Wednesday, 13 May 2009

SKIM MESRA USIA EMAS adalah salah satu program MES iaitu MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR oleh Kerajaan PR Selangor 12 Mei 2009

Rakyat Selangor (kad pengenalan bernombor 10 ditengah ) di Negeri Selangor dan WP yang berumur 60 tahun keatas layak menyertai Skim ini dengan mendaftar di Pusat Khidmat ADUN dan Ahli Parlimen WP.

Bersalaman dengan hadirin/rat Majlis Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Tuan Hj Ahmad, jln Raja Uda , Kg Baru, KL.

"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41

Tuesday, 12 May 2009

KARNIVAL SUKAN RAKYAT
16 MEI 2009 (SABTU)
8.30 PAGI
Bertempat: MARKAZ PAS TITIWANGSA, DATARAN DARUL UMMAH, NO. 43, JALAN 2, KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR
Aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan:
  • Pertandingan Sepak Raga
  • Pertandingan Karom
  • Pertandingan Dart
  • Pertandingan Mewarna (untuk Kanak-kanak)
  • Pertandingan Melukis (Keluarga)
  • Pertandingan Congkak
  • Pertandingan Batu Seremban
  • dan banyak lagi acara-acara menarik yang mennati anda di sana...
# Gunting rambut percuma untuk kaum lelaki dan anak-anak
Penyertaan adalah PERCUMA dan HADIAH-HADIAH menarik yang menanti anda...
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi: En. Ajim (013-3006085) atau
Pn. Sharifah Rashidah (019-2114764).
KUNJUNG HORMAT- PERSATUAN BARAH OTAK & URAT SARAF 11 Mei 2009

PBOS akan mengadakan Program Harapan Baru iaitu Prog Riadah Fizikal dan Mental :

Sabtu 16 May 2009 di Hutan Simpan Bukit Nanas, KL dari 8pg-2petang. Hubungi En Megat 0133732608; http://braincancersociety.blogspot.com/;

email: pneuro.gmail.com

Turut serta ialah Kak Zaleha dan En Chin yang juga merupakan Pesakit Barah Otak.

Faezah

Ahli-ahli Parlimen Wanita PAS: YB Dr. Lo'lo' (Titiwangsa), YB Dr. Mariah (Kota Raja), YB Ustazah Siti Zailah (Rantau Panjang), dan YB Senator Mumtaz mengucapkan SELAMAT HARI IBU dengan ucapan "IBU MOMENTUM KEBANGKITAN RAKYAT". 
Tidak lupa juga diucapkan untuk warga JURURAWAT yang sambut hari khusus untuk mereka pada hari ini 12 Mei 2009.
Kepada para GURU,
Selamat Hari Guru: GURU PENDUKUNG KESEDARAN & KEBANGKITAN RAKYAT
TUAN GURU NIK ABD. AZIZ NIK MAT MOHON SUPAYA KITA SEMUA MELAKUKAN SOLAT SUNAT SYUKUR DUA RAKAAT DAN PUASA SUNAT.

Monday, 11 May 2009

TERKINI:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah diRAMPAS jawatan tersebut awal bulan lalu.
9 Mei 2009 Bantahan Perpindahan oleh Penduduk Indian Settlement ke PPR Muhibbah Puchong dan bantahan penguat-kuasaan DBKL untuk keluarkan penduduk Indian Settlement secara paksa pada Khamis 14 Mei ini .

Macam mana kami nak pindah...PPR Muhibbah Puchong 20Km jauhnya dari Kg Pandan; tiada kemudahan asas disana, tiada kenderaan awam dan jauh masuk kedalam. Kami kebanyakannya bekerja di Kelab Golf, di Pasar Pudu dan sekitar Pandan serta Ampang. Bagaimana kami nak 'survive' dengan gaji yang kecil iaitu antara RM 700-1500 seorang. Kami akan dibuang kerja atau terpaksa melepaskan kerja yang ada sebab kebanyakan kaum wanita berjalan kaki atau naik bas sahaja. Bagaimana pula anak-anak kami yang bersekolah di Sekolah Tamil Kg Pandan yang berada dalam kawasan Indian Settlement. Sekolah akan kehilangan murid2 kerana hampir seratus lebih murid2 yang terlibat dengan pemindahan. Mereka nak sekolah dimana. bagaimana nak buat urusan perpindahan sekolah ditengah penggal persekolahan. Anak2 akan sangat terganggu kerana dipaksa pindah. Apa kan berlaku???

Tolong kami YB, YB mesti tolong kami. Kami sudah tiada tempat mengadu. Saravanan Menteri berbangsa India pun tidak mahu tolong, malah halau kami keluar dari pejabat dia...

Mohon Tuan bagi masa untuk rakyat miskin untuk menyatakan kebimbangan dan kekecewaan mereka. Saya sebagai Wakil Rakyat bagi jaminan mereka tidak akan melakukan sebarang tindakan yang membahayakan keselamatan. Saya kenal mereka ini semua sebagai rakyat saya yang patuh pada undang2.

YB Sivarasah pun turut memberikan sokongan....

Mereka sangat risu dan hidup dalam ketakutan menanti 14 Mei.

Anak-anak pun tau slogan Rakyat di Utamakan hanya RETORIK

Ada juga yang masih berharap pada Najib..... ikutlah....

Muslimat PAS, YDP dan ramai AJK PAS Kawasan Titiwangsa turun beri sokongan dan mengongsi kesussahan dan kebimbangan rakyat.

Dr Lo'lo'

Friday, 8 May 2009

KECOH MAKSIMA DUN PERAK 7 MEI 2009

YAB Nizar beri taklimat sebaik selesai DUN yang tidak sah kerana tidak pernah bermula

Bergambar ditempat letak kereta sebagai bahan sejarah...

Berjalan ke kawasan yang paling hampir dengan DUN. Kena menyeberang Sungai Kinta melalui Jambatan Gantung..

Sarapan di Rumah arwah orang tua saya di Kg Tengku Husin Baru selepas MUNAJAT PERDANA.

Abang saya Tuan Hj Mohd Surur bapa Ehsan.

Us Idris AJK PAS Pusat juga turut ada.

Ketua Pemuda WP Sdra Kamaruzzaman

Ketua Pemuda YB Salehuddin.

Ceramah malam sebelum tu...

YB Us Mujahid salah seorang penceramah.

Hadirin-hadirat...

Dr Lo'lo'

Wednesday, 6 May 2009

PROGRAM KEHIDUPAN MURNI DI PPR HILIRAN AMPANG
3 Mei 2009
Jemputan Perkahwinan