Wednesday 30 September 2009

Allah lebih menyayangi...

29 Sept. 2009
Pangsa Murni, Keramat Jaya

الَّذِينَ إِذَاأَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّالِلّهِ وَإِنَّـاإِلَيْهِرَاجِعونَ

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" {Q:2:156}

27 Sept. 2009, tarikh yang tak dapat dilupakan oleh Puan Norliah Ghani sekeluarga atas pemergian ahli keluarga yang amat disayangi. Difahamkan oleh Hj. Marzuki (Pengerusi Penduduk), arwah (Edi Rizal) jatuh dari tingkat 7 dari kediamannya selepas pautan di dinding balkoni terlepas akibat mahu menangkap pencuri yang masuk ke rumah jirannya. Pengerusi dan penduduk Pangsa Murni tersebut telah melarang arwah dari berbuat demikian kerana ia sangat merbahaya... tetapi itulah sebab musababnya Allah lebih menyayangi arwah... arwah terjatuh tetapi kakinya tersangkut di awning setelah itu kepalanya jatuh dahulu ke bawah. Puan Norliah ketika itu berada di rumah anaknya terkejut apabila menerima panggilan bahawa anaknya mengalami kecederaan yang teruk dikepala akibat terjatuh dari tingkat 7 kediaman mereka. Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat dekat sini.

Hj. Marzuki (Pengerusi Penduduk) menceritakan bagaimana kejadian tersebut kepada YB dan wartawan Melodi
YB dan Puan Norliah sedang diinterview oleh Nas Melodi
YB menenangkan Puan Norliah yang sangat sedih atas kehilangan anaknya yang disayangi
Puan Norliah menunjukkan gambar anaknya kepada YB dan wartawan TV3
YB, Saudara Rushdi Ramli (berbaju oren), Pengerusi Penduduk di rumah mangsa, yang dikatakan menjadi tempat "pencuri" tersebut merancang strateginya. Difahamkan pencuri tersebut telah beberapa hari berada di dalamnya, kerana tuan rumah pulang ke Kampung halaman masing-masing untuk sambut 1 Syawal.
YB meminta Pengerusi Penduduk mengadakan perjumpaan dengan Polis untuk membincangkan perkara ini, supaya kejadian tidak berulang kembali. Insya Allah akan diadakan dalam masa terdekat ini.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْبِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّاللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". {Q:2:153}

Rasulullah SAW bersabda: Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa. (HR Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda: Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya. (HR Bukhari dan Muslim)

Monday 28 September 2009

FOTO RAYA 2009 / SYAWAL 1430H DI TANDOP, ALOR SETAR KEDAH DAN DI KG TENGKUHUSI BARU,IPOH PERAK
Hingga jumpa lagi Ramadhan dan Syawal 1431H
Dr Lo'lo'

Sumbangan Ramadhan

16 Sept 2009
Desa Rejang
Ramai pengundi Titiwangsa yang berada di Desa Rejang, Setapak. Jam 6 petang YB hadir ke foot court Desa Rejang untuk menyampaikan sumbangan orang ramai kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan juga OKU. Walaupun kesihatan YB masih belum baik sepenuhnya demi untuk menemui rakyat...
YB menyampaikan sumbangan kepada OKU...
YDP Titiwangsa (Ust. Mejer (B) Abdullah) menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal
YDP Setiawangsa menyampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim
YDP Setiwangsa memberi ucapan
Firman Allah yang bermaksud:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)

Saturday 26 September 2009

Foto terkini Dr Lo' Lo'

Foto-foto terbaru ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali ketika menyambut Hari Raya Adilfitri minggu lalu, kini dipaparkan dalam blognya.
Menurut seorang ahli keluarganya, lima keping foto tersebut dirakamkan ketika Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa PAS, menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Kedah dan di Perak minggu lalu. Ditanya mengenai tiga keping gambar yang memaparkan catatan 1 Mac 2008, beliau berkata, ia adalah kesilapan fungsi tetapan tarikh pada kamera yang digunakan dan mengesahkan semua gambar tersebut diambil ketika sambutan Aidilfitri tahun ini. Menurutnya lagi, foto pada tarikh tersebut diambil bersama ahli keluarga mentua Dr Lo' Lo', di Tandop, Alor Setar Kedah pada hari raya pertama. Manakala dua keping gambar lagi termasuk gambar Dr Lo' Lo' sedang menjamah lemang bersama ahli keluarganya - yang bertarikh 21 September lalu atau hari raya kedua - dirakamkan di kediaman bondanya di Kampung Tengku Husin, Ipoh. Ini merupakan foto terkini itu Dr Lo' Lo' selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu. Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan beliau tetap menerima kedatangan tetamu termasuk pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi dilaporkan tidak bersedia ditemuramah oleh wartawan. Ditanya mengenai kesihatan Dr Lo' Lo' sekarang ini, ahli keluarganya itu berkata: "Alhamdulillah..."

Thursday 17 September 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan PPR Cochrane Perkasa

Sabtu (12 Sept. 2009/ 22 Ramadhan 1430H) YB turun ke PPR Cochrane Perkasa untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan walaupun keadaan beliau masih kurang sihat sepenuhnya... demi rakyat beliau cuba, kerana sudah lama beliau tidak turun melihat rakyatnya...
Seterusnya baca di sini Yayasan Prihatin Titiwangsa

Tuesday 15 September 2009

"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41
Sumbangan Ramadhan
15 Sept. 2009
Setiap kali datangnya Ramadhan Al-Mubarak, YB Parlimen Titiwangsa cuba sedaya upaya untuk membantu rakyatnya yang sangat-sangat memerlukan. Di Titiwangsa mempunyai ramai fakir miskin, Ibu-ibu tunggal/ tinggal dan juga anak-anak yatim... Walaupun pada Ramadhan kali ini YB kurang sihat, tetapi itu bukan menjadi penghalang beliau untuk membantu rakyatnya...
Puan Aisyah mewakili YB menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan pagi tadi.
PPR Jelatek
13 Sept. 2009
Walaupun keadaan kesihatan YB masih belum baik sepenuhnya, beliau cuba untuk turut hadirkan diri ke program-program yang telah dirancangkan.
YB, YDP dan AJK AJK Surau Jelatek
Tetamu-tetamu yang hadir
PPR Hiliran Ampang
13 Sept. 2009
Majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama.
PPR Laksamana
12 Sept. 2009
YDP Kawasan memberi ucapan sekaligus menyampaikan sumbangan,
(YDP mewakili YB bagi menyampaikan sumbangankepada mereka yang memerlukan.)
Tenaga-tenaga yang membantu gerak kerja YB
(walaupun YB tak dapat bersama, mereka tetap membantu)
Tetamu yang hadir

Monday 14 September 2009

"Aku akan rogol kau Rodziah" ke balai polis

Abdul Aziz Mustafa Sun Sep 13, 09 10:31:23 am MYT

SHAH ALAM, 13 Sept: "Aku akan rogol kau, Rodziah!" adalah antara kata-kata cabul yang dihamburkan terhadap Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail ketika majlis dialog antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan kerajaan Selangor 5 September lalu.

Dalam kenyataannya ketika membuat laporan polis semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu menceritakan, beliau telah dihamburkan pelbagai kata-kata cabul lain oleh mereka yang mencetuskan kekecohan dalam dialog yang di adakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.

"Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah 'jalang!', 'Rodziah mengalahkan pelacur!', 'pelacur lebih baik dari kau!', 'babi!', 'sundal!', 'kau jangan bersuara, Rodziah!', (dan) lemparan kata, 'aku akan rogol kau, Rozdiah!'," kata beliau.

Rodziah membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari semalam iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Turut serta memberikan sokongan moral kepada beliau adalah Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh, anggota Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan rakan exco beliau, Elizabeth Wong.

Menurut Rodziah, selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.

Beliau menyifatkan kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah.

Kepada beliau, tindakan kumpulan itu jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.

"Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya.

"Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam," katanya.

Menurut Rodziah, bukan hasrat beliau untuk memanjangkan isu tersebut kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan membuat laporan polis itu dibuat kerana kegusaran tentang keselamatan dirinya, keluarga serta pegawainya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.

"Kerisauan saya ialah, jika saya seorang Adun dan Exco Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?," katanya.

Bagi Rodziah, kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.

Kekecohan telah ditimbulkan oleh mereka yang bertindak liar itu sepanjang sesi penerangan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Datuk Bandar Shah Alam dan Rodziah sendiri sebagai Adun Batu Tiga.

Ketika dihubungi Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.

Dua lagi laporan polis telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ahli MBSA, K. Uthayasoorian._

BRP HARI SELEPAS MJLS DIALOG SEK 23 SHAH ALAM YG DICEMARI OLEH SAMSENG2 TDK BERTAMADUN, SAYA JADI GELISAH KRN TIADA TINDAKAN SAMADA DARI YB RODZIAH MAHUPUN RAKAN2 WAKILRAKYAT DAN WANITA PR TENTANG KEJADIAN UGUTAN TERSEBUT. SAYA TLH MENGHANTAR SMS KPD RKN2 MINTA MRK BERTINDAK.ALHAMDULILLAH HARI RABU SAYA BER SMS HARI JUMAAT LAPURAN POLIS DIBUAT. MANA ERGI NGO2 WANITA, MANA PERGI MENTERI WANITA LANGSUNG TIDAK BERSUARA. POLIS LAGI NAIF, LANGSUNG DK TERCIUM BAHAYA DISEBALIK UGUTAN INI. KAMI MAHU BAJINGAN2 INI DIBAWA KEMUKA KEADILAN. KALU DISEBUAH NEGARA YG MENGAMALKAN SYARIAT ISLAM HUKUMAN KPD YG MENUTURKAN ADALAH HUKUMAN QAZAF KERANA MENUDUHWANITA BAIK2 DGN PERKARA MUNGKAR DAN HUKUMANNYA ADALAH SEBATAN 80 KALI.

DR LO'LO'

PAS santuni, dekati penghuni 'belakang mati'

Azamin Amin Mon | Sep 14, 09 | 9:23:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Sept:Tiba-tiba belakang bangunan PAS itu jadi tumpuan bak lebah mengerumuni madu. Tidak semena-mena kelibat para penghuni lorong gelap, golongan gelandangan serta marhaen, anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan maknyah melabuhkan diri dalam sebuah program PAS.

Program yang berjaya menyatukan semua golongan daripada aneka jenis latar belakang. Daripada masyarakat bawahan, miskin ataupun yatim masing-masing bersama meluangkan masa beramah mesra dengan pimpinan PAS.Sama-sama bersila, bersimpuh dan bersentuh lutut tatkala menjamu selera ketika berbuka puasa.

Itulah keistimewaan dan keunikan program PAS yang diberi nama Semarak dan Semerak Ramadan PAS yang berlangsung buat julung kalinya petang semalam di belakang bangunan pejabat agung PAS Jalan Raja Laut. Ia berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri dengan sambutannya yang cukup luar biasa dan luar jangka.

Sungguhpun, pada asalnya penat merempuh jalan raya yang sesak menuju ke pejabat PAS ini, namun hilang lelah tatkala melihat kehadiran orang ramai dan aktiviti yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Lebih kagum kesungguhan para petugas menjayakan program ini, sungguhpun suasana Ramadan berbaki tujuh hari dan bakal melintasi Syawal tak lama lagi.

Bermula jam 2.00 petang, di bawah enam khemah 'berkipas' yang boleh menampung kehadiran lebih 200 orang, program dimulakan dengan membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor dan pengamal perubatan alternatif yang didatangkan khas daripada Darussyifa, khidmat nasihat guaman syariah dan sivil daripada tiga peguam dan khidmat kaunseling daripada seorang pakar.Image

Selain itu, terdapat kaunter pusat khidmat wakil rakyat kawasan Titiwangsa bagi para pengundi untuk mengajukan masalah setempat dan kaunter daftar Ahli PAS dibuka bagi yang berminat.

Mengkagumkan, semua kaunter dipenuhi dengan orang ramai yang berhajat tanpa rasa segan dan silu. Tanpa kecuali Harakahdaily juga sempat menjengah satu persatu kaunter yang dibuka bagi mendapat beberapa info untuk menambah ilmu diri.

Seperti di Kaunter Guaman, Harakahdaily dimaklumkan bahawa antara aduan, kes ataupun masalah yang dirujuk lebih tertumpu kepada hal ehwal rumah tangga seperti nafkah pencarian, tuntutan harta, cerai berai dan melibatkan ibu tunggal yang bermasalah. Kaunter ini, diselia oleh peguam Ahmad Zamri dan Marlina Amir.

Terdapat pameran informasi undang-undang turut dipaparkan di belakang khemah bagi orang ramai mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan antaranya seperti urusan pembahagian harta, keadilan kes rumah tangga dan juga hak-hak yang wajar diketahui umum. Tanpa kecuali risalah dan pamplet berkaitan juga turut diedarkan.

Menarik perhatian, apabila seorang remaja lelaki cuba mendapatkan rawatan bengkak kaki daripada Ustaz Mohd Ali Jamil daripada Darussyifa. Bukan itu sahaja, beberapa orang bukan Islam juga turut mendapatkan khidmat nasihat Ali Jamil yang diberikan secara percuma juga.Image

Kaunter kesihatan juga tidak menang tangan dibuatnya, apabila hadirin cuba mendapatkan nasihat para doktor yang bertugas berkaitan penyakit yang dihadapi seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Kira-kira jam 3.00 petang,pengacara majlis berbesar hati mengumumkan sejumlah 27 orang telah mendaftar sebagai ahli PAS, yang rata-ratanya terdiri daripada remaja dan pemuda sekitar usia 18 sehingga 30 tahun.

Terdapat dua tabung disediakan di dalam khemah bagi orang ramai yang berhajat menyumbangkan dana untuk disalurkan bagi tujuan aktiviti "Kami Prihatin" anjuran Parlimen Titiwangsa seterusnya untuk golongan yang kurang bernasib baik. Mencuri perhatian orang ramai apabila seorang warga emas berbangsa Cina, menderma sejumlah wang ke tabung tersebut.

Sungguhpun, hujan lebat mula membasahi pekarangan kawasan program namun semangat dan keinginan orang ramai khususnya penghuni lorong 'belakang mati' untuk merapat dan mendekati, tidak patah bahkan semakin menyemarak untuk menyertai aktiviti yang sedia ada.

Tidak dinafikan, di belakang lorong, terdapat juga beberapa orang penghuni yang agak segan dan malu-malu alah untuk menjengah sungguhpun dialu-alukan oleh pengacara dari masa ke semasa.

Ada yang meninjau dari balik belakang bangunan, mengintai dari tepi dinding dan tingkap. Ada yang mahu tapi malu.

Setelah agak lama memerhati ragam hadirin, Harakahdaily sempat beramah dan berkongsi cerita dengan dua orang saudara baru yang begitu kagum dengan program yang dianjurkan oleh PAS ini.

Bagi Muhd Ali Beh Abdullah, 53 yang berasal dari Miri Sarawak dan Muhd Hassan Che Peng Abdullah, 35, program ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan kerana aktiviti yang dijalankan begitu bermanfaat buat masyarakat khususnya saudara baru seperti mereka yang dahagakan ilmu.

"Saya minat Islam bila pergi masjid dengan kawan-kawan melayu. Bila saya cuba-cuba sembahyang, hati sangat tenang," kata Hassan yang memeluk agama Islam, 4 bulan lalu.

Sungguhpun begitu, kedua-dua mereka melahirkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan oleh dua agensi agama kerajaan yang dilihat tidak mengambil berat hal ehwal kebajikan saudara baru khususnya melibatkan zakat yang tidak mereka terima.

Mereka ini, adalah antara empat saudara baru yang hadir mengetahui program ini melalui iklan kain rentang yang dipamerkan di pejabat agung PAS itu.

Bagi Norliyana Zanar 16, yang hadir bersama empat adik-beradiknya yang lain, begitu seronok ketika dijemput oleh pihak penganjur untuk sama-sama memeriahkan program tersebut dan dia merupakan antara 18 anak yatim Kampung Jawa yang diraikan oleh PAS.

"Raya ini macam biasa dan ala kadar sahaja sahaja. Baju raya pun belum beli lagi," katanya yang telah kehilangan ayah tercinta kerana sakit asma semenjak dia tadika lagi.

Nafas turun naik, namun tetap semangat

Selepas solat Asar secara berjemaah bersama hadirin di Suaru Tingkat 1, Bangunan PAS itu, majlis diteruskan dengan ucapan aluan-aluan oleh 'orang kuat' dan tulang belakang program iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Pengerusi Lajnah terbabit Dr Lo' Lo' Ghazali.

Cukup teruja melihat beliau, yang dalam keadaan kesihatan yang masih kurang stabil, masih gigih berusaha menjayakan program di samping menitipkan kalimah semangat buat hadirin.

"Maafkan saya kerana bertopeng. Bukan kerana tuan dan puan tetapi kerana masalah kesihatan radang saya yang tidak mengizinkan dan cukup berisiko tinggi bila berada di khalayak umum," katanya yang telah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dua minggu yang lalu.

Kelihatan beliau yang agak semput, dan laju turun naik nafasnya, masih bersemangat menyampaikan tazkirah dan ucapannya kepada hadirin.

"Kita mahu sama-sama mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Ambillah iktibar, seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing juga dapat masuk syurga.

Beliau menyeru supaya golongan yang tersasar di Lorong Haji Taib dan Chow Kit itu, mencari rahmat Allah kerana jalan untuk bertaubat dan kembali terbentang luas.

"Kalau tak mampu berlari, merangkaklah secara perlahan,"jelasnya dengan nada suara yang semangat.

Sungguhpun kelihatan agak penat sambil diusap belakang oleh petugas dan anak beliau, Dr Lo' Lo' mampu mencebiskan kata-kata hikmah selama 10 minit kepada hadirin, yang tekun mendengar luahannya.Image

Sejurus itu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil tempat sekaligus merasmikan program yang cukup bermakna bagi PAS dan juga warga lorong gelap itu.

"Tidak ada manusia yang tidak ada dosa. Malahan saya sendiri ada dosa. Para Nabi juga pernah buat silap.

"Ini kelemahan manusia, justeru tuhan memberi peluang untuk kita bertaubat dan merahmati. Allah beri peluang supaya kita tidak terlambat. Oleh itu rebutlah peluang itu khususnya di bulan Ramadan ini," katanya yang membuat hadirin, masing-masing pegun dan khusyuk mendengar suntikan semangat daripada Presiden PAS itu.

Turut hadir di perasmian itu ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohammad Nor, Pengarah Program Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin

Selesai program perasmian jam 7.00 malam, orang ramai dan pimpinan PAS mula beratur mengambil makanan dan duduk bersila di lantai khemah, bersiap-sedia menantikan waktu berbuka.

Kelihatan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh antara pimpinan PAS yang 'menanggalkan' gelaran Dato' mahupun Yang Berhormat untuk sama-sama merasai 'kenikmatan' dan denyut nadi bersama golongan akar umbi ini.

Mereka sama-sama turun padang, berbuka puasa dengan makanan bungkus dan tidak kekok mereka menyapa orang ramai sambil bersalaman dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.

Dengan juadah hidangan bungkus nasi tomato berlauk ayam, bubur lambuk dan kuih agar-agar membuatkan masing-masing begitu berselera sekali menjamu tatkala, azan mula berkumandang di ruang angkasa lorong Haji Taib dan Chow Kit itu.

"Program ini bagi mengeratkan hubungan dengan jiran kita dari lorong ini. Dengan sumbangan dan pemberian yang tak seberapa daripada PAS ini, walaupun tak dapat menyelesaikan semua masalah, sekurang-kurangnya dapat menceriakan Ramadan dan Aidilfitri mereka nanti, " kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Perkara ini turut diakui sendiri oleh Pengasas dan Penyelia Rumah Perlindungan Sinar Salam, Afidah Ab Latif, yang mengendalikan dan menyelia lebih 40 anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan golongan gelandangan di Chow Kit.

"Program ini akan lebih mengakrabkan lagi hubungan dengan golongan tidak bernasib baik. Dan program ini mesti dilakukan selalu," katanya yang terharu dengan sumbangan yang disampaikan oleh PAS.

Kemudian, setelah solat Maghrib berjemaah yang diadakan di bawah khemah, majlis sumbangan derma dan cenderahati disempurnakan oleh Dr Hatta dan Ustaz Mohammad Nor.Image

Suasana begitu ceria sekali dan 'gamat' apabila golongan gelandangan dan orang ramai khususnya kanak-kanak sejumlah 80 orang mula mengerumni kedua-dua tokoh untuk mendapatkan duit raya yang disediakan penganjur.

Malam ini, malam bahagia mereka bagi anak-anak yatim, anak-anak pekerja seks, si fakir miskin,si jalanan dan golongan yang terjerumus ke kancah hitam, moga terbit rasa insaf diri setelah disantuni dan didekati PAS sendiri.

Kelihatan terbit raut bahagia dan teruja di wajah mereka kerana sudi dilayan dan dimesrai oleh PAS, sekaligus tidak dipinggirkan sungguhpun di balik tabir, hidup mereka dibaluti kelam dan suram.

Majlis dan program yang berlangsung selama enam jam dan berakhir 8.30 malam itu, telah mula mencebiskan nama PAS dan parti itu mula meniti dibibir mereka sejak dua tahun 'bertapak' di lorong ini.

PAS mula disegani, dan semakin ramai yang mahu mengenali. Dan slogan "PAS for All" dan "Negara Berkebajikan" membuktikan kebenarannya hari ini dan lorong ini semalamnya menjadi saksi!

sumber: HarakahDaily

Friday 11 September 2009

Penyampaian sumbangan
Puan Aisyah Wahab (Pengerusi Perasatuan Ibu Tunggal) mewakili YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal, beliau baru kematian suami pada Mei 2009 dan baru sahaja mendapat rumah sewa DBKL. Sebelum ini beliau hanya berteduh di bawah gerai (kenopi) di tepi jalan dan berlantaikan simen siar kaki yang dilapik kertas dan kotak, beliau bersama anaknya yang berusia 4 tahun...
Semasa hari perpindahan beliau saya turut membantu... memang menyedihkan, dalam rumah tersebut tidak ada apa-apa, perkakas dapur & rumah (sebelum ini beliau pernah sewa bilik, tetapi kerana ketiadaan wang..terpaksa keluar dan banyak barang-barang beliau hilang) Puan Aisyah memberi beras, minyak, dapur & sedikit duit...
faezah

Mencari Lailatul Qadar

Ramadhan semakin hari semakin hingga ke penghujung, sedar tidak sedar hari ini sudah hari ke-20. Hanya tinggal beberapa hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita semua.
Kita maklumi, dan yakini bahawa 10 terakhir Ramadhan adalah 10 malam terbaik di antara sekalian malam, kerana di sananya ada Malam Lailatul Qadar.
Sebagaimana kata Abu Hurairah, malaikat akan turun pada malam lailatul qadar dengan jumlah yang tidak terhingga. Malaikat akan turun membawa kebaikan dan keberkatan sehingga terbitnya waktu fajar
Kita berhak untuk mencari Lailatul Qadar, berhak untuk merasai. Walaupun kita tahu hanya hambaNYA yang terpilih sahaja akan dapat merasai nikmatnya malam tersebut.
Namun, kita janganlah merasa tidak layak untuk mencari Lailatul Qadar, jangan rasa mustahil kita akan dapat, kerana melihat kualiti amalan kita sepanjang Ramadhan kali ini. Masa dan peluang masih ada.. Masih terbuka untuk kita untuk berusaha untuk menjadi hamba yang terpilih.
Beberapa Tips ingin dikongsikan:-
1) Iktikaf di masjid, tidur di dalam Masjid, boleh pilih Masjid yang mana boleh menerima orang iktikaf di Masjid, kebanyakkan masjid di sini 'hidup' di 10 malam terakhir Ramadhan.
2) Mengajak keluarga beriktikaf bersama setakat termampu, bawa anak lelaki bersama. Ajak bersama kawan-kawan untuk melakukan Ibadah berjemaah.
3) Bagi wanita Haidh, jangan merasa kecewa, dan berputus asa, kerana wanita dizaman Nabi pun didatangi Haidh, tapi mereka juga berusaha bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir ini. Boleh berzikir, membaca Tafsir Al-Quran, berdoa bersungguh-sungguh.
4) Selesaikan tugas harian diwaktu siang, agar waktu malam tidak terganggu dengan urusan harian.
Inilah masanya kita berkorban tenaga, masa, tidur untuk mencari redha Ilahi. Kita banyak berkorban untuk melakukan tugas dan amanah harian kita. Perkara yang sama juga malah lebih utama yang kita berkorban untuk menunjukkan tanda keabdian kita kepada Allah Tuhan Sekalian Alam.
by: Noorhafizzah Zakaria

Thursday 10 September 2009

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!

Petikan saifuislam.com

 

"Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa" [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata "rakan syaitan jin dan manusia" tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya', meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya'.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

"Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! " (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Cantik pendekatan daawah ustaz Hasrizal sebab tu rasanya tidak salah saya kongsikan disini

 

Dr Lo'lo'

kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds.

  • Saya tertarik dengan kisah yg dipaparkan oleh YB Khalid Samad ini. Saya rasa kebanyakan kita tahu kisah sejarah ini, namun begitu aplikasinya jarang kita praktikkan kerana prejudis kita terhadap orang lain sedangkan mereka semua adalah Mad'u kita. Nah hayatilah…
  • Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
  • " Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".
  • Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

  • "Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".

  • Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

  • Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.

  • Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.
  • Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

  • TAKDE PULAK SAIDINA OMAR DIPANGGIL OMAR GEREJA

Wednesday 9 September 2009

Ugutan bunuh dan rogol takkan dibiarkan sahaja..

  • Walau pun dalam keadaan masih berihat dirumah selepas menjalani rawatan saya terus mengikuti perkembangan politik tanah air. Isu yang hangat terkini iaitu isu pemindahan kuil dan demo kepala lembu benar2 menyentakkan minda saya dan saya ramai lagi ang lain. Perkara ini tidak pernah berlaku masa zaman BN memerintah Selangor kerana BA/PR telah berperanan sebgai pembangkang yang baik dan bertanggung-jawab. BN jadi pembangkang yang bukan sahaja hasad dengki tetapi juga berdendam dan melakukan apa sahaja termasuk yang diluar batas untuk menggugat kestablan kerajaan PR.

  • Banyak yang telah diulas dan disini saya hanya ingin membangkitkan kebimbangan saya atas makihamun yang dihamburkan oleh orang-orang yan tidak bertamaddun yang merupakan segelintir dari penduduk Seksyen 23 Shah Alam semasa dialog dengan Menteri Besar Selangor, YB Khalid dan YB Rodziah. Antara yag melampau adalah ugutan untuk membunuh jika YB Khalid menjejakkan kaki ke Seksyen 23 dan ugutan untuk merogol YB Rodziah. Mereka ini ganas, penjenayah dan menakutkan! Saya hanya menyedari apabila membaca sebahagian artikel yang dikemukakan dalam pelbagai laman web dan blog. Saya hairan kenapa tiada yang mengambil tindakan dan pagi2 tadi telah menghantar sms kepada beberapa rakan AP dan ADUN. Sebahagian respon dan menyatakan baru dimaklumkan atau tidak sedar langsung. Saya telah mencadangkan agar satu lapuran polis dibuat dan satu kenyataan bersama mesti dibuat membantah sikap lepas tangan oleh plis dalam menangani isu ini.
  • Media kongkongan BN pun diam membisu agaknya 'menyokong' sikap melampau beberapa orang penyangak ini semata2 kerana mereka memaki hamun dan mengugut pimpinan PR; cuba kalau pimpinn BNyang diugut begitu sudah pasti media berkokok siang-malam dan pihak berkuasa pun melompat2 menahan, menyiasat dan mendakwa seperti yang dilakukan oleh polis terhadap YB Gobala semasa hari penamaan calun PermatangPasir yang lalu.
  • Saya ni sebab kurang sihat dan masih dalam rawatan jika tidak sudah tentu saya akan memastikan polis bertindak keatas 2 manusia yang bersifat kehaiwanan tersebut. Saya harap rakan2 saya pimpinan wanita PR akan melakukan sesuatu....jangan biarkan insiden melampau ini dibiarkan tanpa apa2 tindakan !!

Dr Lo'lo'

PROGRAM SEMARAK & SEMERBAK RAMADAN BERSAMA WARGA INSAF LORONG HAJI TAIB anjuran bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), NGO Badan Amal Kami Prihatin (BAKP) PAS Kawasan Titiwangsa, Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Ahli Parlimen Titwangsa dll pada Ahad 13 September bersamaan 23 Ramadan 1430H bermula dari 2 ptg hingga selepas Solat terawih & Penyampaian sumbangan.

  • " Bukanlah kebaikan itu hanya dengan menghadapkan mukamu ke Timur dan Barat, tetapi ianya adalah orang-orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab2 Allah dan Nabi2. Kemudian ia mendermakan harta yang dikasihinya kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, musafir yang memerlukan, orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba. Ia mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, menepati janji serta bersabar ketika dtimpa kemiskinan, kemelaratan dan sewaktu peperangan. Mereka itulah orang yang benar dan yang bertaqwa." AlBaqarah 177.

  • Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kita umur utk kita bersama menghidupkan bulan Ramadan yg penuh berkat dan indah ini.Bulan yg dinamakan dgn pebagai gelaran hebat dan istmewa; yg mana semuanya berpaksikan kpd kebaikan & kebajikan untuk dunia dan akhirat.
  • PAS sebagai parti yang mahu berperanan sebagai pemimpin perubahan, peneraju dan penentu lanskap politik Malaysiai sudah sepatutnya terkehadapan dalam memikul amanah & tanggung-jawab kebaikan dan kebajikan ini. Apatah lagi dgn slogan keramat 'Negara Berkebajikan' dan 'PAS 4 All' atau 'PAS untuk semua' yg telah menjadi sebutan & tumpuan semua lapisan masyarakat sekarang ini.
  • Bagi mengambil kesempatan terbaik dibulan mulia ini marilah kita bersama2 mengisi semangat Ramadan dengan menjadikan Program SEMARAK dan SEMERBAK Ramadan 2009 sebagai muqaddimah dan pemangkin kpd kita semua bg memastikan proses 'pemutihan & penghijauan' masyarakat bandar khususnya, dengan Islam dan keadilannya dapat berjalan & disambut secara positif & responsif.
  • Akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih jazakumullahu khairan kathiro kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mejayakan program ini dari mula hingga akhir. Moga ganjaran yang diraih akan berlipat kali ganda.

Petikan ucapan saya dalam buku cenderahati.

Dr Lo'lo' HMG