Thursday, 6 August 2009

KEMUNGKARAN YANG BERLELUASA

– inilah jadinya bila Syari'at Allah tidak dijadikan teras pemerintahan Negara

 

Bayi Mati Dalam Beg Sekolah Pelajar Perempuan

Pos oleh admin pada August - 6 - 2009


KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Marang, dekat sini, secara berterusan memeluk beg berdarah sepanjang berada dalam kereta gurunya ketika dibawa ke sebuah klinik kesihatan membongkar rahsia ia sebenarnya memuatkan mayat bayi perempuan.

Difahamkan, beg yang turut mengandungi peralatan sekolah itu mulanya tidak mendatangkan syak guru berkenaan sehingga ia dibuka seorang kakitangan klinik kesihatan terbabit, sekali gus membongkar tindakan pelajar tingkatan lima itu melahirkan bayi dalam tandas sekolah itu, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan menyembunyikan bayi seberat 3.6 kilogram dalam beg itu menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika pelajar itu ditemui guru terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu disedari guru wanita berkenaan sebaik menemui pelajarnya yang berusia 17 tahun itu duduk dalam keadaan bertangkup dan hampir pitam berhampiran tandas sekolah

 

 

Pelajar Sekolah Kini Ilmu Seks tinggi!

Pos oleh admin pada July - 19 - 2009


Pelajar Sekolah Kini Ilmu Seks tinggi!

KUALA LUMPUR: Kes hamil luar nikah atau seks sebelum berkahwin di kalangan remaja berlaku bukan saja disebabkan keinginan nafsu atau perasaan tetapi turut didorong faktor ilmu seks yang ada pada mereka.

Ketua dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Onstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, Dr Mohamad Farouk Abdullah, berkata kebanyakan remaja hari ini memiliki ilmu seks tinggi dan penting mendidik golongan itu mengenai langkah pencegahan kehamilan.

Selain itu, katanya, remaja perlu diberi kesedaran mengenai nilai harga diri dengan tidak semudahnya menyerahkan kehormatan.

"Melalui pengalaman saya, ramai remaja belasan tahun sudah melakukan seks sebelum kahwin dan hamil luar nikah. Malah, ada satu kes, mangsa berusia 16 tahun, hamil luar nikah empat kali.

"Dia menjadi mangsa sumbang mahram sejak usia 13 tahun lagi dan selepas itu terbabit dalam gejala sosial sehingga mengandung empat kali.

Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Kes Reproduktif LPPKN, Kamarol Faridah Kamarol Zaman, berkata 13 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun terbabit dalam seks luar nikah.

Kajian Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Universiti Malaya itu juga mendapati 70 peratus remaja berkenaan adalah wanita dan selebihnya lelaki.



Pelajar perempuan ketagih seks di kandang kambing

Pos oleh admin pada July - 8 - 2009


SEPANG – Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di sini sejak tiga bulan lalu.

Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.

Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.

Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.

 

Dari:

www.malaysiagoogle.com

2 comments:

D'ayo said...

YB...

Kat area Pasar Datuk Keramat... ada 2 orang (ibu dan anak perempuan) yang hidup mereka, to me, bermasalah... anaknya darjah 6 (difahamkan telah berhenti sekolah baru-baru ini - Sek. Datuk Keramat) dan ibunya pula seorang penagih (difahamkan) memaksa anaknya berbuat apa saja untuk mendapatkan bekalan... pun difahamkan... oleh itu saya minta jasa baik YB untuk menyisat, menyelami dan membantu mereka... sebarang keterangan lanjut, boleh minta Cikgu Yusof siasat kat kedai Bang Joe (Suberi Nasi Kandar) terutama daripada group otai yang conquer meja belakang... Cikgu Yusof kenal mereka tu... mungkin nie masalah terpencil tapi yalah, saya jugak mempunyai anak sebaya dengan anak perempuan tu... la nie tengah kelam-kabut to make him to do well in his UPSR tapi mereka anak beranak berkeliaran kat area pasar dari senja ke awal pagi... kesian sangat kat budak tu... terima kasih

Anonymous said...

hemm...dapatkah PAS menegakkan undang2 Islam di negara ini apabila ada diantara rakan2 PR sndiri mengatakan, "Langkah mayat dulu kalau nk tubuhkan negara Islam"...??? sedangkan mereka itu sendiri adalah anti-islam. Jgn pandai menyalahkan kerajaan kerana tidak berlandaskn syariat Islam. Saya tidak menyebelahi mana2 politik kerana saya tidak mahu terperangkap dengan ideologi politik kepartian...(Sistem politik kepartian itu adalah ideologi dari barat (yahudi) dimana tujuannya adalah untuk memecah belahkan masyarakat dan umat Islam khususnya..) Sampai bila semua ini akan terjadi??? Sesungguhnya Allah maha mengetahui kebenarnnya...Allahuakbar!!