Sunday 9 May 2010

Majlis Tadarus Al Quran Dirumah Datuk Seri Anwar Ibrahim

Alhamdulillah sampai juga hajat kami Kumpulan Tadarrus Al Quran Muslimat Titiwangsa untuk mengadakan majlis Tadarrus dan munajat di rumah DSAI pada Hari Khamis Malam Jumaat 21 Jamadil Awal 1431 H bersamaan 6 Mei 2010. Sungguh pun DSAI tiada di rumah kerana ada urusan lain, namun kami disambut mesra oleh Dato Seri Wan Azizah anak2nya termasuk YB Nurul Izzah

.

Kami dari TW seramai 24 orang, ada juga muslimat dari Lembah Pantai, Wangsa Maju dll. Wanita PKR diketuai Naib Ketua Kak Ann juga turut serta. Jiran2 DSAI juga ada yang hadir. Saya kira malam tu hampir 100 orang bersama2 bertadarrus dan bermunajat agar fitnah dan kezaliman terhadap DSAI dan keluarga dihentikan dan mereka yang mencipta fitnah akan hancur kekuatan mereka. Alhamdulillah pada malam tersebut kami khatam 30 juzuk.


1 comment:

En.Ilyasak said...

Tahniah YB Doc kerana usaha yang dijalankan. Semoga program berterusan dan berkala dapat diusahakan bagi membina jembatan dan mengurangkan jurang ideologi dan pandangan.

Pengundi Kota Raja