Sebagai Alumni UKM saya telah dijemput ke majlis Titah Perdana Yang Di Peruan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Cancelor UKM sempena Ulang Tahun UKM yang ke 40 tahun.
Tuanku raja yang peramah dan sangat selesa didekati kerana mungkinTuanku bermula di dunia korporat dan pentadbiran. VC Tan Sri Prof Dr Hafsah sedang memperkenalkan saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa.
.
Tengku Muda anakanda tuanku agak terkejut mendengar nama saya dan terus bertanya dari PAS. Tengku muda juga bertanya berapa ramai alumni UKM yang berada dalam BN dan berapa pula dalam PR. Tan Sri VC kata kurang pasti, mungkin lebih dalam BN. Nampanya anak muda berdarah raja ini berminat dengan politik negara
Beriringan dengan Dato Prof Dr Mahmud suami kepada Tan Sri VC, kedua mereka adalah guru/pensyarah yang banyak berjasa kepada saya, suami dan rakan2.
Dalam Dewan Senat diapit oleh YB Dr Shafei, alumni tahun paling awal UKM dan Tuan Hj Johan Pengurus Tabung Haji.
Bergambar disebelah pamiran gambar2 tokoh alumni UKM.
Tengku Laksamana Tengku Naqiyuddin turut mengiringi Tuanku Cancelor.Puan Thuraiya kakak saya yang sulung adalah orang utama dalam penyediaan Muzium UKM dan pamiran yang dilawati.
2 comments:
Assalamualaikum YB. Sila lihat album berkaitan di http://pkukmweb.ukm.my/~jurufoto/pelancaran%2040%20tahun%20UKM.html
Terima kasih.
Congratulation mama, for the great achievement. Doakan pula anak-anak mama mengikuti jejak mama, berjaya dan kuat memperjuangkan Agama dan Ummah.
Your works and attitude inspire me to be a good muslimah leader for future..
May Allah grant you Al-Jannah Al-Firdausi.
Post a Comment