| Azamin Amin Mon | Nov 02, 09 | 10:41:11 am MYT | |
Kemaskini 1.00 petang:|GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada Jais yang hadir ke Mahkamah Syariah sebentar tadi.
Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan Jais tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.
Berita sebelum ini:
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.
Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.
Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.
Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.
(Gambar:Dr Asri di Mahkamah Syariah Gombak hari ini)
Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.
Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.
Di pekarangan mahkamah pagi tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.
"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini
"Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya,"tegas Dr Asri.
Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).
Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.
Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.
Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.
11.00 pagi: Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti.
1.00 petang:Dr Asri sebentar tadi dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dengan jaminan pihak mahkamah.
Menurut beliau, semasa ditemui wartawan, penantian (menunggu pendakwa dan wakil Jais) adalah sesuatu yang sia-sia.
Beliau juga mengkritik Jais kerana tidak hadir untuk memberitahu jenis pertuduhan ke atasnya dan mempersoalkan kenapa badan agama itu memungkiri janji sedangkan beliau telah menunggu sejak jam 9 pagi tadi.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa ada perjanjian antara pihak peguam dan mahkamah bahawa mereka boleh dipanggil bila-bila masa atau sebaliknya.
Bertanyakan sebarang tindakan lanjut di pihaknya, beliau memberitahu, pihaknya akan merujuk kepada peguam.
Dr Asri kini akan menuju ke Hotel Putra, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir dan selepas itu satu sidang media akan diadakan.
Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=23066&Itemid=1 |
Tuesday, 3 November 2009
Jais dibidas, tiada pertuduhan!
Dr Asri: Hormati hak individu untuk tuntut ilmu
| Hazayani Zakaria Mon | Nov 02, 09 | 9:01:10 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta pihak-pihak tertentu agar tidak menggunakan kuasa agama sewenang-wenangnya untuk menangkap dan menghukum seseorang serta menghormati hak asasi seseorang untuk menuntut ilmu. |
Bagaimanapun menjelang jam 1 tengah hari, beliau dibebaskan dengan jaminan Jais selepas menunggu pihak pendakwaan hampir empat jam di situ.
Ditanya adakah tangkapan ini akan melunturkan semangat beliau untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat, beliau berkata:
"Saya Alhamdulillah tak rasa apa-apa. Saya rasa mudah-mudahan (tangkapan) ini boleh menjadi satu titik tolak dalam negara ini supaya kita menggubal undang-undang yang lebih terbuka dalam negara. Hormati hak asasi hak masyarakat untuk mendapatkan ilmu,"ujarnya penuh semangat.
Dr Mohd Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli parlimen Ampang (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.
Sementara itu ahli parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar bawah) yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat kesal dengan penangkapan yang dilakukan terhadap Dr. Asri.
"Saya rasa memang sangat tidak wajar beliau ditangkap begitu kerana beliau adalah seorang ulama', bukan sahaja terkenal dari segi populariti tetapi dari segi ilmu. Sehingga ke peringkat PhD," katanya ketika ditemui di lobi parlimen siang tadi.
Sebelum itu beliau turut hadir ke mahkamah bagi menunjukkan sokongan moral kepada Dr. Asri.
Beliau turut menyifatkan tangkapan yang dilakukan Jais itu sebagai mengaibkan dan menjatuhkan maruah Dr. Asri sebagai tokoh agama yang disegani masyarakat.
"Cara penangkapan itu memang mengaibkan dan menjatuhkan maruah beliau. Saya difahamkan antara 50 ke 100 orang polis ada bersama-sama pegawai-pegawai JAIS untuk menangkap seorang ulama. Saya rasa sangat kesal,"ujarnya.
Beliau juga tidak menafikan kemungkinan wujudnya unsur sabotaj pihak tertentu kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana penangkapan itu dilihat sangat bertentangan dengan sikap kerajaan negeri yang sangat terbuka dalam menyalurkan ilmu kepada masyarakat.
"Saya bimbang ada unsur sabotaj kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebab saya lihat penangkapan ini sangat bertentangan dengan kehendak kerajaan Selangor yang sangat terbuka terhadap ilmu. Tiba-tiba seorang yang berpontensi seperti Dr. Asri ditangkap dan dimalukan begitu sekali," katanya lagi.
Ahli parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudin (gambar bawah) yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara pula berpandangan, jika memang benar Dr. Asri ada melakukan kesilapan sewaktu menyampaikan ilmu, beliau tidak seharusnya diperlakukan sedemikian.
Beliau juga berkata, masalah tiada tauliah seperti yang didakwa seharusnya tidak timbul memandangkan latar belakang Dr Asri yang terkenal dalam bidang agama dan pernah memegang jawatan mufti.
"Dalam kes Dr. Asri, bagi saya bukan masalah tauliah yang patut kita utamakan. Sebab beliau adalah di antara orang yang dikenali latar belakangnya. Lebih-lebih lagi kerajaan Perlis pernah ambil beliau jadi mufti. Beliau pun bekas pensyarah dan kini menjadi pensyarah pula. Jadi orang-orang yang kita tahu latar belakang pendidikan yang sebegini, saya rasa tauliah bukan satu perkara yang harus kita jadikan satu perkara utama.
"Cuma kalau betul pun ada perkara-perkara yang perlu diperbetulkan disebabkan ketersasulan, kesilapan beliau, bagi saya bukan dengan cara penangkapan begini. Itu boleh dibetulkan dengan saluran yang lain atau lebih selesa," katanya.
Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=23078&Itemid=1
TERJAH DAN TINJAU SEK KEB SRI PERAK
Lebih malang lagi PEMBATALAN penuh misteri pembinaan sekolah yg baru bagi menggantikan penempatan SK Sri Perak di kawasan berhampiran sehingga kini tiada jawapan yg jelas samada dari Pengarah Jabatan Pelajaran WP mahupun dari pihak sekolah sendiri. Maklumat yg kita dapat, pembatalan tersebut atas bantahan beberapa orang penduduk atau khususnya pimpinan umno setempat atas alasan kawasan yg dicadangkan adalah tempat parkir penduduk yg sebenarnya adalah merupakan tanah DBKL yg diguna tanpa keizinan rasmi DBKL.
Kesimpulannya adakah orang kita lebih pentingkan tempat parkir dari penyediaan prasarana pendidikan yg wajar. Kalau itulah kedudukannya sangat kecewalah saya kerana rupanya pimpinan umno dicawangan tidak mahu berubah meskipun d war2kan dperingkat pusat pimpinannya mahu berubah.
- Bersama2 Ahli Parlimen Batu (yg tidak dapat turut hadir dalam lawatan hari ini) saya akan bawa isu ini dlm ucapan saya dalam perbahasan bajet sekarang.
Dr Lo'lo'
Mursyidul Am kesal penangkapan Dr Asri
- Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengadakan ceramah agama, tengah malam kelmarin, dianggap satu perbuatan yang melampau. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sangat dukacita dan kecewa dengan tindakan melulu Jais itu.
- “Saya anggap ia satu tindakan yang melampau. Kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti. "Ramai lagi orang yang patut ditangkap, termasuk mereka yang mengasingkan politik dan agama. Inilah yang sesatnya. Saya sangat dukacita dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
- Mengulas mengenai dakwaan yang kononnya penahanan itu dikaitkan dengan ajaran Wahabi yang cuba disebarkan oleh Asri, Nik Abdul Aziz berkata, dakwaan itu perlu diperhalusi. “Kalau nak dikaitkan dengan ajaran Wahabi, kita kena pastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.
- “Nasihat saya kepada Jais, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia,” katanya.
Membantu mangsa kemalangan jalan raya
Wanita ini cedera dikepala dan dgn khidmat JPA3 telah dibawa ke HKL untuk rawatan.
Thursday, 29 October 2009
Tangani segera isu dera pembantu rumah
| Hazayani Zakaria Wed | Oct 28, 09 | 7:06:35 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 28 Okt: Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas bagi menangani pemasalahan kebajikan dan keselamatan wanita ekoran tragedi kematian pembantu rumah Indonesia akibat didera majikan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama, ahli parlimen wanita Pakatan menggesa Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mengambil langkah berkesan bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang. "Pantauan secara langsung oleh kementerian-kementerian melalui agensi atau jabatan yang berkaitan perlu ditubuhkan segera bagi menyelesaikan kemelut ini. "Penubuhan pusat aduan setempat dan talian hotline dilihat boleh membantu pihak agensi atau jabatan yang bertanggungjawab menerima, menyiasat dan mengambil tindakan berkenaan sebarang aduan yang diterima," kata kenyataan itu. Ia ditandatangani oleh ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali, ahli parlimen PAS Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin dan ahli parlimen DAP Batu Gajah Fong Po Kuan. Mantik Hani, 36, dari Surabaya, ditemui dikurung di dalam tandas rumah majikannya, meninggal dunia 10 pagi Isnin lalu di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Rawatan yang diberikan oleh doktor pakar, gagal menyelamatkan mangsa akibat keadaan mangsa yang terlalu lemah. Menurut laporan, Mantik telah ditemui oleh pihak polis di dalam tandas yang berkunci dalam keadaan separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan. Dia mendakwa telah beberapa hari tidak diberi makan selain kepalanya dicukur hampir botak. Ahli parlimen wanita Pakatan turut mendakwa, kes kematian Mantik adalah kemuncak kepada kegagalan kerajaan dalam menjamin hak kebajikan dan keselamatan pekerja asing, terutamanya melibatkan pembantu rumah yang berjumlah sekitar 280, 000. Tragedi ini juga telah mencemarkan nama baik Malaysia diperingkat antarabangsa. "Akibat daripada kegagalan kerajaan Malaysia dalam memastikan persekitaran kerja yang baik serta amalan pemotongan sehingga 100% gaji pembantu rumah selama tujuh bulan bagi yuran yang dikaut oleh agensi pembantu rumah, mengakibatkan banyak kejadian pembantu rumah melarikan diri daripada majikan asal. "Mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada keadaan yang lebih buruk dan inilah yang berlaku kepada Mantik Hani," kata kenyataan itu. Sementara itu, dalam kenyataan berasingan kepada Harakahdaily, Dr Lo' Lo' bimbang, apa yang berlaku kepada Mantik akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia di negara jiran berkenaan. "Saya bimbang dengan nasib pelajar kita di sana. Apa kata kalau ada rakyat Indonesia yang membalas dendam kepada pelajar kita. Kerajaan mesti menyelesaikan segera kebimbangan ini," katanya. Beliau mencadangkan kerajaan membuat kenyataan misalnya kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk keras pelakunya dan berjanji akan mengambil tindakan segera ke atas pihak yang bertanggungjawab. Beliau juga mencadangkan agar diadakan pusat aduan di samping skuad pemantau keadaan para pekerja asing di negara ini agar ia tidak berulang lagi. sumber: HarakahDaily.Net | |
Dr. Lo' Lo' persoal kes juvana ketagih gam
| Dzulfikar Mashoor Wed | Oct 28, 09 | 12:58:14 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Okt:Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali pagi tadi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan sejauhmana Polis berjaya berusaha membanteras penagihan dadah di Malaysia.
Menjawab persoalan tersebut,timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusof menjelaskan sebanyak 45 kes rampasan dadah terbesar berjaya dibuat sepanjang tahun lepas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menjelaskan, Polis berjaya merampas dadah bernilai RM44 juta pada 4 Mac tahun lepas di Senai Johor.
Rampasan itu termasuk 52.8 kg shabu dan 12 orang yang dipercayai terbabit dalam sindikit.
Selain itu, Polis juga berjaya merampas dadah bernilai RM1.2 juta pada 20 Mac tahun lepas di beberapa makmal haram, di Permas, Johor.
Dalam rampasan tersebut, sebanyak 66.5 kg heroin dan 20.4 kg shabu berjaya ditemukan, bersama-sama 12 individu yang disyaki terbabit dalam sindikit itu.
Dalam soalan lisan tambahan kemudiannya, Dr. Lo' Lo' membangkitkan isu ketagihan gam yang berleluasa dalam kalangan juvana, kerana tidak ada undang-undang yang jelas untuk membendungnya.
Menjawab soal itu, Abu Seman mengakui, kementeriannya menyedari kelemahan itu.
"Tentang ketagihan gam ini, memang tiada suatu undang-undang khusus digubal untuk haramkan gam," tegasnya.
Sehingga kini, kerajaan hanya mengklasifikasikan gam hanya sebagai bahan beracun, bukannya dadah.
Tambahnya lagi, kementeriannya bersama Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) telah melaksanakan pelbagai kempen di sekolah-sekolah peringkat rendah dan menengah betapa bahayanya gam.
"Bagaimanapun, kementerian (KDN) telah hantar draf rang undang-undang berkaitan larangan bahan ketagih gam pada pihak (Jabatan) Peguam Negara untuk semakan segera, sebelum dibawa ke Parlimen,"jelasnya.
Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengarahkan Dewan menjawab soalan lisan seterusnya. |
Wednesday, 28 October 2009
Kes Mantik Hani
- Kita bimbang kes kematian Mantik Hani akan sebabkan tindak balas yang tidak wajar ke atas pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia buat masa ini. Kerajaan Malaysia diminta segera melakukan 'damage control' dengan menghantar maklumat yang jelas iaitu kematian Mantik dikutuk oleh setiap rakyat Malaysia yang waras.
- Kerajaan juga mesti bertegas untuk segera wujudkan satu mekanisma untuk membantu pembantu rumah asing ada pusat aduan untuk mereka hubungi apabila ada unsur-unsur penderaan dan penganiayaan.
- Skuad pemantau mesti ditubuhkan yang akan membuat 'spotcheck' secara rawak pembantu rumah tertentu disamping adanya Pusat Aduan Sehenti. Nombor-nombor untuk dihubungi hendaklah dipamerkan dipintu-pintu masuk dan wajib dibekalkan oleh agen-agen yang menguruskan pekerja asing.
RUMAH BELI atau RUMAH SEWA





