Monday, 31 May 2010

Majlis Tadarrus Al - Quran dan Pelancaran Projek Kitar Semula

Sabtu 29 Mei 2010



Khusyuk mendengar tazkirah.Tazkirah oleh Ust Rodziah IsmailUcapan perasmian.PendaftaranTadarrus bermulaPotong kek Hari IbuCenderahati utk UstazahCenderahati juga utk YB - tak payah pun TakpeKakitangan LUAS sdg pasang buntingWakil2 surau menerima peneranganPengerusi Masjid Pengerusi surau bagi cenderahati pd yg hadirPenerangan dari Puan Aida aktivis Alam Sekitar

Ijtimak Pas Wilayah

Yb Dato Taqiyuddin pembentang kertas kerjaYB Us Nasa sebagai perasmiWakil KawasanWakil DMWPPress ConferenceDerma Jihad

Sunday, 30 May 2010

Menteri WP halang Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru



Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik menghalang saya sebagai wakil rakyat dan juga pemilik tanah KgBaru dari bercakap dan secara biadap memalukan saya dalam Perjumpaan antara Pemilik dan Pewaris dengan Menteri di PWTC.

Orang-orang Kg Baru menyaksikan sendiri sikap menteri 'pintu belakang' yang langsung tidak menghormati seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat

Menurut seorang yang hadir semasa ucapan penutup Raja Nong Chik kata dia halang wakil rakyat PR bercakap kerana tidak mahu isu Kg Baru dipolitikkan. Inilah sikap Menteri 'low class'. Dia dilantik jadi Senator dan jadi Menteri ikut 'pintu belakang' bukan lantikan politikkah? Jadi siapa sebenarnya yang politikkan isu Kg Baru?.

Dia umumkan Drs Sulaiman letak jawatan dan ucap tahniah kepada Dato Johari Ghani yang baru jadi Pemangku Ketua Bahagian Umno Titiwangsa bukan politikkah? Apa kena mengena Umno Titiwangsa dengan isu Kg Baru kalau bukan sebab politik.

Perbincangan-perbincangan yang telah berjalan di peringkat KWPKB dan DBKL dan disertai Umno Bahagian TW bukan politikkah? Saya diketepikan dan tidak diturut sertakan bukan politikkah?

Saya wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya. Saya bekerja kuat untuk meyakinkan rakyat untuk bawa perubahan kepada kepimpinan Malaysia.

Raja Nong Chik bercakap atas kapasiti apa? Sebagai pemilik tanah Kg Baru atau kapasiti Menteri WP? Kenapa boleh bercakap dan jadi penganjur program? Sudah tentu atas kapasiti menteri sebab dia bukan pemilik atau pewaris Kg Baru. Saya juga ada hak bercakap atas kapasiti wakil rakyat.

Hari ini saya dimalukan tetapi saya yakin Allah Maha Adil, sudah pasti apa yang berlaku ada hikmahnya dan insyaAllah orang Kg Baru yang menyaksikan gelagat melampau Menteri WP dan beberapa penyokong kuat Umno akan terus berpihak dan menyokong saya dan PR dalam PRU 13 nanti.

Ini bukan kali pertama Raja Nong Chik bersikap melampau. Semasa melawat Keramat Mall tahun lalu, juga tanpa memberitahu kepada saya selaku wakil rakyat beliau telah mengeluarkan kata-kata "Takkan mana saya pergi mesti bagi tahu YB, ni saya nak pergi tandas, nak ikut?". Walau pun sudah minta maaf tapi sikap buruk tersebut beliau ulangi lagi hari ini. Saya difahamkan beliau sering juga menghalang program-program YB Nurul Izzah selaku Wakil Rakyat Lembah Pantai. Nampaknya menteri bernama Nong Chik ini hanya berani dengan orang perempuan !

Saya ingin ingatkan bahawa rakyat sudah tidak tertelan lagi dengan politik Umno/BN hingga Blok minyak M dan L terlepas ke Brunei. Tanjung Pagar yang 100% Malaysia punya kini terpaksa dikongsi dengan singapura 60:40 di Woodland. Semasa majlis pagi tadi pun saya dengar figur 60:40 untuk Kg Baru.

Saya sangat bimbang pemilikan Melayu Islam Kg Baru akan terus tergadai oleh mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah kerana tidak takutkan Tuhan. Saya difahamkan ada sebahagian KECIL yang bercakap berdegar-degar tadi adalah kaki judi dan memang menunggu peluang untuk mendapat keuntungan segera dari Projek Pembangunan Kg Baru.

Seruan saya pada anak-anak Kg Baru, "Selamatkanlah Kg Baru, JANGAN menang sorak kampung tergadai". Moga-moga Allah menetapkan pendirian anak-anak Kg Baru supaya tidak berputih mata melihat Kg Baru terlepas pemilikannya.


Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali

Ahli Parlimen Titiwangsa

docpearl.blogspot.com

032698002

Thursday, 27 May 2010

Jalanraya Rosak Di sepanjang Jalan Wirawati

Aduan sudah dibuat oleh Cawangan Titiwangsa tapi tiada tindakan lanjut dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Longkang atau saluran tersumbat dengan pasir dan sampah sarap yang menyebabkan air bertakung atas jalan.


Kaki lima jalan diturap tapi tiada saluran air disediakan menyebabkan banjir berlaku bila hujan lebat.


Kerosakan jalan berlaku kerana kontraktor yang mengorek longkang untuk menanam paip TIDAK membaiki balik jalan yang dikorek spt yg sewajarnya. Sape yg patut pantau kerja2 kontraktor spt ni. Kontraktor spt ini sepatutnya disenarai hitamkan.


Staf DBKL cawangan TW menyatakan aduan telah dibuat tapi belum lagi ada tindakan.




Al-Fatihah untuk Ust Ahmad Ismail kembali Kerahmatullah akibat Kanser

Sewaktu Di Wad Untuk Rawatan dikunjungi wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa sdr Hafiz dan Cikgu Yusoof
Sedang Berbual dgn cikgu yusoff dan sdr hafiz

Wednesday, 26 May 2010

Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak Melayu Selangor / WP kembali kerahmatullah


Berjumpa dgn balu Allahyarham yang juga agak uzur kerana mengidap stoke dan penyakit2 lain.


Allahum Maghfirli Hayyina wa Maiyitina.....



Berbicara dgn anak arwah dan En Zaini.

Yang Dipertua PAS Kepong kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung

26 Mei 2010 bersamaan 12 Jamadil Akhr 1431H 

YB Dr Lo'lo' berbual dengan isteri arwah Cikgu Nordin


 
Pesuruh Jaya PAS Wilayah Persekutuan, Us Hassan Shukri dan lain-lain pimpinan PAS yang datang menziarahi.



Muslimat bertadarrus sementara menunggu jenazah diuruskan.


 

Haji Zainal berucap kepada hadirin bagi pihak keluarga Arwah Cikgu Nordin

Tuesday, 25 May 2010

Program Kesejahteraan Rohani & Jasmani Ibu Tunggal/Tinggal Titiwangsa 2010

Kelab Wanita UKM juga membantu menyediakan Dewan Kuliah 1, Kampus UKMKL. Terima kasih banyak2 moga Allah mengganjari.

Sembang santai bersama Puan Noorhayati HPA 002, Puan Marlina Peguam Syarie, YB Wan Ubaidah Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Datin Noorhayati seorang ibu tunggal yang juga seorang wanita korporat yang berjaya dengan perniagaan HPA.


Menantu ku jadi moderator.


Peguam Wanita yang hebat.


Ibu mertuaku YB!


Para Ibu Tunggal


YB Exco yang juga seorang ibu tunggal.


Tarik nafas, lepas,tarik, lepas untuk menambahkan oksigen dalam otak dan mengurangkan mengantuk dipetang hari.




Karnival Kesihatan anjuran Yayasan Prihatin Titiwangsa dengan Kerjasama Persatuan Pemuafakatan Penduduk Pangsapuri Anggerik Desa Pandan

Dijemput merasmikan Karnival Kesihatan anjura YPT dan Permuafakatan Penduduk Pangsapuri Anggerik pada Ahad 23 Maei 2010.


Us Abdullah, Raja Lope wakil YPT, En Yusuf pengerusi Permuafakatan penduduk, Kak Hawa AJK, Sazali S/U.

Us Amran baca doa majlis dan Doa Syifa.Wakil YPT berucap.

Ucapan Perasmian.


Pelancaran Tabung Kesihatan Rakyat.


Periksa Tekanan Darah dan kandungan gula.

 Peratusan lemak pu boleh dinilai. Peratus lemak saya tinggi! Kena kuangkan lemak lagi ni....

Kaunter AADK yg diwakili RADA Rakan Anti Dadah.

Bersama peguam2 muda dan suami tercinta.


Rawatan Syifa'.


Melawat pesakit stroke dan OKU penglihatan. Allah uji wanita ini.

Anak saya Dr Sakinah tolong memeriksa tekanan darah seorang ibu tunggal.

Melawat Pak Cik Ramli mangsa kemalangan jalan raya.

Mak Cik ini pula mengidap pakej sakit2 kronik.





Dr Lo'Lo'