Tuesday, 2 September 2008

YB dan PENDUDUK KG. BHARU...
salah seorang wartawan yang khusyuk mendengar penjelasan seorang pegawai YB tentang status Kg. Bharu meluahkan apa yang terbuku dihati, sambil diperhatikan oleh YB muka-muka yang suram, kerana memikirkan di mana hak mereka...
penuh perasaan...
wartawan interview salah seorang penduduk Kg. Bharu
ini apa?!!!...mana hak kami?...apa hak mereka berbuat seperti ini?... inilah kata-kata yang diluahkan oleh salah seorang penduduk...mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dengan tanah mereka...
dihantar oleh Faezah p/a YB
PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR (UPSR)
10 Ogos 2008
para peserta bergambar kenangan bersama YB dan guru
YB memberi ucapan perasmian penutupan dalam program tersebut
YB menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta
para pelajar yang mengikuti seminar tersebut...
YB dijemput untuk merasmikan penutupan program seminar UPSR untuk anak-anak Titiwangsa, anjuran Rukuntetangga PPR Jelatek. Alhamdulillah..sambutan yang diterima oleh pelajar dan ibubapa amat baik. dihantar oleh Faezah p/a YB
MAJLIS ULANGTAHUN CAWANGAN PAS DI BATU 5, GOMBAK
YB bergambar bersama ahli PAS.. YB bersama Muslimat cawangan...
di hantar oleh Faezah p/a YB
dihantar oleh Faezah p/a YB
PERASMIAN MAJLIS MOHON RESTU 2008
SRI AL-UMMAH
29 Ogos 2008
YB memberi ucapan rasmi dalam majlis tersebut... YB memberi hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam ujian percubaan UPSR/UPSRA
YB dijemput untuk merasmikan program "Malam Mohon Restu 2008" anjuran Sekolah Rendah Sri Al-Ummah. Program ini bertujuan untuk memohon restu dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR/UPSRA. di hantar ole Faezah p/a YB

Monday, 25 August 2008

MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE 54
STADIUM INDERA MULIA IPOH, PERAK.
Ambil peluang bergambar sambil menunggu ketibaan Presiden PAS TGAH dan Mursyidul 'Am PAS TGNA, kelihatan Dato Dr Harun Din, Hjh Azizah Khatib Mat, YB Dr Mariah dan saya sendiri. Kami berbaris di hdpn Stadium Indera Mulia, Ipoh tempat muktamar berlangsung. Malam perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 54, bersama YB Dr. Siti Mariah Mahmud.Pertama kali saya pada keesokan harinya menjadi Pemerhati Pusat utk Mktmr DPPP Kelihatan pentas utama dimana muktamar sedang rancak berlangsung.
SEBELUM MENGADAP TUANKU PUTERA DR. NAZRIN SYAH di Istana Kuala Kangsar kami berkumpul di lobi Hotel Casuarina, Ipoh
Berbincang sesuatu dengan AJK bertugas bersama saff kepimpinan lain...
gambar kenangan di hotel casuarina sebelum berangkat mengadap Tuanku Putera Dr. Nazrin
Forum Ramadhan dan Kesihatan
24 Ogos 2008
YB bersama Datuk Zahid Hamidi, sempat berbincang sesuatu yang penting YB bergambar bersama peminatnya... YB turut sama mendengar forum yang disampaikan oleh ahli panel jemputan..
Forum ini berlangsung di Hotel Regency, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Bangunan Plaza Safuan. Program ini dianjur oleh Kampong Baru Medical Centre. YB dijemput sebagai tetamu kehormat bagi sama-sama memeriahkan program tersebut...
Program ini dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Zahid Hamidi. dihantar oleh Faezah p/a YB
MAJLIS DIALOG MB SELANGOR BERSAMA PENDUDUK KG. BARU
3 Ogos 2008

YB bersama MB Selangor dan beberapa orang yang berkaitan sedang berbincang mengenai status Kg. Baru sebelum bermula majlis dialog...

YB memberi penjelasan kepada penduduk Kg. Baru...
dihantar oleh Faezah p/a YB

Tuesday, 19 August 2008

Hari ini saya hedak menulis sedikit tentang keluarga Bulan Ogos membawa banyak kenangan dan sangat istimewa dalam hidup saya. 2 Ogos 1957 adalah tarikh lahir saya, anak merdeka yang darahnya tumpah di bumi Kuala Kangsar Perak. Baru-baru ini 14 Ogos saya kembali ke Kuala Kangsar sambil mencipta sejarah kerana diterima mengadap YAM Raja Nazrin di Istana Bukit Chandan bersama-sama beberapa pemimpin kanan PAS iaitu Dato seri Presiden TG Abd Hadi Awang,Dato Dr Harun Din, Yb Us Nasa, Dato Wan Mutalib, Yb Dr Mujahid, Yb Dr Hatta, Dato Mustafa Ali, Yb Mahfuz Omar, Yb Husam Musa, Yb Dato A.Halim dan YAB Dato Seri Nizar MB Perak. Turut serta Dato Anuar Zaini selaku Orang Besar Istana. Pertemuan yag bersejarah, mesra dan menukilkan satu anjakan baru dalam PAS. Juga merupakan hadiah hari ulangtahun kelahiran yang paling berharga. Saya amat gembira kerana YAM Raja Nazrin maklum tentang Allahyarham Ayahanda saya yang merupakan bekas Mufti Perak. Gambar2 di istana akan dirakamkan dalam blg ini kemudian Pada tarikh yang sama iaitu 14 Ogos merupakan hari ulang tahun kelahiran cucu sulung saya yang diberi nama 'Izz Nu'man oleh Papa & Ibunya. Anak yang cergas dan menghiburkan Buah hati pengarang jantung Jaddah(nenek/opah) n Tok Wan,7 bulan sudah mula berdiri.Tok Nek (mak kpd Tok Wan) kata pinggang pun lembik macam agak2 lagi!! 10 bulan dah mula menapak, Sekarang makin tegap berjalan,namun begitu mulut takberapa laju.Masih lagi suara protes tanpa biji butir. Paling minat main kompang n gendang yankee.Kalu dengar orang mengaji atau menonton Alif smart kids dlm Astro Awani memang ternganga terus. Moga2 jadi Anak yag soleh, Hafiz-profesional. 16 Ogos pula disambut oleh Sakinah bersama rakan2nya di Rusun UNHAS,Makassar. 23 tahun didunia kini semakin matang meniti hidup di perantauan sebagai pelajar Medik tahun 4. Insya Allah hujung tahun depan akan bergelar Dr Sakinah. Sori Inah, Ma terlalu sibuk dengan urusan parti dan muktamar hingga lambat ucapkan 'Happy Birthday'. Dua orang tokoh politik dan daawah di Msia iaitu DSAI menyambut Hari jadi pada 10 dan Yb Shaari Sungip atau Pak Abu pada 3 Ogos yang lalu . Moga keputusan PRK Permatang Pauh akan jadi hadiah hari jadi yang terhebat untuk DSAI. Amin