Saturday 10 April 2010

Polis dan DBKL benarkan program parti politik di Titiwangsa

Salam Dato Bandar Kuala Lumpur

Salam Pegawai-pegawai Polis yang menjaga Parlimen Titiwangsa

Saya ingin maklumkan secara terbuka bahawa saya Dr Lo'Lo' Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat Titiwangsa akan membuat program-program yang sama seperti yang pemuda umno buat seperti yang saya nyatakan di bawah.

Satu PPR satu Karnival bersama YB, dalam masa terdekat. Karnival keluarga tersebut akan dipenuhi pelbagai acara termasuk pendaftaran dan semakan daftar pemilih SPR, daftar Ahli PAS dan kemuncaknya ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Terima Kasih kerana kini pihak polis dan DBKL begitu terbuka memberi permit serta logistik program parti-parti politik di tempat-tempat awam. Saya yakin serbuan polis ke atas program PR di Kelab Sultan Sulaiman tidak akan berlaku lagi. Saya akan buat atas kapasiti wakil rakyat.

(Pemuda umno Malaysia buat program di PPR Hiliran Ampang hari ini Sabtu 10 April 3 hingga 12pm. Program tersebut adalah Karnival kerjaya,medical check/up,karaoke, DAFTAR AHLI UMNO dan daftar pemilih. Malam CERAMAH oleh Firdaus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Lokman Adam)

Harakah, Malaysia Kini dan lain-lain portal berita sila siarkan sebab saya mahu semua pembaca termasuk rakan FB jadi saksi. Sesiapa yang ada kelapangan dan kemudahan sila rekodkan program pemuda umno tersebut sebagai bukti.

5 comments:

Anonymous said...

Ralat. Bukan Firdaus. Fairus - bekas Timbalan Ketua Menteri. :)

Awang said...

Kita adalah wakil rakyat yang diplih, pasti lebih berhak untuk mengadakan program-program sebegini.

Teruskan YB, kami sokong !

Teropong Duri said...

Semua banner yang mempromosikan BN semuanya diturunkan, bendera-bendera
di pejabat parti kompenan BN diarahkan oleh Majlis Daerah supaya
diturunkan. Setakat ini bilik gerakan UMNO baru dalam peringkat
pentadbiran dan belum beroperasi sepenuhnya. Itu pun nak dikacau.- Pengecut punya PKR!

Anonymous said...

Kalau dah orang melakukan yang terbaik untuk rakyat aper salahnya.. kan membantu masyarakat.. takkan YB halang orang yang menolong rakyat.. tak kisah lah parti UMNO ker BN ker... YB buat yer la keje masing-masing... jgn asyik kira kebaikan diri sendiri jer...org lain tak boleh plak menuju kebaikan... igatlah YB.. hidup ni hanya pinjaman.. terlalu ramai org yang perlu kita minta maaf.....

Anonymous said...

Salam Hormat YB...

Sekadar pandangan.. kalau parti lain buat keje... kita menyokong jer la... tak perlu nak block.. INI SEMUA UTK RAKYAt.. tak kan nak tunggu AHLI PARLIMEN kot..... TUHAN MARAH...MENOLONG BKN MESTI IKUT PARTI...TAPI KERANA ALLAH..