Tuesday 28 July 2009

RETREAT PAS KAWASAN TITIWANGSA DI SHAH ALAM, SELANGOR Kumpulan Silat melompat keriangan (termasuk YDP Us Abdullah yang depan sekali tu) apabila berjaya menyudahkan tugasan mendahului kumpulan2 lain. Ini kumpulan saya, kami terpaksa menggunakan taktik dan teknik baru untuk membolehkan tugasan yg dberi diselesaikan walaupun kami ketinggalan dari segi masa. Sedang khusyu' mendengar kuliah subuh yg disampaikan oleh Us Abdullah. Sesi foto beramai-ramai selesai aktiviti 'out-door game'. Se bhg muslimat dan anak2 yg turut serta. "BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41 Dr Lo'lo'
PESTA BUKU SELANGOR 2009
25 Julai 2009
Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam.
YB Dr. Lo'lo', YB Ronnie Liew, YAB Tan Sri Khalid, dan YB Dr. Halimah
YB Bersama YB Dr. Halimah binti Ali
YB, Pn. Mastura, Pn. Muna 'Izzah (anak Allahyarham Dato' Fadhil Mohd Nor), Cik Wani & Unknown

Monday 27 July 2009

Masa ada kuaSA; Pak Lah tak berani mansuh ISA

Isnin 27 Julai 2009 | 4 Sha'ban 1430 Hijrah

 

Apabila Pak Lah kata mansuh ISA...

 

LanH
Fri | Jul 24, 09 | 7:28:54 pm MYT

Akhbar Siasah keluaran terbaru (26 Julai1 Ogos 2009) memetik Perdana Menteri ke-5, Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dalam ruangan 'Cakap-Cakap Pemimpin' dengan tajuk 'Mansuhkan ISA' sebagai berkata: "ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru dalam melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA.

 

  

 

  

  

  

M"ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."

Apa diperkatakan Pak Lah begitu mempesonakan. Betulkah ini Pak Lah? Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar sebaliknya menyiarkan kembali tulisan lama saya di ruangan ini, bertarikh Jumaat, 5 Oktober 2005 (ketika Pak Lah masih berkuasa) dengan tajuk 'Pak Lah, isteri beraya; tahanan ISA sekeluarga merana'. Sila lihat http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=10163&Itemid=76

Mesyuarat Muslimat Kawasan Titiwangsa
makanan yang disediakan memang best... sedap...
terima kasih kami ucapankan kepada tuan rumah, sebab memberi izin untuk mengadakan mesyuarat muslimat cawangan sedang membuat persiapan...
terima kasih kami ucapkan kepada semua.. barakallahu feekum..
by: Faezah

Thursday 23 July 2009

Kenyataan YB Dr. Lo’lo’ isu hukuman sebat ke atas pesalah minum arak untuk membetulkan kenyataan media.

Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23/07/2009 dengan tajuk-tajuk berikut “Outrage Over Caning For Model” dan “Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat’s Statement On Whipping Of Model” adalah dirujuk. Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut : a) Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. b) Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment. Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt. Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahn meminum arak. Saya telah memberikan komen saya dengan sucihati megikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain. Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada. Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud. Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan. Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walau pun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukaman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut. Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau. Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah. Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu. Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan. Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya. Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita. Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan. Saya merujuk kepada Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa. Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya. Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu UMNO/BN “merotan” Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut. Begitu juga perlu “disebat” pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg. Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut. Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA??...

Hukuman Sebat untuk peminum arak

Al Hujurat ayat 6 : Hai orang2 yg beriman, jika dtg kpdmu org fasik membawa suatu berita,maka periksalah dgn teliti, agar kamu tdk menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. Saya menerima panggilan talipon dari wartawan Malay Mail ptg semalam semasa dalam kereta balik dari HUKM.Wartawan ni shj yg ambil kenyataan saya, wartawan dari media lain tidak menghubungi saya pun. Dia minta saya komen tentang hukuman sebat terhadap model sambilan yang ditangkap kerana minum arak. Saya menyatakan antaranya; memang dalam Islam ada hukuman sebat kerana kesalahan minum arak, cuma dalam kes ini saya tidak pasti bila hukuman sebat ini mula dikuat-kuasakan oleh mahkamah Syariah. Hukuman sebat dalam Hukum Syariah adalah untuk mendidik dan ini saya tekan beberapa kali, sebab wartawan itu cuba memasukkan pandangan dia dalam jawapan saya tersebut. Saya juga menyatakan kebimbangan masyarakat yang tiada maklumat menganggap hukuman sebat mahkamah Syariah sama macam hukuman sebat mahkamah sivil, ini akan memberi persepsi yang buruk terhadap Islam khususnya mahkamah syariah lebih2 lagi pesalah adalah seorang wanita. Itu yang menjadi persoalan dan kebimbangan saya. Malah saya menyebut berkali2 pada wartawan tersebut, please dont manipulate my statement coz this is regarding Syariah Law. jawab dia, ok, ok Yb, I understand. Ada juga persoalan dibangitkan kenapa wanita yng ditangkap dan dihukum, lebih ramai orang lelaki yang minum arak tapi tak kena apa2 pun. Saya kata, macam kesalahan speeding, bawa kereta laju dari had, melambak yang speeding tapi nasiblah sape yang kena tangkap & sape yang tidak. Begitu juga kes model ini.Jadi mereka seolah2 nak memposisikan satu diskriminasi terhadap wanita telah berlaku disini oleh pengamal undang2 syariah Msia. Pagi2 tadi saya telah dihubungi Tuan Zainul Rijal bertanya isu yg sama sebab dia tidak percaya apa yang diberitakan. Barulah saya dimaklumkan hukuman sebat ini telah dijatuhkan keatas seorang pesalah minum arak lelaki dari pantai timor Msia. Maklumat yang terkini saya dimaklumkan hukuman yang dijatuhkan pada 2005 tersebut belum dijalankan kerana pesalah membuat rayuan - lamanya kes ini tidak diselesaikan ! Saya juga dimaklumkan JAKIM ada menganjurkan bengkel tentang perlaksanaan hukuman sebat pada bulan April tahun ini 2009. Cuba bayangkan kami Ahli2 Parlimen dan ADUN2 tidak langsung diberitau apatah lagi untuk dijemput bagi menyertai bengkel tersebut sedangkan kami adalah 'Legislator' yg terlibat secara langsung dengan penggubalan undang2 dan perlu dimaklumkan tentang pelaksanaan sesuatu undang2. Kepada yang membaca dan telah 'menghukum' saya dengan bahasa2 hebat melalui sms dan facebook saya nak beri bbrp nasihat - jgn percaya berita dari org2 yg fasiq, juga jgn cepat melabel, jgn cepat menjahilkan orang apatah lagi saya bukanlah orang jahil walaupun bukan ulama sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang terlibat langsung dgn majlis ilmu dari kecil lagi sehinggalah arwah bapa saya bekas Mufti Selangor dan Mufti Perak meninggal dunia , belajar disekolah agama Raja Perempuan Taayah Ipoh sehingga ke Kolej Islam Kelang. Malah semasa di FPUKM terus mengikuti majlis2 ilmu dan program2 Tarbiyah secara serius dan berkala atas inisiatif sendiri, insyaAllah sehingga kini masih istiqomah dgn program2 tarbiyah dan majlis2 ilmu. Kepada yang beri teguran dan peringatan membina saya ucapkan jazakallah. Ini adalah kenyataan spontan yang saya buat sebaik balik dari temu-janji saya dengan rakan Doktor Pakar. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebentar lagi. Dr Lo'lo'

Wednesday 22 July 2009

Kenapa dan kemana ?

Kenapa SPRM tidak siasat kes di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?

Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.

Kemana gelapnya kes lingam hingga tidak Nampak lagi dimata SPRM & adik beradiknya PDRM ???

Saya masukkan disini kepedihan hati seorang kolumnis Cina (dlm dwibahasa)

 

Perlukan Berapa Beng Hock Untuk Menyedarkan Rakyat Malaysia? | 多少個明福,才能喚醒您的冷漠?

at 11:30 AM

21

Jul

Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?... Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.

类似的国家机关缺乏透明度个案,大家可以随手拈来。在警 方扣留所内毙命的古甘前后矛盾的验尸报告如何解释?林甘短片的下文怎样了?登嘉楼体育馆坍塌之后应该由谁负起责任?国州议员夫人俱乐部的各种未解之谜如何 解?每年一度的国家总稽查司报告内的各种舞弊迹象……。在国外,上述任何一件事情,都足以让一个政府倒台;在大马,一些民众却把它当作娱乐八卦新闻来看, 热闹过一阵子就算




Perlukan Berapa Beng Hock Untuk Menyedarkan Rakyat Malaysia?

Setelah 2 tahun menjadi penulis kolum ini, ini adalah kali pertama saya menulis dengan hati yang penuh kesedihan dan kesusahan.

Sebelum ini, Saya sering bertemu Beng Hock di aktiviti tempatan kerana beliau berkhidmat di Seri Kembangan (Penolong ADUN Seri Kembangan, Eun Yang), maka dengan adanya peluang itu, hubungan kita menjadi semakin rapat, mungkin faktor sebaya juga mendorong kepada itu. Beng Hock adalah remaja yang penuh dengan semangat, kenapa dia harus membunuh diri sedangkan dia telah bercadang untuk bertunang dengan teman wanitanya dan siasatan juga tidak tuju kepadanya..

Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?... Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.

Mereka yang tidak peka terhadap isu semasa inilah yang menyebabkan kes ini sering berulang di Malaysia, dan beberapa biji gula (hadiah) {11 biji? } sudah memadai untuk mereka memaafkan/lupa kejadian ini.


Penulis SinChew Daily
Ling Guo Wen
http://opinions.sinchew-i.com/node/10796


 

hancurnya hati seorang ibu, sakitnya hati seorang ayah tidak dapat bela anak sendiri..

 




评论:凌国文‧多少个明福,才能唤醒您的冷漠?

在此栏执笔两年多以来,从未试过在如此沉重、悲痛的心情下动笔。

7
16日下午,收到"明福在雪州反贪委会坠楼死亡"的短讯,我先是不敢相信自己的双眼,连续拨打数通电话求证后,我开始不相信自己的耳朵……715日傍 晚,在网路新闻看到明福被反贪委会带回雪州总部协助调查时,我心中还在想,等明福出回来之后,我们可以有更多执法机构办案方式的秘闻可谈。

不到24时,我却再也没机会见到明福了。

我和许多人一样,从无法接受、再到心情悲愤、满腹疑惑,心中不断重复的都是同样一道问题:"明福为什么会死"

明福是沙登州议员欧阳捍华的助理,而我则是沙登居民,所以常在一些社区活动碰面,加上大家年龄相若,是以日渐熟络。明福是一位对社会改革充满了热诚的年轻人、加上他积极的性格、而且近日还打算与女友结婚、再加上反贪委会调查的对象也不是他,他有什么理由要跳楼自杀?

案中的重重疑点,媒体已经有非常详尽的报导与评论,本文不再重复。然而,人是被反贪委员会带走的,不到24时就离奇毙命于此机构的雪州总部,这个责任,反贪委会别以为几句"不知道"就可以将责任推得一干二净!

贪局"提升"成反贪委员会,除了名字之外,改革了什么?先别奢望它独立运作,单单是透明化这一环,从明福被带回总部盘问的过程,再到明福出事后当局所给于的解释,已让人哀莫大于心死!

似的国家机关缺乏透明度个案,大家可以随手拈来。在警方扣留所内毙命的古甘前后矛盾的验尸报告如何解释?林甘短片的下文怎样了?登嘉楼体育馆坍塌之后应该 谁负起责任?国州议员夫人俱乐部的各种未解之谜如何解?每年一度的国家总稽查司报告内的各种舞弊迹象……。在国外,上述任何一件事情,都足以让一个政府 倒台;在大马,一些民众却把它当作娱乐八卦新闻来看,热闹过一阵子就算。

追源朔底,冷漠的群众,才是纵容这些不公不义不平事件一再发生的罪魁祸首。不论是再大的弊案,只要当局多派几粒看到吃不到、似是而非的糖果,各种大是大非的问题都可以抛到九霄云外。

前身在国外的我,无法出席任何一场明福的追悼会,更无法送明福最后一程。我只能在这呼吁大家,我们绝对不可以在不明不白的情况下失去一条年轻美好的生命。 们都是父母的孩子,或是孩子的父母,一个明福,代价已经够大了,我们不能再承受失去另一个明福。各位,唤醒您的冷漠,提醒您的善忘,我们的社会,需要一 场彻底的改革。


星洲日报/六日谭‧作者:凌国文(市场销售经理)
http://opinions.sinchew-i.com/node/10796

[ADS]
Email 就可賺新加坡錢,就是那么简单!!!
[ADS]
回答付费调查,只需5钟,
[ADS]
原来 Twitter 也可以赚钱 ???

The one term used by politicians

I watched 'Tiger' - a Malayalam movie yesterday.

In a scene, the protagonist played by actor Suresh Gopi says the following:

"The one word used by politicians to cheat people - development."

Looking at the statement from a Malaysian context, certain parties does actually use the term in every election campaign.

And yet, where is the development for the poor? Why are there underdeveloped areas?

Development can also mean development of the mind. This has been neglected and left to rot as every education ministers who takes charge make changes according to their whims.

As a result, our education standards are low.

We may have more universities than Singapore but lesser intellectuals.

From chamberofopinion.blogspot

Tuesday 21 July 2009

Berita tentang ziarah mangsa kemalangan bas Rapid KL di Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam blog talkonly.blogspot :

On behalf of the LKKPP, Doctor Lo'lo' also distributed a small hamper of fruits to each of the victims warded, along with a token of money in an effort to relieve the expenses the families have to bear. At the same time, the Doctor took the opportunity to get acquainted with several of the staff at each ward, especially in view that she had served in the hospital early in her career as a Medical Doctor.

Soon after the visit, the Doctor was interviewed by reporters from Harakah, touching especially on the recent ManekUrai by-election.

Doctor Lo'Lo', quite like many voices in Pakatan Rakyat, voiced her displeasure on the manner BN conducted their campaign, stooping low with not only the blatant abuse of the government's machineries, money politics, as well as promises which can tantamount to either a threat or bribery, or even both. She also mentioned the selected investigations of MACPA especially on the 2 Pakatan Rakyat ADUN in Selangor, while turning a blind eye to the underhand campaign tactics in Manek Urai, and the RM500,000 DUN allocation which the BN representatives utilised within 2 months prior to the 2008 General Election (at this point of time, the news of Teoh Beng Hock's death was not reported yet).

With UMMC nursing staff.

Please visit http://talkonly.blogspot.com

Program2 terbuka untuk orang ramai turut serta anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa dan Dewan Muslimat PAS Titiwangsa: 1- KAUNTER MESRA RAKYAT DI MASJID BAITUL AMAN, JALAN DAMAI, KUALA LUMPUR pada Jumaat 24 Jul 2009 bersamaan 2 Syaaban 1430H dari 12 tgh- 3 ptg. Khidmat yang disediakan: Pendaftaran SMUE Skim Mesra Usia Emas untuk warga emas 60 tahun keatasyang terdiri dari 'anak Selangor' iaitu kad pengenalan -10- ditengah. Sila bawa kad pengenalan sendiri dan salinan, salinan Kp isteri/suami/anak sebagai 'penjaga' dan salinan Kp anak yang lain sebagai penama/yang diamanah terima wang khairat kematian tersebut. Pendaftaran TAWAS iaitu Tabung Warisan Anak Selangor iaitu untuk anak-anak yang dilahirkan di Selangor atau yang ibu bapanya anak Selangor iaitu yang lahir dari Januari 2008. Kaunter aduan pelbagai masalah, termasuk untuk menyalurkan permohonan ke JKM dan permohonan bantuan zakat. Tabung derma juga disediakan kepada yang mahu menderma. 2- MAJLIS TADARRUS AL-QURAN sempena Ulang tahun kelahiran Dr Lo'lo' yang ke 52 pada Ahad 2 Ogos 2007 bersamaan 11 Syaaban 1430H bermula dari 10 pagi di PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT TITIWANGSA, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, KL. Tel:0326980025
KAUNTER MESRA RAKYAT
Surau Jawa, Kg. Baru
YB sedang memberi penerangan kepada salah seorang warga emas tentang skim mesra usia emas [khairat kematian] untuk anak Selangor
Pn. Hasmiza menerangkan tentang SMUE dan TAWAS kepada jemaah jumaat [selepas solat]
di kaunter...

Monday 20 July 2009

Thursday 16 July 2009

Dari Tranungkite tentang RNC & RM

Kebakaran Di Kerinchi: Raja Nong Chik dan Rosmah dihalau
Posted on Wednesday, July 08 @ 01:00:00 PDT by
TokPenghulu


Oleh
Nasali Ismail

Kebakaran beberapa buah rumah di kampung Kerinci seminggu yang lalu menimbulkan pelbagai konflik yang belum berakhir. Selepas kebakaran tersebut, beberapa pimpinan politik baik daripada Pas, PKR dan Umno datang menziarahi mangsa-mangsa.

Antara yang hadir ialah Menteri Wilayah yang juga ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Raja Nong Chik. Kehadiran beliau telah disambut dengan herdikan daripada seorang mangsa. Khabarnya Raja Nong Chik melarikan diri ke dalam kereta. Mangsa yang berang dengan Raja Nong Chik terus meluru dan katanya menendang kereta beliau sehingga kemik.



Keesokan harinya sekali lagi Raja Nong Chik datang bersama dengan 'puaka' (Datin Seri Rosmah Mansur). Rosmah datang membawa bantuan untuk mangsa. Namun bantuan itu diberikan kepada mangsa-mangsa tertentu sahaja dan salah seorang mangsa kebakaran tidak menerima. Akibatnya isteri kepada mangsa kebakaran ini keluar dari rumah dan berdepan dengan Rosmah sambil mengatakan 'ni barua'. Puas merah padam muka Rosmah dimaki oleh perempuan ini. Namun dia hanya mendiamkan diri. manakala juaknya Raja Nong Chik memujuk wanita ini dengan mengatakan petang nanti bantuan yang berbaki akan diberikan.

Kenapa begitu marah mangsa kebakaran ini kepada Rosmah dan Raja Nong Chik? Untuk makluman penduduk kampung Kerinchi ini merupakan sebahagian daripada penduduk yang diarahkan pindah ke perumahan PPR. Sebahagian mereka membantah kerana mereka dipindahkan ke PPR Cempaka yang berjauhan dari rumah asal. Ini mendatangkan masalah kerana anak-anak mereka semuanya bersekolah di Kerinchi. Keduanya kedudukan rumah PPR Cempaka yang berhadapan dengan loji najis amat memualkan mereka. Oleh itu mereka memohon untuk dipindahkan ke PPR berhampiran berhadapan masjid Ikhlasiah yang masih kosong satu bangunan. Namun permintaan mereka tidak diselesaikan.

Keduanya ketika hari kejadian, rumah yang berpenghuni hanyalah sebuah sahaja. Bakinya sudah tidak ada penghuni kerana sudah berpindah. jadi rumah-rumah tersebut berkunci. Pada tengahari kejadian, salah seorang mangsa melihat api menyala di tengah salah satu rumah yang terbakar. Persoalannya siapa yang membakar kerana rumah itu tidak berpenghuni. kemudian apabila api sudah naik, dilihat dua lelaki melarikan diri dari rumah tersebut. Ini bermakna seolah-olah adanya unsur-unsur sebotaj dalam kebakaran tersebut.

Ketiganya apabila bantuan diberikan, ramai muka yang tidak dikenali mengaku menjadi mangsa. Sedangkan empat buah rumah yang terbakar itu tidak berpenghuni. Manakala rumah yang ada penghuni dianak tirikan ketika penyampaian bantuan oleh Rosmah.

Mungkinkah inilah sebahagian punca kemarahan penduduk kampung Kerinchi kepada Raja Nong Chik dan Rosmah Mansur

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami (Allah) menjadikanya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang telah diberikan kepada kamu, dan ingatlah Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri

(Al-Hadid (57:22-23)

Wednesday 15 July 2009

BEG MISTERI YG JADI UMPAN BN KALAH TIPIS ?: berat sampai senget pengangkatnya Beg misteri turun dari 2 buah Heli yang membawa TPM dengan kuncu2nya. Penyokong PAS yang cedera masa insiden kekecohan Hari Mengundi MU Muslimat PAS yang cedera agak teruk dan sedang diusung kekereta untuk dibawa ke hospital. Yang dihebohkan oleh media penipu adalah puteri umno yg kununnya pengsan dan tercabut gigi. Sebagai Profesional dan Doktor Perubatan kejadian yang menyebabkan kecederaan fizikal waktu hari mengundi tidak sepatutnya berlaku pada mana2 pihak pun. Buat apa polis beribu2 orang di MU jika kejadian seperti ini pun tak dapat dibendung. Dikatakan ada 3000 polis vs 12000 pengundi. Cuma ada 9 UPU, takkan tak mampu untuk mengurus PRK di DUN yang begitu kecil. Dr Lo'lo'
PAS menang tipis di Manek Urai. Mustafa Mohd kata UBN menang secara moralnya. Inilah UBN yang masih tidak mahu berubah dan masih 'tidor'. Rakyat tolak UBN dalam 6 PRK dimana UBN melabur jutaan RM. Lihat gambar misteri diatas (saya cut&paste gambar ni dari satu laman blog) seorang lelaki tersenget2 bawa beg yg begitu berat turun dari helikopter yang dinaiki juga oeh TPM. senget macam dacing BN, nasib baik tak terbalik macam lambang UMNO yang saya 'pinjam' dari satu laman blog politik. Apa agaknya dalam beg tersebut ? dikatakan ini kali kedua TPM turun dgn Heli dmana ada orang dia bawa beg berat seperti tu? Saya tidak perlu komen, masing2 buat telahan sendiri.
Lapuran Polis telah dibuat tentang RASUAH POLITIK TPM yg janjikan jambatan baru menyambung MU lama dgn MU baru serta jadikan MU pusat Agropolitan. Orang MU pun tak faham apa itu agro politan, tapi dengar jambatan baru tentulah ramai yang 'terlior' sebab secara mudahnya ramai yg kata kalau undi BN dapat duit, dapat jambatan, pd masa sama Kerajaan PAS/PR di Kelantan tidak tergugat. Yang menang kami rakyat MU. Teringat saya 'pedasnya sambal pepijat di MU'. Sedapnya sambal ni sehingga takperasan namanya 'huduh', baunya macam bau pepijat. Camtulah sebahagian pengundi yg undi BN, sedapnya tawaran BN yg hanya berilai RM7 juta terlupa yg UBN dah SONGLAP 1 BILLION duit minyak rakyat Kekantan termasuklah rakyat MU.
Kata orang PAS ganas, puteri UMNO sampai pengsan. Sepanjang pengalaman saya dalam PRK yang ganas dan tidak senonoh adalah UMNO. Sampaikan wanita umno yg dah kira ganyut pun sanggup tunjuk2 bontot, puterinya lagilah pulak, lucah habis. Dalam media tunjuk sgt cite PU cederalah, pengsanlah. Tengok gambar orang PAS yang berdarah kepala, ada muslimat yang cedera agak teruk dan terpaksa diusung masuk kereta dan dimasukkan hospital. Gambar muslimat tidak berjaya saya perturunkan disini sbb masalah teknikal.

Tuesday 14 July 2009

Pembicaraan Bermula jam 9 pagi ini 7 Julai 2009

1. PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan campurtangan politik yang sangat jelas ke atas badan kehakiman berhubung pengendalian kes perhimpunan Bersih di Parlimen yang melibatkan sepuluh orang penyokong dan pimpinan tertinggi PAS.

2. Kes tersebut yang ditetapkan untuk bicara pada 7 hingga 9 Julai 2009 ini pada asalnya telah ditangguhkan kerana Hakim perlu menghadiri kursus di Melaka.

3. Mahkamah telahpun menyerahkan surat kepada peguambela tertuduh dua minggu yang lepas bagi memaklumkan penangguhan tersebut. Walau bagimanapun, pada hari Jumaat (3 Julai 2009) lebih kurang jam 12.00 tengahari, pihak Mahkamah telah menghubungi peguambela tertuduh dan memaklumkan bahawa mereka mendapat "arahan" untuk meneruskan dengan perbicaraan sungguhpun Hakim yang mengendalikan kes tersebut sepatutnya menghadiri kursus seperti yang ditetapkan.

4. Perubahan arahan di saat akhir ini sangat meragukan dan menampakkan tekanan dan campurtangan politik yang cukup tidak bermoral ke atas kes ini, lebih-lebih lagi menjelang penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai pada hari ini.

5. Kes ini melibatkan pimpinan tertinggi PAS iaitu YB Dr Mohd Hatta Md Ramli selaku Bendahari PAS dan juga Ahli Parlimen Kuala Krai (di mana DUN Manik Urai berada di dalam kawasan parlimen tersebut) , Ust Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS, YB Dr Lo'Lo' Dato Hj Mohamad Ghazali , AJK PAS Pusat yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa telah ada komitmen yang penting masa penamaan calun & Program Khas Ahli Parlimen turun padang, YB Dr Mohd Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia yang juga merupakan ADUN Kota Damansara dan lima penyokong Pakatan Rakyat yang lain.

6. Mereka telah ditahan kerana kononnya berhimpun secara haram di perkarangan Parlimen pada 11Disember 2007 untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan perlembagaan bagi melanjutkan tempoh persaraan setahun lagi Tan Sri Abdul Rashid, Pengerusi SPR pada ketika itu. PAS Wilayah Persekutuan amat berharap agar perbicaraan kes ini dapat berjalan dengan seadil-adilnya dan tanpa gangguan dan campurtangan politik parti pemerintah.

7. Sebab utama kes ini perlu sangat disegerakan oleh "pihak atasan" amat diragui dan dipersoalkan, kerana dalam masa yang sama ribuan kes-kes lain yang melibatkan nyawa dan hak asasi tertuduh masih belum lagi dibicarakan. Ini menunjukkan berlakunya "selective prosecution" yang sangat jelas dalam insitusi kehakiman negara dan mengesahkan lagi pandangan umum bahawa insitusi kehakiman kita masih belum bebas sepenuhnya dari tangan-tangan kotor parti pemerintah.

AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI

Pengerusi Lajnah Guaman

PAS Wilayah Persekutuan,

Saturday 11 July 2009

LAWATAN KE PUSAT PENGURUSAN INFLUENZA H1N1 di HOSPITAL KUALA LUMPUR hari ini Sabtu 11 Julai bersamaan 18 Rejab 1430

Friday 10 July 2009

KAUNTER MESRA RAKYAT
Masjid Alam Shah
9 Julai 2009
Selepas solat Jumaat, para jemaah datang berpusu-pusu ke khemah kami untuk bertemu YB dan juga bertanya tentang Skim Mesra Usia Emas, aduan, tabung anak Selangor (TAWAS) dan sebagainya..
YB beramah mesra dengan pengunjung yang datang bertanya..
Muslimat turut sama-sama membantu YB

Monday 6 July 2009

SEMINAR KEPEKAAN GENDER KEPADA SENATOR DAN AHLI PARLIMEN MALAYSIA SIRI 1 / 2009 ANJURAN KOKUS PARLIMEN WANITA DIHOTEL HILTON KL 3 JULAI 2009 YB ZURAIDAH AMPANG, YB DR LO'LO' TITIWANGSA, YB CHONG ENG BUKIT MERTAJAM Berbicara dengan pembentang kertas kerja Yb Chong Eng kemukakan pandangan YB Fuziah Salleh disebelah KSU Kementerian Hal ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Faezah