Tuesday 3 November 2009

Mursyidul Am kesal penangkapan Dr Asri

  • Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengadakan ceramah agama, tengah malam kelmarin, dianggap satu perbuatan yang melampau. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sangat dukacita dan kecewa dengan tindakan melulu Jais itu.
  • “Saya anggap ia satu tindakan yang melampau. Kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti. "Ramai lagi orang yang patut ditangkap, termasuk mereka yang mengasingkan politik dan agama. Inilah yang sesatnya. Saya sangat dukacita dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
  • Mengulas mengenai dakwaan yang kononnya penahanan itu dikaitkan dengan ajaran Wahabi yang cuba disebarkan oleh Asri, Nik Abdul Aziz berkata, dakwaan itu perlu diperhalusi. “Kalau nak dikaitkan dengan ajaran Wahabi, kita kena pastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.
  • “Nasihat saya kepada Jais, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia,” katanya.

1 comment:

Tun Perak said...

As'salam Dr Lo'lo,

Dulu, sebelum PAS joint DAP & PKR, saya hormat juga dengan PAS. Bagi saya PAS adalah parti yang berlandaskan ISLAM dalam perjuangannya.

Sekarang, PAS seolah-olah sedang mengali kuburnya sendiri.

Di selangor sekarang ni, jualan arak dah macam jual coca cola, rumah urut pun tak payah nak risau kena ambush lagi, orang india dan cina semakin tinggi dadanya, orang islam/melayu semakin ditindas ( terutamanya bos-bos jabatan kerajaan selangor)..

PAS tak buat apa-apa pun...DR. Hassan cakap sikit..dah kena gasak dengan Nik Aziz dan sekutunya daripada DAP & PKR.

Saya harap PAS kembali semula kepada perjuangan asal mereka. Insyaaalah, masa akan menentukan PAS pasti akan menjadi parti dominan.