Saya merujuk kepada laporan media pengakuan bekas PM Tun Mahathir bahawa beliau gagal untuk membangunkan Kg Baru dan berharap PM Najib akan berjaya.
Saya kira sebab utama kegagalan membangunkan Kg Baru daripada dahulu sehingga sekarang adalah kerana terlalu banyak agenda politik dan kewangan untuk mengaut keuntungan lumayan dari pembangunan Kg Baru. Agenda dan hak pemilih tanah adalah bukan keutamaan utama dan acapkali diabaikan.
Beberapa insiden penipuan dan manipulasi yang dilakukan terhadap pemilik-pemilik hartanah sehingga mereka terlepas hak pemilikan. Ini malangnya dilakukan oleh korporat Melayu sendiri menyebabkan pemilik tanah Kg Baru serik dan meragui keikhlasan mana-mana pihak yang mendakwa ingin memajukan Kg Baru.
Setakat ini hanya PKNS sahaja yang telah membuktikan jasa membangunkan Kg Baru dengan memberi pinjaman mudah yang dibayar dengan kutipan sewa. Kalau China Town boleh dibangunkan dengan mengekalkan ciri-ciri keCinaan, kalau 'Little India' pun DBKL boleh beri RM90juta untuk dibangunkan dengan warisan keIndiaan, kenapa Kg Baru warisan orang Melayu yg kawasannya jauh lebih besar, kerajaan pusat tidak boleh berikan dana sekurang-kurangnya 1 - 2 billion dan dibangunkan mengikut warisan Melayu Islam? Kegagalan Tun Mahathir membangunkan Kg Baru disambung pula legasinya oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Projek Menara Puncak Baru langsung tiada tanda-tanda untuk dilaksanakan. Tanah sekangkang kera di tapak Pasar Minggu pun tidak berjaya untuk dibangunkan.
Pendekatan yg diambil oleh Menteri WP Raja Nong Chik baru-baru ini dengan memaksa orang Kg Baru menerima rang undang-undang Akta Perbadanan Pembangunan Kg Baru 2010 (PPKB) semakin menambahkan kemarahan mereka. Makmal perbincangan yang diadakan di Melaka pada akhir tahun 2010 adalah diragui kredibilitinya kerana peserta yang hadir adalah bukan mewakili keseluruhan pemilik tanah. Malah PKNS sendiri tidak dilibatkan dalam perbincangan tersebut.
Lebih menyedihkan apabila MAS dan NGO-NGO lain yang terlibat menyatakan bahawa apa yang terkandung dalam rang undang-undang PPKB adalah bukan seperti yang dicadangkan semasa bengkel. Tiada gunanya menganjurkan bengkel sekiranya pandangan mereka yang hadir tidak diabaikan.
Cara pembentangan draf rang undang-undang PPKB juga adalah meragukan dan menimbulkan banyak persoalan. Menteri WP tergesa-gesa membawa draf tersebut untuk bacaan pertama di Parlimen pada sesi yang lepas sedangkan beliau telah berjanji untuk berjumpa dan kemukakan dahulu kepada pemilik tanah Kg Baru sebelum dijadikan undang-undang. Beliau hanya berjumpa orang Kg Baru setelah draf tersebut dibentangkan di Parlimen.
Apa yang berlaku benarbenar mengecewakan pemilik tanah Kg Baru dan mereka merasakan mereka akan kehilangan hartanah Kg Baru. Orang Melayu akan kehilangan hak hartanah yg mereka miliki beratus tahun di bawah pemerintahan British kerana kurang kepekaan dan amanah kerajaan pusat yang dterajui oleh UMNO-BN. Oleh itu mereka secara majoriti menolak PPKB dan mahu hak mereka dpertahankn oleh entiti lain yang mereka ada suara majoriti seperti mana yang saya cadangkan sebelum ini iaitu sebuah Badan Amanah yang menjaga hak hartanah pemilik semasa pembangunan dilaksanakan.
Saya selaku Wakil Rakyat Titiwangsa mencadangkan referendum dibuat ke atas pemilik-pemilik tanah Kg Baru untuk memastikan mereka terlibat secara langsung dalam membuat keputusan dan suara mereka didengari. Saya bersedia untuk berkerjasama dengan KWPKB untuk input referendum yang akan dikemukakan.
Dr Hjh Lo'Lo' Dato' Haji Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
3 days ago
1 comment:
penduduk kg baru pakai ramai ramai buat lapuran polis terhadap raja nong cik..biar ada 10,000 lebih lapuran polis terhadap penipu ini..
Post a Comment