Monday 18 July 2011

Solat Jenazah Dr. Lo'lo'

Jenazah Dr. Lo'lo' akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Sunday 17 July 2011

Kenyataan keluarga YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali

Kami pihak keluarga Dr Lo’lo’ mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo’lo’ sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini. Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.  

Saturday 2 July 2011

Peluang untuk Kementerian Wilayah menarik semula RUU PPKB 2010

Selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, saya ingin menyatakan bahawa pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu bersyukur dan lega kerana RUU PPKB 2010 tidak sempat dibentangkan dalam sesi Parlimen yang baru selesai.


Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menarik balik RUU ini daripada Parlimen dan kembali mengadakan perbincangan serta dialog dengan para pemilik dan pewaris tanah Kg Bharu dalam setiap usaha Kerajaan membangunkan Kg Bharu. Kementerian juga perlu mendapatkan persetujuan semua pemilik dan pewaris tanah dan yang lebih penting mendapatkan persetujuan Lembaga Pentadbiran MAS berkaitan pembangunan Kg. Bharu.


Lembaga Pentadbiran MAS yang telah wujud sejak tahun 1900 perlulah diberikan keutamaan berbanding Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang  tiada mandat rasmi daripada pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu.  Ahli Parlimen yang diberikan mandat secara sah melalui pilihanraya juga sepatutnya dilibatkan aktif bermula daripada peringkat perangkaan lagi untuk memastikan penyelesaian yang terbaik dan adil, terutamanya kepada pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu.


Kementerian juga boleh melakukan apa-apa pembangunan melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sememangnya mempunyai kuasa yang sah dalam mentadbir tanah Kg. Bharu. Jika pembangunan Kg. Bharu memerlukan suatu Akta Parlimen maka  pihak Kementerian perlu ikhlas dan telus untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah sebelum mengemukakan RUU yang baru.


Saya sangat berharap pihak Kementerian dapat merealisasikan slogan yang dilaung-laungkan oleh YAB Perdana Menteri berkenaan dengan era "Government knows best" atau "Kerajaan sahaja yang tahu yang terbaik" telah berakhir.







YB Hjh Dr Lo'lo' Datuk Hj Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa




Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'