Ramai yang kurang puas hati kerana cadangan2 penduduk melalui memorandum yang mereka hantar ke Menteri Wilayah langsung tiada jawapan atau diambil perhatian. Tak usahkan nak pakai cadangan2 tersebut, jawab pun tidak.
Ketika membangkitkan di Parlimen isi kandungan memo penduduk PPR Jelatek yg 'claim' bahawa pembinaan PPR Jelatek menggunakan wang derma dari korporat2 berjumlah RM100juta tetapi hanya RM20juta yang digunakan, selebihnya tidak tahu kemana perginya, tiada langsung jawapan dari Menteri Wilayah tentang perkara tersebut.
Peguam Pusat Khidmat Wakil Rakyat saudara Zulhazmi menerangkan iaitu jika sekiranya telah dinyatakan yuran peguam percuma, pembeli2 tidak sepatutnya diminta membayar RM450. Dikatakan peguam dan wakil bank datang tanpa penyertaan dari pihak DBKL mahupun wakil dari Persatuan Penduduk.
Pak Yim kata mereka dijanjikan akan diberi rumah percuma semasa mahu dipindahkan dari Kg Bumiputera kerana mereka bukan setinggan tetapi merekalah yang meneroka kampung tersebut.
Jika dibandingkan dengan penghuni Flat Taman Keramat dan penduduk Kg Berembang yang mendapat pampasan lumayan, peneroka2 Kg Bumiputera yang kini menghuni PPR Jelatek agak kurang bernasib baik kerana terpaksa membeli flat kecil 2 bilik yang sudah uzur dan banyak yang rosak dengan harga RM36,000
Asalnya perjumpaan ini ditentang Persatuan Penduduk dan saya dimaklumkan ada ugutan bahawa sesiapa yang turun menyertai majlis dialog ini akan ditangkap polis.
Wakil rakyat nak jumpa rakyat pun susah sangat.
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, satu lapuran polis telah dibuat oleh pembantu saya dan meminta kereta peronda polis turun untuk jaga keselamatan semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment