Thursday 30 April 2009

IKLAN MUNAJAT PERDANA
Ziarah kematian salah seorang masyarakat India
29 April 2009
CERAMAH PERDANA ISU-ISU SEMASA 29 April 2009

Saya menyentuh isu SPR yg tidak habis2 dgn idea songsangnya. Dari persempadanan semula yg gagal utk terus memenangkan BN hinggalah ke isu dakwat celupan jari yang menyebabkan berjuta duit rakyat hangus begitu sahaja.Ingat lagi bagaimana persempanan semula yang pelik. Tambahan kerusi parlimen paling banyak di Sabah, Sarawak dan negeri paling kuat UMNO dalam dunia iaitu Johor Darul Umno. Sedangkan Kelantan, Trengganu dan Kedah hampir tiada penambahan kerusi parlimen meskipun sesetengah kawasan Parlimen seperti Baling mempunyai pengundi hampir 90,000 orang. Tujuan tersurat SPR adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi campuran 'mixed-seat' dan mengurangkan kerusi yang majoriti Melayu. IKita tahu tujuannya untuk membolehkan BN merampas negeri Kelantan. Malangnya idea cemerlang SPR tu makan diri, dari 90% kawasan majoriti Melayu dikawasan pendalaman seperti Baling, Kuala Krai hingga 60-70% Melayu d kawasan Bandar seperti Kuala Trengganu malah ditengah Bandar Kota Metropolitan seperti Titiwangsa hinggalah kawasan orang Melayu hanya 40% PAS khususnya telah menguasai ! Ini dibantu oleh rakan2 PR yang menang di kawasan majoriti Bandar dihampir semua Bandar besar di Msia. Apa lagi idea UMNO/BN dibantu rapat oleh SPR? Wujudkan pula 600,000 askar wataniah disemua kawasanParlimen. Kenapa askar wataniah? apalagi jika bukan undi Pos. Kita tidak gentar.Orang PAS beranak ramai, saya kata kalu tak sedozen anak belum betul2 'tulin' PAS. Anak yang ramai ni kita daftarkan dalam unit2 askar wataniah, jadi yang mengundi melalui undi Pos adalah anak2 kita yang telah kita tarbiyah cukup2 sehingga darahnya pun hijau. Baru bebaloi anak berderet2. PAS/PR juga ada pelbagai strategi lain untuk mengatasi kelicikan SPR yang jadi kuncu kuatUMNO/BN. Wamakaru, wamakarallah, Wallahu Khoirul Maakirin !

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Cerita Dato Tuan lagi menarik... coming soon... sebab saya perlu bergerak sekarang untuk menziarahi rakyat yang sakit

YDP PAS Titiwangsa yang baru - Us Abdullah

Bicara peguam muda Tuan Zamri

Dr Lo'lo

KARNIVAL KESIHATAN KELUARGA 2009
25 April 2009

Gimik perasmian iaitu melekatkan tanda TAK NAK kpd nyamuk aedes.

Kesihatan fizikal, mental dan spiritual perlu seimbang.

Pengarah Program En Yusoff, YDP PAS Us Abdullah, Pengarah Projek Klinik Stresdari Cyber Jaya Uni En Zarul, Puan Wirdani dari AADK WP, sy sendiri

antara hadirin yg hadir mengikuti bengkel 'Stress Clinic'

Klinik guaman yang disediakan oleh sukarelawan Pers Peguam Syar'ie

Pengunjung2 sedang berdaftar

Peraduan mewarna seringkali kali menambat minat anak2 pengunjung

Pertandingan congkak yg sangat meriah dan menarik

Dr Lo'lo'

Wednesday 29 April 2009

"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41

Monday 27 April 2009

Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan... 19 April 2009 Pimpinan PAS Kawasan diketuai YDP bersama Pengerusi Tetap Tuan Hj Arif Shah.

Perwakilan Dewan Muslimat
Faezah
Majlis Hi Tea dan Sembang Petang bersama YAB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin 18 April 2009

Dalam masa 48 jam PKWR dan Briged TW menggerakkan massa untuk menyertai program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini isu Perak.

Kelihatan En Zamri Pengerusi Briged, YDP PAS TW Us Yusuf Daud, YAB DS Nizar, Timbalan PJ PAS WP Us Mat Ali dan YB Dr Lo'lo'.

DS Nizar bergambar dengan Ahli2 Briged TW. Khabar yang paling manis, DS akan menubuhkan Briged Bukit Gantang untuk membantu beliau turun menangani permasalahan rakyat...

Sebahagian hadirin-hadirat...

Faezah

Sambutan 35 Tahun PAS Wilayah Persekutuan

PJ sedang berucap kepada ahli2 PAS. Sambutan bermula dengan Solat Hajat dan bacaan Suratul Kahfi kerana diadakan Malam jumaat. Alhamdulillah Al Fadzil us Salleh Sani Al Hafiz berani mempraktikkan amalan sunnah iaitu penghayatan Suratul Kahfi dan bukan bacaan Surah Yassin seperti kelaziman orang Melayu Malaysia.

Pengarah program JOM SERTAI PAS juga mengambil peluang untuk melancarkan diperingkat Wilayah Persekutuan.

Hubungi 03-26925000 samb. 210 atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip nama jarak daerah dan hantar ke 013-2226018 atau layari www.jomsertaipas.com

Quran besar senang nak baca.

Para hadirin.

Dr Lo'lo'

Mesyuarat Agong Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa

" Katakanlah: Jika bapa2mu, anak2mu, saudara2mu, pasangan2mu, kaum keluarga kamu; harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut rugi, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai; adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 fasiq" - At Taubah ayat 24.

Inilah ayat yang menjadi pemacu kepada komitmen saya terhadap perjuangan Islam dalam PAS dan saya kongsikan kepada muslimat kawasan Titiwangsa dan kawasan2 lain umumnya.

Menyampaikan cenderahati kepada wakil DMP WP Puan Sakinah Awang.

Timbalan YDP merangkap S/U Perhubungan En Hedzer, YDP Titiwangsa Us Yusuf Daud bersama2 menyanyikan Lagu PAS dan Negaraku.

Perwakilan muslimat begitu bersemangat sehingga sanggup bawa bayi kecil asalkan boleh menunaikan kewajipan kepada jemaah/parti.

Para perwakilan sedang berdiri menyanyikan Lagu PAS .

Kelihatan Cikgu Kamariah (bertudung biru) Ketua Wanita PKR Titiwangsa sedang berbicara dengan Hj Ismail semasa majlis perasmian berhenti rehat.

YB Dr Halimah selaku perasmi Mesyuarat Agung DMP Titiwangsa yang ke 21. Usia layak 'mengundi' bermakna cukup matang untuk buat keputusan yang sewajarnya.

Dr Lo'lo'

Friday 24 April 2009

Majlis Rai Petugas-petugas MEDIA semasa PRK P 036 Kuala Terengganu dan P 059 Bukit Gantang

Pesuruh Jaya PAS Perak merangkap Naib Presiden sedang berucap. Kelihatan YB Abd wahid Endut dan Wartawan Veteran Harakah Pak Syukur.

Petugas media mestilah beramanah, ikhlas, bersungguh2 dan bertanggung jawab atas apa yang dilapurkan, barulah jadi Petugas MEDIA yang mukmin dan bertaqwa. Tahniah atas kesungguhan namun begitu masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki.

" Kita mestilah berazam untuk terus menang dalam PRK atau PRU ke 13 atas kekuatan PAS/PR itu sendiri bukan atas kelemahan UMNO/BN . Kelemahan UMNO/BN hanyalah sebagai bonus sahaja "

Dr Lo'lo'

"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41

Thursday 23 April 2009

Kemalangan jalan raya dihadapan PKWR: Semasa saya sedang asyik menguruskan beberapa hal pentadbiran di pejabat PKWR saya dimaklumkan oleh Shahir bahawa ada orang jatuh motor depan PKWR. Saya bergegas keluar dan mendapati seorang budak perempuan sedang menangis kesakitan terduduk ditepi jalan dan bapanya sedang tunduk cuba menstabilkan dirinya. Saya terus dukung budak perempuan yang berusia lebih kurang 5 tahun untuk dirawat dalam pejabat. Keadaan panas terik diluar. Difahamkan 2 beranak ini jatuh sendiri kerana jalan licin disebabkan pasir. Alhamdulillah kenderaan lain sempat mengelak mereka yang terjatuh atas jalan. Mereka dalam perjalanan kerumah nenek kanak2 tersebut di Pantai Dalam dari rumah sewa mereka di Pandan Indah. Lelaki ini tidak bekerja kerana diberhentikan akibat krisis ekonomi sekarang. Anak 9 orang ! Isterinya bekerja di Jalan Ampang syarikat swasta berhampiran kedutaan US. Kecederaan Suhaimi banyak berpusat di bahagian bahu kiri dan beberapa luka lain. Budak yang asyik menangis tu terpaksa dipujuk untuk minum sebab bibirnya pecah dan dia masih terkejut. Dia juga mengalami luka2 di tangan dan kaki. Saya telah mencucinya dengan tisu basah yang memang selalu disediakan dalam kereta.
Kesian tengok budak tu. Tak pasti dah makanke belum. Dengar ceritanya mereka nak kerumah nenek untuk mencari duit susu anak. Bayangkan 9 anak, isteri sahaja bekerja, suami tiada kerja. Jaga anak sementara nak cari kerja. Rumah sewa, mohon rumah Bandaraya belum dapat. Seorang pemandu teksi yang simpati turut naik pejabat kerana menyangkakan dia yang menyebabkan motor mereka terjatuh. Motor pun betul2 motor kapcai.. bukan nak merendah2kan tapi itulah realiti dan saya rasa sebak dan terkedu......ramainya rakyat nak dibantu.....

YB boleh tolong saya dapatkan rumah Bandaraya? sewa rumah sekarang pun dah RM 500 sebulan. Saya kata, takpe, terus duduk di Pandan Indah saya akan minta YB Iskandar bantu dapatkan rumah PPR di Selangor.

Mereka dihantar oleh Shahir ke Hospital Pakar Islam (KBMC) untuk rawatan terutama X-ray dan saya bekalkan sedikit biaya.

Sehingga hari ini kami masih tidak berjaya menghubungi Suhaimi melalui nombor taliponnya. Motornya telah tiada dari kawasan PKWR dan kami tertanya2 apa yang berlaku.

Dr Lo'lo'