Tuesday, 3 November 2009

TERJAH DAN TINJAU SEK KEB SRI PERAK

Sek Keb Sri Perak sudah beroperasi selama 20 tahun di bahagian bawah empat Blok Flat 17 tingkat milik DBKL d Bndr Baru Sentul, KL. Sekolah dgn murid seramai 205 orang jauh dari menepati piawaian sebenar sebuah sekolah. Hiruk pikuk dgn bising suara dan aktv pnduduk Flat dan kenderaan yg keluar masuk. Bau busuk dari tong sampah menguasai suasana, menusuk dan meloyakan. Anak2 terpaksa melintas jalan untuk kekantin sekolah setiap waktu rehat, bermain di padang sekangkang kera sebesar 30kaki serta menumpang surau Flat utk aktiviti keagamaan. Walaupun sekolah tahap A namun keputusan peperiksaan UPSR yg merupakan antara kayu ukur kejayaan sesebuah sekolah masih perlu dipersoalkan adakah disebabkan oleh persekitaran yg tidak kondusif dan langsung tidak merangsang minda2 muda untuk meraih kecemerlangan. Lebih malang lagi PEMBATALAN penuh misteri pembinaan sekolah yg baru bagi menggantikan penempatan SK Sri Perak di kawasan berhampiran sehingga kini tiada jawapan yg jelas samada dari Pengarah Jabatan Pelajaran WP mahupun dari pihak sekolah sendiri. Maklumat yg kita dapat, pembatalan tersebut atas bantahan beberapa orang penduduk atau khususnya pimpinan umno setempat atas alasan kawasan yg dicadangkan adalah tempat parkir penduduk yg sebenarnya adalah merupakan tanah DBKL yg diguna tanpa keizinan rasmi DBKL. Kesimpulannya adakah orang kita lebih pentingkan tempat parkir dari penyediaan prasarana pendidikan yg wajar. Kalau itulah kedudukannya sangat kecewalah saya kerana rupanya pimpinan umno dicawangan tidak mahu berubah meskipun d war2kan dperingkat pusat pimpinannya mahu berubah.
  • Bersama2 Ahli Parlimen Batu (yg tidak dapat turut hadir dalam lawatan hari ini) saya akan bawa isu ini dlm ucapan saya dalam perbahasan bajet sekarang.

Dr Lo'lo'

No comments: