Monday, 11 January 2010

Pegawai gereja terharu terima kunjungan Nik Aziz

Ismail Hashim
PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka. Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu. “Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik. “Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi. Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).

Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja. Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.

Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.

PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.

Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24146:pegawai-gereja-terharu-terima-kunjungan-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

3 comments:

Anonymous said...

Baguslah TGNA pergi melawat gereja2 tu untuk memberikan gambaran bahawa kita orang Islam bersimpati atas nasib yang mereka hadapi. Ia jugak memberikan gambaran jelas bahawa Islam amat membenci keganasan dan insiden bom2 tersebut tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam.

Cuma nak penjelasan mengenai - TGNA beri 'sumbangan peribadi' nya pada gereja....

Saya tak pandai komen di sini sebab kekurangan ilmu. Apakah ini dibenarkan oleh Islam? .....menggunakan rezeki kita untuk sedekah kepada rumah ibadat orang2 yang kufur kepada perintah Allah?

Kita di Kelantan pernah mintak dengan kerajaan TGNA peruntukan simen nak baiki kolah masjid..., tapi TGNA suruh kutip duit sendiri.... takder pun dia nak bagi 'sumbangan peribadi'...

Ini politik?

Maaf.., cuma nak mintak penjelasan dari orang2 yang berilmu yang membaca komen ini.

Anonymous said...

Kami penduduk peribumi sarawak akan memastikan PR menang pada pilihanraya akan datang. Penyangak UMNO sudah menunjukkan wajah sebenar mereka. RACIST dan ganas.

Cili Padi said...

PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN
Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.

Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

bersambung di cilipadi007.blogspot