
"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.
Majlis makan malam berkenaan didakwa dianjurkan sebuah firma swasta dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.
Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan tidak memperdulikan atau gagal bertindak ke atas penganjur majlis makan malam itu.
Katanya, majlis berkenaan dengan jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) JAWI sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.
Minggu lalu, akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.
Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas firma itu sebagai penganjur dan pihak hotel berkenaan sebagai pengendali majlis.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
7 comments:
Sebagai wakil rakyat boleh U check tak, hotel tu kat Selangor atau kat Putra Jaya? Jangan gopoh YB!
pembetulan: hotel tersebut terletak di selangor, bukan putrajaya. namanya shj putrajaya marriot.
salam...muskil saya sedikit dengan penerangan Dr Lo'Lo berkenaan tempat kedudukan Marriot dan IOI Hotel tu...setahu saya kedudukan tu semua dalam kawasan Negeri Selangor...apakah bukan tugas EXCO AGAMA Selangor untuk memastikan kejadian itu tidak berlaku...tapi apa2hal pun saya ucapkan terima kasih di atas keterbukaan pekong yang Dr telah buka itu..saya akan sampaikan kepada masyarakat..terima kasih
dr hotal tu dalam daerah sepang, negeri selangor...MB pejam mata je ke?
assalamualaikum,
dr. lolo, hotel tu dalam negeri selangor la, bukan di putrajaya.. hotel perdana marriot namanya.
sekadar untuk menegur pembetulan fakta.
fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.
Salam Dr...
Saya berpendapat adalah tidak adil untuk membandingkan majlis yang diadakan di tempat tertutup dan eksklusif macam kat hotel kat putrajaya tu dengan program yang boleh dihadiri orang ramai di kawasan terbuka, dan yang lebih penting rumah ibadat yang suci, dalam kes ni masjid.
Jauh bezanya tu, sepatutnya, ada penjelasan dan penerangan kepada Teo Nie Ching dalam isu ini sebelum beliau melakukan senam robik di masjid.
hah.. duktur lo'lo' kenape tak jawab?
Post a Comment