Thursday 17 February 2011

YB Dr Lo'Lo' sampaikan Sumbangan Mesra Usia Emas

YB Dr Lo'Lo' menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas ( SMUE ) RM 1,000.00 kpd keluarga arwah En Abu Hassan yang di terima oleh Isteri Arwah sambil ditemani oleh anak lelaki mereka.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Majlis Penerangan & Dialog Akta Rang Undang2 Perbadanan Pemnangunan Kg Baru ( Jalan raja Ali & Lorong Raja Alang )

























Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Saturday 12 February 2011

Saya sokong TGNA 100%.Mmg pahit menyatakn kebenaran,tp itulah realitinya.Mohon ampun mohon maaf kpd sume org Kelantan terlebih dahulu.

Nak cite baru2 ni ada shbt baik saya anak lelaki dia kena tukar kerja ke Kelantan.Saya kata Alhmdlh,insyaAllah dpt menantu org Klntn."Oh no..no..no..I tak mau org Klntn".Sy trkejut&tanya nape.(Minta maaf lg skali) "Org Klntn pengotor".sy kata,tak sume camtu.Shbt sy tu kata,"mostly that I know".Sbb tu sy minta maaf brkali2 sbb mmg sakit telinga dgr.Sy pn sakit,ni kan pula org Klntn.Tp itulah persepsi org luar.

Sdh smpai masanya org Klntn mlakukn 'revolusi' besar2an.'Tumbangkn kekotoran Tegakkn kebersihan'.Saranan TGNA agar kurangkn blanja utk perayaan2 tp sumbangkn sebhg utk Baiki tandas, gotong royong bersihkn tandas, dana utk gaji cleaner paling tidak pn 2x semggu. Malah ada satu msjd dkt PUTIK,tpt wuduk pn kotor sekotor2nya.Bkn shj diapers anak dtinggalkn,pad org pompuan pn brgolek dlm longkang,dinding tpt wuduk berlumut+berdaki.Minta maaf lg skali,sy trus termuntah n lari kluar.Tak brani nk jenguk tandas.Kami lari cari masjid lain.

Sbenarnya nk jaga kebersihan tdk perlu byk blanja.Yg paling penting kesedaran.Sy sblum ni bermusafir bawa berus jamban,pencuci tandas+clorox.Sampai ke Mekah pn sy bawa juga.Prkr pertama sy lakukn dmana2 pn sy mnginap adalah pastikn tandas bersih.Sy teringat ada 1 kluarga mmg scara sengaja hjg mggu mrk brjln/brmusafir utk jd 'dirty toilet booster'.Mmg mrk cuci tandas2 masjid yg kotor.Kalu ramai yg bgini terutama jiran2 msjd maka tandas2 msjd akn brsih.Ni kerja kotor tp sy yakin ganjaran lumayan sbb yg mlakuknnya pasti xde kepentingn.Sape nk bg pingat kpd sukarelawan cuci tandas.

Ayoh Kelantan, kita jadikn tahun ini Tahun Tandas Bersih.patutnya tema maulidurrasul ialah: Kebersihan bukti Keimanan.Sekali lg sy susun jari sepuluh mohon ampun maaf dr semua terutama org Kelantan!



'Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.

Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid, kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.

"Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid agar menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung.

Beliau turut meminta umat Islam menjimatkan peruntukan untuk sambutan seperti Maulidur Rasul dan menyumbangkan sebahagian daripadanya ke masjid bagi tujuan penyelenggaraan tandas.

"Masalahnya sekarang tiada peruntukan khusus untuk membayar gaji kakitangan untuk menjaga kebersihan tandas di masjid, menyebabkan masalah kekotoran tandas masjid tidak dapat diatasi sejak sekian lama," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya berhubung tahap kesedaran masyarakat Kelantan yang masih rendah dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka.

Friday 11 February 2011

Soalan-soalan Parlimen Sesi Pertama, Tahun ke-4, Penggal Ke-12 (7 Mac - 4 April 2011)

Soalan Lisan

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan agenda dan objektif penubuhan Jabatan F.L.O.M. di Jabatan Perdana Menteri (JPM), siapakah yang memberi idea untuk menubuhkan jabatan tersebut, dari manakah bajet yang diperuntukkan, diketuai oleh siapa serta jawatan dibawahnya serta mengapakah maklumat tentang F.L.O.M. telah dibuang daripada laman sesawang JPM.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan siapakah kontraktor yang diberi tender menaiktaraf Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur sebanyak RM20juta seperti yang telah diumumkan peruntukannya oleh Perdana Menteri serta syarikat mana pula yang menjadi arkitek & perunding projek tersebut dan adakah tender terbuka telah dibuat, jika ya bilakah tarikh tersebut.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah boleh ditetapkan waktu kerja untuk doktor atas panggilan tidak melebihi 30 jam iaitu dari 7.00 pagi hingga 7.00 pagi serta 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari esoknya dan ini hendaklah diselaras di seluruh negara serta dilaksanakan di semua jabatan dan hospital.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah sehingga kini Keramat Mall masih tidak beroperasi serta berapa lama lagi masa diperlukan untuk terus melayan kerenah bakal-bakal penyewa dan persatuan peniaga yang terlibat dan berapakah kos penyelenggaraan bulanan sejak Keramat Mall siap sehingga kini.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak kementerian menyiasat laporan dan kenyataan Migrant Care tentang seorang Menteri merogol amah dan adakah kementerian menyedari NGO ini masih mempertahankan laporan tersebut.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah sekolah menengah agama atau sekolah tahfiz akan dibina di Putrajaya dan kawasan Parlimen lain di Kuala Lumpur memandangkan sekolah-sekolah tersebut sangat berkurangan.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah polisi kerajaan dalam membantu golongan yang tak berkemampuan dan golongan peneroka bandar untuk memiliki rumah sendiri serta apakah status pemilikan pembelian rumah-rumah PPR oleh penduduk-penduduk PPR dan berapa ramai yg memohon, berapa yang diluluskan, dan apakah permasalahan kepada yang gagal ditolak permohonan mereka.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah benar hospital-hospital kerajaan mengalami kekurangan jururawat yang kritikal kerana banyak yang berhijrah ke hospital swasta atau ke luar negara serta berapa peratus dari bilangan jururawat yang telah meletak jawatan untuk berhijrah setiap tahun sejak 10 tahun lalu.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rasionalnya dilaksanakan Klinik 1Malaysia serta berapa kos membina klinik ini, berapa buah telah dilaksanakan, syarikat mana yang mendapat kontrak mengubahsuai dan menyediakan kelengkapan, berapa tenaga kerja dikerah di kesemua klinik ini dan adakah ia tidak menjejaskan klinik-klinik swasta berhampirannya.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah penafian royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan 1Malaysia hanya mainan slogan kosong yang bazirkan kewangan kerajaan.

Soalan Bertulis

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah benar syarikat Amanah Raya Nominees Sdn. Bhd. dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai pelaburan di dalam syarikat Magnum Corporation Sdn. Bhd.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pernahkah kerajaan mengkaji berapakah jumlah  cukai yang dikutip hasil dari duti rokok berbanding keseluruhan jumlah kos perubatan dan kos penguatkuasaan undang-undang, kos kempen anti merokok dan kos-kos lain.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menjelaskan tindakan susulan yang dibuat ke atas tanah kosong (zero ground) bekas flat yang telah dirobohkan dan juga kawasan flat-flat  Jalan Pekeliling berhampiran Bulatan Jalan Pahang yang masih belum  diroboh tetapi telah lama dikosongkan.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah tahap keselamatan pelantar minyak di Malaysia di peringkat yang benar-benar selamat dan dapat mengelakkan kejadian tumpahan minyak seperti yang berlaku di Gulf Coast, Amerika.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar di dalam Akta Pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya calon yang bertanding sahaja yang dilarang “membeli undi” daripada pengundi.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'