Monday, 19 October 2009

Jamuan Aidil Fitri PPR Jelatek

Hari Sabtu baru-baru nie ada beberapa jamuan raya yang dijemput, yer laa sebab Syawal dah nak habis... Jam 12t/hari YB ada jemputan Majlis Jamuan Raya di PPR Jelatek anjuran Persatuan Penduduk serta dengan kerjasana Rakan Anti Dadah Wilayah (RADA), di sini bukan sahaja disediakan pelbagai juadah malah disediakan pameran RADA untuk masyarakat setempat. Ramai pengunjung yang datang... Dikesempatan ini YB turut menyampaikan duit raya untuk anak-anak di PPR Jelatek nie... gembiranya mereka dapat duit raya dari YB...
Juadah yang disediakan, bihun goreng, satey, soto, lemang dan macam-macam ada...
YB beramah mesra dengan penduduk setempat
Bagi-bagi duit raya...
YB dibawa melihat pameran Rakan Anti Dadah (RADA), dan diperhatikan En. Ahmad Kelana (Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Jelatek) serta S/U Persatuan.
Terima kasih kepada Persatuan...makanan yang disediakan memang sedap...difahamkan mereka menyediakan makanan secara bergotong-royong... "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"

Masalah kebersihan Pasar Chow Kit terus menganggu

Harakahdaily
Mon | Oct 19, 09 | 9:53:06 am MYT
KEMASKINI JAM 11.30 PAGI

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Laporan tentang pasar Chow Kit yang kotor telah mendapat reaksi segera dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, pegawai DBKL telah menghubungi beliau dan memberitahu Alam Flora, kontraktor yang berkaitan akan bertindak segera.

Dr Lo' Lo' pula meminta DBKL mengambil tindakan jangkapanjang dan bukannya secara ad-hoc sahaja.

Beliau yakin DBKL akan memberikan kerjasama bagi mempastikan kawasan beliau ini bersih sentiasa.

Sebelum ini, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan tindakan segera untuk membersihkan pasar Chow Kit yang terus kotor dan tidak selesai hingga kini.

Menurut beliau, pelbagai usaha telah beliau lakukan sebelum ini untuk mempasti pasar yang sangat popular khasnya di kalangan orang Melayu itu bersih, namun tidak selesai hingga kini.

Sebelum ini, beliau pernah memanggil wartawan dan jurugambar untuk mendedahkan masalah pasar itu namun ia hanya selesai sementara sahaja.

Pasar Chow Kit, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu sangat terkenal dengan kepelbagaian bahan jualannya.

Pada sebelah paginya, ia terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai jenis ikan dan sayur-sayuran serta buah-buahan serta ayam segar.

Image

Pasar ini berpindah ke Jalan Raja Alang dengan menjual pelbagai jenis sayuran kampung dan ulam pada sebelah petang dan malamnya.

Ia sangat popular hinggakan menarik perhatian dari pelancong luar. Namun, kekotoran pasar ini banyak yang menghalang mereka datang kembali ke sini.

Selain kekotoran, masalah peniaga dari negara jiran juga menghantui pasar ini.

Ada pihak yang menyalahkan peniaga dengan tabiat pengotor dan tidak ambil berat mereka manakala para peniaga pula menyalahkan kemudahan dan sistem kebersihan yang tidak baik. _

Friday, 16 October 2009

SUMBANGAN DEPAVALI 2009

16 Okt. 2009,
India Settlement Kg. Pandan, YB Dr Lo'lo' menyampaikan sumbangan Deepavali serta duit raya untuk anak-anak masyarakat India Kg. Pandan dengan Kerjasama ADUN Chempaka, YB Iskandar. Program bermula pada jam 6 petang... walaupun keadaan hujan turun renyai-renyai mereka tetap juga menunggu dan tidak berganjak dari tempat.
YB menyampaikan ucapan...
Para petugas menyiapkan + menyusun barang-barang sumbangan..
Barang-barang yang disumbangkan...

Wednesday, 14 October 2009

Kezaliman ISA

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? [22] (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya [23] (Q: 47: 22-23)
Ziarah ke rumah mangsa ISA yang telah dibebaskan tapi tidak bebas (kerana hanya boleh bergerak di kawasan Ampang sahaja) saudara Mat Sah bersama isteri hebat Cikgu Norlaila aktivis GMI Gerakan Mansuh ISA.
Dr Lo'lo'

MAJLIS RUMAH TERBUKA PARLIMEN TITIWANGSA

Tarikh: 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Perkarangan Taman Tasik Ampang Hiliran
SEMUA WARGA TITIWANGSA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, 13 October 2009

Ziarah mangsa kebakaran

13 Oktober 2009
Petang semalam En. Razak dari Desa Pandan telefon beritahu ada berlaku kebakaran di Blok E16 Desa Pandan, Innalillahi wa inna ilahi rooji'un, dalam jam 4.30 petang YB pergi ziarah mangsa kebakaran bersama staff PKWR... Rumah mangsa berada di tingkat 4, habis kesemua barang-barang yang berada di dalam rumah tersebut hangus terbakar tidak ada yang terselamat.
YB cuba menenagkan...
keadaan selepas...

Jamuan Aidil Fitri HARAKAH

Juadah yang disediakan... memang sedap
Dato' Mustafa (Cikgu Pa), YB, Vincent Lee, Ehsan dan Asri
bersama Puan Norlaila (Isteri mangsa ISA) dan Kakitangan Harakah
berkerumun... masing-masing nak makan nasi kambing yang best..
Antara tetamu yang hadir Tan Sri A Samad Said dan isteri, Syed Ibrahim dan ramai lagi bagi memeriahkan jamuan tersebut.

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'

Harakahdaily Mon | Oct 12, 09 | 11:47:40 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah. "Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

ImageMengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

----------------------------------------------------

KOMEN PEMBACA

1. Benar...mungkin rakyat terpilih...atau rakyat dipilihkan...kita tidak tahu tangan mana yang pangkah undi2 pos. - amin.

2. dalam prk bagan pinanng...rakyat tidak kalah...pr tidak kalah dan pas tidak kalah...tetapi umno/bn yang kalah sebab pemiulihan isa samad adalah mesej sebenar untuk dibawa pada mata masyarakat bahawa inilah muka dan imej perausah dan parti yang tidak tahu malu di muka dunia. - jali,putrajayaa.

3.Aslm..wlupn kalah tapi syabas diucapkan kepada PR khususnya PAS yang tetap bertungkus lumus untuk cuba melawan keangkuhan BN.Kita akui kekalahan ini disebabkan oleh kuatnya pengaruh BN iaitu dari segi jentera parti,media eletronik dan penggunaan wang dalam mengabui mata rakyat Bagan Pinang.Soal siapa calon BN walaupun sebelum ini terlibat dalam isu rasuah akan tetapi kerana asakan demi asakan dengan janji pembangunan,soal integriti calon telah diketepikan sama sekali oleh rakyat Bagan Pinang.Disamping itu penguasaan undi pos oleh BN juga telah menambah koleksi undi dan meninggalkan jauh undi calon PAS.Selepas ini kita nantikan,apakah BN terlalu kuat dikubu sendiri dalam pilihanraya akan datang tanpa adanya bantuan undi pos.Saya yakin PR akan menang seperti siri kemenangannya ditempat lain.Allahuakbar. - Zamani.

4. INILAH PERCIKAN GELOMMMBANG KE3 RAKYTAYAT DALAM PRU-13 KELAK....MOGA KEPUTUSAN BAGAN PINANGG MENJADI TELADAN BUAT SEMUA. - MATT,KEPONG.

5.Salam untuk semua pembaca...walaupun kalah perjuangan tetap akan diteruskan.. syabas kepada petugas.. saya juga hadir semalam..walaupun pada pagi hujan, tangahari panas terik.. para petugas tetap tabah.. SYABAS.... apa pun semua sudah tersurat PAS kalah pada kali ini.. seperti kata pengarang YB Dr Lo Lo..tu antara masuah dan rasuah... kita semua rakyat Malaysia tau..siapa iatu Tan Sri Isa... yang pelik ada menyatakan undi pos berpihak kepada PAS... itu yang saya dengar semalam namun apa kan daya undi itu hak pengundi disana... sabar je mungkin ada HIKMAH disebalik kekalah itu..wasalam. -aZIZI, jAAFAR.

6. Bukan tak suka bulan menang, tapi memang dah di jangka dari awai lagi... Mat Isa ni macam Pak Lah di Kepala Bataih laa.... sapa pun tak boleh celen dia... Kebanyakan penduduk Bagan Pinang/Telok Kemang - keja depa banyak di laut, depa ni tak berapa arif mengenai dunia luag.. terutama otai-otai sana, anak2 muda sudah berhijrah kerja kontrak utk loji2 di seluruh Malaysia - depa ni celek dunia luag. Tambah2 kut Teluk Kemang tu... tiap2 hari tunggu pantai, dgn seluag katoknya, rambut blongenya... tak kira zohor, asar atau magrib - bagi depa sama saja... kalau tak percaya hangpa pi tengok sendiri - meghelit badan depa duk jemuq panaih... Anak2 depa yg sekolah rendah pun sama jugak.. tunggu pantai... tunggu pelampong utk disewa Klau duit sekupang bagi depa dah rahmat, ni depa dapat seratuih sekeluarga, siap milo lagi tu... fuyoo... Mat Isa best... bab rasuah - dia tobat nasuha - yg ni kawan aku bagi tau kerana dia antag risalah setiap umah disana... Kalau tak semesti tewas, kita menang kut lain, nanti dapat 2 buah sekolah... Mat Isa janji nak siapkan rumah yang termengkalai di Taman Intan, ramai cikgu and askar kena penanya.... Baguih jugak - alamat jalan nak Pasir Panjang akan siap secepat mungkin laa. -Ayahcu.

7. Adat pertandingan, menang dan kalah. Terima hakikatnya melalui keputusan majoriti(8,013) pengundi Bagan Pinang memilih perasuah dari maruah untuk mewakili mereka. Mereka tidak serik dan suka diperbodohkan dan akan terus diperbodohkan sepanjang hidup mereka. Syabas kepada pengundi seramai 2,578 yang memberi undi mereka kepada PR yang mahukan sedikit perubahan. . Kepada wargakerja PR diBagan Pinang terima kasih atas usaha dan kerjasama kuat tuan/puan. Perjuangan harus diteruskan. Kepada gabungan dalam PR tingkatkan muaafakat antara satu sama lain. Jangan mengambil sesuatu tindakkan yang kurang bijaksana dan merugikan, belajarlah dari BN dalam perkara ini walaupun terdapat persengketaan yang kecil mahupun yang besar antara mereka tapi mereka teguh(menang) sampai kesaat ini. - AZLAN.

8. Kita bimbang kemenangan Isa akan memberi perspeksi negetif hala tuju pemerintah. Soal rasuah seolah perkara yang kecil bagi pemerintah BN. Kemenagan Isa akan memperkayakan lagi budaya rasuah dikalangan Umno.-tG Mohd.

9. Syabas kpd semua petugas PR dari seluruh negara yg berkorban masa dan wang ringgit sendiri utk memastikan Najib dan BN menjadi tidak yakin menang di tempat sendiri sejak dari mula dan berbagai-bagai siri insiden yg memalukan yang mewarnai PRK Bagan Pinang.Teruskan lagi kita gempur mereka dan membuat mereka terus tidak yakin sejak dari mula dan mainkan piskologi ini sehingga mereka lemah dan buang bendera dacing kedalam longkang seperti di Permatang Pauh dan tempat2 lain dlm pilihanraya kecil yg lepas2.Ini sajalah yg boleh mereka perolehi tak kemana pun dengan imej Isa Samad yg Tun Mahathir sendiri pun tak berkenan.Adakah NS akan bergolak selepas ini dgn kembalinya Isa seperti umno di Terengganu. -garuda pantai.

10. Secara ringkasnya, kemenangan BN di BP adalah terejamahan kenyataan PM bahawa ''RASUAH DALAM PARTI POLITIK ADALAH KESALAHAN TEKNIKAL PARTI SAHAJA DAN BUKAN KESALAHAN DI SISI UNDANG-UNDANG NEGARA'' tetapi yang pastinya, negara wujud bila ada satu organisasi politik yang kuat dan mengubal undang-undang DAN MENJADI PEMERINTAH negara. Rakat dan pemimpin tidak lagi takut memberi/menerima rasuah asalkan rasuah yang dibuat itu melalui saluran parti politik kerana yang pasti kesalahan itu nanti cuma dianggap kesalahan teknikal sahaja dan takda hukuman penjara/denda malah kebal oleh siasatan SPRM. Akhirnya budaya rasuah akan beranak-pinak di negara 1Malaysia. -anak malaysia.

11. Kita terima dengan hati terbuka kekalahan di Bagan Pinang. Sejarah Islam dahulu pun ada menempuh kekalahan perang. Tidak pula terus kecundang malahan lebih hebat peperangan selepas perang itu. Ada hikmahnya Allah menangkan Isa Samad, mungkin untuk mengkucarkacirkan pemerintahan MB Negeri Sembilan. Kuatkan semangat, tetap membangun dengan landasan Islam dan "solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Taala". -Tenno.

12. assalamualaikum.... syabas kepada PAS ,walaupon mereka kalah di Bagan Pinang Ahad lalu,kesungguhan pihak PR saya rasakan masih belum cukup kukuh untuk meyakinkan pemilih di sana. Saya harapkan, PR akan terus berusaha untuk memperkuatkan lagi jentera mereka di masa akan datang, setahu saya, sebelum pilihan raya tersebut.... bancian telah dilakukan oleh pihak tertentu...dan mendapati, mejoriti daripada koresponden,memberikan kenyataan positif kepada calon PAS, tapi entah bagaimana apabila pilihan raya dijalankan, sebaliknya yang berlaku... mungkin ada yang tidak kena dengan undi pos, yang mana... dilihat sebagai penambah jumlah bilangan undi kepada bekas menteri besar N9 itu.... saya berharap, semua jentera PR,tidak akan putus semangat,terutama sekali, apabila pilihan raya kecil akan diadakan di masa hadapan. Perkuatkan lagi jentera anda dan buatlah postmoterm untuk memperbaiki kelemahan kali ini - PenGkr1T1k_SiniS

13. Saya ada menerima maklumbalas daripada bekas penyokong bn. Mereka kata, isa tetap menang. Dia kata lagi, walaupun isa memberi rasuah dan menerima rasuah tapi dia baik pada rakyat.Soalnya..sesuatu perbuatan yang jahat untuk tujuan kebaikan adalah salah seperti mana merujuk kepada matlamat menghalalkan cara. Tektik kotor ini sama dengan cerita robin hook. Mencuri pada masa yang sama menderma harta yang di curi untuk rakyat. Isa pulak menerima rasuah daripada orang2 kaya dan memberi hasil rasuah pulak kepada rakyat dengan harapan orang terus mengundi dan is terus memimpin dan terus berkuasa. Proses ini berlarutan sehinggalah rakyat di Bangan Pinang teruja dengan perkhidmatan ISA. Sedangkan ia tahu isa menyumbangkan harta yang tidak baik untuk dirinnya. Cuma yang membezakan robin hook dengan isa adalah isa adalah pemimpin, manakala robin hook rakyat biasa. So, dari segi keterukannnya..isa lebih teruk dari robin hook. -malik.

14. ISA yang menang , bukan BN dah kuat & bukan UMNO yang kembali hebat . Memang betul kata Che Det ISA boleh menang tapi dalam jangka waktu panjang kemenangan ISA akan melingkupkan UMNO / BN .Kedua factor Rasuah di ladang2 berleluasa . Org India sendiri yang memberi nmaklumat dan bukti . Lagi satu Najib iktiraf parti Makkal sakhthi - Hindraff yang buat org India paling tadah .Bukti semua ladang PAS kalah berbanding PRU 12 hanya 1ladang yang kalah . Kita tengok PRK selepas ini seterusnya PRU 13 nanti . Sesungguhnya Kemungkaran akan lenyap di muka bumi ini � bersabar lah para pejuang keadilan demi untuk meegakan kebenaran mmg serik , inilah salah satu ujian yang kita hadapi . InsyaAllah berkat usaha kita PASti kita Berjaya akhirnya nanti . -Hj Mokhtar Hj Idris,N9. _

Thursday, 8 October 2009

PRK Bagan Pinang 2009

08 Okt. 2009
Pasar Teluk Kemang.
Program pada pagi tadi, YB Dr. Hatta belanja setiap yang datang sarapan pagi di Pasar Teluk Kemang nie... ketika kami bersarapan tetiba datang satu rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna iatu Dato' Ismail Sabri...
ramah mesra...YB Dr. Lo'lo', Yb Dr. Hatta, YB Firdaus (Parlimen Jerai),
Menteri Hal Ehwal Pengguna Dato' Ismail Sabri dan kakitangan Kementerian...
Setelah sarapan, bermula kempen dari gerai ke gerai..YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sedikit sumbangan (sejadah) kepada peniaga dan juga pengunjung...
turut hadir YB Ustazah Zailah...
07 Okt. 2009
Berkempen di Taman Dato' Samad
Lebih kurang dalam kul 2.30 petang rombongan YB sampai ke Bagan Pinang, kami difahamkan bahawa tempat untuk mengadakan Majlis Hi Tea pada petang tersebut terpaksa dibatalkan ekoran terjadi sedikit kemalangan yang ditimbulkan pihak UMNO Barisan National, terjadi kekecohan dan tumbok menumbuk...salah seorang daripada Pemuda PAS mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital... Untuk mengelak daripada berterusan maka Majlis pada petang tersebut dibatalkan dan program berubah menjadi ziarah dari rumah ke rumah pengundi yang di ketuai oleh YB Dr. Hatta Ramli. Kami berjalan dari satu rumah ke satu rumah dan berjumpa dengan pengundi, Alhamdulillah kami mendapat respon yang baik dari mereka. Turut serta YB, YB Dr. Mujahid, Bridged Titiwangsa, Bikers Titiwangsa & Pemuda PAS... MPs PAS untuk program nie semuanya Medical Doctor.
Ramah mesra dengan pengundi, YB. Dr. Mujahid, YB Dr. Lo'lo', YB Dr. Hatta
YB Dr. Lo'lo' berramah mesra dengan pengundi wanita, turut melihat YB Dr. Mujahid...
YB Dr. Hatta terpegun dengan tanaman sayuran di halaman rumah yang begitu subur..
Kanak-kanak gembira apabila kami beri belon dan lollipop kepada mereka...
Kanak-kanak yang bersemangat..membawa bendera PAS dan juga belon dengan menaiki basikal sambil melaungkan Allahu Akbar!!!... nampak jer kereta kami berhenti terus mereka melaungkan Allahu Akhbar!!! dan UNDILAH PAS...
Serius... entah apa yang dibincangkan...
Program di malam hari pula (masih diketuai YB Dr. Hatta Ramli), program ceramah MPs PAS di Taman Sri Pinang...
YB Ir. Khalid Samad, YB Zailah dan YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sumbangan duit raya untuk anak-anak tempatan...
YB menyampaikan ceramah...
by: Faezah

Thursday, 1 October 2009

Dr Lo' Lo' mula muncul di khalayak ramai

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali kini mula muncul di khalayak ramai selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), dengan menziarahi pelakon terkenal Norlia Ghani Isnin lalu, sehari selepas pelakon itu kematian anaknya, Edi Rizal Ramli yang jatuh dari pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri pada 27 September lalu.
Beberapa foto berhubung lawatan beliau ke rumah pelakon kini disiarkan di internet termasuk didapati di laman facebook tokoh PAS itu.
Semalam Malaysiakini melaporkan dan memaparkan foto terkini Dr Lo' Lo' yang berhari raya bersama ahli keluarga beliau di Kedah dan Perak yang dimuatkan dalam laman blognya.
Laman facebook tokoh PAS itu turut memaparkan gambar beliau mendengar penjelasan daripada pengerusi penduduk Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat yang dikenali Marzuki berhubung detik-detik berlakunya kejadian tersebut. Turut dipaparkan Dr Lo' Lo' bersama-sama dengan Norlia ditemubual oleh wartawan TV3 berhubung kejadian yang mengejutkan pelakon yang memegang watak 'Joyah' dalam drama bersiri 'Opah'. Gambar ahli parlimen itu menunjukan beliau menenangkan Norlia yang sangat sedih atas kehilangan anaknya itu turut dipaparkan dalam laman facebooknya itu.
Turut dipaparkan Norlia menunjukkan gambar anaknya kepada Dr Lo' Lo' dan wartawan TV3.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Norlia mengesahkan lawatan ahli jawatankuasa PAS itu di rumahnya di Pangsapuri Murni, Keramat - yang terletak dalam parlimen Titiwangsa, sehari selepas kematian Edi.
Menurut Norlia, pertemuan itu berlangsung kira-kira selama sejam bersama dengan wartawan hiburan Melodi, Nas Ahmad yang datang serentak dengan tokoh PAS itu.
Dalam pertemuan tersebut, Norlia merayu kepada Dr Lo' Lo' agar mengambil berat tentang tahap keselamatan penghuni di pangsapuri berkenaan yang sering berlaku kejadian jenayah seperti kecurian dan rompakan.
"Saya tetap teruskan kehidupan saya seperti biasa untuk mencari rezeki. Kalau duduk sahaja dan menangis, anak saya tak balik juga. Perkara itu sudah tertulis," katanya dengan nada sedih
"Saya tetap teruskan kehidupan saya seperti biasa untuk mencari rezeki. Kalau duduk sahaja dan menangis, anak saya tak balik juga. Perkara itu sudah tertulis," katanya dengan nada sedih
Menurut Norlia, Dr Lo' Lo' akan mengatur pertemuan dengan polis untuk membolehkan mereka memantau tahap keselamatan penduduk di pangsapuri berkenaan Dilaporkan tindakan berani Edi Rizal Ramli, 33, ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit di tingkat tujuh pangsapuri itu meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu. Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari, Ahad lalu menyebabkan Edi Rizal yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.
Abang mangsa, Romiza, 36, dilaporkan berkata seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu.
Romiza berkata terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.