Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Jadi saya nampak bahawa dengan menyebut satu dua nombor iaitu nombor 20, nombor 40 yang secara kebetulan anak Perdana Menteri, adik Perdana Menteri itu diungkit-ungkit seolaholahnya bila anak Perdana Menteri, adik Perdana Menteri, bila orang UMNO mesti jadi papa kedana. Itulah saya dapati tanggapan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin yang kononnya berjuang untuk Islam. Bagaimana komen Yang Berhormat Pasir Salak? Terima kasih. [Ketawa]
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Boleh sambung sedikit?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, beri saya jawab dahulu sedikit.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Okey.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sebenarnya disebutkan bahawa manusia ini dijadikan sama tetapi perselisihan berlaku disebabkan hasad dengki. Yang Berhormat Titiwangsa seorang Muslimat PAS, tahu tentang ini? Yang Berhormat Wangsa Maju, silap, Titiwangsa... Yang Berhormat Wangsa Maju ikut saya
pergi Washington, hati-hati ya Yang Berhormat Permatang Pauh. [Ketawa] Tidak lama lagi. Jadi, ini soalnya perebutan di antara pihak sebelah sana dengan sini yang inginkan kuasa, kedudukan dan harta benda. Ini yang menyebabkan berlakunya pergaduhan, perselisihan yang mana berlaku di antara kita sesama kita. Akan tetapi berbezanya bagi pihak kita, kuasa yang telah dimiliki selama 50 tahun lebih kita gunakan untuk rakyat, bukan untuk kepentingan individu.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sedikit lagi saya hendak teruskan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikit lagi?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Nanti saya beri masa kepada Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Nanti terlupa pula point.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak, tidak lupa. Catit, catit itu. Tulis, tulis.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikitlah sebab tadi sudah sebut panggil Muslimat PAS tadi. Terpanggil ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tetapi jangan berpantun apa, siakap senohong, apa semua tu, jangan lagi lah. [Ketawa]
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tidak ada, tidak ada. Sudah habis sudah pantun itu, sudah habis. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya pun hairan jugalah bila Yang Berhormat Pasir Salak kata yang Titiwangsa Muslimat PAS. Memanglah saya Muslimat PAS, ada masalah kah? Itu satulah. Yang keduanya berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi tentang ‘anak jantan’ tadi. Anak jantan, kita tidak ada masalah. Sebutlah beberapa kali pun, tidak ada masalah. Akan tetapi apabila dianalogikan, disebutkan perkataan ‘anak betina’ dan dianalogikan bahawa ‘anak betina’ itu penakut, pengecut dan sebagainya, maka inilah masalahnya yang kita kata kita tidak mahu perkataan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ini digunakan sewenang-wenangnya di dalam Parlimen ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey, terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ya, anak-anak sekolah pun boleh melihat, boleh mendengar tentang perkara ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey, baik.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Jadi tidak timbul masalah kita sebagai orang Melayu kalau dikatakanlah, kalau apa yang saya faham daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu, tidak mendaulatkan kemelayuan itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Wallahu’alam.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih. Saya Tuan Yang di-Pertua, tidak mahu melanjutkan perbalahan ini.
-----------------------------------------------------------------------
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya hendak sebut nombor 20 anak kepada bekas Perdana Menteri, nombor 40 adik Perdana Menteri sebab Yang Berhormat sebut dan membaca nama dan Yang Berhormat bertanya Robert Kuok ini adakah UMNO? Saya sudah sebut, itulah dia UMNO. Nombor 40 itu UMNO, nombor 20 UMNO. Itu sahaja, saya bukan dengki.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, saya mencelah sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya melihat perbahasan sejak semalam, saya tidak hairan kalau Yang Berhormat Bukit Mertajam menyuarakan. Saya lagi tidak hairan kalau Yang Berhormat Batu Gajah menyuarakan. Akan tetapi sejak semalam saya nampak, bila kita faham akar umbi kita yang berasas kepada kita, yang berasas darah daging kita. Semalam Yang Berhormat Padang Rengas menyebut tentang satu peribahasa ‘anak jantan’ tetapi kita dapati bahawa orang yang sepatutnya menjiwai peribahasa Melayu tempat kita, darah yang mengalir dalam badan kita tetapi golongan inilah yang mula menyuarakan seolah-olah mereka sudah tercabut akar asal usul mereka. Saya dapati tidak tahulah saya, apakah jenis darah yang mengalir dalam badan mereka. Kalau orang tua dahulu bercakap ‘ambil tempurung, kencing dalam tempurung dan lihat wajah siapa di dalam tempurung tersebut’.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Menyampuk] Wajah UMNO.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Jadi saya nampak bahawa dengan menyebut satu dua nombor iaitu nombor 20, nombor 40 yang secara kebetulan anak Perdana Menteri, adik Perdana Menteri itu diungkit-ungkit seolaholahnya bila anak Perdana Menteri, adik Perdana Menteri, bila orang UMNO mesti jadi papa kedana. Itulah saya dapati tanggapan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin yang kononnya berjuang untuk Islam. Bagaimana komen Yang Berhormat Pasir Salak? Terima kasih. [Ketawa]
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Boleh sambung sedikit?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, beri saya jawab dahulu sedikit.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Okey.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sebenarnya disebutkan bahawa manusia ini dijadikan sama tetapi perselisihan berlaku disebabkan hasad dengki. Yang Berhormat Titiwangsa seorang Muslimat PAS, tahu tentang ini? Yang Berhormat Wangsa Maju, silap, Titiwangsa... Yang Berhormat Wangsa Maju ikut saya
pergi Washington, hati-hati ya Yang Berhormat Permatang Pauh. [Ketawa] Tidak lama lagi. Jadi, ini soalnya perebutan di antara pihak sebelah sana dengan sini yang inginkan kuasa, kedudukan dan harta benda. Ini yang menyebabkan berlakunya pergaduhan, perselisihan yang mana berlaku di antara kita sesama kita. Akan tetapi berbezanya bagi pihak kita, kuasa yang telah dimiliki selama 50 tahun lebih kita gunakan untuk rakyat, bukan untuk kepentingan individu.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sedikit lagi saya hendak teruskan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikit lagi?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Nanti saya beri masa kepada Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Nanti terlupa pula point.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak, tidak lupa. Catit, catit itu. Tulis, tulis.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikitlah sebab tadi sudah sebut panggil Muslimat PAS tadi. Terpanggil ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tetapi jangan berpantun apa, siakap senohong, apa semua tu, jangan lagi lah. [Ketawa]
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tidak ada, tidak ada. Sudah habis sudah pantun itu, sudah habis. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya pun hairan jugalah bila Yang Berhormat Pasir Salak kata yang Titiwangsa Muslimat PAS. Memanglah saya Muslimat PAS, ada masalah kah? Itu satulah. Yang keduanya berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi tentang ‘anak jantan’ tadi. Anak jantan, kita tidak ada masalah. Sebutlah beberapa kali pun, tidak ada masalah. Akan tetapi apabila dianalogikan, disebutkan perkataan ‘anak betina’ dan dianalogikan bahawa ‘anak betina’ itu penakut, pengecut dan sebagainya, maka inilah masalahnya yang kita kata kita tidak mahu perkataan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ini digunakan sewenangwenangnya di dalam Parlimen ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey, terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ya, anak-anak sekolah pun boleh melihat, boleh mendengar tentang perkara ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey, baik.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Jadi tidak timbul masalah kita sebagai orang Melayu kalau dikatakanlah, kalau apa yang saya faham daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu, tidak mendaulatkan kemelayuan itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Wallahu’alam.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih. Saya Tuan
Yang di-Pertua, tidak mahu melanjutkan perbalahan ini.
No comments:
Post a Comment