Friday 30 July 2010

Program makan satey bersama YB-YB Pakatan Rakyat untuk mengumpul Dana Pembelian Darul Ummah Parlimen Titiwangsa

 Jom Ramai-ramai ke Program Makan satey anjuran Pas Kawasan Titiwangsa Kupon Berharga RM20.00 dijual untuk mengumpul dana pembelian Darul Ummah antara YB2 yang  akan hadir YB Husam Musa ,  YB Salehhuddin Ayub ( Parlimen Kubang Kerian ) , YB Gobalakrishnan (Parlimen  Padang Serai ) YB Nasir Hashim ( Dun Kota Damansara ) , YB Lim Lip Eng ( Parlimen Segambut ) , YB Dr Lo'Lo' ( Parlimen Titiwangsa ) Dan YDP Pas Titiwangsa Ustaz Abdullah Wahab .

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
Saya menerima hantaran dalam Fb bertanya kenapa saya hanya ada Pusat Khidmat di Kg Baru dan tidak d Dato Keramat dan Zon Pandan. Ini jawapan saya untuk dikongsi pengunjung blog:

Mampuke ahli parlimen dr Pakatan Rakyat nak cover 2-3 pusat khidmat. Yg satu ni pun semput nk cover. Sebulan tidak kurang RM 10,000 dr duit elaun ahli parlimen yg digunakan utk menampung operasi PKWR dll kegunaan utk kebajikan rakyat. Duit gaji langsai setiap bulan. Nak korek kat mana lagi?

Duit EPF RM 100k pn dah habis utk menampung perbelanjaan yg setiap bulan defisit. Untuk Bulan Ramadan sahaja saya perlukan RM 100,000 untuk sumbangan2 dan program berbuka puasa bersama rakyat. Inilah rakyat tidak tahu kezaliman dan kejahatan umno bn.

Duit peruntukan ahli parlimen sebanyak RM 1 juta setahun (baru2 ni PM tambah lagi RM 500k) diNAFIkan drpd semua wakil2 rakyat PR. Tak pasal2 ketua bahagian umno yg dapat dan derang belasah duit rakyat - unaudited / tanpa audit. Ni pun rakyat masih sokong.

Kalau RM 1 billion pun Ling leong sik boleh TIPU dan disokong kabinet Mahathir (kalau menteri2 kabinet tak sedar kena tipu 1 billion tu memang super duper penipulah tu) inikan pula setakat poketkan RM 1.5juta duit peruntukan khas ahli parlimen.

RAKYAT TOLONGLAH SEDAR dan BUKA MATA HATI masing2.

Kalau saya diberi peluang mengurus RM 1.5juta peruntukan khas tersebut, memang banyaklah yg saya boleh buat di TW dan saya akan buka pusat khidmat di semua zon2 ie dato keramat dan kg pandan.

JOM BERI KAMI dari Pakatan Rakyat peluang untuk menerajui Negara. Kalau PR gagal / tidak amanah boleh tukar balik.

Barulah rakyat ADA KUASA menentukan NEGARA diurus-tadbir dengan betul dan menteri2 serta wakil2 rakyat TAKUT dgn rakyat dan bukan rakyat takut dgn mereka.

Jom ubah demi maruah!



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Tuesday 27 July 2010

Perjumpaan Ahli Parlimen Kuala Lumpur Dengan Datuk Bandar & Ketua Pengarah DBKL

YB Dr Lo'Lo' sedang membentangkan Isu & Masaalah yang terdapat di Kawasan Parlimen Titiwangsa
sedang memperkatakan sesuatu kepada Datuk Bandar Sambil diperhatikan Oleh YB Tan Seng Geaw ( Parlimen Kepong )
 Sedang Ditemuramah beberapa wartawan selepas pertemuan dengan Datuk Bandar & Ketua Pengarah DBKL

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Program Ziarah Surau Taufiqiah, Kuarters Kerajaan, Jln Cochrane



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Tuesday 20 July 2010

Kenapa Bahagian Pengurusan Hartanah buat taklimat kepada kaki-tangan kerajaan di Dewan umno?

Semalam semasa dalam program turun padang ke surau2 seluruh TW saya telah mendapat maklumat bahawa pada malam ini akan diadakan majlis taklimat berkenaan dengan pengosongan Kuarters Kerajaan Jln Cochrane yang terletak dalam Parlimen Titiwangsa. Aturcara majlis dengan jelas menyenaraikan taklimat oleh Pegawai dari BPH dan seterusnya ucapan oleh Ketua bahagian umno Cheras. Majlis ini diatur oleh Rukun Tetangga kuarters tersebut. Ini adalah kerana mereka telah menerima notis pengosongan pada Bulan Disember nanti.

Sebelum ini saya telah menyertai satu majlis dialog atas isu yang sama dimana penduduk telah menerima notis untuk mengosongkan pada Bulan Mei yang lalu Saya telah mendapat jaminan dari pegawai BPH yang hadir pada malam tersebut iaitu kaki-tangan kerajaan tidak akan diminta mengosongkan kuarters sehingga urusan tukar milik status hartanah tersebut disempurnakan. Ini adalah kerana kebimbangan penduduk yang khuatir kawasan berkenaan tidak akan dibangunkan terus dan terbiar bertahun2 seperti mana yang berlaku dengan kawasan kuarters kerajaan di Jalan Imbi yang sehingga kini terbiar jadi sarang penagih dadah dan dipenuhi setinggan2. Beberapa rumah yang dikosongkan dan telah dirobohkam dikawasan sekarang pun tinggal seperti padang jarak padang tekukur.

Berbalik kepada isu program malam ini saya berasa hairan bagaimana sebuah unit dibawah JPM boleh terus bersetuju untuk beri taklimat pada kaki-tangan kerajaan walau pun dimaklumkan tempat yang dicadangkan adalah sebuah dewan parti politik yang berselerat dengan bendera parti. Apakah JPM tidak perlu akur kepada General Order yang melarang kaki tangan kerajaan terlibat secara aktif dengan parti politik. Inilah kerajaan pusat yang ada yang tidak pernah belajar dari kesilapan dan tidak sedia untuk berubah. Mereka sentiasa beranggapan dan bertindak seolah2 umno tu kerajaan dan kerajaan itu umno.

Walau pun saya bantah tetapi nampaknya pegawai berkenaan mendapat arahan untuk meneruskan majlis malam ini. Bagus juga mereka bersikap membabi-buta seperti ini, biar rakyat melihat. Kakitangan kerajaan memang golongan rakyat Malaysia yang cerdik, mereka melihat dan memerhati 'double standard' ini. InsyaAllah PRU13 nanti mereka akan mengundi berdasarkan pemerhatian mereka walau apa sekali pun yang disogokkan melalui media yang dikuasai kerajaan pusat.



"Islam adil untuk semua"



Dr Lo'Lo'

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Pokok mati di Blok E13 Desa anggerik sudah ditebang Pihak DBKL


YB Dr Lo'Lo' semasa melawat pokok yg mati di Blok e Desa anggerik , Kg Pandan

Hadangan di buat untuk tidak membahayakan orang yg lalu lalang disitu


Hari Jumaat ( 16/07/2010 ) aduan dibuat oleh YB Dr Lo'Lo' , hari isnin ( 19/07/2010 ) tindakan Menebang Pokok telah dibuat oleh Pihak DBKL

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday 19 July 2010

YB Dr Lo'Lo' Sampaikan sumbangan Barangan Dapur, Beras n Makanan Kering kepada Mangsa Kebakaran Kg Sg Kerayong DI PPR Seri ALam












Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
“ Dan apabila dikatakan kpd mereka : “ Marilah berhukum kpd HUKUM AL QURAN yg telah diturunkan oleh ALLAH dan kpd HUKUM RASULULLAH.” , niscaya engkau melihat orang2 MUNAFIK itu berpaling serta menghalang (manusia) dgn bersungguh2 dpd menghampirimu.” - Al Quran , surah An Nisaa , ayat 62.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Friday 16 July 2010

Aduan Penduduk Desa anggerik E13 kepada YB Dr Lo'Lo'


 YB Dr Lo'Lo' sedang melihat Pokok Yg sudah mati & Reput , sudah ada kereta yg kena hempap dahan yg patah dan aduan telah dibuat 18 hari yg lalu tetapi masih belum ada tindakan dari Pihak DBKL

 Berlatar belakangkan pokok yg sudah mati.....

YB Dr Lo'Lo' sedang menghubungi Pihak berkuasa DBKL mengadu tentang poko mati yang membahayakan org yg lalu lalang disitu.











Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Tuesday 6 July 2010

Mangsa kebakaran Kg Sg Kerayong terima sumbangan Stove & Tong Gas dari Ahli Parlimen Titiwangsa



YDP Pas Titiwangsa Ustaz Abdullah sedang memberikan Tazkirah



sedikit penerangan & ucapan Yb dr Lo'Lo' kepada hadirin tentang Tazkirah yg disampaikan oleh YDP Pas Titiwangsa Ustaz Abdullah Wahab



YDP Jemaah Islam Malaysia ( JIM ) Kuala Lumpur  Sdr Roshani Marjumat memberikan sedikit kata semangat kepada mangsa kebakaran




Anak2 mangsa kebakaran bergotong royong membantu menurunkan tong gas.


Satu Stove & Tong Gas Untuk Setiap 1 keluarga mangsa kebakaran disampaikan Sdr Roshani Marjumat YDP Jemaah Islam Malysia sambil diperhatikan YB Dr Lo'Lo'



Sdr Halim salah bagi pihak  mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih kpd YB Dr Lo'Lo' keatas sumbangan yg telah diberikan.



Bergambar beramai-ramai selepas upacara sumbangan tersebut

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday 5 July 2010

Oil Solution anjuran Kuala Lumpur Metropolitan Universiti Dirasmikan Oleh YB Dr Lo'Lo'




Ucapan YB Dr Lo'Lo' untuk perasmian Program Oil Solution.
 
Sebahagian Pelajar-pelajar yang hadir bagi menyokong Program Oil Solution anjuran Kuala Lumpur Metropolitan Universiti ( KLMU )


Tandatangan bagi perasmi Program Oil Solution.

Oil Solution adalah projek penyelesaian kepada sisa domestik iaitu Sisa Minyak Masak, dimana sisa minyak masak perlu dikujmpulkan dalam tong yang disediakan oleh syarikat. Tong ini akan diambil oleh syarikat apabila telah penuh dan bayaran sebanyak antara RM150-180 akan diberi kepada komuniti yg mengusahakan pengumpulan minyak masak tertsebut. Program ini boleh diusahakan oleh surau/masjid dan rumah2 ibadat atau badan2 kebajikan.



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Sunday 4 July 2010

Ziarah surau/Masjid:Berbuka Puasa Sunat Dan Berjamaah Dengan Penduduk Surau Babul Khairat

 YB Dr Lo'Lo'  Bersama Muslimat Surau Babul Khairat sedang bersiap sedia untuk berbuka Puasa sunat


Saudara Ehsan ( Kanan ) sedang berbual dengan AJK surau Babul Khairat sementara menanti masuk waktu maghrib
Selepas solat maghrib , pengerusi berucap sambil mengalukan kedatangan YB Dr Lo'Lo' ke surau Babul Khairat untuk berbuka puasa sunat dan berjemaah bersama2 penduduk PPR Cochrane



YB Dr Lo'Lo' Sedang menyampaikan amanat &  sepatah dua kata kepada hadirin yg hadir di Surau Babul Khairat



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Thursday 1 July 2010

Ziarah ke Surau Rajaiyah ( Surau Jawa ) dan berbuka puasa bersama AJK Surau Rajaiyah

BERGAMBAR BERSAMA-SAMA AJK SURAU RAJAIYAH ( SURAU JAWA )



BERSAMA-SAMA MUSLIMAT SURAU RAJAIYAH ( SURAU JAWA )



Sdr Ehsan Dan Cikgu Yusoof sedang berbuka puasa bersama AJK Surau Rajaiyah


YB Dr Lo'Lo' Berbuka Puasa bersama Muslimat Surau Rajaiyah




Sesi ucapan selepai solat Maghrib mengalu-alukan kedatangan YB Dr Lo'Lo' ke Surau Rajaiyah sebelum memulakan bacaan Yassin dan Tahlil Pada Malam Jumaat 24/06/2010



Sepatah dua kata dari YB Dr Lo'Lo'


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Usaha YB Dr Lo'Lo' dapatkan sumbangan pakaian dari Pusat belibelah Mydin untuk mangsa kebakaran Kg Sg Kerayong

YB Dr Lo'Lo' sedang memberikan taklimat kepada mangsa2 kebakaran sebelum nemerima sumbangan sambil diperhatikan En Tarmizi wakil bagi Pusat Belibelah Mydin

seramai 75 orang mangsa2 kebakaran sedang berkumpul di hadapan Mydin Sinar Kota


Wakil Pusat Beli Belah Mydin memberikan taklimat


setiap kelurga mangsa ditemani pekerja Mydin untuk memilih barang2

Sedang berbual degan Raja Lope ( Pak Ungku ) , YDP Pas Titiwangsa Ustaz Abdullah Wahab Dan Wakil Pusat Beli Belah Mydin Sdr Tarmizi.


 Melihat Puan Hajar sedang meneliti senarai penerima sumbangan
Sedang membantu memilih saiz baju yang sesuai

Pn Rasidah ( Tim . Ketua Muslimat Pas Titiwangsa ) membantu adik kecil ni memakai seluar yg baru

penuh satu troli baju baru untuk adik kecil kita ni

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'