Azamin Amin Wed Aug 26, 09 3:04:24 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Setiap kali Ramadan, wajahnya yang ceria sentiasa menyantuni penghuni lorong-lorong 'gelap' dan golongan daif ibu kota. Namun kali ini, beliau terpaksa berehat seketika selepas menjalani satu pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini. Itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya yang masih tinggi untuk berbakti kepada masyarakat khasnya kepada para penduduk di kawasan beliau, Parlimen Titiwangsa. Dalam keadaannya yang uzur, beliau masih berusaha mencari dana dan sumbangan oleh orang ramai yang bersimpati terhadap golongan yang tidak bernasib baik, daif dan gelandangan ibu kota yang perlukan perhatian dan meringankan beban yang ditanggung. Ini terbukti, apabila beliau mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily untuk meuar-uarkan Program Singgah Iftar yang lazimnya di adakan saban tahun oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa yang diketuai oleh Dr Lo' Lo' sendiri. "Saya masih mahu terus berbakti dengan sedaya upaya dan dengan kemampuan yang ada. Takkanlah kerana saya sakit, saya mesti berada dalam keadaan lemah dan tak buat apa-apa untuk masyarakat," katanya melalui sms. Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKKPP) katanya akan mengadakan edaran pek makanan percuma seperti nasi dan bubur lambuk untuk warga Lorong Haji Taib dekat sini. (Dr.Lo'lo' mengunjungi IJN 3 Ogos lalu dalam rangka kerja sebagai anggota Parlimen kawasan Titiwangsa sebelum dia sendiri terpaksa mendapatkan rawatan di situ) Ini termasuklah edaran buku panduan Ramadhan, sejadah dan lain-lain di samping LKKPP juga akan mengadakan Majlis Iftar serta Solat Terawih untuk warga INSAF Lorong Hj. Taib sepanjang Ramadhan. Sebelum ini, turut mengadakan makanan percuma ialah Pejabat Agung PAS, yang mengedarkannya pada setiap hari Jumaat dan tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Dr. Lo' Lo' sendiri yang mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini. Sesuatu yang mengejutkan apabila reaksi yang memberangsangkan diterima daripada penghuni-penghuni yang gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain. "Saya selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) merayu sumbangan orang ramai untuk program-program tersebut," kata Dr Lo' Lo' yang menjelaskan butiran sumbangan yang diperlukan. Bagi bubur lambuk RM400 diperlukan untuk satu periuk, pek nasi RM500 (100 orang) manakala buku-buku dan risalah berkenaan Ramadan, Syawal, Solat dan Taubat sekitar RM10 setiap orang. "Sejadah RM10 sehelai. Untuk setiap majlis dianggarkan antara 250-300 orang akan disantuni. Anda boleh menyumbang sepenuhnya iaitu RM25 darab dengan 300 orang yang jumlahnya RM7500 atau sebahagian dari kos tersebut," "Sila maklumkan sekiranya sumbangan melalui transaksi bank. Semoga setiap sumbangan anda akan mendapat ganjaran dari-Nya..Ameen," katanya penuh semangat. Selain itu beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat ditemui buat sementara waktu, sungguhpun sudah berada di rumah kerana faktor kesihatan dan bagi mengelak penularan wabak influenza A H1N1 muktakhir ini. "Dalam keadaan kesihatan sekarang, saya dinasihatkan untuk tidak menerima tetamu, kerana risiko tinggi. Saya mohon maaf banyak-banyak," katanya mengakhiri perbualan. Bagi yang berhajat menyumbang, bolehlah disalurkan di tiga akaun iaitu Dana Kami Prihatin, akaun BIMB 12113010026150, Yayasan Prihatin Titiwangsa, akaun MayBank 564799106040 dan Dr. Lo' Lo', akaun CIMB 14410005980052. Atau untuk mengetahui maklumat lanjut, sila ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa, No. 10. Jalan. Raja Muda Musa, Kg. Baru, Kuala Lumpur atau hubungi talian Tel: 03-26980025. Fax 0326980026_ -Harakahdaily |
Friday, 28 August 2009
Walaupun belum sihat sepenuhnya, Dr Lo' Lo' bersemangat untuk berbakti
Thursday, 27 August 2009
ENGLISH WORKSHOP
- Hari : Isnin, Rabu dan Juma’at
- Bermula : Selasa, 1hb September 2009 (sempena cuti Hari Kemerdekaan)
- Time : 10.00 a.m. to 12.00 p.m.
- Jangkamasa : 3 minggu
- Bayaran : RM 250/- tiap peserta
- Bertempat :
- Hubungi : Puan Latifah Karim 03- 2694 7672/019-222 4462
Sunday, 23 August 2009
Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Disiarkan pada Aug 21, 2009 dalam kategori Ibadat |
Artikel lepas dicadangkan untuk bacaan bersempena Ramadhan
Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
"Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa."
(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
Riwayat di atas juga menambah:
(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka."
Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
King's ransom for a guardhouse | ||||
|
A housing developer is crying foul after being overcharged in three instances by its joint-venture partners Kuala Lumpur City Hall (DBKL) for a condominium project. The boss of the now defunct developers Mampu Jaya Sdn Bhd, Choy Tai Seng, said the three instances includes being charged:
The gross claim has been reported to the police by Choy's representative on Aug 14. To get his point across he held a two-and-a-half-hour press conference yesterday to elaborate on the issue and expose what he considers to be DBKL corruption. In 2001, Mampu Jaya entered a joint-venture with DBKL to develop the Gurney Heights Condominium in Bukit Keramat, Setapak, which had been abandoned by DBKL's previous partner Modular Resources Sdn Bhd (MRSB). Mampu Jaya, which held 70 percent shares, completed the project which did not include the guardhouse in question as the DBKL traffic safety department had not approved it. "But last year, DBKL erected the guardhouse all on their own and is now expecting that we pay for it," said Choy, who estimates that the works could not cost more than RM12,000. RM1,200 per square feet? With the RM142,245 price tag, Choy said the simple guardhouse worked out to an incredible RM1,200 per square feet. On the schematic drawings, Choy said his company had prepared the documents which were to be handed over to Selangor water supplier Syabas, at a cost of RM3,200. Unknown to Mampu Jaya, DBKL had submitted its own drawings to Syabas. This was only uncovered when liquidators were looking into Mampu Jaya's account's earlier this year. On the two sets of lift generators, Choy said DBKL were charging them for two units which were more than 10 years old - fitted before Mampu Jaya entered into the joint venture. New units would only cost RM200,000 each. According to Choy, DBKL's claims were a means of silencing Mampu Jaya from exposing more irregularities involving the Gurney Heights Condominium project. He said many of these issues have been brought up in a civil suit which he filed two years ago, seeking RM150 million in damages. Confiscated in botched raid, but items still gone An example of persecution by DBKL, Choy said, was when its enforcement officers raided one of the five condominium blocks last year on the pretext that it was an illegal hotel being operated there. Subsequently, they were charged with the offence at the DBKL Magistrate's Court last year. "That block was supposed to be a service apartment, but a licence has not been given. "They came in 16 lorries and raided nine units without a warrant." "They took the furniture, television sets, bed, fridge and washing machine from each unit, but since they lost the case (on May 11 this year) they have yet to return the items," said Choy. He estimates total losses to be between RM2 million to RM3 million. |
Islam plastik bukan Islam Palestin |
Zulkifli Sulong
| |||||||||
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Laporan media kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno mengamalkan 'Islam Palestin' jauh sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS itu.
"Yang dimaksudkan oleh Tok Guru adalah 'Islam plastik' bukan Islam Palastin," kata Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku karangan Nik Aziz, 'Dengan NamaMu aku hidup, Asmaul Husna' di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) pagi tadi. Husam menyatakan hal ini di tengah-tengah pengunjung yang lebih 80 peratus dari mereka adalah Cina kerana Bookfest 2009 adalah anjuran sebuah rangkaian kedai buku, Popular Book yang memberikan fokus kepada orang Cina. Husam dipercayai mengulas laporan media yang melaporkan Nik Aziz menganggap Islam yang diamalkan Umno sebagai Islam Palestin. Ia telah dianggap oleh para pemimpin Umno kemudiannya sebagai PAS menghina Islam yang diamalkan oleh penduduk negara yang sedang bergolak itu. (Husam berdiri di sebelah banting buku yang dilancarkannya. Di sebelah beliau adalah Anual Bakri Haron, Setiausaha Politik Nik Aziz) "Apabila saya baca transkrip kenyataan Tok Guru, media membuat laporan yang salah apabila berkata dia mendakwa Umno laksana Islam Palestin. Sebenarnya Tok Guru kata Islam plastik bukan Islam Palestin. "Jauh tu beza antara Islam Palastine dengan Islam plastik," kata Husam dalam |
Saturday, 22 August 2009
SHIAM RAMADHAN; antara petikan2 yg ingin dikongsikan:
- Nabi Mohd SAW memberi amaran keras kpd umatnya yg lalai & tdk bersungguh2 mencari kelebihan pd bln tersenbut yg akhirnya begitu berakhir Bln Ramadhan, mereka tdk memperolehi ganjaran apa2 & dosa2nya juga tdk diampuni oleh Allah.
- Drpd Sa'id Al-Khudri bhw sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Brg siapa berpuasa Ramadhan & dia mengetahui batasan2nya & dia memelihara apa2 yg sepatutnya dia pelihara, nescaya puasanya itu menghapuskan dosa2nya sebelumnya ( HR Ahmad & Al-Baihaqi).
- Matlamat Ibadat: Solat bertujuan agar kita dapat menjauhi perkara keji dan munkar; Zakat agar kta prihatin dan bersimpati kpd golongan yg kurang bernasib baik; Haji&umrah untuk membentuk sifat perpaduan, kesamarataan dan toleransi; PUASA pula untuk membentuk manusia menjadi lebih bertaqwa.
- Agar puasa diterima dgn ganjaran berlipat kali ganda serta efektif dlm membentuk peribadi Muslim, perkara2 berikut mesti dilakukan:
Ikut cara ibadah Rasul SAW keseluruhannya mengikut kemampuan tapi mesti bersungguh2 iaitu tentang Sahur, Berbuka, Sedeqah, Membaca Al-Quran, I'tikaf dll.
Puasa bukan shj meninggalkan mkn minum dan nafsu syahwat, ttp juga berbohong, pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng, mengumpat, memanipulasi, memfitnah, menzalimi dan menganiaya orang lain, menekan dan menyerang pihak yang lebih lemah dll.
Pertingkatkan ibadat pd sepuluh mlm Ramadhan yg terakhir dgn I'TIKAF, QIYAM, Tilawah Al-Quran, bersedeqah, iftar shaimin dll. Dr Lo'lo' 1 Ramadhan 1430H
*sebhg dipetik dr buku Smart Ramadhan
Thursday, 20 August 2009
- Lajnah Kebajikan PAS Pusat akan mengadakan edaran pek makanan percuma seperti nasi dan bubur lambuk untuk WARGA Lorong Hj. Taib, edaran buku panduan Ramadhan, sejadah dan lain-lain. LKKPP juga akan mengadakan Majlis Iftar serta Solat Terawih untuk Warga INSAF Lorong Hj. Taib sepanjang Ramadhan.
- Oleh itu Saya Selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) merayu sumbangan untuk program-program tersebut. Bubur lambuk RM400 (seperiuk), pek nasi RM500 (100 orang). Buku-buku dan risalah berkenaan Ramadan, Syawal, Solat dan Taubat sekitar RM10 setiap orang. Sejadah RM10 sehelai. Untuk setiap majlis dianggarkan antara 250-300 orang akan disantuni. Anda boleh menyumbang sepenuhnya iaitu RM25 x 300 = RM7500 atau sebahagian dari kos tersebut.
- Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa, No. 10. Jln. Raja Muda Musa, Kg. Baru, Kuala Lumpur. No. Tel: 03-26980025. Fax 0326980026
- Dana Kami Prihatin, akaun BIMB 12113010026150.
- Yayasan Prihatin Titiwangsa, akaun MayBank 564799106040.
- Dr. Lo'lo', akaun CIMB 14410005980052
Wednesday, 12 August 2009
Tuesday, 11 August 2009
Monday, 10 August 2009
- Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa dengan ini membantah keras sikap Menteri Wilayah Persekutuan melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politiknya yang mencampuri urusan Hal Ehwal Agama Islam di Wilayah Persekutuan.Saya difahamkan dari sumber yang sahih,surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini (11 ogos 2009), mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid / surau.
- Penyusunan semula ini dikatakan melalui perlantikan secara rasmi kakitangan masjid dan surau yang terdiri dari imam, penolong imam, bilal dan siak yang juga merangkap sebagai Ketua Pentadbir, Penolong Pentadbir, Setiausaha, Bendahari dan Pekerja Am.Dalam penyusunan ini juga, Jawatankuasa Masjid dan Surau dipilih oleh ahli qariah dalam mesyuarat agung masjid dan surau dimana jawatankuasa tidak lagi berperanan sebagai pentadbir sebaliknya berperanan sebagai pengantara dengan masyarakat setempat.Walaupun penyusunan ini masih diperingkat awal dan banyak lagi masjid-masjid dan surau-surau yang belum dapat disusun semula namun saya dan banyak pihak-pihak lain juga menyokong usaha ini yang sedikit sebanyak meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran masjid dan surau.
- Saya difahamkan surat dari Menteri Wilayah Persekutuan tersebut menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri(TPM) yang kononya mengeluarkan arahan tersebut hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI MENERIMAPAKAI senarai ajk masjid dan surau dari KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO.Jika benar keputusan kabinet,mengapa surat tersebut ditandatangani Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam.
- Jika benar arahan tersebut dari Timbalan Perdana Menteri(TPM), saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak Timbalan Perdana Menteri(TPM) kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional. Sekian kenyataan akhbar saya. Yang Benar YB Dr. Lo’Lo’ Binti Haji Mohamad Ghazali. Ahli Parlimen Titiwangsa
Thursday, 6 August 2009
KEMUNGKARAN YANG BERLELUASA
– inilah jadinya bila Syari'at Allah tidak dijadikan teras pemerintahan Negara
Bayi Mati Dalam Beg Sekolah Pelajar Perempuan
Pos oleh admin pada August - 6 - 2009
KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Marang, dekat sini, secara berterusan memeluk beg berdarah sepanjang berada dalam kereta gurunya ketika dibawa ke sebuah klinik kesihatan membongkar rahsia ia sebenarnya memuatkan mayat bayi perempuan.
Difahamkan, beg yang turut mengandungi peralatan sekolah itu mulanya tidak mendatangkan syak guru berkenaan sehingga ia dibuka seorang kakitangan klinik kesihatan terbabit, sekali gus membongkar tindakan pelajar tingkatan lima itu melahirkan bayi dalam tandas sekolah itu, semalam.
Bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan menyembunyikan bayi seberat 3.6 kilogram dalam beg itu menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika pelajar itu ditemui guru terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu disedari guru wanita berkenaan sebaik menemui pelajarnya yang berusia 17 tahun itu duduk dalam keadaan bertangkup dan hampir pitam berhampiran tandas sekolah
Pelajar Sekolah Kini Ilmu Seks tinggi!
Pos oleh admin pada July - 19 - 2009
Pelajar Sekolah Kini Ilmu Seks tinggi!
KUALA LUMPUR: Kes hamil luar nikah atau seks sebelum berkahwin di kalangan remaja berlaku bukan saja disebabkan keinginan nafsu atau perasaan tetapi turut didorong faktor ilmu seks yang ada pada mereka.
Ketua dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Onstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, Dr Mohamad Farouk Abdullah, berkata kebanyakan remaja hari ini memiliki ilmu seks tinggi dan penting mendidik golongan itu mengenai langkah pencegahan kehamilan.
Selain itu, katanya, remaja perlu diberi kesedaran mengenai nilai harga diri dengan tidak semudahnya menyerahkan kehormatan.
"Melalui pengalaman saya, ramai remaja belasan tahun sudah melakukan seks sebelum kahwin dan hamil luar nikah. Malah, ada satu kes, mangsa berusia 16 tahun, hamil luar nikah empat kali.
"Dia menjadi mangsa sumbang mahram sejak usia 13 tahun lagi dan selepas itu terbabit dalam gejala sosial sehingga mengandung empat kali.
Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Kes Reproduktif LPPKN, Kamarol Faridah Kamarol Zaman, berkata 13 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun terbabit dalam seks luar nikah.
Kajian Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Universiti Malaya itu juga mendapati 70 peratus remaja berkenaan adalah wanita dan selebihnya lelaki.
Pelajar perempuan ketagih seks di kandang kambing
Woman of the day
Quote of the Day
Whatever you give a woman, she will make greater.
If you give her sperm, she'll give you a baby.
If you give her a house, she'll give you a home.
If you give her groceries, she'll give you a meal.
If you give her a smile, she'll give you her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her.
So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit.