Thursday, 12 August 2010

Perasmian Restoran Baru Al- Rawstha di Jln Kg Pandan

Bersama-sama Ehsan dan uan Haji shahir sedang menikmati jamuan

bertemu dgn Ustaz Ali ( OKU )

Bertemu dengan pemilik Rerstoran Al-Rawstha ( kenalan Lama )

Sempat bergambar dengan tetamu yang hadir

berbual dengan Ustaz Hasan Azahari ( ayah kpd IGP Malaysia )

Datuk Burhan ( Mantan Datuk bandar KL ) bersama Isteri

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday, 9 August 2010

Majlis Pembentangan Konsep Pembangunan Semula Kg Baru dari perspektif TanSri Khalid Ibrahim

27 Syaaban 1431H bersamaan 8 Ogos 2010 di Dewan Kelab Sultan Sulaiman

Hadirin mendaftar dan mengambil borang kaji selidik

Persiapan terakhir sedang dibuat.Kaki-tangan Pejabat Menteri Besar juga turut serta.

Mak cik ni salah seorang pemilik yang mahu mendengar

Tan Sri Kalid Ibrahim, Tuan Hj Roslan Timbalan Pengurus Besar PKNS

Hartanah dipegang dalam bentuk saham iaitu Saham A atau saham pemilikan dan Saham B saham sewa yang beri pulangan dari pembangunan.

Badan Amanah Kg Baru “AMANAH”

Mencadang ditubuhkan sebuah Badan Amanah yang dianggotai oleh MAS, individu-individu terpilih yang dari kalangan anak-anak Kg Baru yang telah berjaya membangunkan hartanah mereka, NGO yang berwibawa dan juga wakil dari pihak kerajaan dimana Badan Amanah ini bertanggung jawab sepenuhnya mengurus geran-geran hartanah semasa pembangunan berjalan.

Perbadanan mengelolakan pembangunan shj.

Mencadangkan agar Perbadanan yang hendak ditubuhkan adalah sebagai entiti pentadbir dan pengurus serta pemantau kepada pembangunan sahaja termasuk mengendalikan Konsortium Pemaju yang akan menjadi Pemaju Utama pembangunan Kg Baru.

Badan Amanah Kg Baru (AMANAH) diwujudkan untuk mengurus hartanah dimana perlu diwujudkan sebuah syarikat yang akan menilai geran-geran tanah dalam bentuk saham termasuk bagi pihak penama-penama yang tidak dapat dikesan bagi memastikan keadilan dan hak kepada semua pihak. Sewajarnya geran-geran Kg Baru tidak digadaikan kepada bank-bank swasta untuk menjana dana pembangunan.

Konsep Pembangunan bercirikan Melayu-Islam

Pembangunan semula Kg Baru hendaklah atas konsep pembangunan yang mengekalkan ciri-ciri Melayu Islam, pembangunan yang berimbang, yang ada nilai estetika ada rohnya. Pembangunan berimbang dengan menjadikan Masjid Kg Baru sebagai pusat atau nadi pembangunan bagi memastikan rohani menjadi paksi pembangunan.
Tidak wajar Kg Baru maju tetapi penduduknya runtuh moral dan bankrap akhlaknya. Bangunan-bangunan pencakar langit yang tiada nilai kerohanian tidak diperlukan. Konsep Pembangunan Hijau yang serasi dengan alam sekitar, bangunan-bangunan yang 'bijak' yang menggunakan tenaga semula-jadi dan terus mampan.Pembangunan semula yang akan menjadikan Kg Baru Pusat Sehenti Melayu-Islam yang terkenal sebagai mercu tanda kegemilangan Melayu Islam bersama pelbagai etnik dan kepercayaan di tengah-tengah bandar Metropolitan Kuala Lumpur.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

program gotong royong Bersih Kubur Ampang anjuran DBKL , Masjid Jamek Kg Baru

Gotong-royong bersih kubur Ampang anjuran DBKL,Masjid Kg Baru dan UMNO TW.Saya dimaklumkan oleh jemaah masjid sebab diumumkan dalam masjid dan saya menyaksikan sendiri banner yg tergantung y tertera lambang UMNO

Oleh kerana program ini program yang baik maka saya turun bersama2 Unit Amal Pemuda PAS

Membaca doa di kubur P.Ramlee dan Saloma

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Seminar Piliharaya PAS Wilayah Persekutuan - Mengurus dan mengekalkan kemenangan

Pakatan Rakyat: Berpadu.Berubah.Berkat.

Tiada istilah merajuk dalam perjuangan PAS. Masing2 bekerja untuk meraih Mardhotillah atau keredhaan Allah. Kerja lebih dapat lebih, kerja kurang dapat kurang.

An-Nisa:

Tidaklah sama antara orang beriman yg duduk (yg tdk turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dgn orang yg berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang2 yg berjihad dgn harta dan jiwanya atas org2 yg duduk (tdk ikut berperang tanpa halangan). Kpd masing2, Allah menjanjikan (pahala) yg baik (Syurga) dan Allah melebihkan org2 yg berjihad atas orang yg duduk dgn pahala yg besar.
(Iaitu) beberapa darjat drpdNya serta ampunan dan rahmah.
Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.  ayat 96-97

Komitmen Pemuda

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

UMNO peralat JAWI cemar institui masjid

Semalam Isnin 1 Ogos 2010 antara waktu Maghrib dan Isya satu majlis Bicara Pemimpin Bersama Rakyat dan Sumbangan kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3 untuk Ramadhan telah diadakan di Masjid Alam Shah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI, UMNO bahagian Cheras dan UMNO bahagian Titiwangsa.

Majlis tersebut diisi dengan program Tazkirah Maghrib oleh Syed Amru Ketua Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Cheras yang juga dikatakan AJK Masjid Alam Shah yang baru dilantik. Selepas solat Isya yang diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jeneral (B) Datuk Jamil Khir majlis diisi dengan ucapan-ucapan oleh Ketua UMNO Cheras, Pemangku Ketua UMNO Titiwangsa dan Senator Menteri.

Juruacara, pimpinan UMNO dan Menteri langsung tidak menyebut atau mengalu-ngalukan kehadiran Wakil Rakyat Titiwangsa walau pun mereka maklum kerana Ketua Pengarah JAWI telah sedia dimaklumkan. Majlis ini dianjurkan JAWI, sudah pasti menggunakan dana JAWI, sumbangan-sumbangan juga dari peruntukan JAWI tetapi UMNO yang menguasai dari awal hingga akhir.

Menurut Ketua Pengarah JAWI Datuk Che Mat beliau yang membenarkan UMNO hadir dan menjadi penganjur bersama atas kapasiti beliau sebagai Ketua Penarah JAWI. Apabila saya menganjurkan untuk PAS bekerjasama dengan JAWI untuk program-program selepas ini, beliau menyatakan boleh buat permohonan. Setelah mungkin menyedari implikasi dari jawapan tersebut beliau terus menyatakan kena fikir dua tiga kali kerana PAS bukan kerajaan. Saya menyatakan disini UMNO bukannya terlibat sebagai kerajaan tetapi sebagai parti politik sedangkan JAWI dan Jabatan-Jabatan Agama Islam seluruhnya melarang aktiviti politik dalam masjid, beliau menyatakan beliau sendiri yang menjemput UMNO hadir dan turut terlibat.

Saya difahamkan Senator Menteri telah turun ke lima Zon dalam WP untuk proram-program yang sama dan dikatakan setiap program tersebut secara langsung melibatkan sekurang-kurangnya 2 bahagian UMNO yang terletak dalam zon tersebut. Zon 5 yang melibatkan Cheras dan TW adalah zon terakhir yang dikunjungi Menteri dengan anjuran JAWI

Sebagai Wakil Rakyat saya disini merakamkan kekesalan diatas sikap 'double-standard' pihak Menteri yang memperalatkan JAWI untuk meluaskan pengaruh politik UMNO/BN yang telah ditolak rakyat di WP khususnya di Kuala Lumpur. Menteri yang dilantik langsung tidak memperdulikan etika dan profesionalisma pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Pusat sehingga tidak memperdulikan larangan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung untuk tidak mempolitikkan institusi Masjid dan Surau. Malah Menteri secara sedar mengheret JAWI sebagai sebuah jabatan kerajaan dalam kemelut ini.

Saya juga menyelar pihak UMNO khususnya UMNO Bahagian Cheras dan Titiwangsa yang kelihatan sangat tidak berupaya, lemah dan tiada kredibiliti sehingga terpaksa menempek kepada agensi-agensi kerajaan seperti JAWI dan DBKL untuk mengadakan program-program. Ini bukanlah kali pertama UMNO bersikap bacul seperti ini di WP khususnya TW dan seluruh Malaysia malah kelihatan semakin terdesak dan tersepit dengan bertambahnya sokongan rakyat berbilang kaum kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Saya juga menyeru pihak Menteri supaya bersikap lebih adil dan berintegriti kerana beliau bukanlah Menteri kepada orang UMNO sahaja tetapi Menteri yang dilantik Perdana Menteri untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam semua orang Islam di Malaysia. Sikap memihak dan mengenepikan wakil rakyat-wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat; menyerlahkan sikap hipokrit terutama apabila bercakap isu perpaduan umat Islam Malaysia dan hasrat 1Malaysia Perdana Menteri. Sepatutnya Menteri yang berpendidikan agama menunjukkan perbezaan yang boleh dicontohi oleh menteri-menteri lain yang tiada latar belakang pendidikan agama Islam dengan melibatkan semua pihak yang berlainan latar belakang dan kecenderungan politik serta menghormati pilihan rakyat, barulah rakyat melihat kesungguhan menteri membawa aspirasi perpaduan.

Menteri hendaklah menyatakan kekesalan kerana telah melakukan kesalahan yang sangat serius dengan menyalahi titah perintah DYMM Yang DiPertuan Agung yang melarang mempolitikkan institusi Masjid dan Surau. Setiap penglibatan dengan Masjid dan Surau hendaklah atas kapasiti jawatan dalam kerajaan atau NGO yang berdaftar.

Saya percaya semua tindakan-tindakan Menteri memperalatkan agensi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan serta membiarkan UMNO mencemarkan institusi masjid dan surau diperhatikan oleh rakyat yang semakin pandai menilai dan insyaAllah akan menatijahkan lebih sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hingga akhirnya menolak keboborokan UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.

Dr Lo'Lo' bt Datuk Hj Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Sunday, 8 August 2010

Kampung Baru: Lo' Lo' dakwa menteri tidak ikhlas

Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali (gambar) sekali lagi mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan tidak ikhlas dalam proses membangunkan semula Kampung Baru.

Ianya ekoran Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak menjemput sekali wakil penduduk Kampung Baru dan beliau sendiri sebagai wakil rakyat bertanggungjawab untuk menyertai makmal Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru.

"Di sini satu lagi tak ikhlas menteri, kenapa tidak libatkan penduduk Kampung Baru dan saya sebagai ahli parlimen bertanggungjawab dalam makmal ini?” soalnya.

Nong Chik sebelum ini menyatakan bahawa makmal tersebut ditubuhkan bagi merangka draf undang-undang yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menunjangi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang dijangka berfungsi pada tahun depan.

Lo' Lo' bagaimanapun turut mempersoal tindakan Nong Chik yang membuat makmal berkenaan jauh di Melaka sedangkan isu yang hendak dibincangkan adalah berkaitan pembangunan Kampung Baru.

"Jauh lari ke Melaka, agaknya nak lari jauh dari saya," katanya berseloroh.

Mengulas Projek pembangunan Kampung Baru yang dibangunkan kerajaan mengikut model perniagaan di Mekah, Lo' Lo' berkata konsep pembangunan tidak penting asalkan ianya mengekalkan beberapa aspek penting Kampung Baru sebagai kampung tradisi orang Melayu.

Ianya termasuk mengekalkan ciri-ciri Melayu Islam, pembangunan berimbang, ada nilai estatika serta dan tidak mengenepikan aspek pembinaan modal insan.

"Kita mahu masjid dijadikan nadi atau pusat pembangunan bagai memastikan akhlak dan rohani menjadi tunjang pembangunan.

"Kita tidak mahu bangunan pencakar langit tingi-tinggi, namuk akhlak dan moral masyarakat runtuh," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan pelan alternatif Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, esok.

Majlis anjuran bersama Pejabat Menteri Besar Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa itu bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Khalid akan menjelaskan tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri dan PKNS berhubung pembangunan di Kampung Baru.

< Prev Next >

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Friday, 6 August 2010

Kampung Baru: MB Selangor bentang model pembangunan Ahad ini

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Baru, Ahad ini bagi membentangkan model cadangan pembangunan semula penempatan warisan orang Melayu itu.

Kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, pertemuan itu ditaja bersama Pejabat Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dan akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman.
“Model pembangunan semula Kampung Baru yang akan dibentangkan ini mengekalkan hak milik tanah kepada orang Melayu tetapi pada masa yang sama pemilik tanah mendapat manfaat dari hasil pembangunan bagi tujuan komersial.
“Cadangan pembangunan semula Kampung baru ini mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta membina pembangunan yang setaraf dengan kawasan yang berdekatan,” katanya.
Khalid (gambar) memberikan alternatif kepada cadangan kerajaan persekutuan Jun lalu.
Kenyataan itu menambah, cadangan ini telah dibuat 15 tahun lalu atas permintaan kerajaan pusat ketika itu, akan dibentangkan semula tetapi dengan ditambah baik mengikut keperluan semasa dan perubahan persekitaran.
Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) telah dimaklumkan mengenai taklimat ini dan mereka dijemput menghadirinya, tambah kenyataan itu.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’lo Ghazali turut dijemput dijemput bagi menyampaikan taklimat itu, kata kenyataan tersebut dikeluarkan pagi ini.
“Pembangunan semula ini masih di peringkat cadangan dan perlu mendapat persetujuan penduduk Kampung Baru.
“Kerajaan Selangor berpendirian bahawa pemilik tanah Kampung Baru patut diberi hak untuk membuat pilihan yang terbaik untuk mereka dan generasi akan datang,” katanya lagi.
Pada 2 Ogos lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mewakili inisiatif kerajaan persekutuan memberitahu, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang berfungi sebagai perancang dan pengawal selia pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur dijangka beroperasi tahun depan.
Rang undang-undang penubuhan perbadanan itu dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.
Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang meliputi tujuh buah kampung adalah seluas 90.2 hektar dan berusia 110 tahun. Ia kini mempunyai 35,000 penduduk.
Raja Nong Chik berkata selain Perbadanan Kampung Baru, turut akan ditubuhkan ialah Pemaju Pembangunan Kampung Baru yang akan menyedia dana dan melaksanakan pembangunan fizikal di kawasan tersebut.
Beliau berkata dua syarikat berkaitan kerajaan iaitu Permodalan Hartanah Berhad dan Lembaga Tabung Haji telah menyatakan persetujuan untuk membangunkan Kampung Baru

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Thursday, 5 August 2010

Majlis Pembentangan Pelan Alternatif Pembangunan Kampung Baharu

MAJLIS PEMBENTANGAN PELAN ALTERNATIF PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
TARIKH : 08/08/2010 ( AHAD )
MASA : 2.30pm
TEMPAT : DEWAN KELAB SULTAN SULAIMAN
KG BARU KUALA LUMPUR

ANJURAN BERSAMA :

PEJABAT MENTERI BESAR
PUSAT KHIDMAT PARLIMEN TITIWANGSA
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR ( PKNS )

" SEMUA PEMILIK & PEWARIS HARTANAH KAMPUNG BAHARU DIJEMPUT HADIR "

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Tuesday, 3 August 2010

Menteri Hal Ehwal Agama Islam bersekongkol dengan UMNO mencemar institusi masjid dengan politik sempit mereka

Semalam Isnin 1 Ogos 2010 antara waktu Maghrib dan Isya satu majlis Bicara Pemimpin Bersama Rakyat dan Sumbangan kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3 untuk Ramadhan telah diadakan di Masjid Alam Shah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI, UMNO bahagian Cheras dan UMNO bahagian Titiwangsa.

Majlis tersebut diisi dengan program Tazkirah Maghrib oleh Syed Amru Ketua Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Cheras yang juga dikatakan AJK Masjid Alam Shah yang baru dilantik. Selepas solat Isya yang diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom majlis diisi dengan ucapan-ucapan oleh Ketua UMNO Cheras, Pemangku Ketua UMNO Titiwangsa dan Senator Menteri.

Juruacara, pimpinan UMNO dan Menteri langsung tidak menyebut atau mengalu-ngalukan kehadiran Wakil Rakyat Titiwangsa walau pun mereka maklum kerana Ketua Pengarah JAWI telah sedia dimaklumkan. Majlis ini dianjurkan JAWI, sudah pasti menggunakan dana JAWI, sumbangan-sumbangan juga dari peruntukan JAWI tetapi UMNO yang menguasai dari awal hingga akhir.

Menurut Ketua Pengarah JAWI Datuk Che Mat beliau yang membenarkan UMNO hadir dan menjadi penganjur bersama atas kapasiti beliau sebagai Ketua Penarah JAWI. Apabila saya mencadangkan untuk PAS bekerjasama dengan JAWI untuk program-program selepas ini, beliau menyatakan boleh buat permohonan. Setelah mungkin menyedari implikasi dari jawapan tersebut beliau terus menyatakan kena fikir dua tiga kali kerana PAS bukan kerajaan. Saya menyatakan disini UMNO bukannya terlibat sebagai kerajaan tetapi sebagai parti politik sedangkan JAWI dan Jabatan-Jabatan Agama Islam seluruhnya melarang aktiviti politik dalam masjid, beliau menyatakan beliau sendiri yang menjemput UMNO hadir dan turut terlibat.

Saya difahamkan Senator Menteri telah turun ke lima Zon dalam WP untuk proram-program yang sama dan dikatakan setiap program tersebut secara langsung melibatkan sekurang-kurangnya 2 bahagian UMNO yang terletak dalam zon tersebut. Zon 3 yang melibatkan Cheras dan TW adalah zon terakhir yang dikunjungi Menteri dengan anjuran JAWI

Sebagai Wakil Rakyat saya disini merakamkan kekesalan diatas sikap 'double-standard' pihak Menteri yang memperalatkan JAWI untuk meluaskan pengaruh politik UMNO/BN yang telah ditolak rakyat di WP khususnya di Kuala Lumpur. Menteri yang dilantik langsung tidak memperdulikan etika dan profesionalisma pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Pusat sehingga tidak memperdulikan larangan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung untuk tidak mempolitikkan institusi Masjid dan Surau. Malah Menteri secara sedar mengheret JAWI sebagai sebuah jabatan kerajaan dalam kemelut ini.

Saya juga menyelar pihak UMNO khususnya UMNO Bahagian Cheras dan Titiwangsa yang kelihatan sangat tidak berupaya, lemah dan tiada kredibiliti sehingga terpaksa menempek kepada agensi-agensi kerajaan seperti JAWI dan DBKL untuk mengadakan program-program. Ini bukanlah kali pertama UMNO bersikap bacul seperti ini di WP khususnya TW dan seluruh Malaysia malah kelihatan semakin terdesak dan tersepit dengan bertambahnya sokongan rakyat berbilang kaum kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Saya juga menyeru pihak Menteri supaya bersikap lebih adil dan berintegriti kerana beliau bukanlah Menteri kepada orang UMNO sahaja tetapi Menteri yang dilantik Perdana Menteri untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam semua orang Islam di Malaysia. Sikap memihak dan mengenepikan wakil rakyat-wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat; menyerlahkan sikap hipokrit terutama apabila bercakap isu perpaduan umat Islam Malaysia dan hasrat 1Malaysia Perdana Menteri. Sepatutnya Menteri yang berpendidikan agama menunjukkan perbezaan yang boleh dicontohi oleh menteri-menteri lain yang tiada latar belakang pendidikan agama Islam dengan melibatkan semua pihak yang berlainan latar belakang dan kecenderungan politik serta menghormati pilihan rakyat, barulah rakyat melihat kesungguhan menteri membawa aspirasi perpaduan.

Menteri hendaklah menyatakan kekesalan kerana telah melakukan kesalahan yang sangat serius dengan menyalahi titah perintah DYMM Yang DiPertuan Agung yang melarang mempolitikkan institusi Masjid dan Surau. Setiap penglibatan dengan Masjid dan Surau hendaklah atas kapasiti jawatan dalam kerajaan atau NGO yang berdaftar.

Saya percaya semua tindakan-tindakan Menteri memperalatkan agensi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan serta membiarkan UMNO mencemarkan institusi masjid dan surau diperhatikan oleh rakyat yang semakin pandai menilai dan insyaAllah akan menatijahkan lebih sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hingga akhirnya menolak kebobrokan UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.