Wednesday, 21 October 2009

Soalan-soalan Parlimen Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] untuk Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Penggal ke-12

Soalan Lisan

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rompakan bersenjata yang melibatkan wang dan barang-barang berharga seperti emas yang diurus syarikat pengawal keselamatan sepanjang tahun 2008 hingga kini.

     

  3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan kejayaan rampasan dadah dan lain-lain bahan yang salah disisi undang-undang secara besar-besaran yang telah berjaya dibuat oleh pihak PDRM mengikut negeri sejak 2008 hingga kini.

     

  4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kejadian jenayah mengikut jenis dan negeri sejak 3 tahun yang lalu dan suku pertama tahun 2009.

     

  5. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah polisi DBKL dalam penjualan rumah-rumah PPR kepada penduduk yang sedia ada dan juga pihak lain yang mungkin layak serta bagaimana dengan PPR Jelatek yang merupakan pemindahan dari Kampung Bumiputera dan lain-lain adakah mereka akan diberi hak untuk membeli unit-unit tersebut, begitu juga bagaimana dengan kedudukan PPR Sri Perlis 1 dan 2.

     

 

  1.  
  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menjelaskan mengapakah JAWI tidak membenarkan sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama atau SRI swasta mengadakan kurikulum bersepadu antara al-Quran, mata pelajaran diniah dan matapelajaran akademik serta apakah landasan kepada prinsip ini.

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan polis terhadap ugutan rogol ke atas exco kerajaan negeri Selangor, YB Rodziah dan juga ugutan bunuh terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid semasa majlis dialog dengan penduduk Seksyen 23 yang lalu serta sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua YB.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan DBKL untuk PPR Desa Rejang Setapak tentang penambahbaikan pasar basah yang seperti pasar 'cowboy' serta bilakah pembinaan rumah mayat untuk bukan Islam akan dimulakan sedangkan permohonan telah dibuat berkali-kali.

     

  3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikkan yang dibuat DBKL untuk penuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

     

  4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan pembaikan dewan serbaguna Kampung Dato' Keramat dan naik taraf Taman Tasik Kampung Dato' Keramat dan bilakah projek-projek terbengkalai ini boleh digunakan semula oleh rakyat serta sejak bilakah projek ini dimulakan dan siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos yang telah dibayar dan berapa kos projek keseluruhannya.

 

Soalan Bertulis

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan kenapakah balai bomba di Jalan Jelatek masih terbengkalai tidak digunakan setelah sekian lama serta sejak bilakah projek ini dimulakan, siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos projek keseluruhannya.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pelantikan ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan ditangguhkan sedangkan sesi ahli jawatankuasa yang lalu telah tamat sebelum Ogos 2009.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah pesalah juvana yang masih dalam tahanan reman sejak dari tahun 2008 hingga sekarang dan apakah polisi dan amalan yang digunapakai dalam menjustifikasikan penahanan juvana sebagai tahanan reman.

     

  3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah kementerian mempunyai perancangan untuk melebarkan jalan utama Bentong-Kelantan yang terlalu sempit kerana telah banyak kemalangan dan kematian yang berlaku.

     

  4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik kadar pengangguran dan apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah ini.

Melawat Jalan berlubang berdekatan MINDEF

Pada 20 Oktober 2009, YB telah melawat ke tapak pembinaan Stadium Mini dan Projek Pembesaran Masjid Khalid al-Walid, berhampiran dengan Kem Kementah, Dato' Keramat. YB hanya dapat berjumpa dengan pengurus dan beberapa orang yang terlibat dengan projek stadium Mini. Tujuan YB ke tapak projek ini adalah kerana ingin mengetahui tentang status lubang besar yang dikorek disitu yang menyebabkan lalulintas dialih ke bahagian bahu jalan dan ini menimbulkan kesukaran kepada pengguna jalanraya di situ kerana laluan alternatif yang disediakan agak sempit. Perkara ini telah berlarutan selama lebih kurang 3 minggu. Mengikut pengurus projek tersebut, mereka telah berhubung dengan pihak SYABAS kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan dahulu dengan pihak SYABAS sebelum lubang itu boleh dikambus semula. YB berjanji,insyaAllah akan berhubung dengan pihak SYABAS supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kesenangan pengguna jalan raya di situ.
Disediakan oleh,
MOHD EHSAN MOHD SURUR
Pegawai Operasi Ahli Parlimen Titiwangsa

Tuesday, 20 October 2009

Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok

Zamri Kecik's SIM Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).
Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.
* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.
* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.
* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.
* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.
* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.
* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota
* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!
* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

Monday, 19 October 2009

Meriah: Hampir 3000 orang datang ke Jamuan Aidilfitri Titiwangsa

Jam menunjukkan 1 t/hari, para urusetia sedang menjalankan persiapan terakhir mereka...menyusun makanan di atas meja... lihat tetamu sudah ramai, sedangkan majlis akan bermula pada jam 2 petang... belum sampai jam 2 MC majlis menjemput para tetamu untuk menjamu selera... Alhamdulillah tahun ini tetamu datang diluar jangkaan...benar-benar ramai...
Pelbagai juadah yang disediakan...antaranya mee & bihun sup, nasi kawah, tapai + ais krim, bubur kacang + durian, ais cendol, kuih-muih, ayam goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Turut hadir pada majlis ini, Tn. Hj. Mohamad Nor (PJ Wilayah) dan Isteri, Yb Iskandar Exco Negeri Selangor merangakap ADUN Chempaka, YB Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak bersama isteri, Zunar & Gedung Kartun...tidak ketinggalan Cikgu Norlaila bersama suami Mat Sah Satray (mangsa yang paling lama dalam ISA)...
Bihun & mee sup kena tunggu kerana kehabisan sup, dalam jam 4 sup sudah habis... tetamu yang datang lambat minta maaf laa tak dapat nak merasa sup... Alhamdulillah makanan yangdisediakan semuanya habis, tidak ada pembaziran...
Walaupun hari agak mendung, tetamu datang tidak putus-putus
Urusetia sibuk menyediakan makanan tuk para tetamu...
mengambil kesempatan... ketika YB sibuk melayan tetamu yang datang, Pn. Fauziah Bidin (MC Prpgram) sempat menemubual YB, turut bersama Putera bongsu YB, Mohd Farhan
YB bersama Mat Sah membagi-bagi duit raya untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, diperhatikan isteri beliau Pn. Norlaila.
Mat Sah merupakan tahanan ISA yang paling lama, beliau ditahan hampir 8 tahun, kedatangan beliau di majlis ini disambut dengan pelukan dari orang ramai yang memberi sokongan...beliau sangat-sangat terharu, ketika beliau membagi-bagikan duit raya kepada kanak-kanak, saya melihat beliau mengalir airmata...mungkin beliau mengenangkan anaknya sewaktu kecil dimana ketika beliau ditangkap anaknya masih kecil... sekarang apabila dibebaskan anaknya sudah besar... anak Mat Sah tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah...
Persiapan di malam hari...
AJK pengurusan.. dari kaum wanita & lelaki menyiapkan bahan-bahan untuk masak makanan untuk keesokan hari...

Jamuan Aidil Fitri PPR Perkasa

28 Syawal 1430H, di akhir Syawal... dari pagi sampai ke malam ada jemputan jamuan Aidilfitri... Walaupun agak keletihan YB cuba memenuhi undangan dari Persatuan Penduduk PPR Perkasa, di siang harinya YB sendiri mengadakan Majlis Jamuan Raya Parlimen Titiwangsa di Tasik Ampang Hilir...
turut kelihatan Puan Rohana[berbaju hiau] & Hj. Murad...
YB beramah mesra dengan penduduk
kanak-kanak laa yang paling best... YB bagi-bagi duit raya...

Jamuan Aidil Fitri PPR Jelatek

Hari Sabtu baru-baru nie ada beberapa jamuan raya yang dijemput, yer laa sebab Syawal dah nak habis... Jam 12t/hari YB ada jemputan Majlis Jamuan Raya di PPR Jelatek anjuran Persatuan Penduduk serta dengan kerjasana Rakan Anti Dadah Wilayah (RADA), di sini bukan sahaja disediakan pelbagai juadah malah disediakan pameran RADA untuk masyarakat setempat. Ramai pengunjung yang datang... Dikesempatan ini YB turut menyampaikan duit raya untuk anak-anak di PPR Jelatek nie... gembiranya mereka dapat duit raya dari YB...
Juadah yang disediakan, bihun goreng, satey, soto, lemang dan macam-macam ada...
YB beramah mesra dengan penduduk setempat
Bagi-bagi duit raya...
YB dibawa melihat pameran Rakan Anti Dadah (RADA), dan diperhatikan En. Ahmad Kelana (Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Jelatek) serta S/U Persatuan.
Terima kasih kepada Persatuan...makanan yang disediakan memang sedap...difahamkan mereka menyediakan makanan secara bergotong-royong... "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"

Masalah kebersihan Pasar Chow Kit terus menganggu

Harakahdaily
Mon | Oct 19, 09 | 9:53:06 am MYT
KEMASKINI JAM 11.30 PAGI

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Laporan tentang pasar Chow Kit yang kotor telah mendapat reaksi segera dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, pegawai DBKL telah menghubungi beliau dan memberitahu Alam Flora, kontraktor yang berkaitan akan bertindak segera.

Dr Lo' Lo' pula meminta DBKL mengambil tindakan jangkapanjang dan bukannya secara ad-hoc sahaja.

Beliau yakin DBKL akan memberikan kerjasama bagi mempastikan kawasan beliau ini bersih sentiasa.

Sebelum ini, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan tindakan segera untuk membersihkan pasar Chow Kit yang terus kotor dan tidak selesai hingga kini.

Menurut beliau, pelbagai usaha telah beliau lakukan sebelum ini untuk mempasti pasar yang sangat popular khasnya di kalangan orang Melayu itu bersih, namun tidak selesai hingga kini.

Sebelum ini, beliau pernah memanggil wartawan dan jurugambar untuk mendedahkan masalah pasar itu namun ia hanya selesai sementara sahaja.

Pasar Chow Kit, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu sangat terkenal dengan kepelbagaian bahan jualannya.

Pada sebelah paginya, ia terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai jenis ikan dan sayur-sayuran serta buah-buahan serta ayam segar.

Image

Pasar ini berpindah ke Jalan Raja Alang dengan menjual pelbagai jenis sayuran kampung dan ulam pada sebelah petang dan malamnya.

Ia sangat popular hinggakan menarik perhatian dari pelancong luar. Namun, kekotoran pasar ini banyak yang menghalang mereka datang kembali ke sini.

Selain kekotoran, masalah peniaga dari negara jiran juga menghantui pasar ini.

Ada pihak yang menyalahkan peniaga dengan tabiat pengotor dan tidak ambil berat mereka manakala para peniaga pula menyalahkan kemudahan dan sistem kebersihan yang tidak baik. _

Friday, 16 October 2009

SUMBANGAN DEPAVALI 2009

16 Okt. 2009,
India Settlement Kg. Pandan, YB Dr Lo'lo' menyampaikan sumbangan Deepavali serta duit raya untuk anak-anak masyarakat India Kg. Pandan dengan Kerjasama ADUN Chempaka, YB Iskandar. Program bermula pada jam 6 petang... walaupun keadaan hujan turun renyai-renyai mereka tetap juga menunggu dan tidak berganjak dari tempat.
YB menyampaikan ucapan...
Para petugas menyiapkan + menyusun barang-barang sumbangan..
Barang-barang yang disumbangkan...

Wednesday, 14 October 2009

Kezaliman ISA

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? [22] (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya [23] (Q: 47: 22-23)
Ziarah ke rumah mangsa ISA yang telah dibebaskan tapi tidak bebas (kerana hanya boleh bergerak di kawasan Ampang sahaja) saudara Mat Sah bersama isteri hebat Cikgu Norlaila aktivis GMI Gerakan Mansuh ISA.
Dr Lo'lo'

MAJLIS RUMAH TERBUKA PARLIMEN TITIWANGSA

Tarikh: 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Perkarangan Taman Tasik Ampang Hiliran
SEMUA WARGA TITIWANGSA DIJEMPUT HADIR