Thursday, 18 March 2010

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar


Harakahdaily
Hazayani Zakaria
  
KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.
"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.
Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).
Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.
Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.
"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.
"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.
"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.
Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.
Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.
"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.
"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.
Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.
"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.
"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Dr,

Saya tidak menyebelahi siapa-siapa baikpun PR ataupun BN.

Saya diberi akal dan fikiran oleh ALLAH s.w.t. untuk membuat pilihan saya sendiri samada PR ataupun BN.

Pandangan peribadi saya,apabila diamati tek ucapan sepenuhnya hari ini oleh YB Bayan Baru,terdetik dihati saya apabila kenapa Arwah Ayah saya tidak menyetujui untuk saya mengikut Saudara Anwar semasa dalam ABIM ataupun dalam UMNO dulu.

Saya semakin yakin apabila Saudara Anwar di gelar Pengkhianat Negara oleh TSMY tahun sudah apabila nama-nama seperti AASIL KAZI AHMAD,TERRENCE NETTO dan RAJA PETRA ada di nyatakan dalam teks ucapan YB Bayan Baru hari ini.

Tidak ingin merungkaikan lebih lanjut tentang teks tersebut tetapi sudah cukup jelas siapa mereka2 ini di dunia antarabangsa.Siapa mastermind mereka.Cukup bahaya untuk rakyat Malaysia.

Saya berpendapat sudah sampai masanya Parti Pas yang saya hurmati,keluarlah dari Pakatan Rakyat, berjuang atas nama Islam secara individu, insyaallah Parti Pas akan senantiasa dipelihara dan di restui oleh ALLAH s.w.t. dari bersekongkol dengan orang yang bernama ANWAR BIN IBRAHIM yg cukup licik dan hebat ini.

KAIZER

Dr Lo'Lo' said...

Kalu tidak menyebelahi sesiapa kenapa tiba2 nak percaya seratus peratus apa yg zahrain cakap? Umpama suami isteri bercerai setelah bertahun2 bersama. Adegan manis n indah dalam bilik tidor bersama dulu bila bawa keluar memang jadi buruk dan jijik.

Apa nilai seorang yg mengkhianati perjuangan kemudian memburuk2kan sahabat seperjuangan kita dulu sehingga tiada yg manis. Kenapa dulu keluar kata sbb DAP, tp skrg yg diserang adalah DSAI. Jika 16 sept rasa diperalatkan kenapa tunggu sampai skrg, malah Bulan Jun 2009 tulis surat minta Lim Guan Eng menjadi Pengerusi PR Pulau Pinang. Macam mana seorang yg dianggap bersikap spt komunis boleh dicadangkan utk jadi ketua kita. Inilah pembohongan2 kaki lompat. Katak2 politik 3+1 ni tidak sedar dibelakang mereka ahli Prlmn BN panggil mrk pel.... 4 ekor tu. Malah ada AP BN dpn muka saya sendiri kata,untung jadi AP PR skrg sbb harga beli pakai timbang kilo. Mungkin 1 juta kut sekilo. Kami AP BN takde harga.

Nilailah sendiri ....

PAS ada pimpinan, ada Presiden, ada Mursyidul Am. Kami tidaklah buta hati nak bermuafakat dengan DSAI tanpa mengetahui duduk perkara sebenarnya. Siapa anda nak dibandingkan dgn ilmu dan pengalaman TGNA walaupun beliau tidak maksum.

Anonymous said...

Salam Dr,

Tq for your comment.Anyhow hope to see you in Manjoi one day.

My suggestion why not you contest at Parlimen Tambun the next 13th Election.

Strongly believed be able to win the seat.

All the best to you.

KAIZER