Tuesday, 13 October 2009

Ziarah mangsa kebakaran

13 Oktober 2009
Petang semalam En. Razak dari Desa Pandan telefon beritahu ada berlaku kebakaran di Blok E16 Desa Pandan, Innalillahi wa inna ilahi rooji'un, dalam jam 4.30 petang YB pergi ziarah mangsa kebakaran bersama staff PKWR... Rumah mangsa berada di tingkat 4, habis kesemua barang-barang yang berada di dalam rumah tersebut hangus terbakar tidak ada yang terselamat.
YB cuba menenagkan...
keadaan selepas...

Jamuan Aidil Fitri HARAKAH

Juadah yang disediakan... memang sedap
Dato' Mustafa (Cikgu Pa), YB, Vincent Lee, Ehsan dan Asri
bersama Puan Norlaila (Isteri mangsa ISA) dan Kakitangan Harakah
berkerumun... masing-masing nak makan nasi kambing yang best..
Antara tetamu yang hadir Tan Sri A Samad Said dan isteri, Syed Ibrahim dan ramai lagi bagi memeriahkan jamuan tersebut.

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'

Harakahdaily Mon | Oct 12, 09 | 11:47:40 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah. "Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

ImageMengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

----------------------------------------------------

KOMEN PEMBACA

1. Benar...mungkin rakyat terpilih...atau rakyat dipilihkan...kita tidak tahu tangan mana yang pangkah undi2 pos. - amin.

2. dalam prk bagan pinanng...rakyat tidak kalah...pr tidak kalah dan pas tidak kalah...tetapi umno/bn yang kalah sebab pemiulihan isa samad adalah mesej sebenar untuk dibawa pada mata masyarakat bahawa inilah muka dan imej perausah dan parti yang tidak tahu malu di muka dunia. - jali,putrajayaa.

3.Aslm..wlupn kalah tapi syabas diucapkan kepada PR khususnya PAS yang tetap bertungkus lumus untuk cuba melawan keangkuhan BN.Kita akui kekalahan ini disebabkan oleh kuatnya pengaruh BN iaitu dari segi jentera parti,media eletronik dan penggunaan wang dalam mengabui mata rakyat Bagan Pinang.Soal siapa calon BN walaupun sebelum ini terlibat dalam isu rasuah akan tetapi kerana asakan demi asakan dengan janji pembangunan,soal integriti calon telah diketepikan sama sekali oleh rakyat Bagan Pinang.Disamping itu penguasaan undi pos oleh BN juga telah menambah koleksi undi dan meninggalkan jauh undi calon PAS.Selepas ini kita nantikan,apakah BN terlalu kuat dikubu sendiri dalam pilihanraya akan datang tanpa adanya bantuan undi pos.Saya yakin PR akan menang seperti siri kemenangannya ditempat lain.Allahuakbar. - Zamani.

4. INILAH PERCIKAN GELOMMMBANG KE3 RAKYTAYAT DALAM PRU-13 KELAK....MOGA KEPUTUSAN BAGAN PINANGG MENJADI TELADAN BUAT SEMUA. - MATT,KEPONG.

5.Salam untuk semua pembaca...walaupun kalah perjuangan tetap akan diteruskan.. syabas kepada petugas.. saya juga hadir semalam..walaupun pada pagi hujan, tangahari panas terik.. para petugas tetap tabah.. SYABAS.... apa pun semua sudah tersurat PAS kalah pada kali ini.. seperti kata pengarang YB Dr Lo Lo..tu antara masuah dan rasuah... kita semua rakyat Malaysia tau..siapa iatu Tan Sri Isa... yang pelik ada menyatakan undi pos berpihak kepada PAS... itu yang saya dengar semalam namun apa kan daya undi itu hak pengundi disana... sabar je mungkin ada HIKMAH disebalik kekalah itu..wasalam. -aZIZI, jAAFAR.

6. Bukan tak suka bulan menang, tapi memang dah di jangka dari awai lagi... Mat Isa ni macam Pak Lah di Kepala Bataih laa.... sapa pun tak boleh celen dia... Kebanyakan penduduk Bagan Pinang/Telok Kemang - keja depa banyak di laut, depa ni tak berapa arif mengenai dunia luag.. terutama otai-otai sana, anak2 muda sudah berhijrah kerja kontrak utk loji2 di seluruh Malaysia - depa ni celek dunia luag. Tambah2 kut Teluk Kemang tu... tiap2 hari tunggu pantai, dgn seluag katoknya, rambut blongenya... tak kira zohor, asar atau magrib - bagi depa sama saja... kalau tak percaya hangpa pi tengok sendiri - meghelit badan depa duk jemuq panaih... Anak2 depa yg sekolah rendah pun sama jugak.. tunggu pantai... tunggu pelampong utk disewa Klau duit sekupang bagi depa dah rahmat, ni depa dapat seratuih sekeluarga, siap milo lagi tu... fuyoo... Mat Isa best... bab rasuah - dia tobat nasuha - yg ni kawan aku bagi tau kerana dia antag risalah setiap umah disana... Kalau tak semesti tewas, kita menang kut lain, nanti dapat 2 buah sekolah... Mat Isa janji nak siapkan rumah yang termengkalai di Taman Intan, ramai cikgu and askar kena penanya.... Baguih jugak - alamat jalan nak Pasir Panjang akan siap secepat mungkin laa. -Ayahcu.

7. Adat pertandingan, menang dan kalah. Terima hakikatnya melalui keputusan majoriti(8,013) pengundi Bagan Pinang memilih perasuah dari maruah untuk mewakili mereka. Mereka tidak serik dan suka diperbodohkan dan akan terus diperbodohkan sepanjang hidup mereka. Syabas kepada pengundi seramai 2,578 yang memberi undi mereka kepada PR yang mahukan sedikit perubahan. . Kepada wargakerja PR diBagan Pinang terima kasih atas usaha dan kerjasama kuat tuan/puan. Perjuangan harus diteruskan. Kepada gabungan dalam PR tingkatkan muaafakat antara satu sama lain. Jangan mengambil sesuatu tindakkan yang kurang bijaksana dan merugikan, belajarlah dari BN dalam perkara ini walaupun terdapat persengketaan yang kecil mahupun yang besar antara mereka tapi mereka teguh(menang) sampai kesaat ini. - AZLAN.

8. Kita bimbang kemenangan Isa akan memberi perspeksi negetif hala tuju pemerintah. Soal rasuah seolah perkara yang kecil bagi pemerintah BN. Kemenagan Isa akan memperkayakan lagi budaya rasuah dikalangan Umno.-tG Mohd.

9. Syabas kpd semua petugas PR dari seluruh negara yg berkorban masa dan wang ringgit sendiri utk memastikan Najib dan BN menjadi tidak yakin menang di tempat sendiri sejak dari mula dan berbagai-bagai siri insiden yg memalukan yang mewarnai PRK Bagan Pinang.Teruskan lagi kita gempur mereka dan membuat mereka terus tidak yakin sejak dari mula dan mainkan piskologi ini sehingga mereka lemah dan buang bendera dacing kedalam longkang seperti di Permatang Pauh dan tempat2 lain dlm pilihanraya kecil yg lepas2.Ini sajalah yg boleh mereka perolehi tak kemana pun dengan imej Isa Samad yg Tun Mahathir sendiri pun tak berkenan.Adakah NS akan bergolak selepas ini dgn kembalinya Isa seperti umno di Terengganu. -garuda pantai.

10. Secara ringkasnya, kemenangan BN di BP adalah terejamahan kenyataan PM bahawa ''RASUAH DALAM PARTI POLITIK ADALAH KESALAHAN TEKNIKAL PARTI SAHAJA DAN BUKAN KESALAHAN DI SISI UNDANG-UNDANG NEGARA'' tetapi yang pastinya, negara wujud bila ada satu organisasi politik yang kuat dan mengubal undang-undang DAN MENJADI PEMERINTAH negara. Rakat dan pemimpin tidak lagi takut memberi/menerima rasuah asalkan rasuah yang dibuat itu melalui saluran parti politik kerana yang pasti kesalahan itu nanti cuma dianggap kesalahan teknikal sahaja dan takda hukuman penjara/denda malah kebal oleh siasatan SPRM. Akhirnya budaya rasuah akan beranak-pinak di negara 1Malaysia. -anak malaysia.

11. Kita terima dengan hati terbuka kekalahan di Bagan Pinang. Sejarah Islam dahulu pun ada menempuh kekalahan perang. Tidak pula terus kecundang malahan lebih hebat peperangan selepas perang itu. Ada hikmahnya Allah menangkan Isa Samad, mungkin untuk mengkucarkacirkan pemerintahan MB Negeri Sembilan. Kuatkan semangat, tetap membangun dengan landasan Islam dan "solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Taala". -Tenno.

12. assalamualaikum.... syabas kepada PAS ,walaupon mereka kalah di Bagan Pinang Ahad lalu,kesungguhan pihak PR saya rasakan masih belum cukup kukuh untuk meyakinkan pemilih di sana. Saya harapkan, PR akan terus berusaha untuk memperkuatkan lagi jentera mereka di masa akan datang, setahu saya, sebelum pilihan raya tersebut.... bancian telah dilakukan oleh pihak tertentu...dan mendapati, mejoriti daripada koresponden,memberikan kenyataan positif kepada calon PAS, tapi entah bagaimana apabila pilihan raya dijalankan, sebaliknya yang berlaku... mungkin ada yang tidak kena dengan undi pos, yang mana... dilihat sebagai penambah jumlah bilangan undi kepada bekas menteri besar N9 itu.... saya berharap, semua jentera PR,tidak akan putus semangat,terutama sekali, apabila pilihan raya kecil akan diadakan di masa hadapan. Perkuatkan lagi jentera anda dan buatlah postmoterm untuk memperbaiki kelemahan kali ini - PenGkr1T1k_SiniS

13. Saya ada menerima maklumbalas daripada bekas penyokong bn. Mereka kata, isa tetap menang. Dia kata lagi, walaupun isa memberi rasuah dan menerima rasuah tapi dia baik pada rakyat.Soalnya..sesuatu perbuatan yang jahat untuk tujuan kebaikan adalah salah seperti mana merujuk kepada matlamat menghalalkan cara. Tektik kotor ini sama dengan cerita robin hook. Mencuri pada masa yang sama menderma harta yang di curi untuk rakyat. Isa pulak menerima rasuah daripada orang2 kaya dan memberi hasil rasuah pulak kepada rakyat dengan harapan orang terus mengundi dan is terus memimpin dan terus berkuasa. Proses ini berlarutan sehinggalah rakyat di Bangan Pinang teruja dengan perkhidmatan ISA. Sedangkan ia tahu isa menyumbangkan harta yang tidak baik untuk dirinnya. Cuma yang membezakan robin hook dengan isa adalah isa adalah pemimpin, manakala robin hook rakyat biasa. So, dari segi keterukannnya..isa lebih teruk dari robin hook. -malik.

14. ISA yang menang , bukan BN dah kuat & bukan UMNO yang kembali hebat . Memang betul kata Che Det ISA boleh menang tapi dalam jangka waktu panjang kemenangan ISA akan melingkupkan UMNO / BN .Kedua factor Rasuah di ladang2 berleluasa . Org India sendiri yang memberi nmaklumat dan bukti . Lagi satu Najib iktiraf parti Makkal sakhthi - Hindraff yang buat org India paling tadah .Bukti semua ladang PAS kalah berbanding PRU 12 hanya 1ladang yang kalah . Kita tengok PRK selepas ini seterusnya PRU 13 nanti . Sesungguhnya Kemungkaran akan lenyap di muka bumi ini � bersabar lah para pejuang keadilan demi untuk meegakan kebenaran mmg serik , inilah salah satu ujian yang kita hadapi . InsyaAllah berkat usaha kita PASti kita Berjaya akhirnya nanti . -Hj Mokhtar Hj Idris,N9. _

Thursday, 8 October 2009

PRK Bagan Pinang 2009

08 Okt. 2009
Pasar Teluk Kemang.
Program pada pagi tadi, YB Dr. Hatta belanja setiap yang datang sarapan pagi di Pasar Teluk Kemang nie... ketika kami bersarapan tetiba datang satu rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna iatu Dato' Ismail Sabri...
ramah mesra...YB Dr. Lo'lo', Yb Dr. Hatta, YB Firdaus (Parlimen Jerai),
Menteri Hal Ehwal Pengguna Dato' Ismail Sabri dan kakitangan Kementerian...
Setelah sarapan, bermula kempen dari gerai ke gerai..YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sedikit sumbangan (sejadah) kepada peniaga dan juga pengunjung...
turut hadir YB Ustazah Zailah...
07 Okt. 2009
Berkempen di Taman Dato' Samad
Lebih kurang dalam kul 2.30 petang rombongan YB sampai ke Bagan Pinang, kami difahamkan bahawa tempat untuk mengadakan Majlis Hi Tea pada petang tersebut terpaksa dibatalkan ekoran terjadi sedikit kemalangan yang ditimbulkan pihak UMNO Barisan National, terjadi kekecohan dan tumbok menumbuk...salah seorang daripada Pemuda PAS mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital... Untuk mengelak daripada berterusan maka Majlis pada petang tersebut dibatalkan dan program berubah menjadi ziarah dari rumah ke rumah pengundi yang di ketuai oleh YB Dr. Hatta Ramli. Kami berjalan dari satu rumah ke satu rumah dan berjumpa dengan pengundi, Alhamdulillah kami mendapat respon yang baik dari mereka. Turut serta YB, YB Dr. Mujahid, Bridged Titiwangsa, Bikers Titiwangsa & Pemuda PAS... MPs PAS untuk program nie semuanya Medical Doctor.
Ramah mesra dengan pengundi, YB. Dr. Mujahid, YB Dr. Lo'lo', YB Dr. Hatta
YB Dr. Lo'lo' berramah mesra dengan pengundi wanita, turut melihat YB Dr. Mujahid...
YB Dr. Hatta terpegun dengan tanaman sayuran di halaman rumah yang begitu subur..
Kanak-kanak gembira apabila kami beri belon dan lollipop kepada mereka...
Kanak-kanak yang bersemangat..membawa bendera PAS dan juga belon dengan menaiki basikal sambil melaungkan Allahu Akbar!!!... nampak jer kereta kami berhenti terus mereka melaungkan Allahu Akhbar!!! dan UNDILAH PAS...
Serius... entah apa yang dibincangkan...
Program di malam hari pula (masih diketuai YB Dr. Hatta Ramli), program ceramah MPs PAS di Taman Sri Pinang...
YB Ir. Khalid Samad, YB Zailah dan YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sumbangan duit raya untuk anak-anak tempatan...
YB menyampaikan ceramah...
by: Faezah

Thursday, 1 October 2009

Dr Lo' Lo' mula muncul di khalayak ramai

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali kini mula muncul di khalayak ramai selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), dengan menziarahi pelakon terkenal Norlia Ghani Isnin lalu, sehari selepas pelakon itu kematian anaknya, Edi Rizal Ramli yang jatuh dari pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri pada 27 September lalu.
Beberapa foto berhubung lawatan beliau ke rumah pelakon kini disiarkan di internet termasuk didapati di laman facebook tokoh PAS itu.
Semalam Malaysiakini melaporkan dan memaparkan foto terkini Dr Lo' Lo' yang berhari raya bersama ahli keluarga beliau di Kedah dan Perak yang dimuatkan dalam laman blognya.
Laman facebook tokoh PAS itu turut memaparkan gambar beliau mendengar penjelasan daripada pengerusi penduduk Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat yang dikenali Marzuki berhubung detik-detik berlakunya kejadian tersebut. Turut dipaparkan Dr Lo' Lo' bersama-sama dengan Norlia ditemubual oleh wartawan TV3 berhubung kejadian yang mengejutkan pelakon yang memegang watak 'Joyah' dalam drama bersiri 'Opah'. Gambar ahli parlimen itu menunjukan beliau menenangkan Norlia yang sangat sedih atas kehilangan anaknya itu turut dipaparkan dalam laman facebooknya itu.
Turut dipaparkan Norlia menunjukkan gambar anaknya kepada Dr Lo' Lo' dan wartawan TV3.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Norlia mengesahkan lawatan ahli jawatankuasa PAS itu di rumahnya di Pangsapuri Murni, Keramat - yang terletak dalam parlimen Titiwangsa, sehari selepas kematian Edi.
Menurut Norlia, pertemuan itu berlangsung kira-kira selama sejam bersama dengan wartawan hiburan Melodi, Nas Ahmad yang datang serentak dengan tokoh PAS itu.
Dalam pertemuan tersebut, Norlia merayu kepada Dr Lo' Lo' agar mengambil berat tentang tahap keselamatan penghuni di pangsapuri berkenaan yang sering berlaku kejadian jenayah seperti kecurian dan rompakan.
"Saya tetap teruskan kehidupan saya seperti biasa untuk mencari rezeki. Kalau duduk sahaja dan menangis, anak saya tak balik juga. Perkara itu sudah tertulis," katanya dengan nada sedih
"Saya tetap teruskan kehidupan saya seperti biasa untuk mencari rezeki. Kalau duduk sahaja dan menangis, anak saya tak balik juga. Perkara itu sudah tertulis," katanya dengan nada sedih
Menurut Norlia, Dr Lo' Lo' akan mengatur pertemuan dengan polis untuk membolehkan mereka memantau tahap keselamatan penduduk di pangsapuri berkenaan Dilaporkan tindakan berani Edi Rizal Ramli, 33, ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit di tingkat tujuh pangsapuri itu meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu. Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari, Ahad lalu menyebabkan Edi Rizal yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.
Abang mangsa, Romiza, 36, dilaporkan berkata seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu.
Romiza berkata terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.

Wednesday, 30 September 2009

Allah lebih menyayangi...

29 Sept. 2009
Pangsa Murni, Keramat Jaya

الَّذِينَ إِذَاأَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّالِلّهِ وَإِنَّـاإِلَيْهِرَاجِعونَ

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" {Q:2:156}

27 Sept. 2009, tarikh yang tak dapat dilupakan oleh Puan Norliah Ghani sekeluarga atas pemergian ahli keluarga yang amat disayangi. Difahamkan oleh Hj. Marzuki (Pengerusi Penduduk), arwah (Edi Rizal) jatuh dari tingkat 7 dari kediamannya selepas pautan di dinding balkoni terlepas akibat mahu menangkap pencuri yang masuk ke rumah jirannya. Pengerusi dan penduduk Pangsa Murni tersebut telah melarang arwah dari berbuat demikian kerana ia sangat merbahaya... tetapi itulah sebab musababnya Allah lebih menyayangi arwah... arwah terjatuh tetapi kakinya tersangkut di awning setelah itu kepalanya jatuh dahulu ke bawah. Puan Norliah ketika itu berada di rumah anaknya terkejut apabila menerima panggilan bahawa anaknya mengalami kecederaan yang teruk dikepala akibat terjatuh dari tingkat 7 kediaman mereka. Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat dekat sini.

Hj. Marzuki (Pengerusi Penduduk) menceritakan bagaimana kejadian tersebut kepada YB dan wartawan Melodi
YB dan Puan Norliah sedang diinterview oleh Nas Melodi
YB menenangkan Puan Norliah yang sangat sedih atas kehilangan anaknya yang disayangi
Puan Norliah menunjukkan gambar anaknya kepada YB dan wartawan TV3
YB, Saudara Rushdi Ramli (berbaju oren), Pengerusi Penduduk di rumah mangsa, yang dikatakan menjadi tempat "pencuri" tersebut merancang strateginya. Difahamkan pencuri tersebut telah beberapa hari berada di dalamnya, kerana tuan rumah pulang ke Kampung halaman masing-masing untuk sambut 1 Syawal.
YB meminta Pengerusi Penduduk mengadakan perjumpaan dengan Polis untuk membincangkan perkara ini, supaya kejadian tidak berulang kembali. Insya Allah akan diadakan dalam masa terdekat ini.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْبِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّاللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". {Q:2:153}

Rasulullah SAW bersabda: Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa. (HR Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda: Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya. (HR Bukhari dan Muslim)

Monday, 28 September 2009

FOTO RAYA 2009 / SYAWAL 1430H DI TANDOP, ALOR SETAR KEDAH DAN DI KG TENGKUHUSI BARU,IPOH PERAK
Hingga jumpa lagi Ramadhan dan Syawal 1431H
Dr Lo'lo'

Sumbangan Ramadhan

16 Sept 2009
Desa Rejang
Ramai pengundi Titiwangsa yang berada di Desa Rejang, Setapak. Jam 6 petang YB hadir ke foot court Desa Rejang untuk menyampaikan sumbangan orang ramai kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan juga OKU. Walaupun kesihatan YB masih belum baik sepenuhnya demi untuk menemui rakyat...
YB menyampaikan sumbangan kepada OKU...
YDP Titiwangsa (Ust. Mejer (B) Abdullah) menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal
YDP Setiawangsa menyampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim
YDP Setiwangsa memberi ucapan
Firman Allah yang bermaksud:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)

Saturday, 26 September 2009

Foto terkini Dr Lo' Lo'

Foto-foto terbaru ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali ketika menyambut Hari Raya Adilfitri minggu lalu, kini dipaparkan dalam blognya.
Menurut seorang ahli keluarganya, lima keping foto tersebut dirakamkan ketika Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa PAS, menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Kedah dan di Perak minggu lalu. Ditanya mengenai tiga keping gambar yang memaparkan catatan 1 Mac 2008, beliau berkata, ia adalah kesilapan fungsi tetapan tarikh pada kamera yang digunakan dan mengesahkan semua gambar tersebut diambil ketika sambutan Aidilfitri tahun ini. Menurutnya lagi, foto pada tarikh tersebut diambil bersama ahli keluarga mentua Dr Lo' Lo', di Tandop, Alor Setar Kedah pada hari raya pertama. Manakala dua keping gambar lagi termasuk gambar Dr Lo' Lo' sedang menjamah lemang bersama ahli keluarganya - yang bertarikh 21 September lalu atau hari raya kedua - dirakamkan di kediaman bondanya di Kampung Tengku Husin, Ipoh. Ini merupakan foto terkini itu Dr Lo' Lo' selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu. Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan beliau tetap menerima kedatangan tetamu termasuk pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi dilaporkan tidak bersedia ditemuramah oleh wartawan. Ditanya mengenai kesihatan Dr Lo' Lo' sekarang ini, ahli keluarganya itu berkata: "Alhamdulillah..."

Thursday, 17 September 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan PPR Cochrane Perkasa

Sabtu (12 Sept. 2009/ 22 Ramadhan 1430H) YB turun ke PPR Cochrane Perkasa untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan walaupun keadaan beliau masih kurang sihat sepenuhnya... demi rakyat beliau cuba, kerana sudah lama beliau tidak turun melihat rakyatnya...
Seterusnya baca di sini Yayasan Prihatin Titiwangsa