Monday, 15 September 2008

EDARAN KUIH BULAN DI DESA REJANG
14 Sept. 2008
Mr. Vincent, Mr Hu dan PEMUDA memberi kuih bulan di pasar Desa Rejang.. Kuih Bulan...selamat menyambut festival kuih bulan...
EDARAN KUIH BULAN DI MALURI BERSAMA YB
YB memberi kuih bulan kepada salah seorang peniaga cina
kedai makan,...YB turut memberi kuih bulan kepada masyarakat cina diperhatikan oleh Mr. Vincent Lee dan Mr. Hu Pang Chaw
Hj. Mohamed Nor (PJ PAS Pusat) turut hadir bersama-sama memberi kuih bulan kepada masyarakat cina
memberi kuih bulan dari rumah ke rumah...
baru sampai Maluri...nak mula mengedarkan kuih bulan...
mesyuarat berdiri...berbincang kemana nak mula edar..
Darul Ummah...bahagi-bahagi kuih bulan tuk dibawa ke Maluri dan Desa Rejang...
by: Faezah
IFTAR BERSAMA...
14 Sept. 2008/ 14 Ramadhan 1429H
YB memberi ucapan aluan 
YB bersama salah seorang isteri tahanan mangsa ISA
antara muslimat yang hadir
sebelum menyediakan makanan tuk jasmani...terhidang dahulu makanan rohani...khusyuk mendengar tazkirah...
muslimin turut membantu muslimat menyediakan persiapan tuk berbuka
Pn. Fauziah dan Pn. Hajar begitu sibuk menyediakan juadah...
Iftar ramadhan anjuran PAS Kawasan Titiwangsa, pada 14 Sept. 2008/ 14 Ramadhan 1429H lalu berjalan dengan lancar dan santai...turut hadir pada majlis tersebut Ustazah Nuridah dan keluarga, Mohamad Nor (PJ) dan keluarga serta isteri-isteri mangsa tahanan ISA...
by: faezah
SEMARAK RAMADHAN BERSAMA KOMUNITI DISAYANGI
YB bersama ustazah Saimah (Timb. Pengarah JAWI)
penyampaian sumbangan kepada salah 1 Komuniti Disayangi (PERNIM)
YB bersama Pn. Hjh. Norlina Alwi (pengarah PERNIM)
bergambar bersama...
gambar kenangan bersama kanak-kanak PERNIM
di antara komuniti disayangi yang hadir...ramai...
IFTAR BERSAMA INDIA MUSLIM, INDIAN SETTLEMENT
Kelihatan YB, cikgu Yusuf wakil zon Keramat merangap Naib YDP PAS serta en Hedzer Timbalan YDP disambut oleh Pengerusi Surau India Muslim.Yb menyampaikan sedikit sumbangan untuk Majlis Iftar. Namun begitu sebenarnya Komuniti India Muslim ini jauh lebih mampu Maklumlah taukeh2 Restoran Mamak yang maju perniagaan masing2 sering memakmurkan dan bersama2 menyertai Majlis Iftar dan Terawih.Kelihatan AJK2 DewanMuslimat Titiwangsa juga turut serta: Puan Rashidah, Aishah, Hajar, Fauziah Zainal Abidin dan saya sendiri Faezah selaku p/a YB.Bubur lambuknya istimewa kerana ditumis dengan rempah kari merah berbeza dengan bubur lambuk biasa. Menarik dan sedap. Nasi berianinya lagi sedap sehingga kami semua kekenyangan. YB sendiri 'komplen' sebab sudah terlebih makan, biasanya YB makan sangat sederhana supaya ringan untuk berterawih.kaum wanita yang hadir untuk bersama-sama berbuka puasa YB bersalaman dan bertanya khabar kepada jemaah yang hadir muslimin yang hadir
sambutan dan layanan yang diterima amat terharu..dan makanan yang dihidangkan Alhamdulillah sedap-sedap semuanya...difahamkan jemaah yang hadir ke surau India Muslim ini setiap malam lebih kurang 300 jemaah dan mereka berbuka puasa bersama-sama setiap hari...di sini kaum perempuan mereka hanya datang untuk makan sahaja semuanya disediakan oleh kaum lelaki, berbeza dengan kita orang melayu...kebanyakannya persiapan itu disediakan oleh kaum perempuan...
by: faezah
LAWATAN BAZAR RAMADHAN KG. PANDAN
YB disertai oleh ramai AJK2 PAS kawasan TW kerana Bazar Ramadhan ini tidak jauh dari Markaz PAS TW.
YB bertanya khabar dan permasalahan peniaga2....
Peniaga2 dan pengunjung2 sangat gembira kerana YB turun padang meninjau sendiri keadaan Bazar Ramadan.
Diakhir lawatan tersebut YB mengambil kesimpulan Bazar Ramadan boleh di urus dengan lebih baik jika semua pihak iaitu DBKL,persatuan peniaga dan penjaja serta Ahli Parlimen boleh bekerjasama dengan jujur dan ikhlas.
Oleh Faezah p/a YB
LAWATAN BAZAR RAMADHAN JLN. RAJA ALANG
YB beramah mesra dengan salah seorang masyarakat YB bertegur sapa dengan salah seorang pengujung Cina bazar
YB mengunjungi bazar Ramadhan Jln. Raja Alang...YB juga turut mengambil kesempatan mengedarkan risalah kepada para peniaga bazar...
by: faezah

Friday, 12 September 2008

LAWATAN BAZAR RAMADHAN 1429H
YB betanya khabar dengan salah seorang peniaga di Bazar Ramadhan
Jln Raja Muda Musa, Kg Baru YB beramah mesra...
YB bersama kakitangan melawat bazar Ramadhan
Gambar yang terakhir adalah Gerai Persatuan HIMPUNAN ARMALAH(IBU TUNGGAL) TITIWANGSA atau ringkasnya HATI yg menjual barangan terpakai terutama pakaian betul2 dihadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat TW. Sekurang2nya jualan ini dapat memberi pulangan antara RM 50-100 setiap hari. Modalnya RM 0 tetapi masalahnya pejabat YB sekarang jadi tempat longgokan barangan terpakai tanpa ada kumpulan yang mahu betul2 komited untuk membuat 'sorting' atau mengklasifikasikan barangan2 tersebut.
Kesibukan kerja seorang Yang Berhormat, tidak menghalang YB Dr. Lo'lo' untuk melawat serta beramah mesra dengan masyarakat dan peniaga bazar Ramadhan di Jln. Raja Muda Musa dan juga Pasar Minggu...di sini YB turut juga mengedarkan risalah kepada mereka... by Faezah
IFTAR BERSAMA MB SELANGOR
2 September 2008/ 2 Ramadhan 1429H
YB sempat berbincang sesuatu dengan YB Iskandar Farhan, Ehsan dan pembantu2 YB yang lain.di antara tetamu-tetamu jemputan yang hadir... Kelihatan Puan Sri Salbiyah isteri MB selaku tuan rumah
by: faezah