Thursday, 18 March 2010

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar


Harakahdaily
Hazayani Zakaria
  
KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.
"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.
Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).
Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.
Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.
"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.
"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.
"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.
Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.
Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.
"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.
"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.
Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.
"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.
"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Wednesday, 17 March 2010

Kenyataan MediaPusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Dosa-dosa UMNO/BN terhadap tangkapan sekumpulan Pelajar Luar Negara Pascasiswazah:
1- Menuduh mereka sebagai pengganas tanpa peluang membela diri kerana dinafikan peguam.
2- Menafikan hak untuk berjumpa ahli keluarga.
3- Menahan tanpa bicara.
4- Menghantar balik tanpa dimaklumkan pada keluarga.
5- Membiarkan isteri dan anak-anak tanpa pembelaan dan tersadai di negara orang (Msia).
6- Melabel mereka dengan label pengganas yang akan menyebabkan mereka menghadapi tindak-balas dari kerajaan mereka sendiri yang mungkin 'bacul' seperti kerajaan Malaysia yang takut kepada tekanan Amerika.
7- Menyebabkan mereka menghadapi tindak-balas antara bangsa kerana telah dicop pengganas.
8- Menyebabkan Malaysia hilang daya tarikan untuk menjadi Hub pendidikan Antara Bangsa dan mungkin juga akan semakin mengurangkan minat pelaburan asing.

DrLo'Lo'



Rabu 17 Mac 2010 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1431H

Penangkapan ISA :
Penganiayaan terhadap Wanita.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 80 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-Parti Poliltik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pekerja menggesa Kerajaan untuk menghentikan cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi sebaliknya menegaskan ISA mesti dimansuhkan. Dalam kerajaan ingin meminda akta ini, satu penangkapan ISA terbaru telah diberi liputan besar-besaran oleh media milik kerajaan bahawa kerajaan telah menahan sekumpulan pelajar yang majoritinya adalah dari luar negara yang sedang menuntut di beberapa universiti di Malaysia dan menuduh mereka sebagai pengganas antarabangsa.

Seramai 12 orang telah ditahan pada 21 Januari 2010. Mereka telah dinafikan hak untuk bertemu peguam walaupun telah beberapa kali dipohon. Mereka telah menfailkan permohonan habeas corpus sehingga hari perbicaraan iaitu pada 11 mac 2010, mereka masih tidak dibenarkan berjumpa peguam. Kerajaan dengan ini jelas mencabul hak mereka. Apakah ini yang dikatakan pindaan yang menambah baik ISA? Tiba-tiba mereka yang dituduh pengganas itu dibebaskan dan secepat kilat dihantar pulang ke negara masing-masing dan beberapa orang masih menunggu di Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang tanpa memaklumkan kepada isteri dan ahli keluarga mereka dan tanpa membenarkan mereka berjumpa ahli keluarga mereka sebelum dihantar pulang.

Isteri-isteri tersebut adalah Bashirah isteri kepada Luqman Abdul Salam yang dihantar pulang pada 13 Mac 2010 dan Khalidah isteri kepada Abdul Alhi Bolajoko Uthman yang dihantar pada 14 Mac 2010. Kedua-duanya dihantar pulang ke Nigeria.Tindakan kerajaan Malaysia yang mempunyai elemen penderaan emosi dan psikologi terhadap isteri mangsa ISA adalah bertentangan dengan Konvensyen Antrabangsa, CEDAW yang menghendaki setiap negara di dunia menghentikan sebarang bentuk penderaan dan keganasan terhadap wanita. (Sudah tentu bertentangan dengan amalan soleh terhadap sesama manusia lebih-lebih lagi orang Islam terutama kaum wanita dan kanak-kanak-DrLo'Lo')

Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen Malaysia yang membiarkan ahli keluarga mereka yang ditahan bersendirian  terumbang ambing di Malaysia. Mereka tidak mempunyai keluarga di sini bahkan mereka datang kerana menemani suami mereka untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Alangkah terkejutnya mereka apabila tiba-tiba suami mereka ditahan tanpa dibenarkan membela diri terus dihantar pulang dan meninggalkan mereka bersendirian dengan anak-anak di sini. Mereka adalah wanita yang mempunyai hak untuk dilayan seperti manusia dan bukan dibuat sesuka hati oleh Menteri Dalam Negeri.

Kami memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri bahawa kes penangkapan ini akan menjadi bebanan dan memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia yang selama ini mempromosikan bahawa negara kita adalah destinasi pelancongan dan sebagai hub pendidikan pelajar luar negara khususnya dari negara timur tengah telah tercemar dan menakutkan mereka kerana adanya undang-undang drakonian iaitu ISA.

Kempen supaya ISA dimansuhkan sudah berjalan sejak 20 tahun lalu dan telah berjaya mencipta gelombang kesedaran dan perubahan hasil daripada kempen GMI dan anggota gabungannya. Isyarat jelas penolakan terhadap ISA dilihat pada  keputusan  Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008 dan kejayaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) yang selama ini menjadi tempat mengadu nasib  bagi kaum wanita dan kanak-kanak  mangsa ISA, tetap dengan pendirian bahawa ISA telah menzalimi golongan wanita. Hasrat kerajaan yang kononnya membela wanita adalah ternyata kenyataan hipokrat apabila menggunakan ISA terhadap rakyat dan sesiapa sahaja dan sekaligus menganiaya golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi keluarga tahanan.

Sejak tahun  1960 hingga kini (2010), lebih 20,000 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Kesan penangkapan ISA, lebih 50,000 orang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang telah  kehilangan ketua keluarga yang mencari rezeki dan tempat bergantung pendidikan dan kasih sayang seorang bapa. Dengan ini kami menuntut agar:

1. Kebajikan isteri-isteri pelajar-pelajar ini ditanggung oleh Kerajaan Malaysia
2. Jika mereka ingin pulang ke negara masing-masing, kerajaan mestilah menguruskan penghantaran mereka sehingga selamat sampai.
3. Kerajaan memohon maaf atas kesilapan menahan suami mereka dan membayar gantirugi pengajian suami mereka yang terhenti disebabkan penangkapan ISA.


Pusat Sokongan Keluarga GMI        

Kenyataan Media - Penangkapan ISA : Penganiayaan terhadap Wanita Oleh Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Rabu 17 Mac 2010 Adalah disokong Oleh:

1.   YB Zuraida Kamaruddin (Parlimen Ampang & Ketua Wanita KEADILAN)
2.   YB Chong Eng (Parlimen Bukit Mertajam &Ketua Wanita DAP)
3.   Hjh Nuridah Salleh (Ketua Muslimat PAS)
4.   YB Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja)
5.   YB Lee Boon Chye (Parlimen Gopeng)
6.   YB Tian Chua (Parlimen Batu)
7.   YB Nurul Izzah Anwar (Parlimen Lembah Pantai)
8.  YB Rodziah Ismail (Exco Wanita Kerajaan Negeri Selangor)
9.   YB Siti Aishah binti Hj Ghazali (Exco Wanita Kerajaan Negeri Kedah)
10. YB Saari Sungib (Adun Hulu Kelang)
11. YB Mumtaz Md Nawi (Senator Kelantan)
12. YB Dr Lo'Lo' bt Hj Mohd Ghazali (Parlimen Titiwangsa)
13. YB Teo Nie Ching (Parlimen Serdang)
14. YB Fuziah Salleh (Parlimen Kuantan)
15. YB Zailah Mohamad (Parlimen Rantau Panjang)

Tuesday, 16 March 2010

Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Penggal ke 3, Parlimen Malaysia yang kedua belas

15 Mac 2010/30 Rabi'ul Awal 1431H

YB Dr. Lo'lo', YB Dr. Mariah (Kota Raja) dan YB Ustazah Zailah (Rantau Panjang)


YB Dr. Lo'lo', Fawwaz (anak YB), YB Dr. Dzulkifli (Kuala Selangor)


YB Dr. Hatta ( Kuala Krai ) & Dr Kalsom (isteri), YB Dr. Lo'lo' & anak Md Fawwaz. di hadapan YB Dato Dr. Mohd Hayati (Pendang) nampak sekerat, YB Abd Wahid Endut ( Kuala Trengganu ) & isteri serta YB Tawau dari SAPP (bukan bebas ya)


Faezah

Edaran Risalah Kenyataan YB tentang pembangunan Kg Baru

14 Mac 2010/29 Rabi'ul Awal 1431H

Edaran risalah kepada Pemilik, Pewaris dan Penduduk Kg. Baru tentang kenyataan media Ahli Parlimen Titiwangsa mengenai pembangunan Kampung Baru. 


Muslimat TW, Muslimat WP, Nisa dan Unit Amal sama2 turun mengedar risalah dari rumah ke rumah.


Menjejaki 'Stake-holder' Kg Baru supaya mereka dapat gambaran yang jelas.


Antara pemilik/pewaris aset tanah Kg Baru yang teruja dengan kenyataan YB yang diedarkan.



Faezah


Ziarah kematian salah seorang penduduk Kg. Baru

Muslimin yang menunggu untuk menguruskan jenazah.


Antara keluarga dikalangan muslimat yang berkumpul. Jenazah disebelah kanan YB.


YB meninggalkan rumah keluarga arwah kerana ada urusan lain.



Faezah


Perkahwinan anak saudara - Nadzirah & Shukri

Selamat Pengantin Baru buat Nadzirah & Shukri
"Barakallahu lakuma wa barakallahu 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair" - doa untuk pengantin seperti anjuran Nabi Muhammad SAW



Majlis pernikahan di Masjid Al Ittihadiyah, Kg Tengku Husin Baru, Ipoh, Perak pada 6 Mac 2010 bersamaan 21 Rabi'ul Awal 1431H. Penyerahan mas kahwin dibuat dirumah keluarga pengantin yang terletak disebelah masjid.

Majlis bertandang ke rumah Shukri suami Nadzirah anak ke 3 abang saya Md Surur di Tmn. Melawati pada 13 Mac 2010 bersamaan 28 Rabi'ul Awal 1431H

Dua pupu - Md Fawwaz Aminuddin anak Dr Lo'Lo' dan isteri Hafizah bertemu Ahmad Fawwaz anak Sharifah Barirah dan isteri ( di Ipoh )

Sepupu- Kak Yah, Kak Rah, saya, Kak Teh  ( di Ipoh )




Ziarah rakyat - Kami Prihatin

Tobib us Amran anNahrain mohon doa semoga Hj. Md. Busu cepat sembuh dari sakit yang dihidapinya akibat kemalangan jalan raya sejak Bulan Disember 2009.



Melawat mangsa kemalangan jalan raya (En. Ramli) Desa Pandan. YB menunjuk ajar cara-cara solat dan berwuduk orang sakit disertakan dengan buku sebagai  panduan kepadanya.



Ziarah warga emas dan menantunya seorang ibu tunggal yang juga OKU


Faezah

Pakatan ucap tahniah kepada Chong Wei

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Kejohanan Badminton All England semalam.

"Saya mewakili Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei dan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek kerana telah menunjukkan usaha berpasukan untuk merangkul juara.

"Saya harap Chong Wei terus menempa nama di kejohanan akan datang khususnya untuk Sukan Olimpik (2012) nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan di Parlimen, petang tadi.

Chong Wei menjuarai All England, kejohanan badminton tertua di dunia yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini, buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham dengan keputusan 21-19, 21-19.

Friday, 12 March 2010

perginya Aminah AsSilmi

Kembalinya Seorang Hamba.. Aminah Assilmi She was a Southern Baptist girl, a radical feminist, and a broadcast journalist. She was a girl with an unusual caliber, who excelled in school, received scholarships, ran her own business, and were competing with professionals and getting awards – all tthese while she was going to college. Then one day a computer error happened that made her take up a mission as a devout Christian. Eventually, however, it resulted into something opposite and changed her life completely around.It was 1975 when for the first time computer was used to pre-register for a class in her college. She was working on her degree on Recreation. She pre-registered for a class and then went to Oklahoma City to take care of a business. Her return was delayed and she came back to college two weeks into the class. Making up the missed work was no problem for her, but she was surprised to find that the computer mistakenly registered her for a Theatre class, a class where students would be required to perform in front of others. She was a very reticent girl and she was horrified to think about performing in front of others. She could not drop the class for it was too lateFailing the class was also not a choice, for she was receiving a scholarship that was paying for her tuition and receiving an ‘F’ would have jeopardized it.Advised by her husband, she went to her teacher to work out some other alternative to performing, such as preparing costumes, etc. Assured by the teacher that he would try to help her, she went to the next class and was shocked by what she saw. The class was full of Arabs and “camel jockeysâ€. That was enough for her. She came back home and decided not to go back to the class anymore. It was not possible for her to be in the middle of Arabs. “There was no way I was going to sit in a room full of dirty heathens!â€Her husband was calm as usual. He pointed out to her that God has a reason for everything and that she should think about more before quitting. Besides, there was the scholarship that was paying her tuition. She went behind locked doors for 2 days to think about. When she came out, she decided to continue the class. She felt that God gave her a task to convert the Arabs into Christianity.Thus she found herself with a mission to accomplish. Throughout the class, she would be discussing Christianity with her Arab classmates. “I proceeded to explain to them how they would burn in the fires of hell for all eternity, if they did not accept Jesus as their personal savior. They were very polite, but did not convert. Then, I explained how Jesus loved them and had died on the cross to save them from their sins. All they had to do was accept him into their hearts.†They still did not convert, and so she decided to do something else: “I decided to read their own book to show to them that Islam was a false religion and Mohammed was a false Prophetâ€.At her request, one student gave her a copy of the Qur’an and another book on Islam. With these two books she started on her research, which she was to continue for the next one and half years. She read the Qur’an fully and another fifteen books on Islam. Then she came back to the Qur’an and re-read it. During her research, she started taking notes that she found objectionable and which she would be able to use to prove that Islam was a false religion.Unconsciously, however, she was changing from within which did not escape the attention of her husband. “I was changing, just in little ways but enough to bother him. We used to go to the bar every Friday and Saturday, or to a party, and I no longer wanted to go. I was quieter and more distant.†She stopped drinking and eating pork. Her husband suspected her of having an affair with another man, for “it was only for a man that a woman changesâ€. Ultimately, she was asked to leave, and she soon found herself living in a separate apartment "When I first started to study Islam, I did not expect to find anything that I needed or wanted in my personal life. Little did I know that Islam would change my life. No human could have ever convinced me that I would finally be at peace and overflowing with love and joy because of Islam."Throughout these times, she continued studying Islam and although she was changing subtly from within, she remained a devout Christian. Then one day, there was a knock on her door. It was a man in traditional Muslim robe, who appeared to her as a “man in a long white night gown with a red and white checkered table cloth on his headâ€. His name was Abdul-Aziz Al-Sheik and he was accompanied by three other men in similar dress. She was very offended by Muslim men coming to her in nightgowns and pajamas. She was further shocked when Abdul-Aziz told her that he understood that she waited to be a Muslim. She replied that she was a Christian and she did not have any plan to become a Muslim. However, she had some questions to ask if they had the time.At her invitation, they came inside. She now brought up the questions and objections that she noted down while she was researching. “I will never forget his nameâ€, she said of Abdul-Aziz who proved to be a very patient and soft-mannered person. “He was very patient and discussed every question with me. He never made me feel silly or that a question was stupid.†Abdul-Aziz listened to every question and objection and explained it within the proper context. “He explained that Allah had told us to seek knowledge and questions were one of the ways to accomplish that. When he explained something, it was like watching a rose open – petal by petal, until it reached its full glory. Whhen I told him that I did not agree with something and why, he always said I was correct up to a point. Then he would show me how to look deeper and from different directions to reach a fuller understanding.â€It would not be long before she would externally submit to what she had already been submitting to internally during the last one and half years. Later in that same day, this Southern Baptist girl would declare in front of Abdul-Aziz and his companions: “I bear witness that there is no god but God and Mohammed is His Messenger.†It was May 21, 1977.Conversion to Islam, or to any other religion for that matter, is not always a simple thing to do. Except for a few fortunate ones, a new Muslim usually face consequences. The convert may face isolation from family and friends, if not pressure to go back to the family faith. Sometimes, a convert may even face sever economic hardship, as in the case of those who are asked to leave the house because of converting to Islam. Some converts are fortunate to continue to be well respected by family and friends, but most of them face minor to severe hardship especially during the first few years after the conversion.But the difficulty that Aminah Assilimi had to go through and the sacrifice that she had to make for the sake of her conviction and faith is almost unheard of. There are few who could rely so much on Allah as she did, standing firm and meeting the challenges, making sacrifices, and yet maintaining a positive posture and influencing people around with the beauty of what she found and believed in.She lost most of her friends, for she was “no fun anymoreâ€. Her mother did not accept her becoming a Muslim and hoped that it was a temporary zeal and that she would soon grow out of it. Her “mental health expert†sister thought that she lost her mind. She attempted to put her in a mental health institution.Her father was a calm and wise man. People would come to him for advice and he could comfort anyone in distress. But when he heard that his daughter became a Muslim, he loaded his double-barrel shotgun and started on his way to kill her. “It is better that she be dead rather than suffering in the deepest of Hellâ€, he said.She was now without friends and without family.She soon started wearing hijab. The day she put it on, she was denied her job. She was now without family, friends, and job. But her greatest sacrifice was yet to come.She and her husband both loved each other very much. But while she was studying Islam, her husband misunderstood her for her apparent changes. She became quieter and stopped going to the bar. Her changes were visible to him and he suspected her of having affair with another man, for whom she must have been changing. She could not explain to him what was happening. “There was no way to make him understand what was changing me because I did not know.†Eventually he asked her to leave and she started living separately.After she openly accepted Islam, it went worse. A divorce was now inevitable. This was a time when Islam was little known, much less understood for what it is. She had two little children whom she loved dearly and whose custody should have rightfully be given to her. But in a grave violation of justice, she was denied their custody just because she became a Muslim. Before giving the formal verdict, the judge offered her a harsh choice: either renounce Islam and get custody of the children, or keep Islam and leave the children. She was given 20 minutes to make a decision.She loved her children very dearly. It is perhaps the worst nightmare that a mother can have: asked to willfully leave her child - not for one day, month, or year, but forever. On the other hand, how could she keep the Truth away from her children and live as a hypocrite? “It was the most painful 20 minutes in my lifeâ€, she said in an interview. Those of us who are mothers and fathers, especially of young children, little imagination is needed to feel the pain and torment that she must have passed every second in those 20 minutes. What added further to her pain was that according to doctors, she could never bear another child because of certain complications. “I prayed like I had never done before … I knew that there was no safer place for my children to be than in the hands of Allah. If I denied Him, there would be no way in the future to show my children the wonders of being with Allah.â€She decided to retain Islam. Her two dear children – one little booy and one little girl – were taken away from her and given to her eex-husband.For a mother, is there a sacrifice greater than this – a sacrificee that is done for no material reason but only for faith and conviction?“I left the court knowing that life without my babies would be very difficult. My heart bled, even though I knew, inside, I had done the right thing†. She found comfort in the following verse of the Qur'an:There is no god but He,-the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) before or after or behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory). (Quran 2: 255)Perhaps the air of Colorado was too thin for justice. Or perhaps there was a plan in Allah’s greater scheme of affairs. Aminah Assilimi later fought back and took her case to the media. Although she did not get custody of her children again, a change was made in the Colorado law that one cannot be denied child custody on the basis of his or her religion.Indeed Allah’s love and mercy engulfed her so much that, as if, she has been granted the touchstone of Islam. Wherever she goes, people are touched by her beautiful words and Islamic manners and become Muslim.By accepting Islam, she became a changed person, and a much better person. So much so that her family, relatives, and people around her started appreciating her mannerism and the faith that brought about such changes in her. Despite her family’s initial reaction, she remained in touch with them and addressed them with respect and humility, just as the Qur’an enjoins the Muslims to do. She would send cards to her parents on different occasions, but she would always write down a verse from the Qur’an or the Hadith without mentioning the source of such beautiful words of wisdom. It was not long before she started making a positive influence among her family members.The first to become Muslim was her grand mother. She was over 100 years old. Soon after accepting Islam, she died. “The day she pronounced Shahada, all her misdeeds had been erased, while her good deeds were preserved. She died so soon after accepting Islam that I knew her “book†was bound to be heavy on the good side. It fills me with such a joy!â€Next to become Muslim was her father, the one who wanted to kill her after she became Muslim. Thus he brought alive the story of Umar ibn Khattab. Umar was a companion of the Prophet who persecuted the early Muslims before he converted to Islam. When he heard one day that his sister became a Muslim, he went out with an open sword to kill her. But upon hearing some of the verses from the Qur’an that his sister was reciting, he recognized the truth and went straight to the Prophet and accepted Islam.Two years after she (Assilmi) accepted Islam, her mother called and said that she appreciated her faith and hoped that she would keep it. Couple of years later, she called again and asked her about what one would need to do to become a Muslim. Assilmi replied that one had to believe that there is only One God and Muhammad was his Messenger. “Any fool knows that. But what do you have to do?â€, she asked again. She replied that if that is what she believed, then she was already a Muslim! At this, her mother said, “Well … OK. But let’s not ttell your father just yetâ€.She was not aware that her husband (Assilmi’s step father) had the same conversation with her a few weeks earlier. Thus the two lived together as Muslims for years in secret without knowing that the other was also a Muslim. Her sister who wanted to put her in mental institution accepted Islam as well. She must have realized that becoming Muslim is indeed the most healthy and sound thing to do.Her son, upon becoming adult, accepted Islam. When he turned 21, he called her and said that he wanted to become a Muslim.Sixteen years after the divorce, her ex-husband also accepted Islam. He said that he had been watching her for sixteen years and wanted his daughter to have the same religion that she had. He came to her and apologized for what he had done. He was a very nice gentlemen and Assilimi had forgiven him long ago.Perhaps the greatest reward for her was yet to come. Assilmi later married another person, and despite the doctors’ verdict that she could never conceive another child, Allah blessed her with a beautiful boy. If Allah (swt) makes a gift to someone, who can prevent Him? It was truly a wonderful blessing from Allah (swt), and so she named him “BarakahThe sacrifice that Assilmi made for the sake of Allah (swt) was tremendous. And so Allah (swt) turned in mercy to her and rewarded her with enormous blessings. Her family discarded her after she accepted Islam, and now by Allah’s mercy, most of them are Muslim. She lost her friends because of Islam, and now she is being loved by so many. “Friends who loved came out of nowhereâ€, she said. Allah’s blessings came upon her so much that wherever she goes people are touched by the beauty of Islam and accept the Truth. Both Muslims and non-Muslims now come to her for advice and counseling.She lost her job because of wearing hijab, and now she is the President of the International Union of Muslim Women. She delivers lectures nationwide and is on high demand. It was her organization that successfully lobbied for the “Eid Stamp†and had it approved by the United States Postal Service, but it took many years of work. She is now working on making the Eid Day as a national holiday.She had tremendous trust on Allah’s love and mercy and she never looses faith on Him. She was once diagnosed with cancer some years ago. Doctors said that it was in an advanced stage and that she would live for another year. But her faith in Allah (swt) remained strong. “We must all die. I was confident that the pain I was experiencing contained blessings.†As a brilliant example of how much one can love Allah, she mentions about a friend of her named Kareem Al-Misawi who died of cancer when he was in his 20’s:"Shortly before he died, he told me that Allah was truly Merciful. This man was in unbelievable anguish and was radiating with Allah’s love. He said: “Allah intends that I should enter heaven with a clean book.†His death experience gave me something to think about. He taught me of Allah’s love and mercy."Aminah Assilmi, a national Muslim community activist, scholar and leader who died 6th March 2010 in a car accident outside of Newport, Tenn. She was returning with her son from a speaking engagement in New York. Her son, who was injured in the accident, was taken to a hospital in Knoxville

Tuesday, 9 March 2010

Jangan ketepi penduduk bangunkan Kampung Baru


Jangan ketepi penduduk bangunkan Kampung Baru

PUTRAJAYA, 9 Mac: PAS Wilayah Persekutuan hari ini menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik menggesa pihak kementerian tidak mengenepikan penduduk dan wakil rakyat setempat dalam perbincangan projek pembangunan Kampung Warisan termasuk Kampung Baru.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Nor kepada Setiausaha Sulit Menteri, Shazri Faiza Faridam pagi tadi.

Ianya mengandungi gesaan agar penduduk Kampung Baru dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang dipilih mereka dilibatkan sama dalam perbincangan projek tersebut.

Sebelum ini beberapa bantahan dibuat penduduk kerana didakwa tidak melibatkan mereka dalam projek tersebut sehingga terbaru Nong Chik mengeluarkan kenyataan tidak akan membangunkan Kampung Warisan.

Mohamad Nor ketika mengulas perkara itu berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membangunkan Kampung Warisan itu tepat, tetapi sudah terlambat.

"Apa yang dikatakan Raja Nong Chik semalam tepat tetapi agak terlambat kerana masyarakat telah pun membantah dan keputusan kerajaan sebelum ini tidak melibatkan Ahli Parlimen dan penduduk setempat.

Penduduk kampung juga jelasnya mesti dilibatkan kerana ianya berkaitan tanah dan masa depan mereka.

"Sesuai dengan slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, apa sahaja konsep pembangunan yang hendak dicadangkan oleh kerajaan mestilah mendapat persetujuan penduduk disamping mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain," katanya lagi.

Selain itu, PAS Wilayah juga menuntut satu dana khas diwujudkan jika benar mahu membangunkan Kampung Baru dan bukannya menyerahkan sejumlah peruntukan terus kepada individu-individu tertentu.

Apa yang dirisaukan jelasnya, kemungkinan berlaku salah guna kuasa dengan menjadikan peruntukan tersebut sebagai pampasan supaya penduduk Kampung Baru berpindah.

Kerajaan juga tegasnya perlu menyediakan plan pembangunan yang jelas kepada rakyat bagi memastikan pemilikan aset orang Melayu di Kampung Baru, kekal dimiliki oleh penduduk dan pemilik tanah serta dijamin hak-hak mereka.

Kerajaan juga diingatkan agar menggunakan saluran diplomasi serta berhemah dalam sebarang rundingan dengan penduduk Kampung Baru dan sebarang kaedah perundangan adalah kaedah yang terakhir.

Manakala cadangan kerajaan untuk menubuhkan badan khas dibawah Badan Amanah Kerajaan Negeri hendaklah diwakili semua pihak berkaitan termasuk Lembaga Malay Agricultural Seetlement (MAS), Wakil Rakyat, wakil DBKL, dan wakil kerajaan." katanya.

Kerajaan turut diminta menjelaskan mengenai status projek Menara Puncak baru bernilai RM500 juta yang telah dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 mac 2009 dan status perkembangan draf Plan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.

Dr Lo'Lo'