Friday, 26 November 2010

Alhamdulillah, kebangkitan anak-anak Kg Baru menyedarkan Nong Chik

Putrajaya setuju temui pemilik Kg Baru sebelum bentang akta baru


Oleh Syed Mu’az Syed PutraNovember 25, 2010



Raja Nong Chik berkata rang undang-undang tersebut akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat semasa. — gambar failKUALA LUMPUR, 25 Nov — Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru berkata pihaknya dimaklumkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan dibentangkan terlebih dahulu kepada pemilik dan pewaris tanah kawasan itu dalam masa terdekat sebelum dibawa ke Parlimen bulan depan.



Menurut Setiausaha Agung MAS Shamsuri Suradi, pihaknya telah dipanggil Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar minggu lalu bagi membincangkan mengenai rang undang-undang itu.



Dalam pertemuan itu, Shamsuri berkata pihak kementerian telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan pemilik dan pewaris tanah bagi memaklumkan butiran rang undang-undang tersebut sebelum dibentangkan Parlimen.



“Kita sebelum ini telah dipanggil oleh pihak kementerian dan dalam pertemuan itu, kita minta supaya rang undang-undang itu dibentangkan dulu kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen.



“Jadi, kementerian bersetuju dengan permohonan kita, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.



“Pihak MAS akan membantu menjayakan pertemuan itu dan kita sedang menguruskan lokasi pertemuan itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.



Kelmarin, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Putrajaya membentangkan rang undang-undang tersebut kepada pemilik dan pewaris tanah sebelum dibawa ke Parlimen.



Beliau berkata, rang undang-undang tersebut tidak boleh dibentangkan di Parlimen tanpa mendapat persetujuan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru terlebih dahulu.



Justeru, beliau mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memaklumkan butiran kepada penduduk sebelum dibahaskan di Parlimen, di mana perbadanan itu dijangka mula beroperasi tahun depan.



“Saya nak tanya kepada beliau (Raja Nong Chik) kenapa takut sangat nak bentangkan rang undang-undang (Perbadanan Pembangunan Kampung Baru) ini kepada penduduk di Kampung Baru?



“Apa yang hendak disembunyikan sehingga tidak mahu bentangkan kepada penduduk dulu?” kata beliau.



Shamsuri berkata, pertemuan itu akan melibatkan kesemua tujuh kampung di Kampung Baru.



“Pihak kementerian itu juga akan bentangkan rang undang-undang itu kepada kesemua penduduk tujuh kampung di Kampung Baru.



“Kita tidak tahu apa yang penduduk akan katakan dalam pertemuan itu, tapi apa-apa keputusan pun ia mesti mendapat respon daripada penduduk terlebih dahulu.



“Pemimpin perlu datang jumpa penduduk untuk mendapatkan persetujuan, jadi bila kementerian bersetuju ia adalah satu perkara yang baik,” katanya.



Tambahnya, MAS akan bertindak telus dalam perkara itu dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.



“Mungkin ada yang tidak setuju dengan rang undang-undang itu, mungkin ada yang mahu memberikan cadangan lain. Ia bergantung apa yang akan dibentangkan nanti kerana kita tidak boleh jamin 100 peratus yang akan bersetuju.



“Pendirian MAS dalam perkara ini adalah kita tidak akan menyebelahi mana-mana pihak, mana yang terbaik untuk rakyat kita akan terima. Kita bukan prokerajaan atau antikerajaan,” katanya.



Raja Nong Chik sebelum ini berkata, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat semasa.



Beliau berkata draf rang undang-undang itu telah diserah kepada kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi sebelum dibentangkan.



Raja Nong Chik berkata, antara intipati draf ialah perbadanan itu dijadikan badan pengawal dan penyelaras terhadap pembanguan Kampung Baru dan ia akan beroperasi tahun depan.



“Perbadanan berfungsi untuk mempertahankan ciri-ciri Melayu termasuk penglibatan pemilik dan pewaris dalam peringkat lembaga pengarah dan lembaga penasihat,” katanya.



Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar. Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 orang.



Isu Kampung Baru telah berlarutan sejak beberapa lama apabila kerajaan Umno Barisan Nasional, Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor serta beberapa pihak swasta masih tidak mendapat persetujuan mengenai corak pembangunan dengan pemilik dan penduduk penempatan Melayu terbesar di Kuala Lumpur ini.



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Wednesday, 24 November 2010

Sumbangan Daging Korban & Sumbangan Skim Mesra Usia Emas Ke 2 Peringkat Parlimen Titiwangsa

Pada 20/11/2010 Pejabat  Ahli Parlimen Titiwangsa dgn kerjasama Yayasan Prihatin Titiwangsa telah menganjurkan program Majlis sambutan Aidil Adha; Sumbangan Skim Mesra Usia Emas Peringkat Parlimen Titiwangsa di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa . Lebih 300 Kilo daging Korban diagihkan kepada orang ramai . Antara jemputan yang hadir terdiri dari Pesuruhjaya PAS Wilayah Tuan Haji Mohd Nor Muhammad , YDP PAS Titiwangsa Ust Abdullah Wahab , Pegawai Kewangan Pejabat Daerah Hulu Langat En Rafie dan En Kamsani Nasir Ketua Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd . Untuk Sumbangan Skim Mesra Usia Emas Seramai 40 orang penerima sumbangan untuk skim tersebut yang disampaikan oleh YB Dr Lo'Lo' sendiri manakala untuk daging korban Pesuruhjaya PAS Wilayah Tuan Haji Mohd Nor turut serta menyampaikan sumbangan tersebut.

 Ucapan dari Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohd Nor Muhammad


Penerima kaum India
Penerima Kaum Cina.





Bergambar bersama2 penerima Sumbangan Skim Mesra Usia Emas Ke 2. Setiap Penerima menerima RM 1,500.00 bayaran baki daripada bayaran sejumlah RM 2,500.00



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Apa nak disembunyikan pada penduduk Kg Baru

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan cadangan Rang Undang-Undang Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru kepada penduduk terlebih dahulu sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.


Mahfuz berkata, selagi cadangan rang undang-undang itu tidak mendapat persetujuan penduduk Kampung Baru, Nong Chik tidak berhak membentangkannya di Parlimen.



“Saya nak tanya kerajaan khususnya Datuk Raja Nong Chik, apa yang nak takut sangat nak bentang cadangan rang undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ini kepada penduduk-penduduk? Apa yang nak disembunyikan daripada penduduk-penduduk?



“Selagi mana pandangan daripada penduruk Kampung Baru tidak diterima, selagi itu mereka tidak berhak untuk bentang satu rang undang-undang baru mengenai Kampung Baru. Ini bukan tanah mak bapak dia,” kata beliau ketika berucap di majlis ceramah umum Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru - Rampasan atau Pembelaan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.



Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menegaskan, ahli ParlimenPakatan Rakyat tetap berpendirian menolak rang undang-undang itu selagi kerajaan berkeras tidak mahu menerima pandangan penduduk.



“Komitmen kami sebagai ahli Parlimen Pakatan Rakyat, kami akan tolak rang undang-undang ini kecuali kalau penduduk Kampung Baru bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan, dan kerajaan bersedia mengubah syarat-syarat mengikut permintaan mereka,” katanya.



Turut berucap di majlis yang dihadiri lebih 200 penduduk itu ialah ahli Parlimen Batu, Tian Chua, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan peguam, Hanipa Maidin.



Tian Chua dalam ucapannya berkata, Kerajaan Persekutuan telah menafikan hak Kerajaan Selangor terhadap Kampung Baru sedangkan tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur.



“Tidak wajar Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Selangor untuk ambil tahu hal Kampung Baru.



“Kerajaan memang buta sejarah, buta undang-undang dan yang mereka nampak hanya wang tanpa memikirkan untuk mempertahankan Kampung Tradisi Melayu.



“Isu kampung Baru ini bukan isu penduduk sahaja, bukan isu orang Melayu, tapi isu nasional yang berpunca daripada Umno, parti orang Melayu yang ingin meminggirkan orang Melayu sendiri,” katanya yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Sementara itu, Nurul Izzah mendakwa, usaha membangunkan semula Kampung Baru itu menunjukkan kegagalan dasar kerajaan yang memberi kesan kepada ekonomi penduduk kawasan itu.



“Isu pembangunan semula Kampung Baru ini timbul adalah berpunca daripada kegagalan Kampung Baru dari segi ekonomi bangsa kerana dasar-dasar kerajaan sebelumnya.



“Kalau kita lihat di sekeliling Kampung Baru, adanya bangunan pencakar langit tapi di tengah-tengahnya masih terdapat kawasan yang tidak dibangunkan dalam erti kata yang sebenar.



“Ini juga berpunca daripada ketidaktelusan kerajaan dalam menguruskan tanah rezab Orang Melayu, sebaliknya hanya meahu membangunkannya kerana memikirkan keuntungan,” katanya.



Hanipa Maidin pula mempersoal tindakan kerajaan ingin mengawal selia Kampung Baru sedangkan mereka sendiri tidak bersedia untuk dikawal selia.



Katanya, tidak ada satu jaminan bahawa kerajaan akan telus dalam memastikan perbadanan Kampung Baru digunakan untuk kepentingan penduduk semata-mata.



“Penduduk Kampung Baru menentang Perbadanan Kampung Baru bukan menentang pembangunan tapi apa yang kita khuatir adalah sejarah yang dibuktikan Barisan Nasional yang berjanji kepada rakyat tetapi selalunya janji yang bohong.



“Sebab Menteri Wilayah mengatakan perbadanan ini untuk kawal selia Kampung Baru tapi persoalannya siapa pula yang nak kawal selia kerajaan?



“Kalau perbadanan ini lari dari hasrat, apa kita nak buat sedangkan kerajaan selalu menutup pintu untuk kita membawa perkara sebegini ke mahkamah,” katanya.



Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru dijangka dibentangkan di Parlimen pada bulan hadapan setelah Kabinet bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan semula Kampung Baru secara komprehensif.











Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday, 22 November 2010

YB Dr Lo'Lo' agihkan 25 ekor lembu sekitar Parlimen Titiwangsa

 Sedang melihat lembu-lembu yang akan diagihkan sekitar Parlimen Titiwangsa
 Mejar ( B ) Ust Abdullah Wahab sedang menyampaikan Sumbangan bagi pihak YB Dr Lo'Lo'


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday, 15 November 2010

PAS perlu ubah pendekatan

Hazayani Zakaria





SHAH ALAM, 14 Nov: PAS 'baru' dengan pembaharuan dari segi pendekatan tanpa mengubah dasar, amat diperlukan untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU), kata penganalisis politik, Ghazali Mayudin.

Bercakap dalam forum "PAS Sedia Ganti Umno: Harapan dan Cabaran" di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) petang semalam, beliau berkata, senario politik hari ini, hanya PAS baru boleh menggantikan Umno.

"PAS tidak boleh ganti Umno dalam kerangka yang lama.Berdasarkan senario politik semasa, PAS baru dengan pendekatan yang baru, kaedah yang baru mungkin boleh. Tapi PAS yang sedia ada agar sukar untuk menggantikan Umno," katanya.

Beliau juga berkata, PAS harus bersedia berubah mengikut kehendak masyarakat tanpa perlu mengubah dasar Islam yang diperjuangkan.

Perubahan tersebut juga perlu menyeluruh, bukan bersifat cebisan sahaja.

"PAS mesti berubah mengikut perubahan-perubahan dan kehendak-kehendak dalam masyarakat supaya diterima umum. Bila kita katakan PAS ganti Umno bermakna kita nak masyarakat Melayu menerima PAS untuk menggantikan Umno.

"Perubahan keadaan bukan bersifat cebisan tapi menyeluruh. Dari segi keahlian juga harus berubah. Bukan sahaja ahli PAS setakat dengar ceramah tetapi haruslah bergerak ke lapangan masyarakat, baru boleh berlaku satu transformasi.

Tambahnya, bagi memastikan PAS diminati, bukan dibenci, parti itu harus tahu menggunakan isu yang relevan mengikut perkembangan dalam masyarakat

"Perubahan yang harus dilakukan ialah dari segi cara kepimpinan, cara memerintah negeri, dan dasar-dasar yang ditekankan.

"Sekarang ini orang menekankan hak asasi, kebebasan, ketelusan dan sebagainya. Jadi agak asing kalau PAS masih memperjuangkan isu-isu yang mengguris dan menyebabkan orang lari daripada PAS," katanya lagi.

Sudah ada perubahan

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Shaharudin Badarudin dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wadah, PAS sudah mengalami proses perubahan yang besar sejak lima tahun kebelakangan ini.

"Dalam empat, lima tahun ini PAS berubah begitu besar. PAS sudah mengalami perubahan itu terutamanya sejak tahun 2001, banyak pembaharuan yang dikemukakan.

"Contohnya isu muslimat boleh bertanding. Walaupun pada mulanya memang dibenarkan dan kemudiannya tidak dibenarkan, ia dibenarkan kembali pada 2003. Begitu juga dengan penubuhan kelab dan seterusnya Dewan Himpunan Penyokong PAS, tahaluf siasi iaitu pakatan dengan DAP dan NGO sudah mencirikan PAS baru.

Menurutnya juga, PAS telah menunjukkan kelebihan apabila boleh bergerak kerja tanpa mendominasi Pakatan Rakyat, seperti Umno mendominasi barisan Nasional.

"Kelebihan PAS ialah PAS boleh bekerja dalam keadaan tidak mendominasi parti. Dalam tidak dominan itu PAS mampu melakukan perundingan dan sebagainya dengan DAP dan PKR, apatah lagi jika PAS mendominasi Pakatan, sudah tentu banyak kejayaan yang boleh dicapai," katanya.

Forum dua jam itu dipengerusikan oleh ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat dalam seminar "PAS ganti Umno" anjuran lajnah penerangan dan dakwah PAS Pusat.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Thursday, 4 November 2010

Litar Pintas sebabkan kebakaran Di Pejabat Agong Pas Jalan Raja Laut

Pemandangan dari depan Pejabat PAS Pusat

Staff Pejabat berkumpul diluar pejabat


Masih bertelekung untuk Solat Dhuha semasa kebakaran berlaku

 Pegawai Bomba Jln Chow Kit sedang melawat gerai muslimat
Sekuriti Pejabat Agong PAS Sdr Meor sedang diambil keterangan oleh Pegawai Penyiasat Bomba

Kakitangan PAS Pusat berkumpul diluar pejabat

kesan kebakaran di tingkat 1


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'