerintah sebuah kerajaan negeri selangor.

Sesungguhnya di padang masyar kelak kita akan dihisab.

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

sdra ni nak bagi nama pun tak berani.mmg di pdg mahsyar nti semua anggota bleh beckp. itulah yg rkyt Msia baca tiap2 mggu dlm surah Yassin, tp tak faham maknanya. Kalau Kerj Ngri BN bleh laksana hukum Syaria, tentu kita sume org PAS kena sokong sbb perjuangan kita utk mnegakkan syariat Allah. Ngri2 yg kita perintah misalnya Kelantan awal2 lagi mahu mlaksanakan Hukum Syariah yg betul2 ikut hukum Islam ttp enakmen Syariah tersebut tak dapat dilaksanakan kerana tidak ditanda tangani oleh Penguasa tertinggi ngri Kelantan dlm hal ehwal agama Islam. Surat Mahatir yg melarang pelaksanaan Hukum Syariah pun masih ada dlm simpanan Kerj Kelantan. Kerj Tregganu juga tlh meluluskan Enakmen Syariah dan tlh ditanda tanganiolh Sutan Trengganu ttp tdk sempat dlaksanakan apabila tgau drampas kmbali oleh umno/bn Mlh Kerj PAS/BA ngri Tganu pernah dsaman krn hndk mlaksanakan hukum syariah. d Selangor PAS bukan majoriti,sdh pastilah memerlukan masa utk memenangi dan menerang kpd rakan2 PR yg lain. Kedah sedang dlm proses. Kena ingat bhw hal ehwal agama Islam ngri2 diketuai olh Sultan2, jd Sultan2 kena bersetuju dan tanda tgn baru baleh dilaksanakan. Lainlah kalu PAS/PR pgg pusat-lbh luas pluang dan ruang utk lksanakn Hukum Syariah. Apa yg djalankan oleh mhkmh Syariah Kuantan hanya sebhg kecil shj dr enakmen syariah dan masih jauh dari hukum Syariah sebenarnya Ini bab Hukum Allah oeh krn itu saya tdk mahu layan komen2 yg xde nilai, serangan ats peribadi&nama saya. Wallahu'alam

Dr Lo'lo'