Wednesday, 19 May 2010

Banjir kilat di Kg Kerayong

Melawat Kg Kerayong yang ditimpa banjir kilat malam Selasa 18 Mei 2010 setelah hujan lebat menimpa KL selama 4 jam.


Sungguh sedih melihat keadaan Kg Kerayong yang diteroka sejak 40 tahun lalu masih jauh tertinggal dari arus pembangunan. Tiada sistem perparitan atau pelupusan sampah, rumah yang dekat2 dan agak uzur, air lombong yang sering naik parasnya bila hujan.


Mereka dijanjikan untuk dipindahkan ke PPR Sri Alam, namun hingga kini proses tersebut tidak berjalan. Alasan yang diberi adalah kerana Kementerian Perumahan belum menyerahkan lagi PPR tersebut kepada DBKL. PPR telah siap, penduduk pula tidak sabar untuk pindah dan membeli unit PPR yang tersebut tapi banyak sangat birokrasi sehingga rakyat menjadi mangsa.


Bila hujan sikit air naik, nak baiki rumah elok2 bimbang pula diminta roboh untuk berpindah. Serba salah mereka. Inilah nasib rakyat, sering kali dipermainkan, sedangkan disini Kg yang kuat UMNOnya sehinggakan Ketua Kg takde yang ada hanya Ketua UMNO dan Pengerusi surau ! Ibu tunggal yang saya lawati rumahnya yang banjir  siap pakai baju dacing anak beranak mengharungi air yang naik. Hebat.....


No comments: