Teknologi Terkini Mengesan BARAH PAYU DARA
Electric impedance tomography (EIT)
10 sebab kenapa anda harus menjalani ujian eit:
1. Alat yang sangat bernilai sebagai komplemen kepada mammogram dan atau ultrasound.
2. Sesuai untuk semua golongan umur.
3. Selamat digunakan ke atas ibu mengandung dan wanita menopos.
4. Bebas dari radiasi atau kesan sampingan
5. Cepat dan mudah digunakan, hanya mengambil masa 20 saat untuk satu pusingan ujian.
6. Prosedur yang selesa dan tidak menyakitkan
7. Sangat ringkas, imej yang terang, agak tepat dan boleh mengidentifikasi barah dengan jelas.
8. Alat yang kecil dan boleh dibawa kemana-mana meskipun tempat terpencil.
9. Telah diuji-kaji oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia ( terhadap 300 wanita )
Tahukah anda, wanita Malaysia seawal umur dua puluhan dikesan mengidap KANSER ATAU BARAH PAYU DARA. Mengapa biarkan diri anda dalam teka teki dan kerisauan tentang fenomena yang menakutkan ini. Kini ada teknoloji terkini dan MESRA pengguna untuk pengesanan asas barah payu dara iaitu EIT atau pun ELETRIC IMPEDANCE TOMOGRAPHY.
M udah
E fisyen
S elamat
tanpa
RAdiasi
Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati menawarkan khidmat EIT kepada semua wanita ( juga lelaki yang disyakki ) bermula pada hari ini Selasa 9 Ogos 2005 dari 11 pagi hingga 3 petang. Sesi ini akan diteruskan pada setiap hari Selasa kecuali cuti umum. Sila hubungi 03 41068466/7/8 untuk temu janji. Sila sampaikan pesanan ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan mereka yang anda kenali.
“Sungguh menakutkan..." Itulah yang dapat saya katakan terhadap kanser Payudara yang telah meragut nyawa seorang waris saya, di kampung saya. Pada mulanya kena buang lepas tu lama kelamaan dia meninggal pada usia yang muda.... Barah ini walaupun majoriti mangsanya adalah atas 40an, tetapi statistik menunjukkan wanita atas 18 tahun sudah punyai risiko terkena kanser ini. Justeru, kepada kaum wanita, dinasihatkan supaya mula berhati-hati, berwaspada dan ambil langkah awal dan berkala untuk mengesan barah tersebut. Oleh kerana peringkat awal biasanya tiada kesakitan yang dialami simptom ini hanya dapat dikesan oleh pengidap setelah kanser menimbulkan rasa sakit dan biasanya telah mula merebak..... nauzubillah....
“Daniel, seorang bakal suami yang sangat prihatin…10 FAKTA untuk wanita tentang Barah payu dara…
Fakta 01 Barah Payudara lebih kerap menyerang wanita yang melebihi 45 tahun. Penyakit barah payu dara adalah penyakit yang lazimnya tidak menyerang mereka yang muda usianya! Sekiranya anda berumur di bawah umur 30an, maka risiko untuk anda menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% daripada kelainan payudara bukanlah barah!
Fakta 02 Ramai yang mengenali seseorang yang diserang barah payudara…
Kaum wanita zaman ini lebih peka dengan isu serta permasalahan penyakit payudara. Ini adalah kerana penyakit ini pastinya pernah menyerang seseorang yang mereka kenali. Ianya mungkin kaum keluarga, sahabat handai atau rakan sekerja di pejabat.
Fakta 03 Wanita yang menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan atau lebih kurang berisiko untuk mendapat barah payu dara. Satu pandangan dan pendapat terkini, penyusuan ibu bukan sahaja bermanfaat untuk anak tetapi juga ibu yang menyusukan.
Fakta 04 Bagaimana mengurangkan kehilangan nyawa daripada barah payudara? Pengesanan awal adalah kuncinya… Langkah pencegahan penyakit barah payu dara berupaya untuk mengurangkan angka kehilangan nyawa serta penderitaan akibat daripada penghidapan penyakit tersebut. Usaha pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani penyakit barah payudara.
Fakta 05 Kesihatan anda tertakluk kepada diri sendiri. Amalan kesihatan payudara adalah terletak di tangan anda! Usia dan kesibukan bukanlah halangan untuk anda menguruskan kesihatan payudara anda.
Fakta 06 Ketahui Serta Kenalilah Payu Dara Anda… Lakukan PSP
Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) memang boleh dilakukan secara sendiri tanpa perlu berjumpa doktor, tetapi adakah anda melakukannya? Ianya haruslah dilakukan apabila seseorang individu itu mula mencecah usia belasan tahun. Ianya haruslah dilakukan selang tiga hari selepas berakhirnya haid mereka, setiap bulan atau pada masa yang lebih kurang sama dalam pusingan haid. Sikap tidak peduli, kesibukan dan kurang yakin dengan boleh diatasi dengan ujian EIT yang semudah pemeriksaan sendiri payudara
Fakta 07 Untuk mereka yang berumur 30-39 tahun – pemeriksaan klinikal payudara diperlukan. Selain daripada PSP, mereka yang berumur di antara 30-39 tahun sepatutnya menjumpai pengamal perubatan setiap 2 tahun sekali untuk ujian klinikal walaupun tidak mengalami kelainan payudara. Ujian klinikal iaitu yang dimaksudkan disini sebagai Ujian EIT boleh dilakukan bersama ujian PAP smear secara berkala. Juga boleh dilakukan secara berasingan dan lebih kerap seperti setiap 6 bulan sekali.
Fakta 08 Secara am, anda tidak memerlukan pemeriksaan ultrasound ataupun mamografi kalau payudara anda terasa normal. Ini adalah pendapat yang agak terkebelakang. Walaupun PSP mungkin mencukupi sebagai langkah aktif tetapi ramai yang tidak melakukannya. Pemeriksaan saringan ultrasound atau EIT perlu dijalani jika terasa kelainan pada payudara anda. Pengimbasan mamografi kurang popular kerana kesan sampingan radiasi dan menyebabkab kesakitan terutama kepada wanita yang payu daranya bersaiz kecil, oleh itu lebih sesuai untuk kaum wanita yang usianya melebihi 40 tahun. Namun begitu Ujian mamografi diperlukan sebagai langkah pengesahan terhadap keputusan positif EIT dan juga ultrasound, juga untuk mereka dari golongan berisiko tinggi seperti yang mempunyai riwayat keluarga pengidap barah payudara..
Fakta 09 Rasa kebimbangan yang keterlaluan tidak sihat. Rasa kebimbangan yang keterlaluan terhadap payu dara anda bukanlah sesuatu yang sihat! Sebaliknya, tidak berpengetahuan dan tidak ambil peduli mengenai kesihatan payudara tidak bererti anda akan senang hati selamanya.
Fakta 10 Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan banyak makan makanan berlemak mempunyai lebih risiko mendapat barah payu dara. Ini adalah fakta yang menakutkan dan melibatkan ramai wanita. Menu makanan Malaysia yang agak kurang menitik beratkan kesihatan dan lebih kepada rasa yang sedap dan lazat mungkin menyumbangkan kepada kenaikan kadar barah payudara.
Disediakan oleh
Dr Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali
Pengarah Eksekutif
Pusat Perubatan Kohilal
225 Jalan Negara 2
Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tel: 03 41068466
docpearl@doctor.com
No comments:
Post a Comment