Wednesday, 19 May 2010

Bengkel Merealisasikan Pengangkutan Awam Mesra Rakyat


Pada pagi Isnin lebih kurang pukul 10pagi saya menerima sms dari YB Nurul Izzah yang bertanya kenapa saya tidak hadir bengkel tersebut. Saya sungguh terkejut kerana tidak mendapat apa2 maklumat langsung tentang program ini. Rupa2nya bengkel ini dijalankan selama 2 hari dari pagi hingga petang. Sebanyak lebih dari 10 kertas kerja dibentangkan.


Saya tergesa2 ke Seri Pacific dan mendapati majlis telah berjalan dan saya terpaksa duduk dikerusi perunding2 dan panelis2 forum. Sungguh malu rasanya kerana wakil rakyat dilihat tidak menepati masa. Tambahan pula saya sangat kabur dengan program tersebut. Saya bangkitkan tentang ketiadaan atau penafian jemputan dari DBKL. Alhamdulillah YB Nurul prihatin jika tidak saya akan ketinggalan dari menyertai program yang sangat penting tersebut. Urusetia program meminta maaf sebab kata mereka jemputan telah dihantar tetapi staf despatch tidak jumpa Pusat Khidmat saya di Kg Baru. Kelakar sungguh alasan mereka kerana Pusat Khidmat terletak di KgBaru bersebelahan kedai nasi lemak Mak Wanjor yang sangat terkenal dan telah dikunjungi PM sendiri baru2 ini. Mereka juga kata cuba fax pada Hari Jumaat tapi tak masuk sedangkan fax lain2 masuk seperti biasa sahaja pada hari tersebut. Mereka tidak pula menghantar email atau menalipon pusat khidmat. Bayangkan di zaman IT ini surat jemputan tidak boleh disampaikan kepada wakil rakyat. Sebaliknya majlis tersebut turut dihadiri wakil2 dari BN wilayah persekutuan. Timbalan Ketua Cawangan UMNO pun dijemput dan dapat maklumat.


Seorang Pegawai Tinggi DBKL bergender wanita telah menyatakan kekesalan kerana katanya saya membangkitkan isu remeh temeh sedangkan banyak isu2 penting tentang pengangkutan yang boleh dibangkitkan. Malah dia kata saya telah menyebabkan Dato Bandar hilang 'mood' dan terus balik semasa waktu senggang minum teh pagi. Saya kata I'm shocked, how could you blame me! How in the world m I going to raised important issues of public transport if I was not even invited. You should apologise to me and upgrade DBKL delivery system. Pegawai tersebut selepas itu akhirnya setelah agaknya mendapat maklumat dari staf urusetia program merendahkan suara dan mengaku akan menyiasat dan membetulkan keadaan. Sabo ajelah....


Bersama YB Tian Chua Parlimen Batu, YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai. Saya datang tanpa persediaan, tanpa membawa apa2 maklumat/dokumen sebagai rujukan dan rasa sangat janggal. Dressing pun adalah pakaian santai untuk berjumpa rakyat di Pusat Khidmat, bukan untuk majlis rasmi. Tengahari tu saya berlari balik untuk menukar pakaian yang lebih sesuai dan memakai kut kerana dewan hotel sejuk penghawa dinginnya.


Bersama warga OKU penglihatan dari MAB, Malaysian Association of Blinds.


Berinteraksi dengan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan DBKL, Dr Leong yang 'mesra alam.


Menjawab soalan2 dari wartawan.

No comments: