Tuesday 25 September 2007


Vincent menjadi Muslim dengan nama Iskandar, Takbir, Allahu Akbar

Menunggu waktu Maghrib untuk berbuka puasa dlm Majlis Iftar LKKPP dgn penyanyi2 Rock.

Pelancaran Bulan Kebajikan PAS Kwsn Serdang.

Thursday 20 September 2007



Aktiviti-aktiviti terkini:
Pelancaran Bulan Kebajikan PAS Pulau Pinang



Sebagai tetamu di Makan Malam Pelancaran DANA KOMPLEKS PENDIDIKAN TITIWANGSA pada 24 Mac 07
Pelancaran PAS For All di JRL oleh Us Nasa dibawah anjuran Ljnh Perpaduan Nasional.
Lambang PAS for all
Tarian singa
Beberapa aktiviti terkini saya:






Us Mujahid sbg Pengerusi LPN, Us Nasa TP sbg perasmi, Roslan SMS sbg MC.
BINATANG BERTOPENG MANUSIA 7 Ramadhan 1428H 19 Sept 2007 Hari ini pagi-pagi lagi saya mencari akhbar. Tujuan untuk mengikuti berita kanak-kanak dibunuh. Semalam saya tidak sempat langsung melihat media cetak, maklum sahaja Ramadhan, hendak fokus khatam Quran. Namun berita keganasan jenayah terhadap seorang anak perempuan kecil menyebabkan saya rasa terpanggil. Memang terkedu, sebak terlalu sebak diikuti dengan rasa marah yang amat sangat melihat wajah tidak bernyawa anak perempuan yang tidak berdosa tersebut. Apa kata-kata yang paling sesuai selain dari mengatakan ini kerja iblis yang paling laknat, binatang pun tidak sehina dan sezalim itu. Binatang melepaskan nafsunya hanya kepada pasangannya yang sudah matang (baligh). Tetapi binatang bertopeng manusia ini memang sengaja memilih budak untuk dikerjakan, diseksa dan diperlakukan tanpa sekelumit pun belas kasihan. Ngeri saya memikirkan bagaimana budak ini 'disula' sehingga tembus ususnya. Astaghfirullah....ngeri memikirkan kesengsaraan dan penderitaan anak kecil ini sebelum nyawanya putus. Sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia. Saya masih ingat beberapa tahun lalu seorang budak perempuan juga dibunuh dan diperlakukan sedemikian kejam. Saya masih ingat lagi budak perempuan yang berbasikal kekedai dirogol oleh Jaga yang tidak boleh kawal dan jaga nafsu gilanya.Saya masih ingat bagaimana seorang 'monster' yang mabuk balik kerumahnya lalu mengopak dinding kayu rumahnya yang terletak disebelah bilik tidur anak perempuan jiran lalu merogol kemudian tertidor dalam keadaan menindih anak malang itu sehingga tidak boleh bernafas dan mati disitu juga. Saya masih ingat lagi bagaimana jurutera muda yang dirogol dan diliwat oleh pemandu bas yang juga seekor lagi binatang yang bernamakan nama manusia, dikatakan juga diperlakukan secara buas. Kita semua tentu masih ingat Canny Ong yang dilarikan dari tempat letak kereta, dirogol lalu dibakar. Tentu tidak mampu kita kongsi perasaan kesedihan dan amarah ibu-bapa yang satu-satu anaknya didunia dirogol dan dibunuh dalam perjalanan kesekolah, semasa berbasikal balik sekolah, dalam perjalanan pergi mengaji, dan baaanyak lagi. Statistik kejadian rogol naik mendadak iaitu kenaikan lebih 60%. Dari bilangan 3-4 orang sehari, meningkat kepada 6-7 orang sehari dalam 2-3tahun ini. Dahsyat dan menggerunkan. Apa sudah jadi?? Negara kita dihuni perogol kejam, perogol ganas, perogol gila. Apa pihak berkuasa buat? Apa tindakan pihak polis? Jangan setakat garang dengan orang ramai yang hendak mendengar ceramah, jangan setakat jaguh menembak orang yang tidak bersenjata. Kenapa perogol kucing yang menculik dan merogol budak-budak di Kg Baru masih belum ditangkap ? Adakah ini orang yang sama , yang telah meningkatkan modus operandimya kerana tidak terhidukan oleh polis. Pelbagai persoalan bermain-main dalam minda kita. Selamatkah kita untuk ketempat kerja, selamatkah anak-anak kesekolah, selamatkah kita atau anak kita kekedai ke pasar malam. Malah selamatkah kita dalam lingkungan rumah kita sendiri ?? Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara kata tidak selamat. "Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur ini". Kini bukan sahajan berjalan-jalan diluar tidak selamat Tun, tetapi rumah Tun yang sentiasa dikawal boleh dicerobohi baru-baru ini !! Selamatkah kita ? Memang kita sudah hilang rasa aman dan selamat di negara sendiri. Dikatakan negara kita Malaysia aman, tiada perang tetapi nyawa lelaki, nyawa kanak-kanak dan wanita seolah-olah murah sebab setiap hari ada saja kes bunuh, kes rogol dan bunuh. Malah pelawat dari luar negara pun tidak selamat. Bukan sahaja dibunuh malah diletupkan dengan peledak, dan yang sedang dibicarakan dalam kes ini orang yang paling rapat dengan pemimpin negara dan polis lagi...Bukan sebarang polis tetapi polis dari unit tindakan khas yang menjadi pengiring PM dan TPM. Apa lagi yang tinggal untuk jadi pilihan rakyat Malaysia . Bukan sahaja tidak boleh harap pagar, bukan sahaja pagar makan padi, sawah padi pun hancur dikerjakan.. Saya dan semua orang-orang yang beriman dengan janji Allah yakin dan sangat yakin bahawa yang boleh menyelesaikan kekusutan yang sangat kronik ini adalah dengan mengguna-pakai undang-undang Allah, 'Jurutera' Yang Mencipta alam ini dan Yang Maha Mengetahui segala-segala tentang makhluk ciptaanNya. Tapi ramai yang tidak yakin termasuk orang Islam, termasuk pemimpin Islam. Saya ingat lagi seorang Timbalan Menteri semasa berforum dengan saya mengeluarkan kata-kata, ”ingat dengan Quran aje selesai masalah”. Itulah tahap keyakinan yang ada pada Islam, sebab itulah perlu ditambah dengan hadhari. Walau bagaimana pun sebagai manusia yang daif kita wajib berusaha terus sementara bekerja keras meletakkan hukum Allah ditempatNya. Berikut 'Tip-tip untuk mengelakkan kejadian rogol' yang pernah saya siarkan dalam Harakahdaily beberapa bulan yang lalu. ‘TIPS’ UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL Terhadap Kanak-kanak: 1- Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati-hati. 2- Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika / Sekolah. 3- Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air. 4- Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku keatasnya. 5- Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini takut nanti kita menyesal. 6- Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah. 7- Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong. 8- Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut. 9- Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2 10- Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah” Disediakan oleh DEWAN MUSLIMAT PAS TITIWANGSA Hubungi kami 0192852723, 0176080832, 0133904807