Hazayani Zakaria Wed | Oct 28, 09 | 7:06:35 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas bagi menangani pemasalahan kebajikan dan keselamatan wanita ekoran tragedi kematian pembantu rumah Indonesia akibat didera majikan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama, ahli parlimen wanita Pakatan menggesa Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mengambil langkah berkesan bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang. "Pantauan secara langsung oleh kementerian-kementerian melalui agensi atau jabatan yang berkaitan perlu ditubuhkan segera bagi menyelesaikan kemelut ini. "Penubuhan pusat aduan setempat dan talian hotline dilihat boleh membantu pihak agensi atau jabatan yang bertanggungjawab menerima, menyiasat dan mengambil tindakan berkenaan sebarang aduan yang diterima," kata kenyataan itu. Ia ditandatangani oleh ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali, ahli parlimen PAS Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin dan ahli parlimen DAP Batu Gajah Fong Po Kuan. Mantik Hani, 36, dari Surabaya, ditemui dikurung di dalam tandas rumah majikannya, meninggal dunia 10 pagi Isnin lalu di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Rawatan yang diberikan oleh doktor pakar, gagal menyelamatkan mangsa akibat keadaan mangsa yang terlalu lemah. Menurut laporan, Mantik telah ditemui oleh pihak polis di dalam tandas yang berkunci dalam keadaan separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan. Dia mendakwa telah beberapa hari tidak diberi makan selain kepalanya dicukur hampir botak. Ahli parlimen wanita Pakatan turut mendakwa, kes kematian Mantik adalah kemuncak kepada kegagalan kerajaan dalam menjamin hak kebajikan dan keselamatan pekerja asing, terutamanya melibatkan pembantu rumah yang berjumlah sekitar 280, 000. Tragedi ini juga telah mencemarkan nama baik Malaysia diperingkat antarabangsa. "Akibat daripada kegagalan kerajaan Malaysia dalam memastikan persekitaran kerja yang baik serta amalan pemotongan sehingga 100% gaji pembantu rumah selama tujuh bulan bagi yuran yang dikaut oleh agensi pembantu rumah, mengakibatkan banyak kejadian pembantu rumah melarikan diri daripada majikan asal. "Mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada keadaan yang lebih buruk dan inilah yang berlaku kepada Mantik Hani," kata kenyataan itu. Sementara itu, dalam kenyataan berasingan kepada Harakahdaily, Dr Lo' Lo' bimbang, apa yang berlaku kepada Mantik akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia di negara jiran berkenaan. "Saya bimbang dengan nasib pelajar kita di sana. Apa kata kalau ada rakyat Indonesia yang membalas dendam kepada pelajar kita. Kerajaan mesti menyelesaikan segera kebimbangan ini," katanya. Beliau mencadangkan kerajaan membuat kenyataan misalnya kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk keras pelakunya dan berjanji akan mengambil tindakan segera ke atas pihak yang bertanggungjawab. Beliau juga mencadangkan agar diadakan pusat aduan di samping skuad pemantau keadaan para pekerja asing di negara ini agar ia tidak berulang lagi. sumber: HarakahDaily.Net | |
Thursday, 29 October 2009
Tangani segera isu dera pembantu rumah
Dr. Lo' Lo' persoal kes juvana ketagih gam
Dzulfikar Mashoor Wed | Oct 28, 09 | 12:58:14 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Okt:Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali pagi tadi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan sejauhmana Polis berjaya berusaha membanteras penagihan dadah di Malaysia.
Menjawab persoalan tersebut,timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusof menjelaskan sebanyak 45 kes rampasan dadah terbesar berjaya dibuat sepanjang tahun lepas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menjelaskan, Polis berjaya merampas dadah bernilai RM44 juta pada 4 Mac tahun lepas di Senai Johor.
Rampasan itu termasuk 52.8 kg shabu dan 12 orang yang dipercayai terbabit dalam sindikit.
Selain itu, Polis juga berjaya merampas dadah bernilai RM1.2 juta pada 20 Mac tahun lepas di beberapa makmal haram, di Permas, Johor.
Dalam rampasan tersebut, sebanyak 66.5 kg heroin dan 20.4 kg shabu berjaya ditemukan, bersama-sama 12 individu yang disyaki terbabit dalam sindikit itu.
Dalam soalan lisan tambahan kemudiannya, Dr. Lo' Lo' membangkitkan isu ketagihan gam yang berleluasa dalam kalangan juvana, kerana tidak ada undang-undang yang jelas untuk membendungnya.
Menjawab soal itu, Abu Seman mengakui, kementeriannya menyedari kelemahan itu.
"Tentang ketagihan gam ini, memang tiada suatu undang-undang khusus digubal untuk haramkan gam," tegasnya.
Sehingga kini, kerajaan hanya mengklasifikasikan gam hanya sebagai bahan beracun, bukannya dadah.
Tambahnya lagi, kementeriannya bersama Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) telah melaksanakan pelbagai kempen di sekolah-sekolah peringkat rendah dan menengah betapa bahayanya gam.
"Bagaimanapun, kementerian (KDN) telah hantar draf rang undang-undang berkaitan larangan bahan ketagih gam pada pihak (Jabatan) Peguam Negara untuk semakan segera, sebelum dibawa ke Parlimen,"jelasnya.
Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengarahkan Dewan menjawab soalan lisan seterusnya. |
Wednesday, 28 October 2009
Kes Mantik Hani
- Kita bimbang kes kematian Mantik Hani akan sebabkan tindak balas yang tidak wajar ke atas pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia buat masa ini. Kerajaan Malaysia diminta segera melakukan 'damage control' dengan menghantar maklumat yang jelas iaitu kematian Mantik dikutuk oleh setiap rakyat Malaysia yang waras.
- Kerajaan juga mesti bertegas untuk segera wujudkan satu mekanisma untuk membantu pembantu rumah asing ada pusat aduan untuk mereka hubungi apabila ada unsur-unsur penderaan dan penganiayaan.
- Skuad pemantau mesti ditubuhkan yang akan membuat 'spotcheck' secara rawak pembantu rumah tertentu disamping adanya Pusat Aduan Sehenti. Nombor-nombor untuk dihubungi hendaklah dipamerkan dipintu-pintu masuk dan wajib dibekalkan oleh agen-agen yang menguruskan pekerja asing.
RUMAH BELI atau RUMAH SEWA
Kenapa jual nama YB?...
Tuesday, 27 October 2009
Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat
Izwan Abdul Halim. izwan@harakah.net.my Mon | Oct 26, 09 | 6:27:41 pm MYT | |
ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya. Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat. "Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat. "Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA. "Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi. Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat. Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka. Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi. Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali. Sumber: HarakahDaily.net |
Perjumpaan dengan Penduduk PPR Desa Rejang
Monday, 26 October 2009
Selesai melalui prosedur perlembagaan - Presiden PAS
Harakahdaily Mon | Oct 26, 09 | 9:51:06 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata isu yang sedang melanda parti itu sekarang akan diselesaikan melalui cara yang termaktub dalam perlembagaan parti itu dan bukannya melalui saluran media. Sehubungan itu, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat bersabar dan bertenang berdepan persoalan dalaman yang sedang melanda PAS. |
"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.
Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.
Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.
Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.
Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.
Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009
Sumber: HarakahDaily.net
Adun BN mengaku bakar jentola
Salmah Mat Husein Sun | Oct 25, 09 | 4:59:26 pm MYT | |
KOTA BHARU, 25 Okt: Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka. Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat." Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini. Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini. Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah. Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata �bila tuduhan tentu tidak ada bukti�. Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa. (PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.) Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat. _ Sumber: HarakahDaily.net |
Sihat Jasmani
Friday, 23 October 2009
ZIARAH WAKIL AHLI PARLIMEN TITIWANGSA TANDA SIMPATI KE RUMAH MANGSA TETAK
Ahli Parlimen Titiwangsa yang kini kurang sihat, telah menghantar wakil bagi menziarahi keluarga mangsa tetak yang terbunuh akibat pergaduhan di Desa Petaling ketika merayakan deepavali bersama-sama rakan-rakan
Wakil YB Ahli Parlimen Titiwangsan dan rombongan telah bergegas sekitar jam 10.00 malam bagi melakukan ziarah sebagai tanda turut bersimpati terhadap kejadian yang menimpa keluarga B. Gunalan salah seorang mangsa pada isnin 19hb. Oktober 2009.
Wakil dan rombongan YB Dr Lo’ lo’, yang di pimpin oleh Ustaz Abdullah bin Abdul Wahab selaku YDP PAS Kawasan Titiwangsa telah menemui ibubapa dan keluarga mangsa. Mereka sempat mendengar rintihan keluarga magsa yang tidak menyangka bahawa kegembiraan menyambut deepavali di akhiri dengan berita sedih yang menimpa keluarga mereka. Ketawa berganti air mata kata adik beliau kepada wakil YB. Tambah sedih kata adik ibu mangsa, mereka turut bersedih kerana abang B Gunalan kini juga sedang di rawat di wad ICU HUKM akibat turut di tikam dalam tragedi itu sambil menitiskan air mata.
Wakil YB Dr. Lo’ lo’ telah menyampaikan ucapan takziah dari YB dan menyampaikan sedikit sumbangan tanda turut bersimpati.
Turut serta dalam rombongan tersebut Major (B) Raja Lope Ahmad, Encik Abu Hassan, Puan Hasmiza dan Encik Nazih
Berita.
19 tahun: Adun BN rakam tahniah pada MB Kelantan
Mohd Nor Yahya Fri | Oct 23, 09 | 6:13:15 am MYT | |
KOTA BHARU, 23 Okt: Kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang kini sudah menjangkau 19 tahun mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dan berharap kerajaan dapat mempertingkatkan usaha mencari pelbagai sumber pendapatan baru. Beliau berkata sedemikian ketika membahas ucapan titah Pemangku Raja semalam. Norzula juga berkata sehingga kini terlalu banyak jurang diadakan dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala yang sebaik mungkin di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. "Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepada saya sendiri yang kini sudah menjadi wakil Rakyat selama sembilan belas tahun,"katanya lagi. Norzula berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS ini seharusnya mencari pelbagai usaha di samping kini berharap agar mendapat royalti minyak dari petronas dan kerajaan pusat. "saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan tidak sahaja merangka usaha penanaman pokok depu yang mengambil masa yang lama bagi mendapat hasil,ia seharusnya memikirkan sesuatu yang membolehkan hasil yang segera kepada rakyat negeri ini,"ujar beliau lagi. Sementara itu, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) pula ketika ucapan perbahasan titah Pemangku Raja pula turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nik Aziz yang berjaya mentadbir Kelantan sehingga berusia sembilan belas tahun. Ahmad Baihaki berkata, walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui oleh kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru, namun kecekalan dan kesabaran yang tersemat di jiwa seorang bertaraf ulama telah membuktikan kepada dunia bahawa pentadbiran sesebuah negeri maupun negara bukan sekadar terletak kepada mereka yang bertaraf doctor maupun jurutera,malah ulama juga mampu mentadbirnya. Beliau juga telah menggariskan beberapa kejayaan PAS mentadbir negeri ini seperti berjaya membuktikan ulama juga mampu mentadbir negeri, melahirkan sebuah kerajaan yang bersih dari gejala rasuah,dapat menafikan bahawa politik dan agama berasingan di pemikiran rakyat,dapat menjelaskan bahawa bukannya umno/BN sahaja yang dapat memerintah negeri,Konsep Membangun Bersama Islam jelas menjadi panduan kepada seluruh rakyat negeri ini. Di samping itu, Ahmad Baihaki turut merakamkan ucapan tahniah kepada ucapan sulung Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang ingin melihat Kelantan terus maju dari segi fizikal dan rohani dengan menekankan aspek pertanian dan harapan baginda agar Kelantan dapat menjadi sebuah negeri Jelapang makanan negara dan memperkenalkan konsep bertani satu ibadah. Adun Pasir Tumboh ini juga berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan meneruskan kesinambungan sistem ini ke seluruh negeri disamping mempertingkatkan sumbangan dana kewangan kepada pondok-pondok di negeri ini. Menyentuh kepada sektor pelancongan pula,Ahmad Baihaki berkata harapan agar dapat melihat Kelantan dikenali sebagai tempat Pelancongan Agama iaitu sesuai dengan jolokan Kelantan Serambi Mekah. Beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan memperkasakan tulisan jawi di seluruh negeri dan memperbanyakkan papan tanda yang menerangkan terdapatnya kawasan pondok agama,masjid maupun madrasah di seluruh pelusuk negeri. _ sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22940&Itemid=1 |
Wednesday, 21 October 2009
MACC MUST INVESTIGATE UMNO CHIEFS
Oleh Tony Pua
SPRM perlu menyiasat kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan kawasan parlimen oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ketua Bahagian UMNO
Setiap kawasan parlimen telah diperuntukkan sekurang-kurangnya RM500,000 setiap tahun dalam program penyenggaraan infrastruktur awam (PIA), infrastruktur asas (PIAS) dan projek pembangunan kecil, luar bandar kawasan parlimen (PEKA). Untuk kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional, peruntukan ini adalah dikuasai oleh ahli parlimen, manakala untuk kawasan yang dikuasai pembangkang, peruntukan ini adalah dikuasai oleh Bahagian UMNO ataupun Barisan Nasional tempatan. Peruntukan ini adalah disediakan oleh Kementerian Kewangan dan diuruskan oleh Unuit Penyelerasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Antara 93,432 projek yang telahpun diluluskan daripada tahun 2005 sehingga Nov 2008, walaupun Jabatan Audit Negara hanya membuat lawatan ke 96 tapak projek, Ketua Audit Negara telah mendapati banyak masalah dalam sekurang-kurangnya 10 projek. Antara isu terpenting yang tertimbul adalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan dan pengurusan projek yang menglibatkan UMNO Bahagian tempatan.
Misalnya, Jabatan Audit Negara telah mendapati bahawa pembinaan bumbung gelanggang futsal di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Kuala Lumpur yang siap pada Dis 2007 dengan kos RM98,372 terbazir kerana kemudahan tidak digunakan dan terdapat pokok menjalar. Begitu juga dengan pembinaan tempat duduk penonton di Taman Danau Desa, di kawasan Seputeh yang siap pada Jun 2007 dengan kos RM48,960. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa ia “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula Ketua UMNO Bahagian Seputeh pada November 2008”.
Di Taman Danau Desa, Seputeh, Kuala Lumpur, didapati 3 projek iaitu membina gelanggang tertutup bernilai RM134,463, dewan orang ramai (RM130,313) dan pusat rekreasi (RM135,653) yang telah ditawarkan kepada 3 kontraktor yang berasingan pada Sep 2007 tidak dilaksanakan. Semakan Audit mendapati ketiga-tiga kontraktor tersebut telah membina satu dewan orang ramai yang bernilai RM400,429. Gelanggang tertutup dan pusat rekreasi tidak dibina. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa “pergabungan ini dibuat atas permohonan Ketua Bahagian UMNO Seputeh”.
Jabatan Audit Negara juga mendapati bahawa bangunan orang ramai di Taman Sri Endah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang dibina dengan harga RM98,825 dan siap pada Okt 2007 tidak digunakan. Penjelasan yang diberikan adalah bahawa kemudahan tersebut “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula ketua UMNO Bahagain Bandar Tun Razak”.
Dalam satu kes lagi, satu tempat asuhan kanak-kanak dan peralatan permainan serta kerja berkaitan di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak telahpun siap dibina pada Okt 2007 dengan harga RM179,126. Akan tetapi, lawatan audit mendapati penggunaan bangunan ini tidak mengikut tujuan asal. Sekali lagi dalam penjelasan yang diberikan, “memandangkan saiz ruang yang sempit dan kegagalan memenuhi kriteria untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah menukarkan fungsi asal bangunan berkenaan...”
Kes-kes yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara di atas dengan secara langsung telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kerana penggunaan wang kerajaan telah dikuasai oleh Ketua UMNO bahagian tempatan yang tidak mempunyai sebarang berkedudukan dalam pengurusan kerajaan.
Ini juga membuktikan apa yang dinafikan selama ini, iaitu peruntukan kawasan parlimen yang tidak diwakili oleh ahli Barisan Nasional adalah dikuasai oleh Ketua UMNO Bahagian dan Kerajaan Barisan Nasional telah mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan UMNO.
*sumber: http://mt.m2day.org/2008/content/view/27968/84/
Soalan-soalan Parlimen Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] untuk Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Penggal ke-12
Soalan Lisan
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rompakan bersenjata yang melibatkan wang dan barang-barang berharga seperti emas yang diurus syarikat pengawal keselamatan sepanjang tahun 2008 hingga kini.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan kejayaan rampasan dadah dan lain-lain bahan yang salah disisi undang-undang secara besar-besaran yang telah berjaya dibuat oleh pihak PDRM mengikut negeri sejak 2008 hingga kini.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kejadian jenayah mengikut jenis dan negeri sejak 3 tahun yang lalu dan suku pertama tahun 2009.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah polisi DBKL dalam penjualan rumah-rumah PPR kepada penduduk yang sedia ada dan juga pihak lain yang mungkin layak serta bagaimana dengan PPR Jelatek yang merupakan pemindahan dari Kampung Bumiputera dan lain-lain adakah mereka akan diberi hak untuk membeli unit-unit tersebut, begitu juga bagaimana dengan kedudukan PPR Sri Perlis 1 dan 2.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menjelaskan mengapakah JAWI tidak membenarkan sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama atau SRI swasta mengadakan kurikulum bersepadu antara al-Quran, mata pelajaran diniah dan matapelajaran akademik serta apakah landasan kepada prinsip ini.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan polis terhadap ugutan rogol ke atas exco kerajaan negeri Selangor, YB Rodziah dan juga ugutan bunuh terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid semasa majlis dialog dengan penduduk Seksyen 23 yang lalu serta sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua YB.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan DBKL untuk PPR Desa Rejang Setapak tentang penambahbaikan pasar basah yang seperti pasar 'cowboy' serta bilakah pembinaan rumah mayat untuk bukan Islam akan dimulakan sedangkan permohonan telah dibuat berkali-kali.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikkan yang dibuat DBKL untuk penuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan pembaikan dewan serbaguna Kampung Dato' Keramat dan naik taraf Taman Tasik Kampung Dato' Keramat dan bilakah projek-projek terbengkalai ini boleh digunakan semula oleh rakyat serta sejak bilakah projek ini dimulakan dan siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos yang telah dibayar dan berapa kos projek keseluruhannya.
Soalan Bertulis
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan kenapakah balai bomba di Jalan Jelatek masih terbengkalai tidak digunakan setelah sekian lama serta sejak bilakah projek ini dimulakan, siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos projek keseluruhannya.
- Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pelantikan ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan ditangguhkan sedangkan sesi ahli jawatankuasa yang lalu telah tamat sebelum Ogos 2009.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah pesalah juvana yang masih dalam tahanan reman sejak dari tahun 2008 hingga sekarang dan apakah polisi dan amalan yang digunapakai dalam menjustifikasikan penahanan juvana sebagai tahanan reman.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah kementerian mempunyai perancangan untuk melebarkan jalan utama Bentong-Kelantan yang terlalu sempit kerana telah banyak kemalangan dan kematian yang berlaku.
- Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik kadar pengangguran dan apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah ini.