Tuesday, 9 January 2007

MIMPI NGERI SAYA JADI KENYATAAN
Bila Dr Asri diwar-warkan untuk jadi Mufti Perlis saya turut respon dan bagi pandangan saya dalam egroup ni. Saya kongsikan pengalaman saya sebagai anak Mufti. Sebenarnya bukan itu yang bersarang dalam kepala saya, yang bersarang adalah apakah Dr Asri akan jadi lebih “shahidan” dari “Shahidan”. Mahukah Dr Asri dijemput oleh orang-orang PAS dalam program PAS yang ‘tiada politik’ bila dah jadi Mufti Perlis. Yang bermain2 dalam kepala saya Dr Asri akan kutuk PAS tanpa memahami dan menyedari keadaan dan situasi sebenar.
Bukan saya bermegah tetapi saya rasa saya dianugerahkan Allah dengan rasa ‘instinct’ yang sangat kuat. Banyak kali berlaku. Antaranya bila DSAI yang dulu kami panggil brother Anwar masuk umno, saya macam orang putus cinta, kecewa habis dan rasa tertipu. Sehinggalah satu hari DSWA atau Kak Wan datang merasmikan program PERSIAP di mana saya exco ketika itu di fakulti perubatan UKM. Kak Wan yang sudah bergelar isteri Timbalan Menteri JPM memujuk saya dgn kata2 “bagi Abg Anwar peluang“ Saya jawab, saya bagi 10%. Waktu tu saya hanyalah seorang pelajar perubatan yang sgt naif tentang politik. Akhirnya bbrp tahun selepas itu berlakulah apa yang telah berlaku pd DSAI. Mimpi ngeri saya jadi kenyataan, mimpi saya DSAI tidak akan mampu menahan penangan ujian dalam umno, jadi sejarah hitam negara. Kini mimpi ngeri saya yang kesekian kali sekali lagi jadi kenyataan.
Apa yang di tulis oleh Pak Tam Mat dalam tulisannya di bawah ni adalah fakta jelas dan nyata. Beberapa minggu sebelum Dr Asri jadi mufti saya ikuti programTajdid di UIA dimana beliau salah seorang penceramah. Pada masa tu berdesing telinga saya bila dia kata” adakumpulan pembangkang tu tidak kira apa, nak bangkang saja” . Walaupun dia tak sebut PAS secara jelas tapi saya yakin kebanyakan yang hadir hari tu faham maksud dia. Tentu saya tidak bersetuju, takkan PAS hanya tau bangkang sahaja. PAS adalah kerajaan di Kelantan dan pernah jadi kerajaan di Trengganu. PAS menyumbang dalam semua aspek kehidupan masyarakat Msia dari dalam Parlimen, DUN hingga ke hujung kampung dan ketengah laut. Kalu PAS hanya bangkang sahaja saya tidak akan duduk dalam PAS. Tapi saya mahu bersama2 jemaah yang menjalankan Amar maaruf nahi mungkar tanpa takut dan tanpa berpilih2.
Dasar PAS adalah Islam, seruan PAS adalah Allahuakbar. Tujuan PAS adalah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai2 hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah. Polisi dan pendirian PAS bukan dari kepala pemimpinnya (yang tidak maksum) tetapi dari hasil Syuro. Betul atau salah, lemah atau mantap cara pendekatan PAS, kami bersandarkan Al Quran dan Hadis, qias dan ijma’ ulama. Dasar tetap Islam.
Saya setuju dengan Pak Tam. Janganlah Dr asri melatah dengan memalitkan ‘ taik ’ yang dibuat UMNO kepada PAS. PAS tidak berkuasa di federal, PAS juga tidak memerintah di negeri dimana Mat saleh Amerika dan isterinya diserbu dalam bilik chalet mereka.
Banyak lagi yang ingin saya perkatakan tapi masa saya agak terhad. Lagi pun banyak kerja lain yang perlu saya selesaikan. Cuma ada satu soalan yang saya asyik bertangguh2 nak tanya Dr Asri. Kalaulah Kelantan yang diperintah PAS adalah negeri ‘Darul Sunnah’ mengikut pemahaman Dr Asri, kemudian MB Kelantan TGNA jemput Dr Asri jadi mufti Kelantan (sebelum jadi mufti perlis lagi la), adakah Dr asri akan terima tawaran tersebut?
Untuk maklumat Dr Asri Kerajaan PAS kelantan bukan sahaja tiada Special Branch, Rumah MB sendiripun tiada security guard atau Polis yang menjaga.
Wallahua’lam.
Dr Lo’lo’ HMG
0192100066
--------------------------------------------------
Mufti Perlis sudah jadi 'alat' Umno serangpembangkang!
Pak Tam Mat Sun Jan 07, 07 05:24:26 AM
"Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barutUmno apabila menuduh negara Islam yang pembangkangmahu tubuhkan adalah negara special branch, walhalnegara special branch atau yang digelar Tun MahathirMohamad sebagai negara polis adalah realiti yangberlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinanUmno-BN!" Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangailagi.
Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjungSisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannyakepada pembangkang pula. Jelas, mufti termuda ini mahu bermain politik, tapibukan di gelanggang yang sebenar. Pagi tadi saya terbaca wawancara panjang MingguanMalaysia dengan Asri. Saya cuma mahu fokuskan kepadajawapan Asri terhadap soalan wakil Mingguan Malaysiakepadanya: "Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberikepada mencegah kemungkaran secara terbuka?" Dan ini jawapan Asri: " Ya, kita perlu menumpukankepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasukmerompak, mencuri dan berjudi.
**Jangan tanyapembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islamyang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti sayatengok di laman web pembangkang, ertinya kalaumemerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untukmengetahui jenayah dan maksiat orang lain." **
Apa kena mengena pembangkang pula dalam hal ini selain motif Asri untuk menampilkan dirinya sebagai jaguh atau wira kepada Umno-Barisan Nasional, khususnya untuk jadi tukang kipas kepada orang yang melantiknya,Shahidan Kassim? Bukankah yang berkuasa, yangmenggubal undang-undang, yang menguasai segala jentera kerajaan, khususnya pihak yang menguatkuasakan undang-undangkan adalah Umno-BN? Benar, saya setuju usaha mencegah maksiat perlu diluaskan skopnya, bukan saja tangkap orang khalwat,berzina dan seumpamanya.
Kita hadapi isu-isu mungkar yang lebih serius, seperti masalah yang menjejaskankeselamatan umum, misalnya jenayah ragut, curi rompakdan bunuh yang semakin berleluasa. Dan bagi saya, jenayah lebih serius adalah masalah rasuah dan salah guna kuasa yang makin berkembang-biak termasuk menjalar ke peringkat akar-umbi seperti tertonjol dalam kes pengangkutan pelatih PLKN baru-baru ini. Projek pembangunan berbilion ringgitdaripada wang rakyat difaraidkan sesama kroni Umno-BNbagaikan skim cepat kaya!
Tapi, saya yakin Asri faham usaha banteras dan menguatkuasakan undang-undang rasuah adalah BPR, yang terletak langsung di bawah Perdana Menteri, dan tiada kaitan dengan pihak berkuasa agama. Pelik, tak pernah pula Asri cuba menyelongkar hal-hal ini. Yang beliau cukup gemar adalah mengkritik rakan-rakan muftinya yang lain dan pihak pembangkang sedangkan inti segala masalah adalah kepada pemerintah Umno-BN. Soalan besar ialah, undang-undang jenayah syariah dibawah pemerintahan Umno-BN ini hanya mengklasifikasikan jenayah tertentu saja untuk ditangani pihak berkuasa agama. Mahkamah Syariah dipersudutkan kepada "kesalahan agama" tertentu dengan mengehadkan hukuman maksimum yang cukup rendah berbanding hukuman mahkamah sivil.
Tapi itu bukan hal yang saya nak debatkan dengan Asri.Saya cuma mahu tanya, segala yang dikritiknya itu,terutama berkaitan dengan kes khalwat adalah undang-undang dan peraturan yang sudah pun diluluskan oleh pemerintah yang dikuasai Umno selama ini. Memang ada respons daripada beberapa laman yang cenderung kepada pembangkang, termasuk detikdaily,tapi pihak yang bertanggungjawab adalah pemerintah sendiri. Kita pun sedar dari dulu lagi, pihak yang belum dapat disahkan terbabit dengan jenayah, tidak wajar diaibkan, namun untuk membiarkan pelaku jenayah berseronok suka berkhalwat dan berzina dalam biliktertutup tanpa gangguan, "lagilah tak kena". Kalau Asri kata mahu hapuskan maksiat termasuk judi,rompak dan curi, apakah hal itu terangkum sepenuhnya di bawah pihak berkuasa agama yang begitu terhad kuasanya itu? Misalnya kes judi, siapa pula yang meluluskan lesen judi kalau bukan pemerintah Umno-BN,di bawah Kementerian Kewangan. (Rompak dan curi pun tidak di bawah kuasa mahkamah syariah). Mengapa Asri tidak tegur akhbar-akhbar utama berbahasaMelayu, yang semuanya dikuasai Umno, yang menyiarkan keputusan judi hampir setiap hari, sehingga iklan untuk mendapatkan keputusan judi secara cepat melalui SMS pun disiarkan Utusan Malaysia dan Berita Harian,kadang-kadang hampir setengah muka surat di ruangan Sukan. Akhbar bahasa Inggeris milik Umno, NST, turut siarkan iklan arak penuh satu muka warna-warni dan menjadi penyumbang utama kewangan syarikat akhbar berkenaan. Sedangkan mengikut undang-undang jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan dulunya Terengganu memberikan definisi yang lebih jelas dan skopnya terbuka luas. Tetapi Umno mengugut mahu mengenakan tekanan dan sekatan jika Kelantan melaksanakannya.
Lebih serius apabila Asri menuduh negara Islam yanghendak pembangkang (tentunya PAS) tubuhkan adalah seperti negara special branch. Tuduhan ini cukup menyakitkan hati saya, malah semasa saya menulis ini,tangan saya terketar-ketar marah, namun saya cuba bersabar dan berhujah secara rasional. Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila berkata demikian, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN! Semua tahu begitu banyak peruntukan duit rakyat untuk membiayai kegiatan SB bagi menghalang perkembangan pembangkang dan apa jua suara yang dilihat tidakselari dengan pemerintah. Pihak menteri dan menteri-menteri besar Umno selalunya melayan dengan begitu istimewa sekali kumpulan SB ini bagi mempastikan mereka bekerja bukan untukkeselamatan negara tetapi keselamatan Umno-BN.
SB masuk dan menyusup ke dalam organ-organ pembangkang dan NGO yang kritikal dengan kerajaan. Mereka kerap menawarkan habuan lumayan kepada aktivis untuk mendapatkan rahsia, sekali lagi bukan demi keselamatan rakyat dan negara ini tetapi untuk melumpuhkan kekuatan pembangkang dan usaha gerakan rakyat. Malah, pihak berkuasa agama pun, misalnya Jawi dan Jais, turut sibuk menyusup mencari masjid atau surau mana yang membenarkan penceramah bebas - yang tidak bersedia menjadi pak angguk kepada Umno - memberikan kuliah dan syarahan. Bukan satu perkara baru apabila masjid dan surau-surau berkenaan dikunci dan jawatankuasanya dibubarkan! Saya kira Asri bukannya terlalu bodoh untuk tidak mengetahui bagaimana pemerintah melalui SB melakukan tekanan dan penindasan, tetapi Asri sengaja memekakkan telinganya dan buat bodoh demi menyenangkan pihak atasan. Baca sajalah siri tulisan Saari Sungip, bekas tahanan ISA yang cukup gigih dan kental merekodkan pengalamannya berdepan karenah SB. Saya mahu berhenti setakat ini dulu kerana orang seperti Asri ini jika dilayan berjela-jela pun ini,memang itu yang digemarinya, bagi menjadikannya sebagai perisai kepada pemimpin Umno bila berdepan dengan pembangkang. Tapi saya akan mengulasnya lagi kemudian.
Dipetik dari Detikdaily.net - wann

No comments: