Monday, 25 August 2008
Tuesday, 19 August 2008
Friday, 8 August 2008
Perbincangan dengan Pewaris dan Pemilik Tanah Kg. Baru
Oleh: YB Dr. Lo’lo’ binti Dato’ hj. Mohamad Ghazali
Pada 3 Ogos 2008 yang lalu satu sejarah telah tercipta dimana hampir 300 orang Pewaris dan Pemilik Tanah Kg. Baru telah hadir, mendengar dan berkongsi pendapat serta pandangan bersama-sama YAB Tan Sri Dato Abd Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor tentang hala-tuju pembangunan Kg Baru khususnya Deraf Kg Baru 2020 . Perjumpaan tersebut adalah anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa yang diadakan di tanah Selangor iaitu di Kelab Sultan Sulaiman dimana turut melibatkan Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain b Mohd Yusof, Ir Tuan haji Mohd Nor mewakili panel perunding PKWR dan anak Kg Baru serta Peguam Zamri b As’ad Kuzaimi.Idea untuk membawa turun YAB tercetus setelah dimaklumkan bahawa enakmen tanah MAS (Malay Agriculture Settlement) di Kg baru masih berkuat-kuasa kerana tidak pernah dimansuhkan meskipun Kg Baru telah diserahkan kepada WP pada 1974 dan berada dibawah ‘Federal Territorial Planning Act’. Apatah lagi mengikut enakmen tersebut MB Selangor selayaknya menjadi Yang Di Pertua MAS. Uniknya tanah MAS ini kerana dijamin hak miliknya kepada orang Melayu selama-lamanya malah dalam enakmen tersebut termaktub peraturan yang melarang kaum lain dari orang Melayu memiliki tanah disini malah melarang dari bermalam di tanah Kg Baru.
Tambahan pula ‘mood’ pemilik dan pewaris yang mencurigai orng luar yang didapati cuba untuk membangunkan KgBaru lalu mengenepikan pandangan, kehendak dan sensitiviti malah mungkin akan mengambil tanah-tanah mereka. Pengalaman lalu mengajar mereka lebih berhati-hati dan kurang mempercayai pihak2 yang dirasakan ada kepentingan sampingan terutama melaba keuntungan. Paling membimbangkan pemilikan mereka akan terhakis, pampasan tidak seberapa yang ada hanyalah sekeping sijil saham yang entah laku entah tidak 10-15 tahun akan datang. Angka 20:80 yang diumumkan oleh Gabem menyemarakkan lagi kecurigaan mereka.
Alhamdulillah dengan jemputan dari PKWR pemilik dan pewaris datang secara sukarela dan memberi respon yang sangat positif. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen telah memberi ucapan alu-aluan yang saya ungkapkan langsung dari hati. Teks ucapan terpaksa saya ketepikan kerana teks tersebut menyebut banyak tentang peranan MAS, malangnya tidak ada seorang pun wakil MAS yang berani menghadirkan diri meskipun peringkat awal begitu beriya2 menyokong usaha majlis tersebut. Walau bagaimana pun majlis berjalan lancar. YAB MB berucap dan antara penekanan beliau ialah pertama kena pastikan kepentingan dan hak milik orang Melayu Kg Baru terbela. Kedua nilai tanah di Kg Baru akan menjadi lebih bernilai jika pembangunan itu melibatkan seluruh 225 ekar tanah MAS dan bukan secara tanah individu. Ketiga yang paling penting tidak ada campur tangan politik dan tidak ada kumpulan/gabungan yang cuba menangguk keuntungan peribadi. Selepas selesai YAB MB berucap, dalam sesi dialog ada 23 soalan dikemukan. Ada juga yang tidak mampu bercakap meskipun telah mendaftar untuk menyoal kerana begitu emosional.Perbincangan yang kadangkala panas, kadangkala bersemangat akhirnya membuahkan beberapa resolusi atau lebih tepat kesimpulan.
Antaranya Ahli Parlimen akan menyelaraskan Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg. Baru oleh anak-anak Kg. Baru sendiri, Ini bermakna sumber idea, masa dan kesungguhan cerdik pandai dikalangan anak-anak Kg Baru akan digembeling bagi melahirkan penubuhan perbadanan tersebut. Projek Kg. Baru hendaklah dimartabatkan sebagai salah satu koridor ekonomi yang boleh namakan sebagai Koridor Kg. Baru untuk memastikan keutamaan diberikan kepada Projek mega ini; dengan ini satu-satunya kampong Melayu ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur malah mungkin didunia ini akan dijamin kelangsungan dan kejayaannya pembangunannya oleh kerajaan sendiri dan bukan oleh mana-mana syarikat/ korporat/ gabungan yang mungkin boleh bankrup atau terbengkalai sehingga menyebabkan kerugian besar kepada pemilik dan pewaris.
Kg baru akan membangun dengan citarasa dan selera anak2 Kg Baru seiring dengan KL yang dikatakan akan jadi “World Class City”. Saya juga mencadangkan agar dividen petronas sebanyak RM6 bilion yang diberikan kepada kerajaan Pusat dijadikan sebagai peruntukan awal untuk pembangunan Kg. Baru. Untuk lebih meyakinkan dan lebih mantap hak pemilik asal serta pewaris tanah Kg. Baru hendaklah dijamin melalui Akta Parlimen..Peserta majlis juga meminta supaya saya mengemukakan permintaan kepada Dato Bandar untuk memanjangkan waktu bantahan yang akan berakhir hujung bulan ini hingga ke bulan depan.
Pengumuman YAB MB untuk mengarahkan beberapa Pegawai Perancang dari PKNS turun membantu Ahli Parlimen TW beserta dengan peruntukan RM 50,000 sebagai dana untuk bekerja, mengkaji dan menghalusi lalu menghasilan satu cadangan balas kepada Deraf KgBaru 2020 disambut dengan nafas lega para hadirin dalam perjumpaan tersebut. Inilah yang dikatakan ‘cakap serupa bikin’, bukan cakap2 penyedap atau sebagai halwa telinga tetapi ‘cakap2 yang bekerja’.
Sejak hari tersebut usaha2 awal telah dimulakan iaitu
Dr Lo’lo’ bt Hj Mohd Ghazali http://drlolo.wordpress.com/
Ahli Parlimen Titiwangsa http://docpearl.blogspot.com/
Wednesday, 6 August 2008
Tuesday, 5 August 2008
YB DrLo'lo' bersama-sama muslimat dalam majlis tadarus Al-Quran membacakan Surah Al Baqarah dan Surah Yassin bagi memohon agar YB Corner dipelihara dari gangguan dan kejahatan manusia yang sakit hatinya juga dijauhkan dari gangguan syaitan, serta menjadi salah sebuah gerai makan yang diminati ramai dan maju
antara muslimat yang hadir dalam majlis tadarus Al-QuranMajlis Tadarus Al-Quran bersama Muslimat Blok B PPR Hiliran Ampang
2 Ogos 2008 (Sabtu)
YB menyampaikan tazkirah kepada muslimat tadarus Al-Quran Majlis ini dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Muslimat Kawasan Titiwangsa. diadakan di Surau Al-Falah Blok B PPR Hiliran Ampang. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan, dan dapat membaca Al-Quran dari juzuk pertama hingga juzuk 16. Setiap selepas Tadarus Al-Quran akan diselitkan dengan sedikit tazkirah. Tazkirah pada hari itu bertajuk "Kelebihan dan Kepentingan Al-Quran" yang disampaikan oleh YB Dr. Lo'lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa dan solat Asar berjema'ah. Muslimat Kawasan Titiwangsa telah menubuhkan kumpulan Tadarus al-Quran, penubuhan ini bermula dari bulan februari 2008. Alhamdulillah setakat ini kumpulan Tadarus Al-Quran telah khatam Al-Quran sebanyak 10 kali.
2 Ogos 2008 (Sabtu)
YB bersama Puan Sri Datin Salbiah (Isteri YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid Ibrahim) Forum "Bicara Kesihatan dan Kecantikan Wanita Masakini" Disampaikan oleh: YB Dr. Lo’lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali Kesihatan sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia dan hambaNya yang berakal, wanita, kecantikan dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Sekiranya cantik tetapi tidak sihat tiada gunanya. Terdapat tiga factor kesihatan: 1. Kesihatan fisikal 2. Kesihatan mental 3. Kesihatan spiritual Ketiga-tiga konsep kesihatan ini amat penting bagi kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menjalankan ibadah kepadaNya. “UNTUK CANTIK KITA PERLU SIHAT, UNTUK SIHAT KITA TIDAK PERLU CANTIK” Umpama buah mangga yang di luarnya kelihatan cantik dan tiada cacat celanya…tetapi pabila dikupas didalamnya terdapat lubang-lubang dan juga ulat. Begitu juga dengan manusia, lebih cantik sekiranya kita cantik dan sihat dengan ketiga-tiga faktor tadi. Pada kesempatan ini juga penganjur meminta saya menyentuh serba sedikit tentang barah payudara. Punca penyakit kenser itu berbagai-bagai. Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan Apa Itu Kanser Payudara? Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. Pengelasan Kanser Payudara Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan. Tanda dan Gejala Kanser Payudara Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun. Peringkat Kanser Payudara Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada. Kaedah Rawatan Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik. Dihantar oleh Faizah