Monday, 22 September 2008

ZIARAH...kematian warga India di PPR Laksamana

Kesian mendiang kerana meninggal dalam usia muda kerana sakit buah pinggang, beliau bekas Pengurus KFC. Malang juga nasib mendiang sebelum meninggal kerana apabila dia sakit, dikatakan isterinya lari meninggalkan mendiang.

dihantar oleh Faezah.
IFTAR di AL IKHWAN pusat Tarbiyah Pak Yazid
18 Sept. 2008/ 18 Ramadhan 1429H

Pak Yazid pendakwah veteran yang sangat gigih. Pusat Tarbiyah Al Ikhwan yang diterajui Pak Yazid secara istiqomah menjalankan program2 tarbiyah. Setiap Ahad ada Kuliah berkala yang bermula dari pukul 11 pagi.

Memberi tazkirah pendek. Suami saya turut sama dalam Majlis Iftar tersebut. Pak yazid bukan orang lain pada kami kerana sejarah panjang percintaan kami bermula antaranya di Rumah Pak Yazid jln Raja Alang Kg baru semasa sama2 memenuhi dada dgn ilmu dinniyah. Sudah pastilah percintaan kami terkawal dalam batas2 syara' yg akhirnya membawa kepada perkahwinan yag kini sudah masuk 28 tahun. Saya sedang mendukung Lu'lu' Kaisiyah, bayi berumur 6 bulan anak Ustazah Suraiya yang dilahirkan diPusat Perubatan Kohilal sewaktu saya sibuk dengan PRU12. Sepatutnya saya yang menyambut kelahiran bayi ini tapi Allah menakdirkan doktor lain yang menyambut. Namun begitu ust Suraiya tetap menamakan bayinya sempena nama saya iaitu Lo'lo' yang bermakna Mutiara. Saya rasa sungguh berbangga.
Golongan warga emas yang menginap di 'Asrama' Al Ikhwan sepanjang Ramadhan. Setiap tahun antara 50-60 orang warga emas berhijrah ke Al Ikhwan untuk menghayati Ramadhan sebaik2nya dengan majlis2 tazkirah, kuliah, tadarrus dsbnya.

Wednesday, 17 September 2008

JUALAN AMAL PERSATUAN HIMPUNAN ARMALAH TITIWANGSA atau HATI
YB beramah mesra dengan salah seorang sukarelawan
YB turut membantu salah seorang sukarelawan ibu tunggal
Persatuan Himpunan Armalah Ibu Tunggal (HATI) Titiwangsa mengadakan jualan amal untuk mengumpul dana, lokasinya di hadapan Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa... di sini menjual pakaian-pakaian terpakai dengan harga-harga yang berpatutan, sekarang ini persatuan himpunan memerlukan tenaga untuk membantu menjual pakaian-pakaian tersebut...sesiapa yang ingin membantu tenaga dialu-alukan...
by:faezah
BAHULU PANAS-PANAS !!

YB mencuba bakat membuat bahulu.Projek buat bahulu ini dibuat didalam kawasan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kg. Baru. Projek ini merupakan IKS yang diterajui oleh Puan Rohana dari PPR Cochrane,seorang wanita gigih yang berusaha memajukan diri tanpa bergantung kepada orang lain. Bahulu kak Rohana istimewa kerana disamping bahulu biasa ada bahulu coklat dan bahulu pandan Yb berharap selepas raya nanti kak Rohana akan terus dapat tempahan bahulu. Jika nak tempah hubungi saya di PKWR 0326980025.

Story by Faezah

Monday, 15 September 2008

SUMBANGAN ZAKAT di PPR LAKSAMANA
Zakat untuk warga emas yang miskinZakat untuk OKU...mangsa PolioYB menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, OKU dan juga fakir miskin sebelum menyampaikan sumbangan YB diminta memberi ucapan aluan
di antara penduduk PPR Laksamana yang hadir pada malam tersebut
jamuan setelah selesai majlis
by: faezah
EDARAN KUIH BULAN DI DESA REJANG
14 Sept. 2008
Mr. Vincent, Mr Hu dan PEMUDA memberi kuih bulan di pasar Desa Rejang.. Kuih Bulan...selamat menyambut festival kuih bulan...
EDARAN KUIH BULAN DI MALURI BERSAMA YB
YB memberi kuih bulan kepada salah seorang peniaga cina
kedai makan,...YB turut memberi kuih bulan kepada masyarakat cina diperhatikan oleh Mr. Vincent Lee dan Mr. Hu Pang Chaw
Hj. Mohamed Nor (PJ PAS Pusat) turut hadir bersama-sama memberi kuih bulan kepada masyarakat cina
memberi kuih bulan dari rumah ke rumah...
baru sampai Maluri...nak mula mengedarkan kuih bulan...
mesyuarat berdiri...berbincang kemana nak mula edar..
Darul Ummah...bahagi-bahagi kuih bulan tuk dibawa ke Maluri dan Desa Rejang...
by: Faezah
IFTAR BERSAMA...
14 Sept. 2008/ 14 Ramadhan 1429H
YB memberi ucapan aluan 
YB bersama salah seorang isteri tahanan mangsa ISA
antara muslimat yang hadir
sebelum menyediakan makanan tuk jasmani...terhidang dahulu makanan rohani...khusyuk mendengar tazkirah...
muslimin turut membantu muslimat menyediakan persiapan tuk berbuka
Pn. Fauziah dan Pn. Hajar begitu sibuk menyediakan juadah...
Iftar ramadhan anjuran PAS Kawasan Titiwangsa, pada 14 Sept. 2008/ 14 Ramadhan 1429H lalu berjalan dengan lancar dan santai...turut hadir pada majlis tersebut Ustazah Nuridah dan keluarga, Mohamad Nor (PJ) dan keluarga serta isteri-isteri mangsa tahanan ISA...
by: faezah
SEMARAK RAMADHAN BERSAMA KOMUNITI DISAYANGI
YB bersama ustazah Saimah (Timb. Pengarah JAWI)
penyampaian sumbangan kepada salah 1 Komuniti Disayangi (PERNIM)
YB bersama Pn. Hjh. Norlina Alwi (pengarah PERNIM)
bergambar bersama...
gambar kenangan bersama kanak-kanak PERNIM
di antara komuniti disayangi yang hadir...ramai...
IFTAR BERSAMA INDIA MUSLIM, INDIAN SETTLEMENT
Kelihatan YB, cikgu Yusuf wakil zon Keramat merangap Naib YDP PAS serta en Hedzer Timbalan YDP disambut oleh Pengerusi Surau India Muslim.Yb menyampaikan sedikit sumbangan untuk Majlis Iftar. Namun begitu sebenarnya Komuniti India Muslim ini jauh lebih mampu Maklumlah taukeh2 Restoran Mamak yang maju perniagaan masing2 sering memakmurkan dan bersama2 menyertai Majlis Iftar dan Terawih.Kelihatan AJK2 DewanMuslimat Titiwangsa juga turut serta: Puan Rashidah, Aishah, Hajar, Fauziah Zainal Abidin dan saya sendiri Faezah selaku p/a YB.Bubur lambuknya istimewa kerana ditumis dengan rempah kari merah berbeza dengan bubur lambuk biasa. Menarik dan sedap. Nasi berianinya lagi sedap sehingga kami semua kekenyangan. YB sendiri 'komplen' sebab sudah terlebih makan, biasanya YB makan sangat sederhana supaya ringan untuk berterawih.kaum wanita yang hadir untuk bersama-sama berbuka puasa YB bersalaman dan bertanya khabar kepada jemaah yang hadir muslimin yang hadir
sambutan dan layanan yang diterima amat terharu..dan makanan yang dihidangkan Alhamdulillah sedap-sedap semuanya...difahamkan jemaah yang hadir ke surau India Muslim ini setiap malam lebih kurang 300 jemaah dan mereka berbuka puasa bersama-sama setiap hari...di sini kaum perempuan mereka hanya datang untuk makan sahaja semuanya disediakan oleh kaum lelaki, berbeza dengan kita orang melayu...kebanyakannya persiapan itu disediakan oleh kaum perempuan...
by: faezah