Isu Perbadanan Pembangunan Kg Baru-kenyataan kepada Malaysian Insider saya diambil TIDAK menepati apa yang mahu d ipertegaskan.Interpretasi editor MI dalam Bahasa Inggeris adalah tersasar dari fokus sebenar. Ada komen-komen yg menyatakan saya 'racist'. Itu adalah sangat jauh dari sifat saya yang sebenar dan amalan seharian saya. Saya hanya memperjuangkan agar hartanah Kg Baru tetap kekal dalam pemilikan Melayu 100% kerana Kg Baru satu-satunya aset yang memang sudah sediamilik Melayu. Kalau ada China Town,Little India yang dibangunkan dengan mengekalkan warisan mengapa Kg Baru hendak dibangunkan 100% sebagai Pusat Kormesial.
Paling malang sebab Perbadanan Kg Baru yang telah dibentang oleh Menteri Wilayah Persekutuan secara tergesa-gesa di Parlimen tidak mampu untuk pertahankan hartanah Kg Baru
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
3 days ago
1 comment:
Salam Y.B. Dr lolo,
Saya adalah pewaris kampung baru dan genarasi ke tiga. Saya rasa sangsi dan ragu tentang pembangunan Kampung Baru yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan. Semasa pertemuan awal di PWTC pun hanya saya ketahui apabila menunton TV dan terbaca pada kaki kenyataan. Didalam "PERBINCANGAN" seperti yang didakwakan pun tidak iklas......
a) Handout presentation tidak diedarkan.
b) Ada saudara kita yang membangkitkan pekara yang meragukan disegi perundangan, disuruh ‘diam’ (oleh kuncu-kuncu yang diupahnya).
c) Y.B. Lolo yang sepatutnya diberi peluang untuk berucap/bercakap sebagai pemilik/pewaris tidak dibenarkan.
d) Tiada dinyatakan pemberian rumah kepada SETIAP pewaris/pemilik yang hidup.
e) Diakhir majlis dengan menteri (melaungkan) dengan sendirinya mengeyakan supaya kampong baru dibangunkan (tidak semua yang setuju).
Perlantikan ketua-ketua atau wakil tiada dimaklumkan pada penduduk kampong baru, segala maklumat dalam perbincangan seterusnya tidak diketahui oleh penduduk. Tiba-tiba sahaja rang undang-undang telah dibacakan pada kali pertama dan dalam masa terdekat ini bacaan rang undang-undang kali kedua akan dibacakan.
Saya juga difahamkan wakil ketua-ketua kampung dari 7 bahagian Kampung Baru mempunyai kuasa menentukan tanah pemilik orang lain tampa memberikan maklumat dan penerangan serta persetujuan.
Mengapakah tidak dibuat bancian/undian persetujuan, YA atau TIDAK kepada pemilik/pewaris Kampung Baru.
Ada juga agenda untuk mengusirkan keluar pemehati dari Y.M.Sultan Selangor.
Dimanakah semagat kemelayuan untuk menolong, adakah nanti satu hari kelak 13 may (melayu dan melayu) akan tercetus pula?
Saya amat kesal dengan keikalasan mereka ini yang senang-senang mengaut untung demi kepentingan perut mereka.
Wasalam
Anak KB Semagat 13may
Post a Comment