Thursday, 23 April 2009

KARNIVAL KESIHATAN KELUARGA

Sila datang beramai-ramai bagi memeriahkan program Karnival Kesihatan Keluarga... anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa dengan kerjasama CUCMS dan juga AADK.

Terdapat pelbagai Sukaneka dan Pertandingan di antaranya:

· Kuiz Kesihatan

· Congkak

· Pertandingan bayi sihat

· Pertandingan bapa memakaikan lampin anak (bayi)

· Pertandingan mewarna kanak-kanak

· Pertandingan menu sihat suami isteri:

v Salad

v Kerabu

v Sandwich

v Jus buah-buahan

CUCMS dan AADK juga menyediakan acara yang menarik, iaitu:

Bengkel menangani STRESS/TEKANAN

Oleh: Pelajar-pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences

Ceramah Oleh: Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Juga menyediakan:

· Kaunter Skim Mesra Usia Emas & TAWAS untuk anak-anak Selangor

· Klinik Guaman Sivil & Syar’ie

· Reflexologi

· Rawatan Islam

paling menarik…..HADIAH Cabutan Bertuah

Bertempat di DEWAN ORANG RAMAI KG. PAYA, KG. BARU, KUALA LUMPUR

(masuk ikut pintu gerbang iaitu Jln Raja Muda Musa,terus sehingga  di simpang 3,masuk kiri terus lalu depan tapak pasar minggu Kg Baru, ada simpang 3 lagi, terus dan akan nampak Dewan tersebut sebelah kanan)

**SEBARKAN KEPADA TEMAN/ KENALAN ANDA...

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN LAGI KARNIVAL INI...

Faezah

Majlis Ramah Mesra Ibu-ibu Tunggal
19 April 2009
Sedang memberi motivasi kepada para Ibu Tunggal yang seramai hampir 500 orang anjuran Penyelia DUN saudara Sany Hamzan dan JKK Dusun Tua Parlimen Hulu Langat di Dewan Orang Ramai Batu 16 Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. En Sany menjemput saya atas dasar pengalaman saya yang pernah menganjurkan program yang sama pada Julai 2008 yang lalu. Hasilnya kini di Titiwangsa telah ada NGO yang dinamakan Persatuan HATI iaitu Persatuan Himpunan ARMALAH (ibu tunggal) TItiwangsa. Pihak AJK penaja HATI telah menghantar senarai 700 orang ibu2 tunggal di TW ke JKM Wilayah Persekutuan dan saya sendiri telah menghantar atu senarai kepada Ng Yen Yen Menteri Kebajikan pada masa tersebut di Bangunan Parlimen semasa Sidang Parlimen sedang berjalan namun hingga kini tiada tindakan yang bersungguh2 dari pihak JKM. Maklumat yang kita ada hanyalah dari seramai 700 yang dihantar hanya 67 orang sahaja telah dan sedang menerima bantuan. Pengerusi HATI Puan Aishah (dia bukan iu tunggal) yang juga Ketua Lajnah Kebajikan Muslimat TW sudah penat membuat panggilan susulan. Kata dia sampai habis kredit fon dia. Namun kami tetap tidak akan berputus asa dan akan menerus tindalan susulan. Namun Ibu-ibu tunggal di Selangor lebih bertuah kerana dapat pembelaan dari kerajaan Pusat bawah JKM dan dari Kerajaan Negeri PR dibawah Exco Kebajikan. Saya telah mengingatkan urusetia program akan meneruskan tindakan susulan dan bukan hanya berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan beratus2 ibu tunggal. Yang lebih penting adalah golongan ini mendapat pembelaan sewajarnya terutama anak2 yang dibawah tanggungan mereka. Sayangnya pembantu saya terlupa untuk ambil gambar ibu2 tunggal yang hadir ! Maaf... Dr Lo'lo' VIDEO PENDERAAN KANAK-KANAK OLEH PEMBANTU RUMAH: Saya mengambil peluang ini untuk menyatakan rasa terkejut, amat marah dan sedih diatas apa yang dilakukan oleh seorang pembantu rumah yang dipaparkan dalam u-tube malah telah ditayangkan di TV selepas berita semalam. Kekejaman yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut dengan menendang, memijak2 malah naik atas badan kanak2 yang dalam lingkungan umur 3 tahun tersebut dengan kedua belah kaki adalah bersifat kebinatangan yang melampau. Saya tidak tahu perkembangan kes tersebut, anak siapakah yang jadi mangsa penderaan dan apakah tindakan ibu-bapanya. Akhbar hari ini juga tidak buat liputan kes tersebut. Kenapa agaknya ? Betulkah apa yang dipaparkan....seseorang tolong bagi 'clue'. Dr Lo'lo'

Wednesday, 22 April 2009

KEPERITAN HIDUP RAKYAT - SIAPA YG PEDULI ? Melawat Keluarga yang Tinggal Kawasan Buangan Sampah

Keluarga daif ini hidup dalam 'istana air-mata', penuh penderitaan dan keperitan. Apakan daya setelah 52 tahun merdeka rakyat masih merempat di negara sendiri. Wanita beranak 2 ini terpaksa mengharungi kehidupan yang sangat terpinggir apabila keluar dari rumah keluarganya dari sebuah Felda di Negeri Sembilan. Menurut ceritanya dia dinafikan dari mendapat pembahagian harta-pusaka orang tuanya oleh adik-beradiknya sendiri. Itu cerita dia, betul atau tidak Allah yang tahu.

Namun begitu keluarga ini pernah dihantar balik ke Felda berkenaan apabila wakil zon Pandan saya En Abu Hassan menguruskan hal tersebut semasa menangani masalah mereka tinggal dirumah sampah tersebut tahunlepas. Menurutnya Pengurus Felda berjanji unuk mendapatkan rumah lain untuk mereka tetapi bila sampai disana dia terus dihantar balik kerumah keluarga yang memang telah 'membuang' mereka. Saya mengagak mereka ini tidak diterima keluarga kerana sisuami adalah penagih dadah. Malah terbaru saya dapat maklumat suaminya ini mengidap AIDS. Oleh kerana itulah mereka ambil keputusan untuk datang KL balik dan terus menetap di rumah sampah. Suami wanita ini menyambung sedikit ruang sebagai dapur seperti kelihatan dalam gambar.

Semasa kami sampai wanita ini baru balik dari lokap kerana suaminya ditahan apabila wanita ini sendiri terpaksa buat lapuran setelah tidak tahan dipukul suaminya sampai lebam2, malah anaknya yang sulung pun dipukul. Puncanya kerana suaminya bawa kawan kerumah tersebut dan kemudian minta duit untuk beli arak !! sudah jatuh ditimpa tangga. Saya bertanya kalau begitu buat apa tunggu lagi suami macam ini. Wanita memanglah spesis yang setia. Kata dia sebenarnya suami dia tu seorang yang penyayang dan kasihkan mereka tapi bila ada kawan dia akan jadi gitu. "Habis awak masih nak tunggu suami awak" Saya bertanya. "Ya lah, dia suami saya" . Inilah CINTA TANPA SYARAT @ UNCONDITIONAL LUV yang sejati. Nakbuat camne ....

Bekalan air keluarga ini. Peti ikan yang di ubah suai jadi tangki air siap dengan paip. Disinilah segala2nya dari mandi hingga air minum. Memang sangat 'unhygenic' tapi anak2 dia OK juga, mungkin imuniti badan mereka tinggi kerana sekian lama berada di persekitaran yang kotor.

'Tempat kerja' mereka sebelah rumah je. Kutip dan kumpul sampah yang boleh kitar semula untuk dijual bagi mendapat sedikit wang bagi belanja makan minum. Anak-anak dia bermain, dididik dan dibesarkan dalam keadaan sampah inilah....

Ruang tambahan rumah yang dibuat oleh suami penyayang sebagai bukti cintanya. Inilah wet&dry kitchen, dining&family hall mereka. Masak pakai dapur kayu untuk menjimatkan belanja. Sebagai tambahan pada hari tersebut wakil dari DBKL pejabat cawangan Titiwangsa ada turut serta. Saya juga telah menghubungi ANAK iaitu sebuah NGO yang keahliannya terdiri dari anak-anak atau generasi kedua ketiga FELDA. Pengerusinya En Mazlan Aliman berjanji untuk melihat kes keluarga ini dan cuba membantu mengikut saluran2 yang sewajarnya.

Sebelum balik saya sempat bertanya, awak solatke tidak ? Kata wanita ni ringkas Tidak !! ada telekungke? Takde !! Ingatke lagi cara2 nak solat? Dah tak ingat..... Apa nak buat Kekufuran boleh membawa kepada kekufuran. Kekayaan pula boleh menjadikan orang lupa kepada Allah Yang Maha Pencipta. Saya telah mengarahkan muslimat cawangan Pandan Baiduri untuk membantu wanita malang ini sambil mengajar dia solat tapi sebelum tu kena ajar berhadas kecil dan besar. Saya meninggalkan sedikit duit untuk belanja sementara suami dia keluar dari lokap. Lama sikit duduk dalam lokap pun bagus, supaya aman anak isterinya, tapi sebenarnya saya risau memikirkan seorang wanita beranak kecil tidor dirumah sampah yang tidak berpintu, tapi apa yang dapat saya buat kerana dia enggan pergi kemana2. InsyaAllah dengan pertolongan pelbagai pihak penderitaan wanita akan dapat dibela dalam masa terdekat....Kalu ada yang nak menderma sangat dialu2kan melalui program Sekampit Beras Sekilo Tepung. Atau yang terbaik bagi pancing supaya dia boleh memancing setiap hari dan bukan mengharapkan ikan yang disedeqah sahaja.

Dr Lo'lo'

Thursday, 16 April 2009

SEKITAR KEMPEN PRK P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG
Di laman rumah Tuan Hj Mansor, Muslimat Tambun dan Johor bergotong-royong memasak untuk program Demo masak Sup Spageti, Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Islam/Homeopati dan Ceramah Penerangan. Ust. Mat Ali bertugas dengan penuh dedikasi dari jam 2 hingga hampir jam 6 ptg. Pengundi-pengundi Bukit Gantang di Taman Mawar dan dari lain-lain lokaliti yang turu hadir juga berasib baik kerana dapat hadiah-hadiah dari cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiahnya terdiri dari beg & kipas hingga yang utama adalah penyelesa / comforter.

Pengundi-pengundi yang datang beramai-ramai dalam satu program penerangan yang kami sediakan.

Sarapan pagi bersama pengundi di Cheh salah satu UPU dalam Changkat Jering.

Seorang pengundi yang dirawat sedang menunjukkankakinya yang sakit dan perlu rawatan.

Disambut oleh petugas muslimat dalam satu program ceramah kelompok.

Pentas Wanita: YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan, Saya sendiri, YB Zuraida AP Ampang, YB Chong Eng AP Bukit Mertajam.

Lihatlah sendiri pendengar-pendengar ceramah PR yang terdiri dari pelbagai kaum. PR telah berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia dalam satu wawasan perpaduan yang lebih terbuka dan lebih inklusiv.

Saya rasa kasihan dengan penyokong-penyokong UMNO/BN di luar sana mahupun dalam ini yang tidak menyedari bahawa merekalah yang telah lebih 50 tahun ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka. Mereka ditipu dengan kempen Nizar menderhaka tetapi yang mereka tidak sedar bahawa DS Nizar adalah mangsa penganiayaan daripada konspirasi tertinggi negara. Pimpinan negara yang tidak takut langsung dengan balasan Allah, mencolek Exco, ADUN dan Timbalan Speaker sehingga langsung tidak dapat dihubungi hatta oleh keluarga sendiri. Akhirnya muncul di Putra Jaya maka seterusya jadilah rampasan kuasa di Perak.

DS Nizar selaku MB Perak yang membawa mandat parti PAS/PR dan juga amanah rakyat terpaksa sembah derhaka atau bahasa biasanya tidak bersetuju dengan Tuanku Sultan Perak yang menitahkan beliau meletak jawatan. Inilah penderhakaan pimpinan tertinggi negara kepada rakyat Perak. Malangnya DS Nizar yang diletak dikandang salah.

Mereka juga timbulkan isu tanah, Nizar bagi tanah pada Cina. Ya selaku MB Perak DS Nizar beri GERAN KEKAL TANAH TAPAK RUMAH kepada rakyat Perak yang terdiri dari 49,000 geran di Kg. Baru yang majoritinya Cina dan 102,000 geran di Kg Melayu Tersusun yang terdiri dari orang-orang Melayu. DS Nizar bukan ambil tanah kampung orang Melayu dan bagi pada Cina tetapi meluluskan prmohonan geran kekal kepada rakyat Perak berbilang kaum yang telah mereka pohon sejak berpuluh tahun yang lalu.

Kalau UMNO tuduh PR boneka Cina DAP dan khianat tanah orang Melayu, kenapa tanah seluas 45 ekar yg dipohon Tuan Guru Hj Abd Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh MB Nizar dalam mesyuarat Exco PR. Kalau Kerajaan PR pimpinan DS Nizar boneka Cina DAP, sudah tentulah permohonan ini masih tidak diluluskan. Sedang UMNO/BN yang memerintah lebih 50 tahun di Perak tidak pun meluluskan permohonan Tuan Guru ini sedangkan dia menjalankan pengajian pondok. Apa orang UMNO/BN ingat Pak Teh ni Cina Taiwan atau Cina Komunis ke?

Tak sedar lagi, Orang Melayu memang tidak sedar selama ini mereka ditipu UMNO/BN. Saya senaraikan disini sebahagian kecil 'pengurniaan' tanah oleh UMNO/BN kepada TAUKE-TAUKE CINA:

-22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir Manjung.

- 5000 ekar di Bruas dan 1500 ekar di Bandar Baru kepada Cina MCA untuk kampus UTAR. Bandingkan dengan isu Pak Teh yang pohon hanya 45 ekar tanah untak buat Pondok Pengajian tidak diluluskan lebih 12 tahun sehinggalah PR memerintah.

- 200 ekar tanah untuk tapak Kilang Simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO) . INI TANAH RIZAB MELAYU DI PADANG RENGAS, KUALA KANGSAR TEPI HIGHWAY. Lain kali lalu disitu buka mata luas-luas dan istighfar banyak-banyak, tengok dengan mata kepala sendiri PENDERHAKAAN UMNO terhadap orang Melayu. Yang dikenyangkan adalah TAUKE CINA, bukan bagi tanah kepada rakyat tak bertanah tapi bagi kepada TAUKE CINA ya CINA KALAU KITA NI SERONOK SANGAT BERCAKAP DENGAN NADA PERKAUMAN.

- Bagaiman pula dengan Parlimen Dr Zamri, SATU PULAU PANGKOR tergadai kepada Konglomerat CINA iaitu Vincent Tan .

- SATU GUNUNG KEPADA TAUKE JUDI Lim Goh Tong di Genting Highland.

- SATU BUKIT TINGGI juga kepada Tauke Judi CINA

- Di Pulau Pinang siapa yang memerintah sehingga orang Melayu terpinggir dan tersingkir dari Pulau, naik tanah darat pun hanya mampu duduk di rumah-rumah Flat. KM Pulau Pinang tu masa BN memerintah Melayu Jawa atau mungkin Rawa atau Melayu Boyan ke? Sekarang baru UMNO PP sibuk tentang nasib orang Melayu...dan kata PP diperintah oleh Cina. Paling tidak pun KM kerajaan PR dari DAP telah secara terang menyatakan akan ikut cara pemerintahan Khalifah Omar Ab Aziz, malah anjurkan seminar lagi untuk memastikan jentera kerajaan memahaminya.

Semasa Hari Mengundi di BG bila wanita-wanita UMNO dan puteri-puterinya terjerit-jeritkan derhaka, saya sebut RASUAH TU DERHAKA KEPADA ALLAH sebab ajaran Islam menyatakan PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH SAMA-SAMA KE NERAKA tapi pimpinan UMNO ambil & beri juga rasuah, bermakna DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA. Ada sesetengah wanita UMNO yang kata kami tak rasuah, lantak le deme yang atas-atas tu rasuah bukan kami. Saya kata sebab makcik SOKONG DI BAWAH NI LAH MEREKA NAIK ATAS DAN MAKAN RASUAH.

PAS benar-benar berkawan dan bekerja dengan DAP baru setahun ni, namun begitu hasil tarbiyah, tazkirah dan penerangan yang ikhlas dan terbuka pimpinan DAP yang dikatakan 'chauvinist Cina', 'anti-Islam' dan lain-lain label negatif kini menunjukkan minat untuk mempelajari dan memahami Islam terutama Al Quran yang jadi panduan orang Islam. Kita tidak pernah memaksa mereka menganuti Islam tetapi kita kongsikan Islam dengan mereka sehingga roboh dinding prejudis yang memisahkan kita dengan mereka sekian lama ini. UMNO berkawan dengan MCA, dengan MIC dan lain-lain selama berpuluh-berpuluh tahun, tidak pernah kita dengar pimpinan bukan Melayu dalam BN tunjukkan minat kepada Al Quran. Malah yang berlaku rasa prejudis makin menebal malah UMNO mengelirukan lagi mereka dengan Islam Hadhari.

Pada kami Pimpinan PAS kami bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk berdakwah secara langsung kepada Mad'u (orang yang didakwah) dengan permuafakatan dalam PR. Kalau sebelum ini kami berdakwah dalam markaz, dalam masjid, dalam surau dan ceramah-ceramah yang hanya dihadiri oleh orang-orang PAS sahaja, kini kami boleh berdakwah dalam bilik mesyuarat exco, dalam bilik mesyuarat PBT-BPT juga dalam program-program dalaman PR secara langsung. Alhamdulillah ilmu Uslub Dakwah masyarakat majmuk yang kami pelajari sebelum ini dapat kami praktikkan dan tidak hanya tinggal dalam fail dan kertas-kertas seminar/bengkel sahaja.

Jika masih tidak sedar lagi kepada penyokong-penyokong UMNO Ma'a Salamah, biarlah kamu dengan labu-labu kejahilan dan keangkuhan kamu. Sokonglah pemimpin kamu yang RASUAH SAMPAI BAWA REBAH..

Kepada penyokong-penyokong UMNO yang membaca blog saya dan memberi komen seolah-seolah kami PAS tertipu, saya minta buat satu perkara yang mudah sahaja. Cari gambar Najib dan Rosmah, juga gambar Pak Lah dengan Jeanne serta Tun Mahathir dengan Hasmah, bandingkan dengan Gambar TG Nik A. Aziz dan TG Abd. Hadi Awang dengan isteri masing-masing. Agak-agaknya tanpa perlu fikir panjang, sape yang sedara lebih yakin untuk membela dan menegakkan Melayu Islam di Malaysia ini. Najib atau TG Abd. Hadi, Mahathir atau TG Nik A. Aziz?!!....

TEPUK DADA TANYA IMAN jangan tanya selera dan nafsu yang tidak pernah kenyang !

Dr Lo'lo'

Wednesday, 15 April 2009

Gambar sekitar berkempen PRK Bukit Gantang

berjumpa dan bersalam-salam dengan petugas dari Kelantan.

Terasa teruja berada ditengah-tengah 'dunia' anak-anak pengundi yang datang beramai-ramai mendapatkan belon PAS. PAS untuk semua, Kita Bersaudara.

Sukarelawan Briged Titiwangsa sedang berbincang dengan Tn Hj Mansor yang memberi kami peluang menunmpang di rumah yang baru beliau beli lalu di infaqkan untuk petugas-petugas PRK. Saya rasa bertuah kerana dilayan dengan baik oleh keluarga Tuan Hj Mansor yang mana kediaman mereka berhadapan dengan penginapan yang disediakan untuk saya.

Merayu undi dan sokongan pengundi India.

Anggota Briged dikerumuni oleh orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk mendapatkan belon-belon dan bendera PAS.

Dr Lo'lo'

Friday, 27 March 2009

Gambar sekitar Program PRK Bukit Gantang

Program Sambutan Hari Wanita dengan tema WANITA SATU HATI , KITA BERSAUDARA.

Tarian Singa ada, permainan Kompang dan Tabla serta tarian India.

Beri hadiah kpd pemenang aturcara sukaneka rakyat dan juga bantuan kepada pengundi terpilih serta cabutan nombor bertuah kepada pengundi-pengundi yang bernasib baik.

Bergambar kenangan dengan pimpinan DMPP lama dan baru, pimpinan PAS Perak dan Prof Aziz Bari yang kebetulan juga turut hadir.

YB Zailah (bertudung hitam) dalam satu program dengan pengundi di BG.

Suasana disatu ceramah kelompok...

Saya , Kak Lah mantan Ketua DMPP dan YB Dr Mariah bersantai menikmati jamuan

Dato Mustafa Ali selaku Pegarah JPP dan juga perasmi program kemuncak Hari Wanita Sedunia di Bukit Gantang.

Dimana2 pun kami diberi sambutan hangat oleh pengundi berbilang kaum.

Dr Lo'lo'

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN KG. PADANG
Cenderahati disampaikan oleh Puan Asmah
YB menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat tersebut...
En. Hedzer (Wakil PAS Kawasan), YB dan En. Yusoff (Ketua Cawangan)...
YB menandatangani buku kedatangan tetamu...
By: Cik Faezah

Tuesday, 24 March 2009

MERASMIKAN MESYUARAT AGONG MUSLIMAT CAWANGAN KELANA JAYA
22 Mac 2009

Mafhum ayat Al Quran :

KATAKANLAH JIKA BAPA-BAPA KAMU,  dan ANAK-ANAK KAMU, PASANGAN_PASANGAN KAMU, KAUM KERABAT KAMU, PERUSAHAAN YANG SEDANG KaMU USAHAKAN, PERNIAGAAN YANG KAMU TAKUT RUGI DAN TEMPAT KADIAMAN YANG KAMU SENANGI LEBIH KAMU CINTAI DARI ALLAH DAN RASULNYA

TAKLIMAT KHAS & DIALOG SERTA PELANCARAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN
22 Mac 2009

Wednesday, 18 March 2009

8 MAC adalah merupakan HARI WANITA SEDUNIA yang disambut seluruh dunia dan wajar diraikan oleh semua atas kesedaran bahawa wanita itu ibu kita, kakak dan adik perempuan kita, anak perempuan dan isteri yang mengongsi kehidupan lelaki dan melahirkan zuriat.

Untuk makluman 25 Ogos yang sering dirayakan oleh Kementerian wanita adalah hari ulangtahun penubuhan wanita UMNO dan sewajarnya dirayakan oleh wanita UMNO dan penyokong2nya sahaja.

Bagaimana pun SELAMAT HARI WANITA KEPADA SELURUH WARGA WANITA