Monday, 10 August 2009

Kenyataan akhbar oleh YB Dr. Lo’Lo’ Binti Dato’ Haji Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) berhubung isu campurtangan Umno dalam perlantikan Jawatankuasa Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan.
  • Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa dengan ini membantah keras sikap Menteri Wilayah Persekutuan melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politiknya yang mencampuri urusan Hal Ehwal Agama Islam di Wilayah Persekutuan.Saya difahamkan dari sumber yang sahih,surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini (11 ogos 2009), mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid / surau.
  • Penyusunan semula ini dikatakan melalui perlantikan secara rasmi kakitangan masjid dan surau yang terdiri dari imam, penolong imam, bilal dan siak yang juga merangkap sebagai Ketua Pentadbir, Penolong Pentadbir, Setiausaha, Bendahari dan Pekerja Am.Dalam penyusunan ini juga, Jawatankuasa Masjid dan Surau dipilih oleh ahli qariah dalam mesyuarat agung masjid dan surau dimana jawatankuasa tidak lagi berperanan sebagai pentadbir sebaliknya berperanan sebagai pengantara dengan masyarakat setempat.Walaupun penyusunan ini masih diperingkat awal dan banyak lagi masjid-masjid dan surau-surau yang belum dapat disusun semula namun saya dan banyak pihak-pihak lain juga menyokong usaha ini yang sedikit sebanyak meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran masjid dan surau.
  • Saya difahamkan surat dari Menteri Wilayah Persekutuan tersebut menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri(TPM) yang kononya mengeluarkan arahan tersebut hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI MENERIMAPAKAI senarai ajk masjid dan surau dari KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO.Jika benar keputusan kabinet,mengapa surat tersebut ditandatangani Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam.
  • Jika benar arahan tersebut dari Timbalan Perdana Menteri(TPM), saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak Timbalan Perdana Menteri(TPM) kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional. Sekian kenyataan akhbar saya. Yang Benar YB Dr. Lo’Lo’ Binti Haji Mohamad Ghazali. Ahli Parlimen Titiwangsa

1 comment:

Hafiz Hamid said...

ibu, teruskan perjuangan..