Sunday, 21 January 2007

Ini adalah tulisan lama saya, tapi saya suka untuk kongsikan bersama semua pembaca. Sunday, October 09, 2005 AKHBAR MELAYU TERBAKAR DALAM ASAP ROKOK? sumber harakahdaily Oleh Dr Lo’lo’ bt Mohamad Ghazali Cigarettes or newspapers? Now, that’s a real difficult choice to make. At least, according to Utusan Group Ex - Editor in Chief, Johan Jaffar. Kalau benar telahan Johan Jaafar tentang isu akhbar dan rokok ini saya rasa tidak salahlah pandangan saya selama hari ini bahawa sebahagian Melayu sanggup menggadaikan apa saja dalam hidupnya demi keseronokan, khayalan dan kerja sia-sia seperti membakar rokok. Saya masih teringat kata-kata dari beberapa kumpulan manusia yang taasub pada rokok; “Tiada ayat quran atau hadis yang haramkan rokok, takat makruh sahaja” “Banyak benda haram mutlak lain yang orang lain buat, kami takat ni satu saja kalu nak kata dosa la rokok ni” “Kami sanggup tinggal bini dari tinggal rokok” “Takut ada yang gamak tinggalkan jemaah kalau paksa dia tinggalkan rokok” Demikianlah kata-kata sebahagian Melayu Islam yang lebih mementingkan tabiat merokok dari yang lain-lain. Cukup sedih bagi saya sebagai seorang doktor perubatan apabila seorang bapa yang kelihatannya sangat kasih kepada anak-anaknya tetapi ‘meracuni paru-paru dan otak anaknya’ dengan menghisap rokok sambil mendokong anak kecil. Kerap kali saya diajukan soalan oleh bapa-bapa yang sangat risau kerana batuk, atau lelah/asma anaknya tidak sembuh meskipun telah diberi ubat. Saya pula seringkali ‘memerangkap’ bapa yang penyayang tersebut dengan soalan seperti “Papa hisap rokok depan anak ya?” dan biasanya sibapa akan terkedu dan berubah air muka, siibu pula cepat mencelah dengan mengambil peluang untuk menyatakan ketidak puasan hatinya selama ini sambil menyatakan “ Ya lah doktor, tak kira tempat papa dia merokok, dalam rumah, dalam bilik tidor, dalam kereta. Degil, suruh berhenti tak mau, macam manalah anak tak degil” Maaf jika saya katakan kalau setakat nak pilih antara akhbar atau bahan bacaan dengan rokok amat mudah nak buat keputusan. Antara kesihatan anak dan rokok pun bapa-bapa penyayang masih tergamak memilih rokok. Maaf sekali lagi, saya tau ramai yang akan marah saya dengan tulisan ini. Namun bagi saya, I’m willing to be unpopular to make changes. Ada juga yang lucunya. Seorang muslimat pernah mengemukakan cadangan kepada para perokok yang sanggup tinggal bini dari tinggal rokok. Kata dia kita ‘test’ dulu. Isteri-isteri perokok yang begini beli rokok banyak-banyak, berkarton-karton, kira-kira cukup untuk dibuat bantal dakap, letak atas katil tempat dia selalu tidor sebelah suaminya untuk selama seminggu ke, 2 minggu ke, sebulan ke, tengok pada daya ketahanan suaminya. Berapa lama suaminya boleh tidur dan mendakap rokok tanpa bini yang sanggup ditinggalkannya tadi. Muslimat yang tersebut tidak pula menyatakan cadangan dia itu syar’i ke tidak atau telah dirujuk kepada tok-tok kadhi. Setakat ni saya tidak terdengar pula ada isteri yang buat gitu sebab tu para suami tersebut terus hisap rokok… Banyak yang hendak saya perkatakan tentang isu merokok ini, Cuma dalam ruangan ini saya mengambil kesempatan merayu dan memohon agar saudara-saudara yang merokok di luar sana agar menjadikan Ramadhan 1426 sebagai permulaan kepada Nafas yang Bersih dan Segar tanpa rokok kini dan selamanya, demi kerana sayangkan diri, isteri, anak-anak, keluarga dan yang paling penting demi kerana Islam. Ini kerana duit yang membakar rokok mungkin digunakan untuk membakar dan mengebom orang-orang Islam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa seperti anak-anak kesayangan kita. Berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh JJ Based on his observation, Johan said the situation has become even worse because the Malays themselves look down upon these dailies. Amat malang di zaman Ketua Pemuda UMNO mengangkat keris dan melaung Allahuakbar dalam Persidangan UMNO, orang Melayu memandang rendah kepada akhbar bahasa mereka sendiri. Sebabnya mudah sahaja Bahasa Inggeris sekarang dilihat sangat penting di Malaysia. Kalau tidak tahu berbahasa Inggeris Bumi Malaysia akan tenggelam esok hari. Sebab itu dasar pengajaran matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris yang diputuskan dalam mesyuarat MT UMNO disambut segera oleh kabinet untuk dilaksanakan sesegera mungkin. Satu billion ringgit dana diperuntukkan untuk melengkapkan guru-guru dengan laptop dan projector LCD sebagai alat bantuan mengajar, kursus-kursus dijalankan secara intensif. Guru-guru yang dikursus mesti berkampung seperti pelajar AF. Guru-guru Johor kursus di Langkawi, guru Penang, Perlis di Pulau Tioman dan sebagainya. Hari ini mana LCD yang dibekalkan, betul ke berjalan pengajaran dalam BI? sepanjang bualan saya dengan guru-guru, peranan LCD sudah dipinggirkan untuk memastikan kurikulum dihabiskan, BI yang digunakan mungkin setakat good morning, thank you, understand or not. Keputusan pencapaian subjek matematik, sains, BI malah BM yang menurun dan mengecewakan seperti yang dimaklumkan dalam media sebelum ini mengesahkan kecelaruan yang berlaku dalam Sistem Pendidkan Negara. Jadi Dato' JJ tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa kerana Dato sendiri tidak berjuang bermati-matian mempertahankan kesucian BM, menyokong apa saja agenda yang dibawa UMNO/BN atas nama taat setia kepada pemimpin. Johan also called on Malay newspapers to be more critical, balance and objective in its content. Untuk gesaan Dato JJ supaya akhbar Melayu lebih kritikal, seimbang dan lebih objektif isinya, saya hendak sokong dan ucap tahniah kerana nampak telah ada keberanian Dato' berbeza pandangan meskipun kerana terdesak. Tahukah Dato, UM seringkali dipanggil sinis sebagai Utusan Menipu atau Utusan Meloya dan BH pula dikatakan Berita Hairan. Kini terserah kepada Dato' sendiri untuk melaksanakan dulu gesaan yang dibuat. InsyaAllah kita akan dapat UM dan BH baru dengan slogan; Berani, Bernas dan Betul. “Do you know that 20 percent of Chinese newspaper buyers are not fluent in Mandarin but they still buy the dailies to support the Chinese newspaper industry,” he noted. Saya angkat tangan tabik kepada rakan-rakan saya orang Cina jika benar kenyataan ini. Orang Cina yang tidak mahir berbahasa Cina sanggup membelanjakan sedikit wang setiap hari bagi menyokong akhbar Bahasa Ibunda mereka. 20% bukan angka yang kecil, ini bermakna setiap 5 orang pembaca akhbar Cina seorang membeli sekadar menyokong. Kritik saya jika saya salah, sebahagian orang PAS sendiri sayang hendak membelanjakan RM2.50 untuk membeli Harakah atau RM5.00 sebulan kerana pelbagai alasan yang dicipta dan dicari. Tidak faham kerana artikel panjang-panjang, Tidak relevan kerana tiada berita kawasan atau negeri dia, rugi sebab ada sisipan BI yang dia tidak faham, susah nak dapat walaupun boleh dilanggan, banyak sangat cerita politik, banyak sangat cerita PAS, tidak berkenan tajuk muka depan, tidak setuju gambar yang disiarkan dan seribu satu macam alasan. Pada saya senang sahaja, kita orang PAS semuanya patut memiliki Harakah kerana ini organ parti kita, sumber maklumat, sumber berita, membeli untuk dikongsikan kepada orang lain, atau sekurang-kurangnya membeli kerana menyokong demi untuk memastikan kelangsungan Harakah. Adalah diharapkan selepas ini Harakah akan dibeli dan dimiliki oleh tidak kurang satu juta ahli PAS tidak termasuk penyokong yang tidak mendaftar lagi sebagai ahli. Suami senaskhah, isteri 1, anak 1, atok 1, nenek 1, maklumlah masing-masing nak dapat pahala menyokong perjuangan Islam yang dibawa PAS. Semoga harapan saya ini menjadi reality bermula dengan semangat pengorbanan Ramadhan tahun ini. Wallahu’alam.
SANGGUPKAH PEMIMPIN BER'KORBAN' SEMPENA HARI RAYA KORBAN, TAHUN BARU MASEHI 2007 DAN TAHUN BARU HIJRAH 1428 Tahun baru menjelang lagi. Kerisauan dan kebimbangan saya bukan tidak berasas. Walau pun mungkin saya dilihat seperti memperkatakan tentang isu yang sama berulang kali namun saya yakin apa yang seringkali saya bangkitkan ini adalah punca kepada pelbagai masalah yang melanda masyarakat dan negara kita sekarang. Apa yang saya maksudkan adalah masalah kerendahan akhlak dan keruntuhan moral remaja dan dewasa , saya ulangi DEWASA. Artikel yang saya paparkan dibawah ini adalah surat pembaca dalam harakah daily. Mungkin ramai yang sudah baca tapi saya sertakan untuk rujukan mereka yang belum maklum. Apa hubungan isu yang dipaparkan penulis2 dibawah dengan tahun baru atau sambutan tahun baru? Saya bersetuju sangat dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub yang menyatakan sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti konsert dan acara pesta menunggu detik tahun baru mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang. Bukan sahaja anak-anak muda akan mula lepak menunggu detik pukul 12 tengah malam malah ada juga ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk turut serta. mereka ini mula menunggu sejak sebelum Maghrib lagi untuk memastikan dapat tempat atau ruang yang selesa. Bila dah tunggu dari pukul 7 petang, mana nak solat maghrib dan mungkin Isya' pun terlalai sebab keletihan dan sudah mengantuk bila sampai rumah.Mesej yang diterima oleh anak2 ini adalah jelas: OK untuk berpestaan dan Solat bukan agenda mereka. Ironinya pesta-pestaan tersebut bukan sahaja mendapat galakan ibu bapa yang merupakan orang dewasa juga mendapat dokongan pemimpin2 kerajaan yang tentunya dewasa. Semua kita maklum bahawa isteri orang nombor 2 negara begitu ghairah dan intim dengan program hiburan sehingga menjadi penaung kepada acara bollywood ( GAFI ) baru-baru ini malah tanpa segan silu berlaga pipi dan berpegang2 begitu mesra dengan artis2 lelaki bollywood. Malah sanggup membiarkan persembahan yang sangat menjolok mata dan sumbang di persembahkan kepada DYMM Yang DiPertuan Agung yang merupakan Ketua Agama Islam. Tentulah setakat pesta tahun baru nanti begitu 'mild' kepada mereka pemimpin negara yang mengamali islam hadhari Kita juga sedia maklum betapa pesta tahun baru "menatijahkan perlakuan sumbang,peleseran, zina, khalwat malah menggalakkan kejadian lumba haram mat rempit yang membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya serta menyusahkan pihak polis". Pesta tahun baru sudah terbukti menyebabkan remaja lepas laku, minum minuman keras, tidak balik rumah hingga melakukan seks bebas lalu tanpa rasa berdosa meninggalkan 'sampah maksiat' mereka yang terdiri dari tin2 dan botol minuman keras, kondom juga pakaian dalam!. Mereka juga menjadikan pelbagai sudut dan ruang sebagai tempat tidor dalam keadaan bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batasan, kerana telah terlepas kenderaan awam untuk pulang atau mungkin sengaja suka turut serta dalam acara bebas yang gila dan menggila tersebut !! Saya berani menyatakan 70-80% dari mereka yang menyambut tahun baru di Dataran Merdeka terdiri dari Melayu Islam tanpa menafikan pengunjung2 kelab malam dan disko yang lebih ramai Bukan Melayu dan bukan Islam. Sebab itu kita sebagai penjunjung Islam yang mulia,wajib dan berhak menyatakan bantahan kita atas bersekongkolnya pemimpin dengan acara peruntuh dan pemusnah akhlak serta moral juga daya tahan aqidah anak-anak serta saudara mara se Islam kita. Kalau sebelum ni pelbagai sambutan dikembarkan dengan hari raya kenapa agaknya Hari Raya Korban yang akan disambut satu hari sebelum tahun baru masehi dikuti dengan kedatangan tahun baru Hijrah 20 hari kemudian seolah-olah tenggelam dalam detik 12 tengah malam yang ditunggu2 dan begitu diwar-warkan . Saya menyeru dan merayu agar semua pihak terutama pemimpin2 negara, pemimpin masyarakat, pihak berkuasa agama, para Mufti, guru-guru dan ibu bapa agar sama2 berusaha untuk sama-sama berkorban untuk memastikan sambutan tahun baru 2007 akan disambut dalam keadaan paling bertamaddun dan beradab. Para penguasa, penerbit, penyiar media terutama media letronik, tolonglah lebih bertanggung jawab. Ingatlah jika anda orang Islam yang yakin akan Hari Pembalasan agar sama-sama memastikan agar media bersih dari mempromosikan kemungkaran dan maksiat. Sebagai contoh saya benar2 merayu agar penerbit berita utama ntv 7 yang juga disiarkan tv 9, agar menghentikan iklan-iklan lucah dan mengaibkan yang diselitkan antara penyampaian berita utama pukul 8 malam . Kita sebenarnya tiada sebab untuk berpesta kerana saudara mara kita di Selatan tanah air sedang berendam dalam banjir (serta air mata) yang nampaknya semakin ganas dan tiada belas kasihan. Sepatutnya seluruh peruntukan bunga api, kos untuk konsert dan pelbagai kos pesta yang biasanya mencecah beratus ribu malah mungkin hingga mata jutaan disalurkan untuk membantu mangsa banjir. Bayangkan kita hendak berpesta sedangkan saudara2 kita hilang semua keperluan hidup dan persekolahan anak-anak malah nyawa juga. Lebih malang lagi mereka hanya di ihsankan dengan nilai duit yang begitu minima iaitu beberapa ratus ringgit sahaja. Sepatutnya semua kos pesta tahun baru disumbangkan kepada mangsa banjir malah seluruh tenaga kerja yang bersedia untuk pesta termasuk artis2 diturunkan kekawasan banjir untuk menyumbang tenaga dan masa. Inilah agaknnya pengorbanan yang lebih besar dan utama dari penyembelihan binatang korban. Mari kita gerakkan usaha agar korban kita kali ini kita salurkan kepada mangsa banjir air bah dan juga mangsa banjir akhlak, moral dan aqidah.Mari kita sama-sama 'berhijrah' dan melangkah ke tahun baru dengan azam untuk menjadi agen perubahan sebagaimana Rasulullah SAW telah bekerja keras dan melakukan banyak pengorbanan demi mengubah masyarakat Arab jahiliyah yang jauh lebih 'korup moral' dan rosak kepada masyarakat mu'min yang bertaqwa. Bersama hidup harmoni dan saling menghormati antara pelabagai golongan dan kaum di Negara Madinah berlandaskan Islam. Dr Lo'lo' bt Hj Mohd Ghazali docmarjan@yahoo.com 0192100066
Saya sertakan disini pandangan bbrp rakan egroup yang mberi komen mereka terhadap tulisan saya tanpa mempamirkan identiti mereka. Harap mereka tidak kisah sebab bertujuan untuk berkongsi pandangan mereka dengan lebih ramai orang MENTOR LAWAN BINTANG - KELUCAHAN YANG MELAMPAU Top of Form, Bottom of Form W'salam Terima kasih kerana beri pendapat ke atas pendapat saya tempoh hari. Dalam email lepas, saya cuma menunjukkan, manusia ini melakukan sesuatu berdasarkan cara pemikirannya. Saya cuma beri contoh 3 golongan manusia, dari yang tak kisah kalau dia tak bertudung hinggalah kepada yang rasa bertudung satu kemestian dan menggelek satu kelucahan. Setengah orang sangka mereka bebas melakukan apa saja, asalkan ianya tidak terlalu melampau pada fikiran mereka. Sesetengah orang sangka, buat salah sikit pun, sudah menjadi satu kelucahan melampau, walaupun pakaiannya tidak menjolok mata. Hanya gelek gerudinya sahaja yang dipersoalkan. Saya sama sekali tidak menghukum sesiapa dalam hal ini kerana saya tidak berhak nak menghukum manusia dan saya tidak mahu, 'hukuman' saya itu menyebabkan pergeseran sesama orang Islam sendiri. Yang penting, saya tidak pernah menyatakan, kebebasan fikiran menghalalkan seseorang itu untuk berbuat apa sahaja. Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. Yang samar-samar ini, yang selalu menjadi persoalan dan dihukum mengikut cara pemikiran seseorang. Memang dalam Islam, jelas ada menyatakan tentang aurat wanita dan lelaki. Baik dari segi bertudung mahupun suara seorang wanita. Saya tidak pernah menafikannya. Yang saya persoalkan, sejauh mana tahap serius anda dalam perkara yang anda katakan? Adakah anda benar benar mahu berjuang, menghentikan kesemua kemungkaran ini? Atau sekadar bising bising dalam email group tapi in reality duduk diam tak buat apa apa? Memang saya kagum dan puji, niat rdz yang nak berkhidmat untuk keredhaan Allah. Saya tak pernah nak memandang rendah niat suci anda. Persoalannya, sejauh mana anda serius dengan "perjuangan" anda itu? Adakah anda akan mulakan dengan condemn Siti Nurhaliza misalnya kerana dia penyanyi melayu Islam yang bersopan, tapi tak bertudung walaupun setelah berkahwin? Adakah anda akan boikot dan condemn kesemua penyanyi wanita termasuk kumpulan nasyid wanita yang memperdagangkan suara mereka, atas tujuan komersial (mengaut keuntungan), walaupun pakaian mereka sopan dansering sebut nama Allah dan Rasul? Adakah anda akan humban tv anda ke sungai dan boikot tak mahu tengok tv lagi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai hiburan yang melekakan dan mencapai tahap lucah yang melampau? Itulah point yang ingin saya jelaskan di sini. Anda yang beriya iya nak berjuang demi agama, apakah tindakan anda selepas ini? Adakah perjuangan anda setakat "perbincangan ilmiah" sahaja? Adakah perjuangan anda setakat berbincang dan bising bising dalam email group ini sahaja? Atau anda akan berpakat dengan para ulama dan Ustaz, sama sama berkempen di khalayak ramai untuk memboikot & menghentikan perkara perkara mungkar dan hiburan lucah seperti ini? Sanggup menghadapi risiko ditangkap kerana menimbulkan kekecohan awam atau dipenjara di bawah ISA (akta keselamatan dalam negeri)? Itu yang saya hendak anda fikirkan sendiri kerana bila bercakap, memang lah beriya iya cakap. Keluar dalil Al-quran dan hadis semua. Tapi ramai orang yang saya perhatikan, hanya pandai cakap sahaja. Hanya pandai condemn orang lain, itu ini tak kena. Cakap berapi api, sampai nak sepak sepak tv. Tapi dalam realiti, lepas sehari dua, dia bukak balik tv tu, tengok pelbagai program hiburan yang melekakan. Dalam email group, cakap berapi-api, tapi dalam kehidupan reality, dia relax saja tak buat apa apa. Duduk rumah,pergi kerja macam biasa. Tak mahu terlibat dengan apa jua gerakan perjuangan di luar sana, sampai sanggup hadapi risiko masuk ISA. Anda bagaimana pula? Sejauh mana tahap serius perjuangan anda? "BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT" AZ…………… Mentor lawan Bintang - kelucahan yang melampau Top of Form Bottom of Form Salam 'alaik... btul ke dengan "melangkapkan dengan Teknologi Ilmu (TI) pada setiap diri anak-anak kita" dapat menahan dan membendung gejala ni? saya ni mempunyai contoh yang infinity jumlahnya untuk saya tampilkan mereka2 yang langsung tak tahu pasal IT lagi la terselamat dari youtube, porn web, porn email, etc... maksuh saya bukan tak penting blaja IT, tapi itu tak menyelesaikan masalah, maybe bleh membantu, tapi silap skit je, memparahkan lagi keadaan, ade la. dulu kini dan selamanya, Iman adalah pendinding diri kita dari segala macam maksiat sahabat... takyah la sibuk nak tapis ape yang ade dalam youtube and dll yg mmg byk sgt bad thing tu. lawat la Islamic site yang lain... ALLAHu a'alam...Hari…. Assalammualaikum, Topik ini dah semakin menarik di bincangkan, perkembangan media sebenarnya tidak mampu disekat oleh mana2 pihak pun, waima kerajaan sekalipun, bukan sekadar di tv3 sahaja hampir semua tv kat malaysia nih ada mempertonton aksi-aksi terlampau begitu juga dengan cyber-cyber cafe atau juga dirumah kita sendiri yang kebolehan akses internet sehinggalah kepada telefon2 bimbit anak-anak kita. Jadi perkara yg harus kita tekankan disini adalah mempersiapkan diri kita dan anak-anak kita supaya dapat menapis perkara-perkara ini dengan sendirinya. Kita dapat menahan daripada anak-anak kita daripada menonton siaran tv yang di anggap lucah, bagai mana dengan youtube lama web porno, email-email porno yang dihantar kepada anak-anak kita, adakah kita mampu menghalangnya daripada berlaku? tidak mungkin. Oleh itu sekali lagi saya tekankan, kita harus melangkapkan dengan Teknologi Ilmu (TI) pada setiap diri anak-anak kita supaya mereka sendiri dapat menapis dan menilai sendiri sama ada yang dilihat itu sampah atau ilmu. Wallaualam HFMA Assalamualaikum, Saudari dapat menjaga diri, tetapi bagaimana dengan yang lain? kalau kita just pentingkan keselamatan diri kita sahaja, bermakna kita ni selfish. Nak masuk syurga sorang-sorang atau istilah orang sekarang - "Jaga diri sendiri. Kubur masing-masing. " Bagaimana pula dengan perintah melaksanakan amar ma'ruf nahy munkar jika kita merasakan tukar channel adalah jalan terbaik? "Barangsiapa yang bangun pagi tanpa memikirkan masalah umat Islam, dia bukan dari golongan (umat Islam) itu" (hadis) Wassalam. On 12/30/06 my personal opition ....kalau kita rasa rancangan e2 x menepati, tidak elok dtonton, tukar kechannel lain. kalau x suka tv e2 tukar tv lain..senang saja....kita mempunyai akal dan juga fikiran yg waras....gunakan sewajar2nya. .....tepuk dada tanya diri sendiri..... .SEKALI LAGI INI PENDAPAT DIRI SAYA SENDIRI... lain org lain pendapat...so don't get me wronggggg... CM Wa alaikumussalam warahmatullah, Saya tidak pasti apakah rating program juara Mentor vs Bintang Cari Bintang tetapi yang saya nampak jelas, ia adalah satu "strategic alliance" yang berjaya kepada TV3/Media Prima dengan Celcom selaku penaja rasmi. Setiap SMS yang dihantar oleh peminat, kedua-dua syarikat memperolehi manfaat. Manakala peminat pula mendapat saham di akhirat. Slot program yang bakal dijual kepada pihak Trans TV di Indonesia juga bakal meningkatkan aliran tunai dan keuntungan operasi syarikat selain mendapat manfaat tidak nyata (intangible benefits) seperti peningkatan imej korporat di negara yang dihuni lebih 200 juta umat manusia. Melihat senario ini dari perspektif kapitalis yang sentiasa mementingkan 'bottom line' (untung-rugi) , secara keseluruhan, kejayaan sesuatu program akan memberi kesan positif kepada pemegang saham, sesuai dengan tujuan pengurusan kewangan dari kaca mata kapitalis - to maximise shareholders' wealth. Di dalam kamus kapitalis, tidak ada istilah dosa-pahala atau syurga-neraka kerana kejayaan sesebuah organisasi dinyatakan dalam $$ dan sen atau pulangan pelaburan (return from investments) . Kepada peserta Mentor dan BTB pula, mereka bakal meraih kejayaan duniawi hasil tunjuk-ajar dan tarbiyah dari Sang Sifu selaku uswatun hasanah dalam bidang seni. Nauzubillah! Hampir termuntah melihat iklan program akhir tersebut yang menampilkan Ima dengan aksi gelek gerudinya yang tidak ubah seperti sang mentor iaitu Inul dalam program BTB di Indonesia. Sebagai individu, kita sewajarnya protes. Benci, marah. Larang anak dari menonton dsb. Akan tetapi adakah ia jalan penyelesaian sebenar? Dalam keadaan Islam hanya ujud dalam beberapa aspek kehidupan, untuk menghindari natijah negatif dari paparan lucah seumpama itu, ketaqwaan individu iaitu keimanan seseorang yang bakal menjaga dirinya dari terjebak ke kancah maksiat seandainya berlaku rangsangan syahwat dari aksi yang amat memualkan tersebut. Kepada yang telah punya pasangan sah, mereka memenuhi naluri itu dengan pasangan masing-masing, sesuai dengan petikan hadis Nabi Salallahu Alayhi Wasallam ".. apa yang ada pada perempuan itu ada pada isteri kamu". Akan tetapi, bagaimana pula dengan golongan yang belum bernikah? Adakah mereka punya mekanisme untuk menjaga iman mereka disaat rangsangan menjadi terlalu gawat? Mampukah menundukkan pandangan dan mengalihkan naluri kepada perkara lain hingga tidak terjadi sesuatu yang haram? Kembali kepada TV3 dan Celcom. Persaingan dalam industri masing-masing yang semakin sengit menyebabkan mereka mengambil apa-apa sahaja langkah untuk memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perolehan (leakage(s) in revenues). Selain dari meluahkan rintihan hati kita akan kesan buruk akibat paparan lucah tersebut yang direalisasikan hasil dari "smart partnership" atau "strategic alliance" kedua syarikat, terlalu sedikit yang boleh dilakukan samada oleh individu atau kelompok masyarakat. Jika mereka tunduk pada luahan hati rakyat sekalipun, ianya dilakukan bukanlah disebabkan faktor dosa-pahala tersebut tetapi demi untuk menjaga kesetiaan pelanggan (customers' loyalty) terutamanya Celcom yang menerima tamparan hebat apabila Maxis yang lebih muda darinya dinobatkan sebagai peneraju pasaran (market leader). Dalam kapasiti sebagai individu atau kelompok masyarakat termasuk NGO, kita tidak boleh bertindak sendirian untuk menghukum pesalah-pesalah 'moral' ini. Hence, this is the point whereby the authorities' intervention comes into picture.. Negara yang menegakkan Islam secara keseluruhan dalam kesemua aspek pemerintahan akan memastikan ujudnya mekanisme menjaga Deen yang mulia ini termasuk juga maruah dan kehormatan warganegaranya. Negara tidak akan membenarkan keujudan stesyen penyiaran yang memaparkan program maksiat termasuk aksi lucah sesuai dengan kaedah usul fiqh - "Alwasilatu ilalharam muharramah". Sesuatu yang membawa kepada yang haram, hukumnya adalah haram. On top of that, Negara juga akan memastikan sistem pendidikan yang diberikan kepada rakyat bukan sekadar untuk mereka meraih kejayaan duniawi tetapi juga bakal membawa kejayaan ukhrawi. Justeru, pengisiannya akan termasuk pemantapan akidah secara istiqamah sebagai satu kurikulum. Bukan hanya pengisian ringkas secara bermusim atau berkala sehingga menjadikan iman umat Islam turun naik seperti Indeks Komposit (CI)yang menerima tempias kawalan modal di negara Thailand! Malangnya, selagi negara Malaysia ini masih lagi bermazhabkan Perlembagaan Persekutuan, masih berkiblatkan sistem Sekuler-Kapitalis, hanya (i)ketaqwaan individu dan (ii) kawalan masyarakat melalui aktiviti amar ma'ruf nahy anil munkar yang dapat menjaga iman umat Islam. Iman yang terbit darinya pematuhan kepada hukum, bukan takutkan pemerintah. Kepada yang tidak takutkan azab Rabb-nya, pemerintahlah yang akan dapat menangani orang-orang ini sesuai dengan perkataan Saidina Usman bin Affan Radiallahu Anhu bahawa Imam (pemimpin) akan dapat membetulkan/ meluruskan orang-orang yang tidak dapat dibetulkan dengan AlQuran dan Sunnah. Akan tetapi perlu diperingatkan bahawa sekadar menukar pemerintah dalam keadaan PP maintains the status quo, masalah kita (umat Islam) tidak akan selesai. Pi mai pi mai tang tu. Justeru, anjakan paradigma sesuai dengan firman Allah - Innallaha laa yughayyiru maa bi qaumin hatta yughayyiru maa bi anfusihim (ar-Ra'd:11) adalah amat penting sekali untuk menggapai sesuatu yang dianggap "too good to be true" iaitu pelaksanaan Islam secara keseluruhan selaras dengan perintah Allah dalam surah al-Baqarah 2:208 ~ "Idkhulu fiisilmi kaffah" demi memastikan kesejahteraan kita tidak bersifat sementara tetapi berlanjutan ke alam kekal abadi. Wassalam. On 12/19/06, amn Salam Zulkaedah Warga Internet Hati mana tak terguris .. rasa nak diterajangkan peti TV..kalau ikut fikiran kurang waras/kurang ajar nak di hempas2kan peti TV tu..maklumlah takkan kita nak tunjuk sifat yg kemungkinan anak2 kita kurang arif,apabila terlihat segmen Mentor lawan Mencari Bintang. Dahlah kita ingat dah habis...rupa2nya ada sambungan lagi gejala2 maksiat,keruntuhan akhlak anak2 muda mudi kita termasuk golongan yg kita rasa dah tahu mana harus,halal dan haram/maksiat sama2 meraikan program Mentor tu. Walaupun TV3 ada juga menyelitkan program2 sihat dlm segi akhlak dan tamadun...tetapi lebih banyak yg berunsur keruntuhan akhlak muda mudi kita..dari awal tahun.hingga lah ke hujung tahun.....berselang ganti...rasa2 macam tiada penghujung.. ..bak kata DAH BUANG MARUAHKE..ATAU PALING TEPAT LAGI....TV3 BERSAMA MAKSIAT SEPANJANG ZAMAN. Mari kita sama sama mengambil suatu tindakan dengan menghantar luahan rasa kesal dan terhina kita sebagai Muslim ke TV3 melalui saluran yg perlu...sebagai contoh http://aa.f319.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=NEWS@TV.COM.MY. Lahirkan protes kita sebagai ibubapa yg sangat perihatin akan akhlak anak muda mudi kita..jangan sampai nasi menjadi bubur... Saya amat terharu dengan komen oleh Dr LoLo dan harap Dr mengambil masa memberi komen/beri pendapat/nasihat melalui ruang yahoogroups. com agar sambil warga internet mencari rezeki... sekali kali baca komen/pendapat yg bernas/membina sebagai MANUSIA SEBENAR...segala sifat prihatin kita insyallah lambat laun akan mendapat BARAKAH DARI ALLAH SWT. BERSAMA DR LOLO MENCARI CAHAYA KEINSAFAN DAN KEBENARAN Wassallam Dr LoLo Ghazali <http://aa.f319.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=docmarjan@yahoo.com> wrote: Salam,Saya sebenarnya hilang kata-kata apabila berpeluangmenonton TV. Mentor lawan bintang cari bintang -itulah tajuk program yang akan disiarkan oleh TV 3 pd24/12 ni. Sementara sebhg ibu bapa, adik beradik, sdra mara dan kenalan kita bermandi keringat mencarikeredhaan Allah di Kota suci Mekah dan Madinah, kitadi Mlaysia dihidangkan dengan iklan program yang diulang beribu2 kali waktu prime atau bukan waktu primeuntuk menyaksikan satu rancangan yang saya kategorikansangat merosakkan malah lucah. Cara mereka yang dipanggil protege menghayun tubuh badan dan menggayakantarian yang menggiorkan sambil menyanyi dgn penuhperasaan begitu menjolok mata dan mengaibkan. Adakahdiantara kita kumpulan ALKIS yang membaca tulisan sayaini yang berbeza pendapat dgn saya tentang kelucahandan melampaunya iklan program yang tersebut. belumlagi tengok program tersebut yang saya tidak akantengok kerana tidak mahu di hisab oleh Allah melakukankerja sia2. Saya seolah2 'helpless' dan useless keranatidak mampu menghalang program2 seperti ini terus merosakan dan mencemarkan mata, telinga dan mindaterutama golongan muda. Dimanakah tanggung jawabsosial pengendali2 media letronik kita. Kalu yangberagama Islam pula tidakkah mereka takutmenghidangkan 'dosa jariah' yang akan dibawa berterusan hingga akhir zaman. sape yang hendakmenanggung dosa ini, sape pula yang hendak bertanggungjawab atas kebejatan akhlak dan moral generasi yangada . Kita sebagai ibu-bapa sudah tidak menang tangan menangani serangan2 hebat bukan dari luar rumah tetapidalam rumah kita sendiri. Pagi ni kita menanamkannilai mulia, malam karang musnah bila anak2 kitamencerap dalam mindanya kebobrokan dalam media yangterhidang depan mata. tidak termampu kita menutup matadan telinga anak2 kita yang sedang meningkat remajadan remaja. yang kecil2 mungkin boleh kita atur2,tetapi yang sudah besar dan pandai berusaha sendiri ,sudah tidak terhalang lagi. bagaimana pula anak-anakkita yang lain? anak buah, anak jiran anak rakanpejabat kita yang juga ternganga depan TV. Sebenarnya baaanyak lagi program2 seperti ini, ada yang kitaperasan ada yang tidak, bukan kita nak duduk depan TV dan buka semua saluran. Tanggungb jawab siapakahmemastikan media tidak menjadi media yang rosak danmerosakkan, media yang sesat dan menyesatkan. tanggungjawab guru?, ibu bapa? ahli masyarakat? penguasa? atau pemimpin yang memerintah atau rakyat yang memilih,menyokong, mengampu malah memuja pemimpin danpemerintah yang ada? Ya Allah.. ampun kan dosa kami,kami sangat lemah Ya Allah. La haula wala quwataillabilla hil 'aliyil 'adzim. Dr Lo'lo' HMG0192100066
HASIL UNDIAN SMS NTV7 Hasil undian sms NTV7 dalam berita malam ni tadi6/12/06, didapati menyokong kenyataan YAB TGNA : "Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matmempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilmenegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerjadi premis perniagaan di kawasan tadbirannya." "Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?" sms tersebut berbunyi lebih kurang seperti berikut WANITA YANG BERPAKAIAN SEKSI KURANG DIHORMATI. 85% Menyatakan YA dan hanya 15% menyatakan TIDAK "The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities. Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan." Bagaimana pandangan seorang Menteri wanita MUSLIM yangmenjaga sebuah kementerian yang berkaitan denganwanita, keluarga dan pembangunan komuniti boleh jauh tersasar dari pandangan dan pendapat MASSA. Rakyat sepatutnya boleh menilai kualiti dan kewibawaan menteri2 kabinet yang ada. Saya masih belum jumpa potongan akhbar UM / BH untukdikongsikan disini, yang memberitakan seorang lelaki ditangkap kerana bersikap tidak senonoh dengan membuka zip seluarnya dan menunjukkan alat sulitnya. Menurut lelaki yang sudah pasti 'mempunyai penyakit dalam hati', dia tidak boleh tahan melihat wanita2 yangberpakaian seksi seperti mangsanya pada hari tersebut. Pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut juga turut menasihatkan agar wanita2 tidak berpakaian seksi kerana ini boleh menimbulkan keadaan tidak sihat seperti yang berlaku pada hari tersebut. Saya juga pernah menyimpan satu tulisan hasil kajian seorang profesor dari sebuah Universiti sebuah negara barat ( maaf, saya tidak dapat menyatakan dengan tepat kerana artikel tersebut telah terpadam dari PC saya sejak beberapa tahun lepas ). Kajian itu melibatkan beberapa ribu responden yang ditemu-ramah untukmemberi komen tentang 2 keping gambar wanita. Sekeping adalah gambar wanita yang berpakaian sopan dan sekeping lagi gambar wanita yang berpakaian seksi.Hasil kajian membuktikan wanita yang berpakaian seksi lebih terdedah kepada serangan seksual dan dikatakan kurang bermaruah berbanding dengan wanita yangberpakaian sopan. Nah.. itu kajian disebuah negaraBarat. Ini sangat berpadanan dengan hasil undian sms NTV7.Saya sangat berharap agar hasil undian dan kajian ini dapat membantu DSSJ dan pihak2 lain yang membantah(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecil menegah wanita berpakaian tidak sopan menimbang semula kenyataan mereka dan memberi peluang dan kebebasan kepada MPKB melaksanakan apa yang menjadi tanggungjawab mereka. Ingatlah DSSJ, mencegah lebih baik dari merawat.Ingatlah menjadi kewajipan seorang Muslim mencegah kemungkaran sebagaimana Hadis Nabi SAW yang bermaksud" Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran,hendaklah mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan membenci didalam hati. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.". Kalau sudah benci pun tidak malah bantah pihakyang menggunakan 'tangan' atau kuasa yang mahu menegakkan syariat Allah, dimana hendak dikategorikan diri kita. Haruslah dimaklumi beberapa fakta iaitu wanita-wanita bukan Islam tidak dipaksa bertudung cuma diminta berpakaian sopan. Bagi wanita Islam masyarakat KB mereka telah pun diberi penerangan dan ilmu tentang kewajipan menurut aurat sejak 3 penggal kerajaan PAS memerintah. Tambahan pula undang-undang kecil tersebut memang sudah sedia ada cuma sebelum ini tidak dikuatkuasakan untuk memberi peluang rakyat memahami polisi dan hasrat kerajaan negeri. Firman Allah yang bermaksud " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [SurahAl-Ahzab:59] Dr Lo'lo' bt Hj Mohamad Ghazalihttp://aa.f319.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=docpearl@hotmail.com&YY=46737&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=bdocpearl.blogspot.com

Tuesday, 9 January 2007

MIMPI NGERI SAYA JADI KENYATAAN
Bila Dr Asri diwar-warkan untuk jadi Mufti Perlis saya turut respon dan bagi pandangan saya dalam egroup ni. Saya kongsikan pengalaman saya sebagai anak Mufti. Sebenarnya bukan itu yang bersarang dalam kepala saya, yang bersarang adalah apakah Dr Asri akan jadi lebih “shahidan” dari “Shahidan”. Mahukah Dr Asri dijemput oleh orang-orang PAS dalam program PAS yang ‘tiada politik’ bila dah jadi Mufti Perlis. Yang bermain2 dalam kepala saya Dr Asri akan kutuk PAS tanpa memahami dan menyedari keadaan dan situasi sebenar.
Bukan saya bermegah tetapi saya rasa saya dianugerahkan Allah dengan rasa ‘instinct’ yang sangat kuat. Banyak kali berlaku. Antaranya bila DSAI yang dulu kami panggil brother Anwar masuk umno, saya macam orang putus cinta, kecewa habis dan rasa tertipu. Sehinggalah satu hari DSWA atau Kak Wan datang merasmikan program PERSIAP di mana saya exco ketika itu di fakulti perubatan UKM. Kak Wan yang sudah bergelar isteri Timbalan Menteri JPM memujuk saya dgn kata2 “bagi Abg Anwar peluang“ Saya jawab, saya bagi 10%. Waktu tu saya hanyalah seorang pelajar perubatan yang sgt naif tentang politik. Akhirnya bbrp tahun selepas itu berlakulah apa yang telah berlaku pd DSAI. Mimpi ngeri saya jadi kenyataan, mimpi saya DSAI tidak akan mampu menahan penangan ujian dalam umno, jadi sejarah hitam negara. Kini mimpi ngeri saya yang kesekian kali sekali lagi jadi kenyataan.
Apa yang di tulis oleh Pak Tam Mat dalam tulisannya di bawah ni adalah fakta jelas dan nyata. Beberapa minggu sebelum Dr Asri jadi mufti saya ikuti programTajdid di UIA dimana beliau salah seorang penceramah. Pada masa tu berdesing telinga saya bila dia kata” adakumpulan pembangkang tu tidak kira apa, nak bangkang saja” . Walaupun dia tak sebut PAS secara jelas tapi saya yakin kebanyakan yang hadir hari tu faham maksud dia. Tentu saya tidak bersetuju, takkan PAS hanya tau bangkang sahaja. PAS adalah kerajaan di Kelantan dan pernah jadi kerajaan di Trengganu. PAS menyumbang dalam semua aspek kehidupan masyarakat Msia dari dalam Parlimen, DUN hingga ke hujung kampung dan ketengah laut. Kalu PAS hanya bangkang sahaja saya tidak akan duduk dalam PAS. Tapi saya mahu bersama2 jemaah yang menjalankan Amar maaruf nahi mungkar tanpa takut dan tanpa berpilih2.
Dasar PAS adalah Islam, seruan PAS adalah Allahuakbar. Tujuan PAS adalah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai2 hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah. Polisi dan pendirian PAS bukan dari kepala pemimpinnya (yang tidak maksum) tetapi dari hasil Syuro. Betul atau salah, lemah atau mantap cara pendekatan PAS, kami bersandarkan Al Quran dan Hadis, qias dan ijma’ ulama. Dasar tetap Islam.
Saya setuju dengan Pak Tam. Janganlah Dr asri melatah dengan memalitkan ‘ taik ’ yang dibuat UMNO kepada PAS. PAS tidak berkuasa di federal, PAS juga tidak memerintah di negeri dimana Mat saleh Amerika dan isterinya diserbu dalam bilik chalet mereka.
Banyak lagi yang ingin saya perkatakan tapi masa saya agak terhad. Lagi pun banyak kerja lain yang perlu saya selesaikan. Cuma ada satu soalan yang saya asyik bertangguh2 nak tanya Dr Asri. Kalaulah Kelantan yang diperintah PAS adalah negeri ‘Darul Sunnah’ mengikut pemahaman Dr Asri, kemudian MB Kelantan TGNA jemput Dr Asri jadi mufti Kelantan (sebelum jadi mufti perlis lagi la), adakah Dr asri akan terima tawaran tersebut?
Untuk maklumat Dr Asri Kerajaan PAS kelantan bukan sahaja tiada Special Branch, Rumah MB sendiripun tiada security guard atau Polis yang menjaga.
Wallahua’lam.
Dr Lo’lo’ HMG
0192100066
--------------------------------------------------
Mufti Perlis sudah jadi 'alat' Umno serangpembangkang!
Pak Tam Mat Sun Jan 07, 07 05:24:26 AM
"Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barutUmno apabila menuduh negara Islam yang pembangkangmahu tubuhkan adalah negara special branch, walhalnegara special branch atau yang digelar Tun MahathirMohamad sebagai negara polis adalah realiti yangberlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinanUmno-BN!" Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangailagi.
Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjungSisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannyakepada pembangkang pula. Jelas, mufti termuda ini mahu bermain politik, tapibukan di gelanggang yang sebenar. Pagi tadi saya terbaca wawancara panjang MingguanMalaysia dengan Asri. Saya cuma mahu fokuskan kepadajawapan Asri terhadap soalan wakil Mingguan Malaysiakepadanya: "Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberikepada mencegah kemungkaran secara terbuka?" Dan ini jawapan Asri: " Ya, kita perlu menumpukankepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasukmerompak, mencuri dan berjudi.
**Jangan tanyapembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islamyang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti sayatengok di laman web pembangkang, ertinya kalaumemerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untukmengetahui jenayah dan maksiat orang lain." **
Apa kena mengena pembangkang pula dalam hal ini selain motif Asri untuk menampilkan dirinya sebagai jaguh atau wira kepada Umno-Barisan Nasional, khususnya untuk jadi tukang kipas kepada orang yang melantiknya,Shahidan Kassim? Bukankah yang berkuasa, yangmenggubal undang-undang, yang menguasai segala jentera kerajaan, khususnya pihak yang menguatkuasakan undang-undangkan adalah Umno-BN? Benar, saya setuju usaha mencegah maksiat perlu diluaskan skopnya, bukan saja tangkap orang khalwat,berzina dan seumpamanya.
Kita hadapi isu-isu mungkar yang lebih serius, seperti masalah yang menjejaskankeselamatan umum, misalnya jenayah ragut, curi rompakdan bunuh yang semakin berleluasa. Dan bagi saya, jenayah lebih serius adalah masalah rasuah dan salah guna kuasa yang makin berkembang-biak termasuk menjalar ke peringkat akar-umbi seperti tertonjol dalam kes pengangkutan pelatih PLKN baru-baru ini. Projek pembangunan berbilion ringgitdaripada wang rakyat difaraidkan sesama kroni Umno-BNbagaikan skim cepat kaya!
Tapi, saya yakin Asri faham usaha banteras dan menguatkuasakan undang-undang rasuah adalah BPR, yang terletak langsung di bawah Perdana Menteri, dan tiada kaitan dengan pihak berkuasa agama. Pelik, tak pernah pula Asri cuba menyelongkar hal-hal ini. Yang beliau cukup gemar adalah mengkritik rakan-rakan muftinya yang lain dan pihak pembangkang sedangkan inti segala masalah adalah kepada pemerintah Umno-BN. Soalan besar ialah, undang-undang jenayah syariah dibawah pemerintahan Umno-BN ini hanya mengklasifikasikan jenayah tertentu saja untuk ditangani pihak berkuasa agama. Mahkamah Syariah dipersudutkan kepada "kesalahan agama" tertentu dengan mengehadkan hukuman maksimum yang cukup rendah berbanding hukuman mahkamah sivil.
Tapi itu bukan hal yang saya nak debatkan dengan Asri.Saya cuma mahu tanya, segala yang dikritiknya itu,terutama berkaitan dengan kes khalwat adalah undang-undang dan peraturan yang sudah pun diluluskan oleh pemerintah yang dikuasai Umno selama ini. Memang ada respons daripada beberapa laman yang cenderung kepada pembangkang, termasuk detikdaily,tapi pihak yang bertanggungjawab adalah pemerintah sendiri. Kita pun sedar dari dulu lagi, pihak yang belum dapat disahkan terbabit dengan jenayah, tidak wajar diaibkan, namun untuk membiarkan pelaku jenayah berseronok suka berkhalwat dan berzina dalam biliktertutup tanpa gangguan, "lagilah tak kena". Kalau Asri kata mahu hapuskan maksiat termasuk judi,rompak dan curi, apakah hal itu terangkum sepenuhnya di bawah pihak berkuasa agama yang begitu terhad kuasanya itu? Misalnya kes judi, siapa pula yang meluluskan lesen judi kalau bukan pemerintah Umno-BN,di bawah Kementerian Kewangan. (Rompak dan curi pun tidak di bawah kuasa mahkamah syariah). Mengapa Asri tidak tegur akhbar-akhbar utama berbahasaMelayu, yang semuanya dikuasai Umno, yang menyiarkan keputusan judi hampir setiap hari, sehingga iklan untuk mendapatkan keputusan judi secara cepat melalui SMS pun disiarkan Utusan Malaysia dan Berita Harian,kadang-kadang hampir setengah muka surat di ruangan Sukan. Akhbar bahasa Inggeris milik Umno, NST, turut siarkan iklan arak penuh satu muka warna-warni dan menjadi penyumbang utama kewangan syarikat akhbar berkenaan. Sedangkan mengikut undang-undang jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan dulunya Terengganu memberikan definisi yang lebih jelas dan skopnya terbuka luas. Tetapi Umno mengugut mahu mengenakan tekanan dan sekatan jika Kelantan melaksanakannya.
Lebih serius apabila Asri menuduh negara Islam yanghendak pembangkang (tentunya PAS) tubuhkan adalah seperti negara special branch. Tuduhan ini cukup menyakitkan hati saya, malah semasa saya menulis ini,tangan saya terketar-ketar marah, namun saya cuba bersabar dan berhujah secara rasional. Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila berkata demikian, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN! Semua tahu begitu banyak peruntukan duit rakyat untuk membiayai kegiatan SB bagi menghalang perkembangan pembangkang dan apa jua suara yang dilihat tidakselari dengan pemerintah. Pihak menteri dan menteri-menteri besar Umno selalunya melayan dengan begitu istimewa sekali kumpulan SB ini bagi mempastikan mereka bekerja bukan untukkeselamatan negara tetapi keselamatan Umno-BN.
SB masuk dan menyusup ke dalam organ-organ pembangkang dan NGO yang kritikal dengan kerajaan. Mereka kerap menawarkan habuan lumayan kepada aktivis untuk mendapatkan rahsia, sekali lagi bukan demi keselamatan rakyat dan negara ini tetapi untuk melumpuhkan kekuatan pembangkang dan usaha gerakan rakyat. Malah, pihak berkuasa agama pun, misalnya Jawi dan Jais, turut sibuk menyusup mencari masjid atau surau mana yang membenarkan penceramah bebas - yang tidak bersedia menjadi pak angguk kepada Umno - memberikan kuliah dan syarahan. Bukan satu perkara baru apabila masjid dan surau-surau berkenaan dikunci dan jawatankuasanya dibubarkan! Saya kira Asri bukannya terlalu bodoh untuk tidak mengetahui bagaimana pemerintah melalui SB melakukan tekanan dan penindasan, tetapi Asri sengaja memekakkan telinganya dan buat bodoh demi menyenangkan pihak atasan. Baca sajalah siri tulisan Saari Sungip, bekas tahanan ISA yang cukup gigih dan kental merekodkan pengalamannya berdepan karenah SB. Saya mahu berhenti setakat ini dulu kerana orang seperti Asri ini jika dilayan berjela-jela pun ini,memang itu yang digemarinya, bagi menjadikannya sebagai perisai kepada pemimpin Umno bila berdepan dengan pembangkang. Tapi saya akan mengulasnya lagi kemudian.
Dipetik dari Detikdaily.net - wann

Thursday, 5 October 2006

Selepas walimah puteri sulong; Subhanallah, begitu lemahnya manusia kerdil seperti saya ini yang begitu terbatas kemampuan dan kebolehan. Begitu lama saya mampu mengumpul kekuatan dan kebolehan teknologi untuk update blog saya ini. Macam2 peristiwa & masalah berlaku sejak Julai lalu dimana saya dan keluarga begitu sibuk dengan persediaan perkahwinan Mawaddah& Azizy. Sekarang sudah masuk oktober. Anak menantu pun dah settle down. Alhamdulillah, lega anak perempuan kami kini 'selamat' dalam 'perlindungan' dan 'jagaan' suami. Susah ke senang ke mereka kena harungi bersama2 dan belajar serta berusaha melayari bahtera kecil rumah tangga mereka. Doa saya sebagai ibu dan suami saya selaku bapa sentiasa bersama-sama anak2. Istimewa untuk Adah dan Zizy, moga anakanda berdua menjadi suami-isteri soleh-solehah, cemerlang dunia dan akhirat. Untuk Zizy sebagai suami kena ingat kita sekarang adalah pemimpin rumah tangga, Adah pula sebagai isteri yang akan mencorakkan rumahtangga, melahirkan zuriat2. Apakah nilai baik yang hendak diguna sebagai panduan. Sebagai orang Islam sudah pasti kita kena balik kepada 'manual' yang Allah sediakan iaitu Al Quran. "Sibghatallah, waman ahsanu minallahi sibghah". Acuan/nilai/model Allah, maka apa yang lebih baik dari acuan/ nilai/ model Allah. Bermulalah dengan yang terbaik mengikut Islam, dirikan "Daulah Islamiyah" dalam rumah dulu sambil berusaha dan menyumbang untuk "Daulah Islamiyah" dalam masyarakat dan negara. Untuk pengunjung web sebagaimana janji saya disini saya perturunkan sebahagian gambar2 semasa majlis akad nikah dan walimah.
akad nikah
Dr. Amin, Dr. Lo'Lo' dan anak2 menyambut kehadiran tetamu
pengantin berarak masuk ke dewan
pengantin - makan beradab DSAI dan isteri, Sdr Azmin Ali serta Ustaz Nasa memeriahkan majlis antara tetamu yang hadir
hantaran drpd pihak lelaki
hantaran drpd pihak perempuan

Monday, 17 July 2006

Jemputan Walimatul Urus
19 dan 20 Ogos 2006 bersamaan 25 dan 26 Rejab 1427 semakin dekat dan semakin meresahkan saya. Hari-hari tersebut saya dan suami akan melaksanakan satu tanggungjawab besar sebagai ibu dan bapa. Kami akan menikahkan putri sulung kami Mawaddah dengan tunangnya sekarang yang bernama Azizy. Majlis nikah akan diadakan di rumah kami di Bukit Keramat, sementara majlis walimah akan diadakan di Titiwangsa. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput saudara mara kedua-dua belah pihak saya dan suami, sahabat handai kami sejak kami bersekolah rendah hinggalah semasa di UKM/ Adelaide Uni, juga rakan-rakan yang pernah bekerja bersama-sama, warga kerja di PPKSB dan di Fakulti Perubatan UKM serta kenalan jemaah yang pernah kami bersama dan masih bersama. Tidak lupa juga yang dihormati lagi dikasihi guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang telah mendidik dan mengajar kami. Kami cuba membahagikan waktu kedatangan jemputan dengan saudara mara dan keluarga digalakkan hadir antara masa 12 tgh hingga 2.30 ptg dan sahabat serta kenalan di antara 2.30-4.30 ptg. Hubungi Dr Aminuddin 0123337764 dan saya sendiri 0192100066 (saya lebih cenderung untuk menerima dan respon kpd sms). Di dahului dengan jutaan terima kasih. Dr Lo'lo' HMG 17/7/06 21 Jamadil Akhir 1427

Monday, 3 July 2006

Breech Babies: What Can I Do if My Baby is Breech?
Saya search website ttg pregnancy dan dapati article ini sangat relevan dengan persoalan bayi songsang
What is a breech birth? Before birth, most babies are in a head-down position in the mother's uterus. That's why most babies are born headfirst. Sometimes the part of the baby that is head down is not the head, but the buttocks or the feet. When a baby is in that position before birth, it's called a breech birth or breech baby. Many babies are breech early in pregnancy, but most of them turn to the headfirst position near the end of the pregnancy. Babies that are born early are more likely to be breech. If more than one baby is in the uterus at a time, one or more of the babies may be breech. Abnormal levels of amniotic fluid around the baby may result in a breech birth. As you get closer to your due date, your doctor will be able to tell (by physical exam, ultrasound, or both) if your baby is breech. Can a breech baby be delivered without a cesarean? Some breech babies may be safely delivered from the vagina. However, more complications can occur if the baby is breech. A baby who is breech may be very small, or it may have birth defects. Breech babies may also have accidents during delivery that can damage the umbilical cord or cause asphyxia, or even cause death of the mother or baby. Although breech babies can be delivered vaginally, it's generally safer and easier to deliver babies head first from the vagina. So, many times doctors deliver breech babies by cesarean delivery (also called a C-section). Risks are involved with cesarean delivery, too, such as bleeding, infection and longer hospital stays for both the mother and her baby. Can I do anything to help if my baby is breech? It's very important to see your doctor regularly when you're pregnant. Your doctor can tell if your baby is breech and help plan what to do. Some doctors will plan to deliver the baby by cesarean section. Others may give their patients exercises to do at home that may help turn the baby to the head-first position. Some doctors try to turn the baby in the mother's uterus using a procedure called external cephalic version. If this procedure is successful and the baby stays head down, a normal vaginal delivery is more likely. What is external cephalic version? External cephalic version is a way to try to turn a baby from breech position to vertex (head-down) position while it's still in the mother's uterus. In other words, external cephalic version means turning the baby from outside of the abdomen so that it's in the head-down position. Your doctor will use his or her hands on the outside of your abdomen (tummy) to try to turn the baby.
When is external cephalic version done? External cephalic version is done at the end of pregnancy, after about 37 weeks of gestation.
Who can have external cephalic version? Many women with normal pregnancies may have external cephalic version. Women who can't have it are women with one of the following: - Vaginal bleeding - A placenta that is near or covering the opening of the uterus - A nonreactive nonstress test - An abnormally small baby - A low level of fluid in the sac that surrounds and protects the baby - An abnormal fetal heart rate - Premature rupture of the membranes - Twins or other multiple pregnancy What are the risks of external cephalic version? External cephalic version has some risks, including the following: - Premature labor - Premature rupture of the membranes - A small blood loss for either the baby or the mother - Fetal distress leading to an emergency cesarean delivery - The baby might turn back to the breech position after the external cephalic version is done - Although the risk of having these complications is small, some doctors prefer not to try an external cephalic version. What can I expect if my doctor and I decide to try external cephalic version? External cephalic version is usually done in the hospital. Before the procedure, you will have an ultrasound to confirm that the baby is breech. Your doctor will also do a nonstress test to make sure that the baby's heart rate is normal. A tube of blood will be drawn, and an anesthesiologist will be notified, just in case you need to have an emergency cesarean delivery. You'll be given medicine through a vein in your arm to relax your uterus. This medicine is very safe, with no risk to your baby. While you're lying down, the doctor will place his or her hands on the outside of your abdomen. After locating the baby's head, the doctor will gently try to turn the baby to the vertex position.
What happens after the procedure? When the procedure is completed, your doctor will perform another nonstress test. If everything is normal, you won't have to stay in the hospital. If the procedure isn't successful, your doctor will talk to you about the possibility of having a vaginal delivery or a cesarean section. Your doctor may also suggest repeating the external cephalic version. What is the success rate of external cephalic version? The success rate of external cephalic version depends on several factors, including the following: - How close you are to your due date - How much fluid is around the baby - How many pregnancies you've had - How much your baby weighs - How the placenta is positioned - How your baby is positioned
The average success rate is about 65%. Even if the procedure works at first, there's still a chance that the baby will turn back around to the breech position. This also depends on the factors listed above.
Kandungan Songsang?
Saya kongsikan di sini beberapa pandangan Dr2 dalam egroup KISAS berkenaan dengan kandungan songsang. Moga memberi munafaat (nama2 & pengirim email telah saya padamkan kerana mungkin mereka tidak selesa disiarkan di Blog saya ni)
-------------------------
Salam Lama sungguh saya tak berkesempatan utk membaca email2 dlm group KISAS ni. Terbaca pula email yg mmg interest dan berkaitan dgn profesyen saya skrg ie sbg Dr yg mengendalikan klinik dan wad bersalin. Saya ingin menasihatkan ibu2 yg mengandung songsang agar mengambil tindakan yang lebih bijak dan cermat seperti yg diperkatakan. ECV boleh menyebabkan APH atau perdarahan waktu mengandung kerana pelbagai sbb antaranya abruptio placenta atau uri tertanggal samada sepenuhnya atau sebhg yg merupakan insiden yg bahaya dan patut dielakkan. Bayi juga mungkin terbelit dgn tali pusatnya sendiri dll, sbb tu Dr akan buat ECV dgn close monitoring & scan. Timing juga kena betul ie 36/minggu atau sembilan bulan supaya jika sesuatu berlaku bayi tersebut boleh dilahirkan segera dan tidak timbul masalah tidak cukup bulan. Please la, tanpa menafikan peranan bidan kg, saya sekali mengingatkan supaya keputusan yang realistik dan bijak harus diambil disini utk memastikan keselamatan ibu lebih2 lagi bayi. Oh ya terlupa saya utk menyarankan supaya ibu2 yg mengandung songsang melakukan banyak exercise seperti kedudukan kita sujud dalam solat, senaman ini insyaAllah sudah banyak membantu. Saya juga antara Dr yang mengamalkan ECV atau pusing bayi songsang tetapi dgn penuh hati2. Silalah ke klinik saya ie
PUSAT PERUBATAN KOHILAL,
225 JLN NEGARA 2,
TMN MELAWATI
03 41068466/7/8.
03 41054519.
0192100066 (SMS SHJ).
Klinik saya pd setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari 9pg hingga 4 ptg. Tk Dr Lo'lo' HMG www.ppksb.enetmyne.com docpearl.blogspot.com ----------------------
Assalamualaikum WR The best advice is to be given by the attending obstetrician at the point of time of the decision to be made. Every pregnant mother is different, every baby is different and every case is different. Every doctor is also different but the bottom line is to achieve whatever is the best for the mother and baby. There are many factors to be considered in order to make the best plan, including expertise and facilities available at the point of time of delivery. Caesarian section is not necessarily the last option but can be the first option when it is indicated. When the natural route is too risky, a safer short cut should be referred. Caesarian section can be done as a planned procedure in advance but can also be done as an emergency when the baby (fetus) is in danger. A few minutes of delay can result in catastrophic consequence to the newborn brain. Memusing kedudukan baby dalam kandungan (External Cephalic Version / ECV) was popular, then became less popular and now reported to regain popularity with a success rate of about 60%. Ada khilaf di kalangan obstetrician dalam hal ECV ini. When I was a medical student, during O&G exam, we have to be careful what to say about ECV because some examiners were totally against it, while some others promote it. My opinion, if the doctor is confident and good at doing it, go ahead. If not, go for caesarian section as it is safer for the baby. Dr. B -----------------
Aslm..my opinion Saya nak mencelah sikit..kalau mengenai urut-mengurut semasa mengandung terutamanya untuk menemui bidan, elok dielakkan. By experience, ada ibu-ibu mengandung yang mengalami pendarahan apabila di tanya dia ada menggunakan rawatan bidan utk urutan, the worst is pendarahan di antara rahim dan uri i.e abruptio placenta. Actually, senior O&G specialist boleh buat manual 'pusing baby' ni tetapi dengan monitor menggunakan ECG (boleh check kalau baby dalam keadaan distress) dan with term and conditionnya juga lah dan kalau berlaku pendarahan atau baby memang dalam keadaan distress, boleh operate terus. And at 32-34 week ada kemungkinan utk berlaku pemusingan ini dengan sendirinya. Sekian Siti
------------ Asslkm, Saya aware akan possibility Ceaser, tp itu adalah last option, Insya Allah. Recently kakak ipar saya seorg doktor kat HKT(juga Ex-KIK SPM88) juga mengalami pengalaman yg sama dan terpaksa Ceaser.Juga anak ke4. Anyway hujung minggu ni kami nak cuba bidan, try tengok kot boleh back to normal.Tak mahu tunggu sampai last minute.InsyaAllah. Wasallam -------- Salam.
Berdasarkan pengalaman saya bersalin anak ke 4 baru2 ni, sama la kes dgn wife anta. minggu 33 dr bg tau dia songsang. dr kat fetus still blh pusing sampai week 37. check semula week 37 masih dlm keadaan yg sama so dr advice suruh ceaser sebab anak ketiga dulu pun dah ceaser. tapi kalau sblm ni blm pernah ceaser dr kata blh try bersalin cara normal tapi berisiko. wallahu a'lam. SS
------ Asslkm, Nak tanya/minta nasihat kpd Dr. dan pakar2...My wife pergi scan last week, Dr kata fetus songsang, Now week 33,anak ke 4. Soalan? Adakah normal @ bolehke fetus tu back to normal position within next period of time. Wassalam. AM
---------------------------------------------------------
Saya juga menerima email yang sangat kelakar dan tidak kisah jika dikongsikan Kisah Ayam Utk forwardkan.... Maaf pada yg tersinggung Kisah ayam Samy Vellu & Pak Lah melintas jalan... Dilulus terbit oleh LinuxPro pada Sunday, July 02 @ 10:44:34 MYT Kiriman : Taranama REVISED VERSION : Why Did the Chicken Cross The Road? What they have to say. Kindergarten teacher: Because it wanted to look for food on the other side. Sammy Vellu: Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup..kita bole survey mana ada rosak. Karam Singh Walia(TV3): Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan.........Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan. Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7): Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje.Ayam semua dah besar kepala,..dan dah tak nak duduk reban...dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal! Zainal Ariffin Ismail (TV3 Kisah Misteri): Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........." Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro): "Ayam siapa kalau bukan ayam kita..." Sisters in Islam: We abhor the thoughts of the rooster enslaving the hen, that is why female chicken must be brave and know their rights before they cross the road,....and some cross to escape the master/slave marriage....but this Taliban minded syaria court is no help to the grieving hens...all chicken hens should not vote for IFL! Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang): Ayam-ayam yg melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL...... Md. Said Yusof (BN Jasin): Apa salah nya...biarkan mereka lintas...tutup sebelah mata ajelah...ayam-ayam terlebih besar sikit shj.Lagi pun semua nya itu ayam saya. Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC): Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ia nya bertentangan dgn prinsip saya, maka saya RESIGN. Dan Brown (Da Vinci's code author): The chicken used to a member of a secret society Poultry of Sion. The Opus Dei chickens are on its back because of the missing parshments of Les Dossiers Secrets. And they(Opus Dei)are known for their 'corporal mortification' practice. Richard M. Nixon: The chicken did not cross the road. I repeat, the chicken did NOT cross the road. Ronald Reagan: I forget. But of course this is for their SDI (Strategic Defense Initiative) program if I'm not mistaken. Bill Clinton : I've had met so many chicks that like to blow, I can't remember them all...but I like White House intern chicks, like Monica Lewinsky....Ooops I'm sorry Hillary. George Bush: These chicken inspector must be allowed to do their job....Let me stress now...their plutonium enrichment program must be stop, and make no mistake, we are not going to tolerate another WMD producing rouge chicken state, they are axis of evil state....and put all our options on the table.. Arthur Andersen (consultant): Deregulation of the chicken's side of the road was threatening its dominant market position. The chicken was faced with significant challenges to create and develop the competences required for the newly competitive market. Andersen, in a partnering relationship with the client, helped the chicken by rethinking its physical distribution strategy and implementation processes. Using the Poultry Integration Model (PIM), Andersen helped the chicken use its skills, methodologies, knowledge, capital and experiences to align the chicken people, processes and technology in support of its overall strategy within a Program Management framework. Computer Programmer: In order for the chicken to cross the road safely they would need more than one driver to access the server farm, if not they will hang in the middle of the road. Jerry Seinfeld: Why does anyone cross a road? I mean, why doesn't anyone ever think to ask "What the heck was this chicken doing walking around all over the place anyway?" Bill Gates: I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS. Dr M: You know, I am tired of all this...'apa-nama' chicken-chicken bisnes...you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits....so why are we chicken out? Pak Lah: Ini semua adalah khabar angin sahaja...jangan percaya khabar - khabar angin ini semua... biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua... jangan percaya... we've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people...nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion....ini biasalah. *sila dapatkan vcd2 terkini di http://vcd2buy.tblog.com

Sunday, 18 June 2006

Individu Miskin vs Gerakan Islam Fakir ? Semasa saya menyemak email saya yang tidak tersemak2 saya terjumpa satu email lama yg saya rasa sangat menarik dan patut dibincangkan diperingkat ysng lebih arif. Saya bercadang untuk bertanya lebih lanjut. Dr LL 18 Jun 06 ---------------------- Assalamualaikum Semalam, aku baru saja mengambil 8 bungkusan besar barang makanan untuk diagih-agihkan untuk fakir miskin...cawangan aku yang paling sikit ambil, mungkin sebab cawangan paling sikit penduduk yaitu terdiri dari 2buah perumahan kos rendah. Walau berstatus kos rendah, mungkin dah lama(hampir 20 tahun) penghuninya dah ada yang pakai stream, cr-v dan sebagainya. Rata rata masing masing ada kenderaan. Kebanyakan barangan ini diberi kepada ibu tunggal sahaja yang pada saya tak miskin mana....(malang nya jadi bapak tunggal)... Sebenornya tujuan saya menulis nih bertujuan mengajak tuan-tuanmemikirkan kaedah terbaik mengagihkan barangan seperti ini kepada yang benar-benar layak. Misal kata, nun di kampung sana (tempat lahirku)rasanya masih ramai yang benar benar daif atau sebahagian yang diceritakan oleh si muniq nih. Bagi aku mungkin sebahagian kutipan PAS (tempat kurang orang benar-benar miskin) boleh dihantar ke tempat orang yang benar-benar miskin atau pupun hantar ke luar negara seperti kemboja dan thailand (dengar ceritanya memang depa benar benar miskin). Memang jika dilihat kita perlu mengutamakan keluarga, jiran dan sahabat handai, cuma aku tak pasti bagaimanakah kita patut jika situasi itu jadi begini? Satu hal lagi tang zakat fitrah,...Yang aku faham zakat fitrah nih lebih afdal diberi kepada fakir miskin. Mungkin juga boleh transfer spt bungkusan tadi....dan yang sedikit menyentuh hati aku tak tau berapa persen yang PAS peruntukkan dari zakat fitrah yang dikutip untuk faqir miskin atau ada kaedah masalah lain...misal kata orang benar-benar miskin tak ramai di Msia nih..jadi yang benar miskin adalah gerakan Islam...maka GERAKAN ISLAM afdalnya dah beralih kesini?...boleh ke? Haih....aku ingat abu nidal tau kaedah nih....kita mintak dia jawab.... -----Original Message----- Jalan-Jalan Bulan Puasa: Sebuah Rumah Setitis Darah Pada Puasa hari ke-18 yang lalu, beserta rakan-rakan dari NGO PertubuhanAmal Warga Kilang Muslim (Utara) Malaysia, WARGAKILANG.COM, kamibertolak ke daerah Gerik Perak dalam misi Jalan-Jalan Masuk Kampung dibulan Ramadhan. Seperti tahun yang sudah-sudah, misi kami ialah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan. Adalah beberapa buah rumah yang sempat kami kunjungi, tapi dalam banyak-banyak rumah itu, rumah Nor Atikah(16 tahun) dan 5 orang adik-adiknya di Kampung Alai, Gerik Perak adalah yang paling terasa di hati. Oleh kerana kami bukannya orang Gerik, maka agak sukarlah juga untukmenjejak alamat rumah beliau seperti yang diberikan kepada kami oleh Guru sekolah beliau itu, tapi setelah tersesat sana tersesat sini, akhirnya selepas menyusur tepian sebatang anak sungai, sampai juga kami ke rumah mereka. Ketika kami ke sana, ibu mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja mencari rezeki. Tiap-tiap hari macam tu lah, tinggallah mereka 6 beradik take care each other bila ibunya keluar bekerja; mungkin dah jadi macam rutin biasa sejak ibu mereka bergelar Ibu Tunggal sejak kira-kira 4tahun yang lalu. Nasib baik berdekatan rumah mereka itu, ada nenek dan tok wan mereka yang sudah agak berusia; maka kepada nenek dan tok wan inilah mereka mengadu nasib bila ibunya tiada bersama-sama. Oleh kerana tuan rumah (ibu mereka) tidak ada, jadi kami ke rumah Nenek mereka minta tolong temankan kami masuk ke rumah tersebut untuk menghulurkan sumbangan berkenaan. Bila kami mula bertanya, macam-macam diceritakan oleh Nenek mereka; seolah-olah sudah lama beliau menanti seseorang untuk mencurahkan semua rasa yang berbuku di dada. Menurut nenek mereka (Tok Saadiah), budak-budak 6 orang ini [Nor Atikahdan kembarnya Nor Amirah form 4, Nor Afiqah form 3, Amirul Ashraf darjah6, Amirul Aliyuddin darjah 4 dan Amirul Aizat darjah 1] makan dan minum ala kadar sahaja sejak ibunya bergelar IT 4 tahun yang lalu. Apa tidaknya, ibunya hanyalah bekerja kilang di sebuah kilang kayu berdekatan, pendapatannya adalah dalam RM20 sehari. Kata Tok Saadiah: "Bayangkanlah, budak-budak ini semua sekolah belaka, belanja sekolahRM15 sehari, duit Van RM4 sehari; semua sekali RM19 sehari....mak dia kerja dapat RM20, tolak sembilan belas ringgit....tinggal RM1. Seringgit itu sajalah yang tinggal untuk belanja dapur makan minum dll" Makna kata kalau tak ada back-up daripada tok wan dan nenek yang dok kerja kampung itu atau pun sdra mara terdekat, kira memang nazak sungguhla hidup budak-budak ini. Patutlah pun, masa kami pi tu, bila kami tanya mana adik-adik depa hat tiga orang lagi tu, Nor Atikah habag budak-budak tu pi tengokTV.....rumah jiran!! Logik la, dengan pendapatan bersih RM1 sehari, nak beli ikan bilis pun tak lepas, inikan pula nak beli TV!! Tapi, bila tengok rumah depa, nampak okey la jugak, tapi macam rumah separuh siap saja dengan bata simen tak berplasta dan tingkap nako cermin tak berapa nak sempurna, mungkin tengah dok buat agaknya, belum siap lagi. Bila kami tanya lebih lanjut, Tok Saadiah bagitau, rumah itu adalah hasil daripada duit SOCSO yang diperolehi oleh ibu mereka(~RM10,000) bila mana jari beliau terpotong machine di tempat kerja. Makna kata, rumah yang Nor Atikah dan adik-adiknya huni itu adalah hasil DARAH ibu mereka yang menitis di tempat kerja, rumah itu adalah duit DARAH ibu mereka yang mungkin terlalu tertekan memikirkan mana lagi nak dicari nafkah harian untuk anak-anaknya itu hinggakan terlupa yang rantaian mesin pemotong sedang menghiris jari jemarinya. Hebat sungguh pengorbanan seorang wanita bernama Ibu, yang sanggup berkorban apa sahaja hatta berkorban darah sekali pun demi mencari nafkah sesuap nasi untuk anak-anak tercinta. Apa-apa pun itu semua mungkin sudah takdir, yang akhirnya dengan hasil darah yang mengalir itu, dapatlah anak-anak beliau menghuni sebuah rumah yang agak selesa walaupun bata simennya tinggal terbuka tidak berplasta. Bila ditanya kepada budak-budak itu, tahun ini baju raya sudah beli ke belum, cepat-cepat neneknya menyampuk: "Baju Raya.....hmm, kalau harap mak budak-budak ini, pakai tak pakai baju rayalah budak-budak ini!!" Tapi, secara ikhlas kami merasakan budak-budak itu tak berapa kisah sangat pasal baju raya, kerana bagi mereka dapat makan minum dan tempat tinggal yang sempurna pun sudah kira alhamdulillah dan lebih dari cukupdah. Cubalah bayangkan, dalam keadaan hidup serba kekurangan bersama seorang ibu berstatus Ibu Tunggal ini pun, budak-budak itu masih boleh ceria dan tidak berapa jauh sangat ketinggalan dalam pelajaran. Misalnya si Nor Afiqah yang dalam form 3 itu, dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini beliau dapat no 1 dalam tingkatan 3Cnya, dan no-17 untuk keseluruhan tingkatan. Mengambil kira latarbelakang keluarga, keputusan macam itu kira sudah okeylah tu! Bila dok sembang lama-lama dengan budak-budak itu, rasa sedih juga nak melangkah pergi, tapi sebelum itu sempat kami hulurkan barang-barang keperluan dapur dan duit raya sekupang dua buat kegunaan mereka sempena hari raya nak datang ini, dan sempat juga kami berpesan supaya belajar rajin-rajin, kata kami dengan ilmu sahajalah mampu mengubah masa depan mereka bila besar nanti. Oh ya, sebelum itu saya sempat juga tunaikan zakat fitrah untuk tahun ini di rumah mereka. Dalam perjalanan pulang, seorang sahabat yang turut serta bercerita, tatkala saya menghulur dan meniatkan fitrah itu, beliau nampak jelas manik-manik jernih mengalir di mata adik Nor Afiqah bt Anuar yang form3 itu; mungkin kerana jumlah zakat campur wang sedekah yang NGO kami hulurkan itu melebihi pendapatan bulanan ibu mereka; atau pun mungkin itu adalah air mata gembira kerana dengan wang sumbangan yang tak seberapa itu kali ini mereka 6 beradik mampu berhari raya seperti rakan-rakan mereka yang lain, atau pun mungkin juga hati adik NorAfiqah benar-benar tersentuh kerana walaupun mereka enam bersaudara tinggal nun jauh di pinggir sungai di pedalaman Gerik sana, tapi masih ada insan yang sudi menjenguk keluarga beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kami percaya, Nor Afiqah dan kakak serta adik-adiknya tentunya akan lebih gembira jika sekiranya lebih ramai lagi insan-insan perihatin diluar sana yang sudi melawat dan menziarah mereka. Sesungguhnya, hati kami benar-benar tersentuh melihat ketabahan mereka enam beradik menempuh hari-hari muka dengan keadaan hidup dan pendapatan ibunya yang tidak seberapa. Sekalung tahniah harus diucapkan buat ibu mereka, Pn Maimunah Bt Khairuddin yang begitu tabah membesarkan anak-anak dengan seadanya. Moga sumbangan kami yang tak seberapa ini akan mampu menceriakan hari-hari mereka menjelang kedatangan Hari Raya yang akan datang ini. Akhir kata, kepada semua pembaca, diucapkan Selamat Hari Raya dengan ucapan Di Kala Kita Bergembira Dengan Ketupat Lemang dan Sanak Saudara, Janganlah Lupa, Ada Ramai Lagi Insan-Insan Kurang Bernasib Baik di Luar Sana Yang Perlukan Perhatian dan Sumbangan Kita. Jenguk-Jenguklah Mereka. Selamat Hari Raya WARGAKILANG.COM23.10.05