Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan sebentar tadi, terutama daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat Kinabatangan dan juga saya kira mungkin dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, negara-negara lain juga ramai doctorate-doctorate nya, doktor-doktornya, engineer nya daripada kalangan wanita yang dibangunkan oleh kerajaan negara masing-masing. Ini memang tanggungjawab kerajaan, Yang Berhormat Menteri. Bukannya kerana Kerajaan Barisan Nasional tetapi memang itu tanggungjawab kerajaan. Terima kasih.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Sebenarnya Yang Berhormat, itu tidak betul. Sebab apa, kalau kita pergi banyak negara termasuk negara maju di negara-negara lain, wanitanya mempunyai potensi dan bakat berkobar-kobar hendak memberi sumbangan tetapi mereka tidak diberi peluang. Saya boleh beri nama beberapa negara di seluruh dunia ini di mana wanita tidak ada tempat atau pentas di persada dunia. Tidak ada. Jangan sekali-kali bersikap bahawa perkara ini akan turun begitu sahaja. No dengan izin, it is not true. Kalau di Malaysia kalau kita ada di bawah kerajaan yang tidak prihatin tentang wanita, percayalah Yang Berhormat wanita tidak akan di benar keluar daripada rumah pun. Akan tetapi Kerajaan Barisan Nasional prihatin...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Celah, celah sedikit.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Maka sebab itulah hari ini lebih daripada 60% daripada penuntut yang ada di pusat-pusat pengajian tinggi adalah wanita. Saya hendak kata sekali lagi jangan ingat bahawa, “Oh! Ini tugas tanggungjawab kerajaan maka ia kena menentukan wanita ada tempat.” Dengan izin, it is not true at all. Tengoklah sahaja di banyak negara di dunia ini, di mana tahap pencapaian dan sumbangan wanita?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Terima kasih. Laluan.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Saya minta maaf saya hendak...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Tanya sedikitlah. Saya hendak sentuh sedikit sahaja. Sedikit sahaja. Jawablah.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Menteri tidak beri, Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Kita di sini bukan atas dasar 30% yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional. Kami di sini kerana...
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Minta maaf Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Boleh bangun kemudian nanti Yang Berhormat.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya lanjutkan?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: ...Kita prihatin dengan wanitawanita di Pakatan Rakyat maka kita ada ahli pembangkang wanita Pakatan Rakyat yang memenuhi 30% sedangkan Barisan Nasional tidak boleh buat lagi.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat..
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Menteri punya jawapan pathetic.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Jadi Yang Berhormat Menteri, jangan cakap Menteri bawa di sini. Itu satu tindakan misleading kepada Dewan ini kerana tidak benar...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Menteri tidak beri jalan lagi. Yang Berhormat boleh bangun kemudian nanti Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Kenapa Menteri tidak hendak beri laluan? Menteri, relakslah Menteri.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Yang Berhormat...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Janganlah emosi Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Yang Berhormat Kinabatangan tidak payah, duduk.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Menteri, your answer is pathetic lah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak ada. Tidak ada dalam dunia ini...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat. Semua duduklah Yang Berhormat. Ya, sila teruskan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Yang Berhormat daripada Kuala Langat pula mencadangkan supaya kementerian bersama-sama agensi yang berkaitan meminda akta yang berkaitan bagi melanjutkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari. Berkaitan perkara ini saya suka menjelaskan bahawa kementerian amat menyedari akan pentingnya kemudahan cuti bersalin kepada golongan wanita. Untuk menjaga kesihatan diri dan menggunakan masa berkualiti bersama bayi mereka. Kemudahan cuti bersalin adalah sebahagian daripada usaha mewujudkan suasana kerja yang mesra keluarga ke arah mencapai keseimbangan kerjaya dan keluarga.
Sungguhpun begitu lanjutan tempoh cuti bersalin dari 60 hari ke 90 hari juga mempunyai implikasi tertentu kepada banyak pihak. Sehubungan itu banyak aspek yang perlu diteliti dengan lebih lanjut dan mendalam. Sebelum cadangan perlanjutan cuti bersalin dikemukakan kepada kerajaan perkara-perkara seperti implikasi terhadap produktiviti negara yang melibatkan kedua sektor awam dan swasta kewangan dan perjawatan perlu diambil kira terlebih dahulu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Mencelah Tuan Yang di-Pertua sedikit mengenai 90 hari.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Saya nanti bagi juga Yang Berhormat, just bagi saya habis sekarang ini.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: 90 hari ya.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Walaupun tempoh cuti bersalin 90 hari belum dilanjutkan, kerajaan melaksanakan inisiatif melanjutkan cuti menjaga anak untuk kakitangan wanita sektor awam daripada 90 hari kepada had maksimum lima tahun berkuat kuasa mulai 3 September 2007. Untuk perkhidmatan awam bapa diberi cuti isteri bersalin selama tujuh hari.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua yang ini beri laluan ya? Alhamdulillah. Mengenai cuti 90 hari ini kita hendak tahu juga kedudukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sedangkan National Union of Bank Employees (NUBE) hendak mengangkat 90 hari. Akan tetapi oleh kerana dasar yang ada dalam kerajaan sekarang tidak membenarkan tidak termasuk dalam perlembagaan, maka NUBE kena menunggu, menunggu jawapan ataupun langkah yang diambil oleh kerajaan barulah NUBE dapat menjalankan melaksanakan tuntutan ini kepada semua majikan-majikan perbankan. Akan tetapi apa yang disebutkan Yang Berhormat Menteri tadi mengenai perkaraperkara
yang harus kita fikirkan tentang produktiviti dan sebagainya. Itu satu jawapan yang regresif. Selaku Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepatutnya kita sudah fikirkan sekiranya ramai wanita yang berkecimpung dalam dunia pekerjaan maka apakah sistem sokongan yang harus kita sediakan. Ini agar wanita boleh bekerja pada masa yang sama boleh menjaga keluarga mereka.
Jadi ini should be satu langkah progresif yang harus difikirkan. Bukan memikirkan bahawa kalau wanita bekerja dua bulan bercuti, 90 hari bercuti maka produktiviti itu jatuh. Itu tidak benar. Jadi ini yang harus kita fikirkan. Terima kasih.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berkongsi bersama dengan semua Ahli Yang Berhormat apa yang telah berlaku tentang isu cuti bersalin ini. Sebenarnya Yang Berhormat sebagai seorang wanita saya pun mahu cuti 90 hari ini menjadi kenyataan. Akan tetapi Yang Berhormat tiga tahun dahulu Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempelopori isu ini, di mana kita telah pun mengadakan bengkel-bengkel dengan pelbagai pihak. Ini termasuk dengan kumpulan-kumpulan NGO wanita, dengan izin Malaysian Federation of Employers dan semua serata masyarakat. Apa yang terkejutnya Yang Berhormat saya dapati bahawa ramai juga NGO dan juga wanita yang tidak menyokong untuk kerajaan meningkatkan hari bersalin. Saya sendiri bila dengar dengan telinga saya sendiri ada wanita yang rasa tidak puas hati kita di kementerian memperjuangkan hendak menambahkan isu hari bersalin. Bila saya tanya pada mereka kenapa pula you sebagai seorang wanita you tidak mahu sokong ini? Mereka kata pada saya mereka
takut nanti kalaulah dimandatorikan cuti bersalin ini mereka takut sebagai pekerja wanita, mereka tidak lagi menarik sebagai seorang pekerja...
Beberapa Ahli: [Bangun]
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: ...Wait, let me finish first, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Ini kata mereka kepada saya. Dia kata kenapa dia kata, sebab apa kita bekerja kita hendak menyumbang dan kita boleh handle 60 hari yang ada. Ini pun ada pendapat daripada ramai daripada anggota masyarakat. Sebab mereka takut dengan izin, they will be list out employment dan majikan tidak mahu nanti hendak ambil wanita sebagai tenaga pekerja. Akan tetapi bila kita jawab balik - saya sendiri kata, itu sebenarnya tidak benar sebab kita kementerian pun berpendapat bahawa masanya sudah tiba mesti ada pertukaran mind set semua pihak bukan hanya kerajaan. Perkhidmatan awam saya percaya kita minta ini mereka akan bagi tetapi yang saya bimbang sedikit adalah sektor swasta. Saya sendiri pun rasa bahawa mesti menyediakan persekitaran supaya ada dengan izin, mindset change. Di mana semua majikan mesti lihat situasi atau alam pekerjaan dengan kaca mata yang lain dengan izin, there has to be more family, friendly workplace.
Malangnya pada hari ini saya tengok bahawa tahap sikap yang ada tidak sampai ke situ. Jadi saya percaya bahawa dengan usaha sama kementerian, kerajaan - Ahli Yang Berhormat semua dalam masa terdekat kita bersama-sama boleh memperjuangkan. Ini supaya bukan hanya cuti bersalin tetapi misal kata macam tempat penyusuan untuk ibu dan lain-lain - taska, tadika, semua prasarana untuk persiapan supaya wanita boleh mudah bekerja dan menyumbang kepada negara akan menjadi kenyataan.
Saya mengaku bahawa pada masa ini saya sendiri pun tidak dengan izin, I am not happy. Saya tidak puas hati dengan keadaan yang ada pada hari ini. Akan tetapi ini menjadi satu cabaran kepada kita semua dan percaya kerajaan melalui kementerian kita di mana NGO wanita itu sendiri yang tidak mahu perkara ini berlaku. Kita mesti convince them dan membawa mereka bersama-sama dengan kita. Insya-Allah Yang Berhormat, yang 90 hari ataupun masa kita di kementerian dahulu - 84 hari kita hendak minta extra berminggu saya berdoa akan menjadi kenyataan.
-----------------------------------------------------
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Sebelum saya bercakap saya ingin merakamkan rasa kesedihan dan kekecewaan saya atas kejadian yang telah berlaku sehingga menyebabkan salah seorang Ahli Parlimen kita diminta keluar daripada Dewan kita pada hari ini tanpa withdrew respect kepada Tuan Yang di- Pertua. Merakamkan sahaja.
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan ibu tunggal. Sebenarnya ada lagi satu golongan dalam ibu tunggal iaitu ibu tinggal. Maknanya mereka ini masih ada suami dan tidak bercerai atau suami mereka tidak mati tetapi suami tidak berada dengan mereka misalnya isteri-isteri banduan terutama isteri-isteri tahanan ISA di mana mereka ini sering menjadi mangsa. Seperti mana yang kita tahu apa yang berlaku baru-baru ini, saya terlupa nama seorang kanakkanak berumur tiga tahun yang dibelasah sehingga maut, sehingga mati oleh boyfriend kepada ibunya yang merupakan ibu tinggal kerana suami atau bapa budak ini duduk dalam penjara. Jadi isu masyarakat seperti ini sudah banyak dan itu bukanlah satu kes yang pertama.
Saya ingin bertanya adakah kementerian mempunyai satu polisi untuk membantu dan membela isteri-isteri banduan? Ini kerana mereka tidak bersalah, anak-anak mereka tidak bersalah tetapi yang bersalah bapanya ataupun suaminya. Jadi mereka ini perlukan pembelaan sebab biasanya masalah mereka ini bukan sahaja dari segi kekurangan kewangan dan sebagainya tetapi menghadapi tekanan emosi dan psikologi kepada masyarakat juga.
Keduanya adalah isu tahanan ISA di mana pelajar-pelajar luar negara telah ditangkap baru-baru ini. Mereka ini bukan rakyat Malaysia. Setelah ditangkap dan Menteri Dalam Negeri ada dalam sini alhamdulillah, ditangkap dan mereka tiba-tiba dilepaskan dan deported, dengan izin. Dihantar pulang ke negara mereka meninggalkan isteri dan anak-anaknya di sini. Siapa yang bertanggungjawab ke atas mereka? Mereka ini tidak ada wang, tidak ada cukup finance untuk balik ke negara mereka. Mereka terlonta-lonta. Mereka datang ke sini dengan visa suami. Jadi siapa yang bertanggungjawab? Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri ataupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Adakah sepatutnya mereka ini memang dapat pembelaan kerana mereka ini tidak bersalah? Suami mereka pun ditangkap tanpa bicara. Jadi saya ingin bertanya apakah pendirian kementerian dalam isu ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya bagi menjawab Yang Berhormat Batang Sadong. Saya hendak maklumkan bahawa kita di kementerian sekarang kita akan ada satu peningkatan dengan cara kita membantu kumpulan sasar termasuklah ibu tunggal.
Pertamanya, saya hendak rangkumkan kedua-dua ya. Kita akan beri perhatian sekarang bukan hanya kepada ibu tunggal tetapi wanita yang menjadi ketua isi rumah. Ini sebab seperti manaYang Berhormat Titiwangsa kata kadangkala walaupun dia bukan ibu tunggal tetapi dia ketua isi rumah. Saya sudah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat mengawasi kes-kes seperti itu sama ada dia banduan atau dalam keadaan lain yang memerlukan bantuan memang saya setuju dengan Yang Berhormat.
Kalau suami itu yang menjadi banduan dia masuk dalam jel kenapa pula isteri dan anak-anaknya yang mesti diseksa. Itu tidak adil. Jadi saya meminta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kita membuat kerja-kerja kebajikan, kita kena bantu kumpulan sasar. Insya-Allah saya dimaklumkan bahawa beberapa kes di mana suami menjadi banduan, kita sudah pun melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mereka. Jadi kalau Yang Berhormat tahu ada kes-kes sama ada ISA atau mana-mana pun sila rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tindakan akan diambil. Untuk...
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Minta maaf. Ini akan jadi satu polisi, satu dasar kepada kementerian?
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Itu sebagai arahan daripada Menteri bahawa kalau ada kes-kes seperti itu sebab apa kemiskinan dan juga kes-kes seperti ini kita tidak kira siapa jua yang merujuk. Kalau ada rujukan insya-Allah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan turun ke padang secepat mungkin membantu. Saya sendiri pun rasa sebagai seorang wanita apabila saya dengar dan dapat tahu akan kes-kes seperti ini saya pun risau dan memang saya pun geram dan sakit hati kenapa seorang wanita itu dan anak-anak mesti menanggung risiko kerana perbuatan seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Jadi insya-Allah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu.
------------------------------------------------------------
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Menteri saya hendak sambung sedikit sahaja daripada itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab sekarang ini kementerian sedang dalam penggubalan dasar program keluarga saya dengar tadi ya? Jadi saya ingin meminta supaya ia dimasukkan kalau boleh ke dalam kurikulum pelajaran sekolah ataupun universiti dan sebagainya iaitu di mana seperti kata Yang Berhormat Kota Raja apabila adanya seorang bayi dibuang, di situ yang bertanggungjawabnya adalah dua insan iaitu seorang lelaki dan juga seorang wanita. Pernah tidak kita agaknya sebagai ibu bapa, sebagai guru, sebagai ustaz, sebagai ulama, sebagai ketua-ketua agama menasihatkan kepada remaja-remaja lelaki misalnya, bahawa apabila dia telah baligh maka dia bertanggungjawab atas diri dia sendiri. Kalau dalam Islam kena jaga pandangan, tundukkan pandangan, jaga kemaluan dan kena ingatkan kepada dia.
Sebagai seorang doktor saya tidak malu menyebut benda ini bahawa setiap benih yang dia taburkan itu kalau sekiranya menjadi manusia, maka dia bertanggungjawab dunia dan akhirat. Jadi perkara ini kita kena sebutkan supaya remaja-remaja lelaki ini sedar bahawa dia boleh buat tidak tahu kepada teman wanita yang telah mengandung misalnya, tetapi apabila bayi itu dibuang dan disia-siakan maka dia sebenarnya bertanggungjawab di situ. Jadi maksudnya dalam kurikulum itu, mesti ada unsur-unsur seperti ini bukanlah sahaja kepada pihak wanita tetapi pihak kepada lelaki. Terima kasih.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya - mungkin kita bila kita cakap tentang isu bayi ini, kita wanita ini tidak kira di mana sahaja, kita mempunyai perasaan yang sama. Saya hendak berkongsi pengalaman kami di kementerian, sebenarnya untuk isu pembuangan bayi ini, kita di kementerian, kita macam hendak tarik rambut daripada tepung. Kita boleh hendak hentak betul-betul dan misal kata hendak tentukan kita tangkap ibu itu dan persoalannya apa akan jadi kepada beliau, mungkin kebanyakan daripada ibu ini muda.
Soalannya adakah kita beri peluang kedua kepada remaja ini, dia sudah buat salah sudah, dihukum tetapi kalau dihukum adakah hukuman itu memberi peluang kedua untuk rehabilitasi, pertama. Keduanya pula, di mana bapa-bapa ghaib ini, saya tengok tiap-tiap kes tidak siapa pun tanya mana bapak ghaib itu? Mai kot mana anak yang wanita itu boleh melahirkan anak, betul tidak? Jadi saya tanya macam mana ini kalau ada isu seperti ini, wanita sahaja yang dipersalahkan.
Saya tidak kata wanita tidak salah tetapi saya hendak tanya mana dia bapak-bapak ghaib ini pun. Memang betul apa yang Ahli-ahli Yang Berhormat kata, ini menjadi cabaran kepada kita semua. Saya harap keadaan akan bertambah baik dengan kerjasama yang ada. Yang Berhormat saya hendak baca dan hendak sambung sebab apa, banyak soalan yang ditanya itu ada di dalam jawapan saya. Saya hendak cakap sikit tentang perundangan yang ada, okeylah kita bagi chance sekali kepada Yang Berhormat Padang Besar, selepas itu saya hendak sambung semula.
Hansard Parlimen 1 April 2010